Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR PENGENALAN Kemahiran mendengar dan bertutur saling melengkapi.

Individu perlu menguasai kemahiran ini untuk memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi dan seterusnya bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis. Hal ini dapat dilihat dalam penerangan yang berikut: Kesimpulannya, matlamat manusia mempelajari kemahiran mendengar dan bertutur ialah supaya mereka berkebolehan memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi di samping mampu berkomunikasi serta memberi maklum balas dengan menggunakan bahasa yang mantap dan berkesan. Peringkat Mendengar i) Mendengar Pasif: Sejenis komunikasi sehala. Individu mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima. Peringkat Mendengar ii) Mendengar Aktif Sejenis komunikasi dua hala. Individu memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar Bentuk Kemahiran Mendengar 1) Mendengar secara pasif

Peringkat mendengar yang paling rendah Tidak berupaya menangkap makna keseluruhan

Jarang dapat mengingati dan memahami Bahan terlalu sukar difahami dan tidak bermakna.Dipengaruhi oleh bahasa ibunda, dialek danperbendaharaan kata yang terhad Bentuk Kemahiran Mendengar 2) Mendengar secara bertelau-telau

Pendengar biasanya kurang mampu menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan.Seseorang itu tidak mengabaikan apa yang didengarnya, tetapi tetap mendengar dengan berhati-hati,Masih tidak berjaya membentuk konsep dan gagal memahami ujaran Bentuk Kemahiran Mendengar 3) Mendengar tanpa tindak balas.

Seseorang itu mendengar tetapi tidak melakukan sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana Si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Bentuk Kemahiran Mendengar 4) Mendengar secara menebuk-nebuk

Pelajar hanya menebuk-nebuk rangkai kata dan mengambilnya untuk tujuan tertentu.Kemahiran mendengar pelajar tersebut masih rendah. Sering berlaku kepada pelajar bahasa ibunda kerana mereka cukup yakin dapat menuturkan dan memahami bahasa sendiri walhal darjah kefahaman mereka masih lemah. 5) Mendengar dengan beremosi

Pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkan. Pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberangsangkan emosinya. Mereka mampu mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

Bentuk Kemahiran Mendengar 6) Mendengar secara berhati-hati

Memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Seseorang itu harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata. Tujuannya adalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengar tepat dan betul.Bentuk kemahiran ini dapat dikuasai dengan banyak memberi latihan mendengar.Pembelajaran bahasa lisan secara formal biasanya lebih berkesan. Bentuk Kemahiran Mendengar 7) Mendengar secara kritikal

Lazimnya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai bahasa dengan baik. Berupaya memilih dan menentukan perkara-perkara yang benar dan palsu. Juga boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya dan menyedari tentang kelemahan bahasa.Latihan mendengar dan berfikir secara intensif dapat melahirkan pelajar yang mampu mendengar secara kritikal. 8) Mendengar dengan pengamatan

Berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Lebih bermakna sekiranya berdasarkan kepada pengalaman Si pendengar. Bentuk Kemahiran Mendengar 9) Mendengar secara kreatif

Kemahiran yang paling tinggi dan merupakan matlamat pengajaran lisan. Si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu selepas mendengar mengenai sesuatu.Hal ini bermakna dia dapat memahami dengan baik mengenai sesuatu ujaran.Dia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.

KEMAHIRAN BERTUTUR Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan (artikulator) manusia. la merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Kemahiran berbahasa berlaku di peringkat produksi. la bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara berkesan. KONSEP-KONSEP PERTUTURAN Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan Pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya.Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain. Kesimpulan: Kemahiran bertutur merupakan kebolehan manusia mengeluarkan buah fikiran, menyampaikan pendapat, meluahkan perasaan dan kehendak hati dengan menggunakan lambang-lambang bunyi serta intonasi yang sesuai dengan maksud ujaran serta penggunaan kosa kata yang sesuai. Individu juga dapat menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan. Tujuan manusia bertutur ialah: 1. 2. Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi Melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat

3. 4.

Memberi penerangan dan alasan Menunjukkan arah

Tujuan manusia bertutur: 1. 2. 3. 4. 5. Bertukar-tukar pendapat dan maklumat Membina soalan untuk mencari maklumat Bertemu ramah Menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan situasi pendengar. Bertutur secara bertatasusila.

ASPEK-ASPEK PERTUTURAN Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah: Aspek sebutan Menyebut perkataan mengikut sistem bunyi bahasa Melayu iaitu sebutan baku. 2. Aspek tekanan

Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan biasanya dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. ASPEK-ASPEK PERTUTURAN 3. Mora (panjang-pendek)

Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam bahasa Melayu dan kalau adapun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

4.

Jeda (persendian)

Unsur ini juga disebut sebagai persendian. Jeda digunakan untuk memisahkan elemenelemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebentar dalam sesebuah ayat yang diucapkan. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza apabila digunakan.

5.

Intonasi

Intonasi ialah bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. la juga disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat. 6. Nada

Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina. 7. Tatabahasa

Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Walaupun lumrahnya dalam bahasa pertuturan tidak mementingkan aspek tatabahasa, tetapi untuk memperoleh kebolehan bertutur yang baik dan berkesan, maka aspek ini haruslah ditekankan 8. Kelancaran

Kelancaran bermaksud kebolehan bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Individu tidak menghadapi masalah dan tiada gangguan semasa sesuatu perbualan berlangsung.

9.

Kefasihan

Kefasihan bererti kebolehan bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar tetapi individu juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat dengan jelas dan tepat.

l0. Laras bahasa Kebolehan menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya supaya dapat membentuk berkomunikasi yang berkesan. PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR Peringkat awal Melafazkan pengucapan secara bertatasusila Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar Menyoal untuk mendapatkan maklumat Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi Peringkat awal Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Memberi arahan Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. Membuat ayat-ayat daripada gambar. Peringkat pertengahan Membuat deskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan siri gambar atau gambar-gambar bersiri Mendekripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.

Peringkat pertengahan Membaca iklan dan peraturan-peraturan Memberi ucapan pendek dan mudah. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah Memberi komen secara mudah Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Peringkat maju Mendekripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog Bertanya untuk mendapatkan maklumat Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan Peringkat maju Memberitahu arah atau hala tuju sesuatu tempat Memberi ceramah atau syarahan (yang disediakan) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan Mendeklamasikan puisi Menyampaikan komen, laporan atau ulasan. Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, dan novel AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR 1. Kemahiran Mengecam dan Mengenal Bunyi

Aktiviti: Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan,guruh, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, dan kenderaan.

2.

Kemahiran Membuat Inferens

Aktiviti: Menerangkan sebab musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya menjelaskan mengapa seseorang itu malas? 3. Kemahiran Menganalisis Maklumat

Aktiviti: Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus 4. Membuat rumusan

Aktiviti: Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah dianalisis 5. Membuat penilaian

Aktiviti: Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibincangkan.