Anda di halaman 1dari 3

PANTUN PATRIOTIK

Tunku Abdul Rahman PM Pertama, Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan; Impian Tunku telah terlaksana, Malaysia maju jadi kenyataan.

Malaysia ini milik semua, Rakyat hidup dalam sejahtera; Tercipta sudah negara bangsa, Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

Satu Malaysia jadi kenyataan, Kita semua tersenyum bangga; Menabur jasa janganlah bosan, Biarpun terkorban jiwa dan raga.

Satu Malaysia rakyat patriotik, Bersatu padu bersatu hati; Rakyat sejahtera tanpa konflik, Malaysia makmur negara dihormati.

SAJAK : NEGARAKU BEBAS MERDEKA

Kini tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala.

50 tahun dahulu, Stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya

tiada lagi penjajahan tiada lagi penderitaan tiada lagi jeritan penyiksaan tanah air ditadbir insan bijak bestari memimpin negara mengukir nama

Kini Negaraku sudah merdeka Negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang Burung berkicau bebas berterbangan Menjadi tanda negaraku damai

Merdeka tetap merdeka