Anda di halaman 1dari 3

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN : JABATAN PENGAJIAN

MELAYU MATA PELAJARAN: BMM3103 - PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF) KUMPULAN : PISMP SEMESTER : 6
Tarikh Mula 23 JULAI 2012 Tarikh Hantar 14 SEPT 2012

Hasil Pembelajaran Kursus 1. 2. 3. 4. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. Menjelaskan taksonomi Bloom dan domain Krathwohl. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 4. Objektif Projek Para pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menjelaskan konsep Taksonomi Bloom dengan merujuk kepada beberapa sumber yang sesuai. 2. Mendapatkan 3 set soalan ujian Bahasa Melayu (objektif dan subjektif) serta menganalisis penggunaan Taksonomi Bloom dalam pembinaan soalan-soalan tersebut. 3. Membuat huraian secara terperinci terhadap hasil analisis Taksonomi Bloom berdasarkan 3 set soalan (ujian objektif dan subjektif) tersebut.

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: BMM 3103 - PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (ELEKTIF) TARIKH MULA: 23 JULAI 2012

SEMESTER: PISMP PS 6

TARIKH HANTAR: 14 SEPT 2012

Taksonomi bermaksud klasifikasi, iaitu satu kerangka yang menjelaskan struktur kebolehan kognitif yang tersusun secara hieraki daripada struktur kebolehan kognitif yang mudah kepada yang lebih sukar. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Taksonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri daripada dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan berdasarkan panduan berikut: 1. Memahami dengan jelas tentang konsep Taksonomi Bloom. 2. Memahami dengan jelas penggunaan Taksonomi Bloom dalam pembinaan soalan. 3. Menghuraikan secara terperinci tentang penggunaan Taksonomi Bloom dalam soalan-soalan yang dianalisis. Bagi melaksanakan tugasan ini, para pelajar dikehendaki: 1. Menjelaskan konsep Taksonomi Bloom dengan merujuk kepada beberapa sumber yang sesuai. 2. Mendapatkan 3 set soalan ujian Bahasa Melayu (objektif dan subjektif) serta menganalisis penggunaan Taksonomi Bloom dalam pembinaan soalan-soalan tersebut. 3. Membuat huraian secara terperinci terhadap analisis Taksonomi Bloom berdasarkan 3 set soalan (ujian objektif dan subjektif).

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan berpasangan. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini ii. Fon Arial iii. Saiz huruf 12 iv. Langkau 1.5 baris v. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) vi. Lampiran adalah wajib vii. Jawab dalam Bahasa Melayu 4. 5. 6. 7. 8. Panjang tugasan hendaklah tidak melebihi 20 muka surat. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%. Disahkan oleh:

Disediakan oleh:

(MOHD RASDI BIN SAAMAH) Penyelaras Kursus BMM3103 Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

(ZAKARIA BIN KHALID) Timbalan Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Anda mungkin juga menyukai