Anda di halaman 1dari 25

KataTanya Bermaksud :merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan atau menyoal sesuatu.

Kata tanya terdiri daripada: 1.Siapa 2.Apa 3.Bila 4.Dimana /ke mana 5.Berapa 6.Mengapa/kenapa 7.Bagaimana

Sekiranya kata tanya berada dikedepankan, ianya mesti disertai dengan partikel kah dan tanda tanya (?) di akhir ayat. Bagi kata tanya BERAPA yang melibatkan penggunaan penjodoh bilangan, partikel -kah tidak boleh diletakkan bersekali dengan kata bilangan tanya berapa

Digunakan untuk bertanya tentang orang/nama orang

Siapakah yang sedang menangis? (orang)

Siapakah yang sedang main air? (orang)

Apakah yang dibuat oleh pendandan rambut itu? (perbuatan)

Digunakan untuk tanya tentang perkara / benda /perbuatan/haiwan


Apakah yang dibuat oleh lelaki itu? (perkara)

Apakah yang dipegang oleh wanita itu? (benda)

Digunakan kalau bertanya tentang waktu Bilakah rakan-rakan kita akan tiba? (waktu)

Bilakah kita boleh berehat, Cikgu? (waktu)

Digunakan untuk bertanya tentang tempat/


kedudukan

Di manakah barang yang saya pesan? (benda)

Di manakah mainan saya, datuk?

Digunakan kalau bertanya mengenai jumlah atau harga/ bilangan

Ada berapa orang di dalam gambar ini? (jumlah)

Berapakah harga setem ini? (harga)

Untuk bertanyakan sebab ( reason )/alasan

Mengapakah awak lambat sangat?

Mengapakah dia menepuk tangan? (sebab)

Digunakan kalau bertanya mengenai cara (ways, recipe, steps ) /keadaan


Bagaimanakah harus saya jawab soalan ini?

Bagaimanakah caranya untuk membuat adik berhenti menangis?

Siapakah yang berada di depan kamu?

Di depan saya ada ______________.

Mengapakah awak datang lambat ?


Saya datang lambat kerana _________ ________.

BINA SOALAN DARIPADA CERITA PENDEK TERSEBUT

Adik Lebah dan Pipit lama berada di kebun bunga untuk mencari makanan. Pipit mencari buah-buahan. Adik Lebah pula mencari madu bunga.Adik Lebah terbang berhampiran pokok bunga mawar. Pipit, lihat di situ. Banyaknya bunga. Harum pula bau bunga-bunga itu, kata Adik Lebah.
Berhati-hati, Adik. Bunga mawar ada banyak duri. jawab Kakak Lebah.

LATIHAN
Bina 2 ayat contoh bagi setiap kata tanya yang berikut. Ayat tersebut mestilah bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

1.Siapa 2.Apa 3.Bila 4.Dimana /ke mana

5.Berapa 6.Mengapa/ kenapa 7.Bagaimana