Anda di halaman 1dari 70

Transkrip Temubual Prof. Dr.

Habibah Ashari Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (iLQaM), UiTM mengenai pengalaman beliau berkhidmat di UiTM

Oleh:

Ahmad Fadhli bin Syed Hassan (2007279106) Khairul Izzuan bin Ahmad (2007279056)

Mohamad Al Hadi bin Sulaiman (2007279054)

Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana Sesi Julai Oktober 2009

1.0 PENGENALAN
Pensyarah memainkan peranan yang penting dalam memberikan ilmu kepada para pelajar di institut pengajian tinggi. Selain itu, pensyarah juga penting dalam memberi perangsang serta sokongan kepada para pelajarnya untuk lebih berusaha serta berjaya dalam pelajaran. Di kebanyakan universiti, pensyarah sering kali dianggap sebagai ibu bapa kepada para pelajarnya kerana masa yang digunakan bersama sepanjang pengajian amat memberikan kesan yang mendalam. Oleh hal yang demikian, pensyarah perlu menunjukkan tauladan yang baik agar dapat diikuti oleh para pelajarnya.

Untuk kerja kursus Documenting Oral Tradition (IMR 603), kami telah memilih Prof. Dr. Habibah Ashari selaku tokoh kajian kami untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau yang baru sahaja dilantik menjadi Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (iLQaM), UiTM telah berkhidmat selama 30 tahun di UiTM sejak tahun 1979 lagi.

Prof. Dr. Habibah Ashari yang merupakan anak jati Johor ini telah banyak mencurahkan bakti kepada anak bangsanya sendiri. Kedua-dua ibu bapanya yang juga merupakan pendidik telah memulakan tugas sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di UiTM, Dungun Terengganu pada tahun 1979. Beliau kemudian telah dilantik menjadi Koordinator Program Intensif Bahasa Inggeris di Pusat Pendidikan Persedian (kini dikenali sebagai INTEC) pada tahun 1984 sehingga 1988. Pada tahun 1988 sehingga 1990, beliau telah dilantik menjadi Ketua Program TESL ( Teaching English as Second Language). Pada tahun 1990 sehingga tahun 1994 beliau menyambung PhD. di Universiti Indiana, U.S. dan kembali menyambung jawatan beliau sebagai Ketua Program TESL (Teaching English as Second Language) pada tahun 1994 sehingga tahun 2000. Pada tahun 2000, Prof. Dr. Habibah Ashari telah dilantik menjadi Ahli Change Management Program (Program Pertukaran Pengurusan) UiTM di bawah Sapura. Kemudian pada 1 Januari 2004 sehingga 15 Julai 2009, beliau memegang jawatan Pengarah International Education Centre

(INTEC). Kini, beliau memegang jawatan Penolong Naib Canselor iLQaM bermula pada 15 Julai 2009.

Beliau merupakan seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang temubual dijalankan. Kami amat berbangga dapat menemubual beliau kerana bukan senang untuk menebual beliau yang sibuk dengan tugas seharian.

1.1 Sejarah Universiti Teknologi Mara

Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Warga UiTM".

1.2 Sejarah Fakulti Pendidikan UiTM

Sejarah fakulti ini bermula di Pusat Pendidikan Persediaan yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam TESL iaitu program bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada bulan Disember 1996, UiTM telah diberi hak oleh Kementerian Pelajaran untuk menjalankan program ijazah TESLnya sendiri lalu membawa kepada penubuhannya pada Ogos 1997 setelah mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Pada tahun 1997, fakulti telah menjalankan sebuah program ijazah khas yang dikenali sebagai Proram Pensiswazahan Guru-guru lepasan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) dalam TESL, Pendidikan Seni, Pendidikan Fizikal dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Sekolah Pengurusan Pusat Sumber. Pada November 2001, fakulti ini telah menawarkan kursus Ijazah Sarjana Pendidikan TESL melaui kerja kursus dan Ijazah Sarjana Pendidikan serta program PhD melalui kajian.

Fakulti ini juga turut terlibat dalam satu program usaha sama bersama Kementerian Pelajaran yang bermula pada tahun 2002 menawarkan program ijazah khas dikenali sebagai Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) untuk graduan selain perguruan. Program PKPG bermatlamat untuk melahirkan para graduan pendidikan dalam bidang TESL, Pendidikan Seni, Interaktif Multimedia, Pendidikan Fizikal dan Kesihatan, Matematik dan Pendidikan Sains.

Pada November 2005, fakulti ini telah sekali lagi mengadakan program usaha sama bersama Kementerian Pelajaran dengan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) major dalam Pengurusan Pendidkan. Program ini juga dikenali sebagai Program Khas Pensiswazahan Guru Besar atau PKPGB. Program ini ditawarkan di UiTM Shah Alam dan UiTM Kampus Sarawak.

1.3 Sejarah INTEC

Sejarah Pusat ini bermula pada tahun 1983 apabila UiTM (ketika itu ITM) diberi mandat untuk menyediakan kemahiran akademik dan ilmu kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sehingga kini, telah ramai pelajar yang berasal dari Pusat ini telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di United States, United Kingdom, Australia, New Zealand, German, Perancis, Jepun, Korea dan juga Timur Tengah..

Dikenali sebelum ini sebagai Pusat Pendidikan Persediaan (PPP), Pusat ini merupakan salah sebuah perintis pendidikan antarabangsa di Malaysia. Kegawatan ekonomi negara pada tahun 1997 hanya memberi tumpuan kepada program persediaan untuk negara United States dan German. Pada tahun 2000, Pusat ini menukar namanya kepada Program Persediaan Luar Negeri (PPLN) sehingga November 2001 apabila Pusat ini dikenali sebagai International Education Centre (INTEC). Pertukaran ini berdasarkan visinya untuk mempromosi pendidikan antarabangsa.

INTEC kini menawarkan kursus persediaan luar negara termasuk American Degree Foundation Programme (ADFP), A-Level (United Kingdom), A-Level

(Germany), A-Level (Medicine), Australian Matriculation Programme (AUSMAT), Russian Programme, Korean Programme, French Programme, Middle-East Programme (MEP) and Japanese In-Plant Programme.

INTEC turut menawarkan kemudahan pembelajaran termasuk makmal komputer, makmal sains dan bahasa, perpustakaan, kemudahan sukan, khidmat kaunseling, kemudahan kolej. Para pelajar juga dibimbing untuk persediaan mental, fizikal dan rohani untuk menempuh cabaran di luar negara.

1.4 Sejarah iLQaM

Kepimpinan kualiti dan pengurusan ialah sesuatu kejayaan utama yang penting bagi sesebuah organisasi dan kejayaan ini perlu diguna pakai dalam pengurusan serta perkhidmatan di UiTM. Para graduan UiTM perlu memiliki kualiti dan karektor peribadi sebagai seorang pemimpin agar dapat memimpin dalam bidang industri, masyarakat, agama dan negara. Kualiti kepimpinan ini hendaklah dibina melalui sistem pendidikan yang komprehensif serta berintegrasi. Kualiti kepimpinan serta pengurusan kualiti ini perlu dimulakan oleh semua pensyarah, pengurus dan semua staff di UiTM sebagai model bagi para pelajar. Kewujudan iLQaM menyumbang kepada memperoleh elemen-elemen tersebut menerusi rancangan dan latihan komprehensif untuk setiap kakitangan dan pentadbiran akademik UiTM.

2.0 BIODATA TOKOH

Nama:

Prof. Dr. Habibah binti Ashari

Tarikh lahir: 23 Oktober 1957 Tempat lahir: Pontian, Johor Nama bapa: Hj. Ashari bin Abdullah Nama ibu: Hjh. Azizah binti Hj. Ahmad

Adik-beradik:Mariam Halimah Hamidah Habibah Luqmanulhakim Nama suami: Kiran F. Johnston @ Abdul Karim Abdullah Nama anak: Adam Johnston Abdul Karim Aida Johnston Abdul Karim Pendidikan rendah: Sek. Ren. Keb. Tunku Mahmood Iskandar, Pontian, Johor Pendidikan menengah: Sek. Men. Keb. Sri Perhentian, Pontian, Johor Sek. Men. Keb. (P) Sultan Ibrahim (S.I.G.S), Johor Bahru, Johor.

Pendidikan tinggi:

B.A. Hons. (English & Chinese Stud.) Uni. Malaya M.A. (Applied Linguistics) Uni. Indiana Ph.D (Curric & Instr.) Uni. Indiana

Jawatan:

Guru sementara di Sek. Men. Keb. (P) Sultan Ibrahim (S.I.G.S), Johor Bahru, Johor

Pensyarah Bahasa Inggeris di Pusat Bahasa UiTM, Dungun, Terengganu

Koordinator Program Intensif Bahasa Inggeris di Pusat Pendidikan Persedian (kini dikenali sebagai INTEC)

Ketua Program TESL (Teaching English as Second Language)

Ahli Change Management Programme UiTM-Sapura

Pengarah UiTM INTEC (International Education Centre) Seksyen 17, Shah Alam, Selangor

Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan & Pengurusan Kualiti (iLQaM) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor

Berikut adalah rakaman temubual sejarah lisan bersama Prof. Dr. Habibah binti Ashari, Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan & Pengurusan Kualiti mengenai pengalaman beliau berkhidmat di UiTM. Rakaman ini dijalankan di Institut Kepimpinan & Pengurusan Kualiti (iLQaM) UiTM, Shah Alam pada 30 September 2009 pada jam 3.00 petang. Temubual ini dikendalikan oleh Mohamad Al Hadi bin Sulaiman bersama Ahmad Fadhli bin Syed Hassan dan Khairul Izzuan bin Ahmad. Dengan segala hormatnya, kami memulakan rakaman ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

TAPE 1 SIDE A

Al Hadi: Assalamualaikum Profesor.

Prof. Beep: Waalaikumsalam

Al Hadi: Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian Profesor untuk ditemu bual pada petang ini.

Prof. Beep: Ya.

Al Hadi: Untuk soalan pertama, bolehkah Profesor berikan nama penuh Profesor?

Prof. Beep: Nama penuh saya Habibah Ashari.

Al Hadi: Adakah Profesor mempunyai nama timangan dalam kalangan ahli keluarga?

Prof. Beep: Yes (Ya), nama timangan dalam keluarga ialah Beep. Singkatan daripada syllable (suku kata) ke dua nama Habibah itu Beep. Itu nama glamour (terkenal) tapi ejaannya B.E.E.P,

10

B.E.E.P. macam Road Runner [siri kartun]. Tahu Road Runner?

Al Hadi: Tahu. Prof. Beep: Aah, okay (baiklah). Kartun-kartun Road Runner itu. Yes (Ya).

Al Hadi: Bagaimana pula dalam kalangan pekerja dan pelajar sendiri, mereka memanggil Profesor dengan nama apa?

Prof. Beep: Dengan nama ada yang panggil Cik Beep, ada yang panggil Doktor Beep. Tapi kebanyakannya Doktor Beep. Doktor Beep atau Cik Beep. Itu terpulang pada bila mereka kenal saya sama ada sebelum kahwin ataupun selepas kahwin.

Al Hadi: Seterusnya, bilakah Profesor dilahirkan dan di mana?

Prof. Beep: Saya dilahirkan di Pontian, Johor tahun 1957. 23 Oktober 1957. Tidak lama lagi 52 tahun you (awak). [sambil ketawa]

Prof. Beep: Ini nanti cikgu [pensyarah] hendak dengar ke? [sambil melihat ke arah tape recoder]

Al Hadi: Ya.

Prof. Beep: Oh, ya. Cikgunya [pensyarah] siapa?

Fadhli: Puan Aliza Ismail.

Prof. Beep: Okay. Apa khabar Puan Aliza Ismail? Fadhli: Sihat.

11

Prof. Beep: Teruskan.

Al Hadi: Dimanakah Profesor dibesarkan?

Prof. Beep: Saya dibesarkan the first 17 years (17 tahun pertama) di Johor. Di Pontian, Johor sampai umur 17 tahun. Kemudian umur 17 tahun lepas M.C.E. [Middle Certificate Education] pindah ke J.B. [Johor Bahru] ikut mak.

Al Hadi: Bagaimanakah kehidupan Profesor pada waktu dahulu? Maksudnya waktu kecil.

Prof. Beep: Oh, waktu kecil best (seronok). Kerja main sahaja. Main belajar, main belajar. Mak kata Main main juga belajar belajar juga.

Al Hadi: Bolehkah Profesor berikan nama penuh kedua-dua ibu bapa Profesor?

Prof. Beep:

Nama bonda saya Hajah Azizah Haji Ahmad dan nama ayahanda ialah Haji Ashari bin Abdullah.

Fadhli: Kedua-duanya berasal dari Johor juga ke?

Prof. Beep: Mak berasal dari Johor. Ayah berasal dari seberang, ayah berasal dari Sumatera. Kalau ayah saya tidak datang sini [Malaysia], saya jadi servant (pembantu rumah) agaknya. Saya datang Malaysia jadi pembantu rumah agaknya. [sambil ketawa]

12

Al Hadi: Apakah pekerjaan mereka? Prof. Beep: Ayah saya dulu adalah guru, guru agama and (dan) mak saya adalah guru, guru sekolah kebangsaan. Ibu saya guru sekolah rendah.

Al Hadi: Adakah kerana kedua-duanya merupakan pendidik so (jadi) Profesor terdidik untuk menjadi pensyarah.

Prof. Beep: Saya sebenarnya tidak. Hati itu tidak hendak jadi pensyarah. Sebenarnya hendak jadi penyanyi, hendak jadi diva (penyanyi terkenal), hendak jadi pelakon tapi tidak dapat galakan daripada mak dan ayah. So, (jadi) dia suruh belajar. Dia kata pendidikan itu yang penting. Masa dahulu manalah orang hendak anak dia jadi penyanyi.

Fadhli: Ya, betul.

Al Hadi: Berapakah bilangan adik beradik Profesor dan bolehkah Profesor ceritakan serba sedikit mengenai mereka?

Prof. Beep: Adik beradik saya, adik beradik satu mak satu bapa lima orang. Ya, saya nombor empat. Satu Mariam, ke dua Halimah, ke tiga Hamidah, Habibah yang ke empat bongsu perempuan, yang ke lima Luqmanulhakim lelaki seorang.

Al Hadi: Siapakah nama suami Profesor dan apakah pekerjaan beliau?

Prof. Beep: Nama dia Kieran, K.I.E.R.A.N. [mengeja] Kieran F. Johnston J.O.H.N.S.T.O.N. [mengeja] Johnston dan nama Islam dia Abdul Karim Abdullah. Tan Sri Naib Canselor [Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah] panggil dia Sheikh Karim sebab dia ada janggut, ada jambang. Dan dia bekerja sebagai seorang

13

pensyarah di UiTM [Universiti Teknologi Mara]. Di Fakulti Pendidikan di seksyen 17.

Al Hadi: Boleh ceritakan sedikit mengenai anak-anak Profesor?

Prof. Beep: Saya ada dua orang anak, dua orang cahaya mata. Seorang lelaki namanya Adam. Adam bin Abdul Karim, Adam Johnston bin Abdul Karim berumur 22 tahun sekarang dan belajar di UiTM di Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur FSPU tahun akhir lah. Tahun akhir architecture (senibina) senibina and (dan) anak perempuan saya Aida tahun dua Public Relations (Hubungan Awam) Masscom [Komunikasi Massa] di UiTM juga.

Al Hadi: Setahu saya, arwah ibu Profesor merupakan tokoh pejuang Malayan Union. Bolehkah Profesor ceritakan dengan lebih lanjut?

Prof. Beep: Okay (baiklah) beliau adalah sebenarnya memang bergiat dalam politik sejak tahun 40-an dengan Dato Onn masa itu, dengan Dato Onn dan memang aktif dalam politik dan beliau merupakan juga macam salah seorang pembantu informal (tidak rasmi) kepada arwah Dato Onn dan juga pembantu kepada Datin Onn [Datin Halimah Hussien]. Jadi beliau banyaklah menolong UMNO Dato Onn dalam Malays menulis National

perlembagaan

[United

Organization] pada waktu itu. Perlembagaan UMNO itu sebenarnya menurut mak sayalah, menurut bonda saya, Dato Onn dia tengok banyak perlembagaan tahu, Labour Party (Parti Buruh) dekat [di] UK [United Kingdom], Conservative Party (Parti Konservatif) dekat [di] UK, Perlembagaan India, perlembagaan negeri-negeri lain yang baru hendak merdeka. Jadi dia macamlah kita duduk macam ini, dia duduk macam

14

ini ambil ini sedikit ambil ini sedikit ambil ini sedikit menjadikan satu perlembagaan UMNO. Jadi mak sayalah yang menulis perlembagaan UMNO itu yang mula-mula dengan dalam bahasa jawi. Malangnya tidak disimpan dokumen-dokumen itu kerana pada masa itu rasanya dokumen macam dalam budaya kita ini dokumen tidak berapa penting at that time (pada waktu itu). Macam sekarang ini you (awak) dah tahu keep in what (simpan di mana), filing records (mengfail rekod), whatever (apa-apa) kan. Very important (sangat penting) so (jadi) masa itu tidak berapa important (penting). Tidak dianggap sangat penting jadi benda itu semua tidak disimpanlah kiranya. Jadi kalau hendak dikatakan bukti itu, mana bendanya memang tidak ada. Tapi bukti yang kita pegang adalah bukti daripada ceritacerita lisan daripada bonda saya. Dan beliau juga merupakan orang yang pertama menjahit bendera UMNO yang merah dan putih itu. Beliau memberitahu bahawa beliau dahulu pergi ke Singapore naik kereta MB [Menteri Besar] Johor. MB Johor itu Dato Onn lah masa itu dengan Tun Hussien dia pergi. Dia, Tun Hussien and (dan) one more chaperone (seorang lagi teman) entah apa namanya, Mak Dah, Mak Dah apa namanya [sambil berfikir] untuk ya lah orang belum kahwin [merujuk ibu Prof. Beep] tidak boleh pergi sendirisendiri masa itu. So (jadi) pergi ke Singapore untuk membeli kain untuk menjahit bendera UMNO yang pertama ya. And then (selepas itu) dia kata, dia guna macam what the English called appliqu (apa yang bangsa Inggeris sebut kain putih). Kain putih itu jadi atas itu yang merah itu dia jahit timpa appliqu A.P.P.L.I.Q.U.E. [mengeja] itu dipanggil dalam bahasa jahitan appliqu maknanya ini kain putih. Yang merah itu, yang keris dan sebagainya itu dia jahit letak kat [di] atas dia jahit. Dia bukan benda itu macam kita kata okay, design

15

(reka) bendera, bendera itu jadi yang belang-belang itu semua jadi macam dengan kain. Ini terpaksa dijahit, itu maksudnya. Kalau you (awak) tanya mak you (awak) mesti mak you tahu tentang appliqu. Tidak tahulah kalau mak muda lagi kan. Mak awak umur berapa?

Al Hadi: 65.

Prof. Beep: 65. Okay lah mesti tahu eh, kalau umur 60 lebih itu, ini anakanak bongsu lah ini agaknya?

Al Hadi: Ya.

Prof. Beep: Kalau umur mak 60 lebih itu maknanya anak bongsulah itu. Ya, seterusnya.

Al Hadi: Bolehkah Profesor

Prof. Beep: Sorry (Maaf) yang Malayan Union itu memang dia memang bangkanglah Malayan Union sebab Malayan Union itu kalau kita orang-orang Melayu ataupun orang-orang Malaya masa itu kalau kita setuju dengan Malayan Union maknanya tergadailah martabat bangsa kita, negara kita dan sebagainya. Jadi mak saya memang pejuanglah Malayan Union membantah Malayan Union dan pada satu ketika dahulu masa merdeka, beliau juga telah dijemput dengan beberapa orang yang seangkatan dengan beliau yang ada sudah naik wheelchair (kerusi roda) dan sebagainya untuk berjalan di Dataran Merdeka. Dia diraikan oleh Tun Mahathir masa itu Perdana Menteri. Tahun berapa saya tidak ingatlah tahun berapa. Jadi dia memang pejuang Malayan Union dan dipanggil untuk menegakkan untuk mengembalikan sejarah

16

Malayan Union semasa procession (perarakan) perarakan merdeka. Tahun berapa aunty (mak cik) tidak tahu.

Al Hadi: Boleh Professor ceritakan pula mengenai arwah bapa saudara Profesor yang merupakan anak melayu pertama menjadi Datuk Bandar di England. Bagaimana perasaan Profesor dengan kejayaan beliau?

Prof. Beep: Ya, beliau ini kan memanglah tidak sangkalah dia hendak jadi Datuk Bandar di England di sebuah bandar kecil Winsford. Saya ingat masa saya lahir umur saya mungkin dalam satu, dua, tiga tahun itu, dia dah belayar ke England. Dia belayar tahu, dia bukan hitchhike (mengembara dengan menumpang kenderaan orang), dia memang belayar untuk katakanlah agaknya mencari rezeki ke dan sebagainya. Jadi, dia pun sampailah ke England duduk [menetap] sana, cari kerja dan terus berumah tangga di situ. Agaknya mungkin beliau ini walaupun orang melayu tetapi banyak mengetahui tentang cara hidup orang English (Inggeris), orang-orang British masa beliau bekerja di sana, dan seterusnya agaknya minat politik itu adik beradik itu semua memang kuat politik, jadi agaknya pun mencebur diri dalam politik dan seterusnya memenangi pilihan raya untuk menjadi Datuk Bandar di bandar yang kecil. Walaupun bandar itu kecil tapi ia mendapat liputan yang quite (agak) besar jugalah di Malaysia ini pada masa itu. Saya kenal dia pun apabila beliau kalau dia balik ke Malaysialah, balik ke Malaya macam empat, lima tahun sekali dan memang beliau kerap menulis surat, hantar gambar jadi kita tahulah walaupun jarang jumpa tahu tentang anak dia, tahu tentang diri dia, tahu tentang isteri dia. Anak dia dua orang. Seorang nama Karen Faizah seorang lagi Paul Ibrahim. Jadi walaupun sepupu-sepupu ini tidak pernah

17

berjumpa tapi kita tahu tentang diri masing-masing dan seterusnya memang membanggakanlah pencapaian beliau itu sebagai seorang Datuk Bandar. Orang Melayu, orang kita. Bapa saudara saya pula memang rasa banggalah tentang kejayaan beliau sebagai Datuk Bandar.

Al Hadi: Adakah arwah [bapa saudara Profesor] merupakan sumber inspirasi kepada Profesor?

Prof. Beep: Salah seorangnya, salah seorang tapi sumber inspirasi saya yang paling kuat sekali ialah mak, bonda saya dan kemudiannya saya mungkin kata ayah saya, selepas itu adikadik beradik saya, mak-mak saudara saya yang berjaya. Kebanyakan mak-mak saudara saya guru-guru semuanya, guru agama, guru sekolah Melayu. Semuanya menekankan pendidikan daripada kita kecil lagi.

Fadhli: Jadi, adakah Profesor satu hari nanti berminat untuk menyertai dunia politik di Malaysia?

Prof. Beep: Saya rasa memang saya tidak minat masuk [sertai] dunia politik di Malaysia ini atau di mana-mana. Ramai jugalah kawan-kawan dahulu-dahululah macam 10, 15 tahun yang lalu, dia kata masuklah politik ikut mak kan, lepas itu kita pandai bercakap, pandai berhujah dan sebagainya. Tetapi saya kira [pendapat Prof. Beep] pandai bercakap, pandai berhujah bukan satu kriteria untuk menjadi seorang politik. Tetapi, kita mesti minat, minat dengan politik, minat untuk berjuang. Tetapi saya lihat politik sekarang pun dah berubah. Banyak orang masuk [sertai] politik hendakkan projek, hendakkan kekayaan, hendakkan duit, hendakkan nama, hendakkan pangkat dan sebagainya. Jadi, saya tidak berapa

18

minatlah. Memang tidak minat bukan tidak berapa minat. Mak sahaja minat, tetapi masa mak dahulu itu, dia perjuangan dia memang untuk memartabatkan orang Melayu. Jadi, dia [merujuk politik kini] punya perjuangan itu sudah berubah. Mak saya sampai mati [meninggal dunia] tidak dapat Tan Sri ke, Puan Sri ke, apa benda kan. Jadi, itu bukan satu dia punya perjuanganlah [perjuangan untuk mendapatkan nama dan gelaran].

Al Hadi: Tidak minat tapi masih mengikuti perkembangan semasa?

Prof. Beep: Masih mengikuti perkembangan semasa tetapi selalu kesal dengan apa yang diikuti terutama sekali dengan gelagat politik sekarang ini. Orang-orang Melayu yang PAS [Parti Islam Se-Malaysia] nya lain, yang UMNO nya lain, yang Pakatan lain. Jadi nampak sangat kita ini sudah tidak bersatu. Macam dahulu masa under (di bawah) UMNO, memang kita nampak bersatu. Saya memang bukan ahli UMNO, tetapi memang menyokong UMNO macam sepatah kata kakak saya from the womb to the tomb dari dalam perut sampailah ke liang lahad memang penyokong pejuang UMNO. Penyokong UMNO lah, kalau tidak pejuang pun at least (sekurangkurangnya) penyokong. Cuma kita harapkan ahli politik kita ini biarlah betul dia punya tujuan untuk memimpin macam I dont know whether you want to listen to this (saya tidak pasti sama ada anda hendak dengar ini), macam saya lihat sekarang ini ramai macam orang generasi saya selalu mempersoalkan orang-orang muda macam you all (awak semua), suka lepak, suka itu, tidak boleh buat kerjalah, tidak hendak belajar, tidak hendak membaca. Saya kata dalam hati saya belum tulis sahaja dengan paper (akhbar), saya kata budak-budak muda ini, yang sekarang ini yang kita

19

complaint-complaint

about

(komplen-komplen

tentang)

budak-budak muda, tapi dia punya role model (model ikutan) macam pemimpin-pemimpin itu semua pun duduk [asyik] bergaduh sahaja, yang corrupt (rasuah), yang ambil rasuah, yang bergaduh sama sendiri, yang berbunuh, yang video seks, yang macam-macam lagilah. Kalau kita lihatkan, I (saya) kata macam mana you all asyik complaint (komplen) tentang orang muda, [tetapi] orang yang berumur 50, 60 yang khalwat, yang bribe (rasuah), yang bunuh pun ramai juga. Dia tidak terfikir yang dia itu buat jahat, dia selalu nampak budak muda yang lepak, yang mat rempit, yang duduk di tepi Syed Bistro [restoran di Plaza Alam Sentral, Shah Alam] sampai pukul 3, 4 pagi. Oklah, you all (awak semua) muda dulu macam itu juga. Dia lupa, you know (awak tahu) and then (selepas itu) masa you dah tua ini pun you (awak) buat kerja jahat yang secara bentuk lainlah; bentuk mencuri, bentuk menipu, berhutang. Kalau kita tengok yang PTPTN [Perbadanan Tabung Pendidkan Tinggi Negara] yang dia nak blacklist antaranya Dato-Dato, Y.B.-Y.B. semua. Yang Berhutang dipanggil [sambil ketawa]. So (jadi), orang yang generasi macam generasi sayalah kita tidak boleh hendak blame (salahkan) orang muda sahaja kita harus tengok diri kita sendiri. Apa yang kita buat baik betul sangat? Kita pun sama yang menipu, memperdaya dan membunuh kan?

Al Hadi: Apakah hobi Profesor pada waktu lapang?

Prof. Beep: Oh, yang paling saya suka ialah membaca. Yang paling saya suka. Tidak boleh 1 saat pun saya tidak ada buku untuk membaca dan saya membaca all kinds (pelbagai) daripada novel-novel yang tebal macam Pillars of the Earth ke, World Without End yang seribu lebih dia punya muka surat

20

sampailah novel-novel anak-anak saudara I (saya) membaca macam Chick Flicks lah you know (awak tahu) macam hollywood itu semua membaca juga. Jadi I (saya) memang suka membaca whatever I can lay my hands on, I will read (apa-apa yang boleh saya pegang, saya akan baca).

Al Hadi: Koleksi buku yang Profesor paling sayang?

Prof. Beep: Koleksi yang saya dahulu, masa mula-mula masa kecil-kecil dahulu Enlyd Bliton, buku kanak-kanak. Tetapi, sudah pindah-pindah sudah hilanglah buku itu Yed [Fadhli] and (dan) Hadi. And then (selepas itu) masa saya meningkat besar sedikit, Nancy Drew punya series (siri) itu pun misterilah, misteri budak-budak kecil punya misteri. Kemudian saya suka baca buku Arthur Hailey, H.A.I.L.E.Y [mengeja] jadi macam segala buku yang dia tulis itu saya akan baca. Kemudian baca buku romance (romantic) macam umur hendak lima belas, enam belas, tujuh belas itu Mills and Boons punya series (siri) kakak beli, siapa-siapa belilah [saya] pinjam. Dulu saya suka beli buku, sekarang ini saya pinjam sebab ekonomi dah gawat. Jadi kita pinjam kat [di] library (perpustakaan) ke something like that (macam itulah). And then (selepas itu) saya suka juga baca buku macam buku drama-drama tentang pembunuhan, tentang court trial (perbicaraan mahkamah) jadi John Grisham [penulis buku] saya suka, memang ada simpan John Grisham [penulis buku] and another one is (dan lagi satu) Turow T.U.R.O.W. [mengeja] Scott Turow [penulis buku], also about law, about legal matters (juga mengenai undang-undang, mengenai perkara undang-undang). Dahulu berangan jugalah hendak jadi lawyer (peguam), tapi masa lepas buat form six (tingkatan enam) itu subsidiary (subsidiary) kurang satu jadi

21

tidak boleh masuk fakulti undang-undang di Universiti Malaya kena masuk fakulti sastera dan sains sosial. Jadi itu lah yang ambil English (Inggeris).

Al Hadi: Pendapat Profesor mengenai budaya membaca dalam kalangan pelajar pada masa ini.

Prof. Beep: Okay (baiklah), secara rambang ya, mungkin kita terpedaya dengan anggapan popular yang mengatakan orang-orang muda tidak baca. Tapi, saya banyak berjumpa dengan orangorang muda yang membaca. Contohnya Yed [Fadhli], contohnya anak saya sendiri dah memang kuat membaca. Anak saudara saya semua sudah memang kuat membaca. Baca buku novel lah ya? You (awak) maksudkan buku novel, buku sekolah, buku ilmiah semua kan? Buku ilmiah dia orang terpaksa bacalah sebab sekolah kan untuk tugas. Tapi macam anak saudara saya umur dia baru form four (tingkatan empat) enam belas tahun, berjalan mana-mana mesti bawa buku. Sekarang ini the latest (terkini) yang dia tengah baca Dan Brown [penulis buku], The Lost Symbol [tajuk buku]. Jadi kalau di keliling-keliling saya memang saya dikelilingi dengan orang yang membaca tapi ramai juga yang saya tahu yang tidak membaca contohnya, macam kalau saya tanya budak-budak masters (Ijazah Sarjana) saya lah ya, membaca itu satu chore (kerja harian) ya. Kalau buku ilmiah itu berat untuk mereka membaca inikan lagi buku yang bukan ilmiahkan sebab masa. Ada itu kadang-kadang pasal masa tapi kalau kita suka membacakan, kita cari masa ya untuk membaca walau macam manapun you know (awak tahu). Kita certain things you sacrifice (sesetengah perkara awak berkorban), you (awak) tidak buat certain things (sesetengah perkara), you (awak) tidak berjalan, tidak melepak kerana you

22

(awak) hendak membaca. Jadi, ada kebenarannya yang mengatakan orang-orang muda tidak membaca tapi ada juga ramai juga orang muda yang saya tahu yang membaca.

Fadhli: Jadi, apakah perasaan Profesor apabila dapat membaca buku-buku? Ada memberi kepuasan ke?

Prof. Beep:

Ya, dia akan memberi kepuasan dan ia juga akan memberi saya ilmu. Saya seorang guru bahasa, jadi kadang-kadang saya mempelajari banyak perkataan-perkataan baru daripada membaca buku. Selain daripada perkataan baru, kadangkadang information (maklumat) yang baru juga you know (awak tahu) tentang macam sekarang ini saya tengah baca tentang one book (satu buku) macam misteri The Courtship Gift [tajuk buku] and (dan) orang yang protagonist (watak baik) dia itu adalah seorang yang suka insect (serangga). Dia entomologist (pakar serangga). Jadi dia akan menceritakan tentang spider (labah-labah) tentang bees (lebah) sorry (maaf) bukan spider, bees. Apa bees in Malay? (Lebah dalam Bahasa Melayu)

Al Hadi: Lebah.

Prof. Beep: Jadi macam mana lebah itu buat madu, dia daripada satu ke tempat satu ke tempat, soldier (askar) lebah itu dia akan cari makan untuk queen (ratu) dia, jadi secara tidak sengaja kita pun dapat tahu tentang lebah. Jadi itu yang saya suka membaca kadang-kadang macam tapi kadang-kadang baca banyakbanyak yang murder-murder (bunuh-bunuh) misteri ini pun you (awak) jadi macam you know (awak tahu) bawa kereta pun eh ada orang ke yang ikut aku ke?, masuk kat [di] Mall (tempat beli-belah) pun dekat parking lot (tempat letak kereta) eh

23

tengok lah ya I mean so you know (maksud saya jadi awak tahu) macam.

Al Hadi: Terbawa-bawa? Prof. Beep: Aah macam kalau kita tengok movie (wayang) itu pasal kitakita yang acting (berlakon) dalam movie (wayang) itu benda itu terjadi dengan kita. Jadi dalam buku pun rasanya macam kita boleh menghayati apa yang telah diceritakan dalam novel itu.

Al Hadi: Baiklah Profesor, dimanakah Profesor mendapat pendidikan awal?

Prof. Beep: Saya mendapat pendidikan awal primary (rendah) di Pontian, Johor di Tunku Mahmood Iskandar School (Sekolah Tunku Mahmood Iskandar) dan form one (tingkatan satu) sampai form five (tingkatan lima) di Sekolah Sri Perhentian, Pontian juga. Kemudian naik form six (tingkatan enam) di Sultan Ibrahim Girls School [Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim] JB [Johor Bahru].

Al Hadi: Bagaimanakah keadaan persekolahan Profesor pada waktu dahulu? Prof. Beep: Masa itu sebenarnya kita punya kawan-kawan itu Melayu, Cina, India memang rapat. Kita tidak langsung macam di sekolah-sekolah masa itu dia punya population (populasi) Indian (orang india), Malay (orang melayu), chinese (orang cina) memang sama dengan ratio population (nisbah populasi) negara. Jadi macam sekolah sekarang ini kalau saya lihat, kalau di Shah Alam ini macam sekolah anak saya yang Sekolah Kebangsaan Seksyen Empat, ataupun Sekolah Menengah Seksyen Dua bilangan orang cina sangat sedikit, bilangan orang india pun lagi sedikit jadi maknanya banyak

24

melayu. Kalau di PJ [Petaling Jaya] banyak cina ya ramai cina, india, kurang melayu. Kalau di Subang Jaya memang chinese (orang cina), so the racial composition (jadi komposisi bangsa) itu dia ikut area (kawasan). Macam di Pontian dahulu, kita berkawan sampai sekarang masih lagi berkawan dengan budak-budak cina, budak-budak india. Sebab lagi satu memang rapat masa itu berkawan dengan orang cina, orang india, Deepavali (pesta cahaya) kita celebrate (sambut), chinese new year (tahun baru cina) kita celebrate (sambut), hari raya kita celebrate (sambut), main mercun pun main mercun ya, makan muruku pun makan juga and then (selepas itu) tapi sekarang ini saya nampak dia punya pergaulan itu renggang. Cuba saya tanya dengan Al Hadi dengan Yed [Fadhli], ada tak chinese friends (rakan bangsa cina)?

Fadhli: Tidak ada sangat, tidak ramailah.

Al Hadi: Ada, tapi tidak keep in touch (berhubung).

Prof. Beep: Tidak keep in touch (berhubung) ya? Masa sekolah sahaja ada chinese friends (rakan bangsa cina) masuk universiti langsung sudah tidak ada kan? Kalau ada jumpa chinese (orang cina) pun mungkin lecturer (pensyarah), indian (orang india) ke mungkin lecturer (pensyarah). Jadi kita tidak tahulah. Tapi saya rasa benda ini semua jangan dibesar-besarkan macam kerajaan sekarang satu Malaysia satu bangsa. Saya rasa itu macam artificial (palsu). Pada pendapat saya, kalau benda itu semua kita buat kempenlah, kita buat lagu, kita buat iklan, itu rasa saya macam propaganda. Macam tidak ikhlas, artificial (palsu). Lebih elok kalau macam kita dalam sekolah pun melayu, cina, india sama. Dekat universiti pun kan? Tapi I suppose (saya andaikan) benda itu sudah jadi macam itu, saya

25

bukan Perdana Menteri I cant say anything much (saya tidak boleh berkata banyak).

Al Hadi: Adakah ibu bapa Profesor amat menitik beratkan pendidikan Profesor dan juga adik beradik yang lain?

Prof. Beep: Amat, amat memberatkan. Dan macam saya bagi tahu tadi kan, mak saya isteri ke tiga ayah saya, jadi saya ada kakakkakak, abang-abang yang daripada mak lain. Tapi apabila sampai pada anak mak saya, mak saya menekankan pada ayah saya, mula-mula ayah hendak masukkan kita kat sekolah agama. Tidak sekolah agama sekolah Melayu, orang ini sekolah Melayu, orang ini sekolah agama, orang ini sekolah Inggeris. Tapi mak saya kata no (tidak), semua mesti sekolah bahasa Inggeris. Dia sebenarnya mak saya ini dia walaupun dia orang Melayu, orang Islam, dia ini royalist (penyokong raja). Dia memang suka queen (ratu) you know (awak tahu) keluarga Queen Elizabeth, memang masih lagi pandang pada England. Kalau you (awak) tengok I (saya) punya lagi kecil umur I (saya) setahun I (saya) pakai christening gown (gaun kristian). Ambil gambar umur sebulan adik beradik I (saya) semua pakai christening gown (gaun kristian) macam orang kristian kononnya tapi bukan. Tapi macam hendak acknowledge (mengiktiraf) yang kita ini sudah sampai oh satu bulan pakai gaun, ambil gambar. Jadi dia ada sedikit British lover (pencinta British), anglophile (pencinta Inggeris) dia orang panggil anglophile A.N.G.L.O.P.H.I.L.E. maknanya masih lagi

sukakan English (bangsa Inggeris) and (dan) benda-benda English (bangsa Inggeris) but at the same time (tapi pada waktu yang sama) dia berjuang jugalah untuk negarakan kemerdekaan kita. Jadi memang dia menekankan pendidikan. Banyak menekankan pendidikan sebab dia kata lagi satu mak

26

bukan orang kaya, mak tidak akan dapat meninggalkan kamu semua rumah, tanah dan sebagainya. Dia cikgu. Masa itu dia cikgu pun macam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Gaji dia macam dua tiga ratus sebulan itu ngam-ngam [cukup-cukup] untuk hendak membesarkan lima orang ini. Ayah tolonglah sedikit-sedikit pasal ayah pun sudah pencen masa itu duduk dengan isteri dia yang lagi satu kan. Jadi mak membesarkan kami kiranya macam single mother (ibu tunggal) lah juga.

Al Hadi: Apakah pendapat Profesor mengenai teknik pembelajaran dan pengajaran pada waktu dahulu dan kini?

Prof. Beep: Banyak perbezaan. Macam dahulu lebih banyak menghafal. Suruh kita menghafal dan suruh kita drill (menghafal berulang kali) lah, dia repeat (ulang) macam grammar (tatabahasa). English grammar (tatabahasa Inggeris) itu kita hafal, history (sejarah) pun fakta-fakta kita hafal ya. Lain daripada sekarang. Sekarang ini dia menekankan pergaulan pelajar dengan kumpulan, buat projek. Selepas itu, menekankan soft skills (kemahiran tambahan) ada baiknya. Saya rasa lebih banyak baiknya yang sekarang ini sebab kita punya teknik

pembelajaran dan pengajaran didokong ataupun ditampung dengan research (kajian), dengan informed decision

(keputusan yang dimaklumkan). Maknanya budak-budak sekarang umur dia macam ini dia belajar lebih elok macam ini macam ini. Hendak belajar English (bahasa Inggeris) ikut approach (pendekatan) ataupun pendekatan komunikasi. Macam dahulu kita menghafal sahaja tahu menghafal which has its good point (yang turut punyai kebaikan) jugalah tapi kita tidak diajar.

27

END OF TAPE 1 SIDE A : TAPE 1 SIDE B

Prof. Beep: Kita tidak diajar berfikir jadi maknanya banyak hafalan dan approach (pendekatan) cikgu dulu pun macam garang sangat. Macam saya matematik dengan sains cikgu matematik itu dia tidak langsung melihat ataupun mengkisahkan mengisahkan budak-budak yang lemah. Macam saya lemah dalam matematik jadi dia terus kata okey Habibah lemah matematik poor in mathematic (lemah dalam matematik) kalau record book (buku rekod) itu yang lain semua biru tiba pada matematik merah. Jadi dan dia tiada psikologi dia tiada hendak menarik minat kita. Dia tiada kata apa masalah you (awak) ya. Saya sampai umur standard five (darjah lima) standard six (darjah enam) tidak reti baca clock (jam). Clock (jam) dulu bukan digital clock (jam) dulu analog. Jadi macam mana ini tangan pendek [jarum pendek] tangan panjang [jarum panjang] dan sebagainyakan. Jadi orang tidak kisah psikologi masa itu. Ko [kau] dapat belajar belajar ko [kau] tidak dapat belajar fine (baik). No one is going to find out (tiada siapa yang mengambil tahu) apa kelemahan dia apa dia punya kesukaan tiada masa dulu. Jadi in a way (dalam cara) kita punya pengajaran teknik pengajaran pembelajaran sekarang ini banyak kita dibantu dengan kajian dengan research (penyelidikan) dengan dapatandapatan daripada penyelidikan-penyelidikan yang telah dibuat mengenai teknik pembelajaran dan pengajaran. Jadi student (pelajar) you know (awak tahu) lecturer (pensyarah) masuk kelas macam lecturer (pensyarah) tahu ooo.. I have 40 students but I have 40 types of different of students (saya ada 40 orang pelajar dan 40 perangai yang berbeza). Ada yang individual learner (belajar bersendirian) ada yang group learner (belajar berkumpulan) ada yang suka mentelaah ada yang suka bercakap macam dulu tidak kisah kalau kita kuat

28

bercakap kita dilabelkan nakal. Macam saya kuat bercakap kuat buat bising dalam kelas melenting sana melompat sana melompat jadi orang cakap apa ini student (pelajar) nakal. Kalau sekarang dia orang panggil student (pelajar) aktif.

Al Hadi: Selepas tamat peringkat menengah, adakah Profesor bekerja atau pun menyambung pelajaran di universiti?

Prof. Beeb: Saya sebenarnya bekerja sekejap sahaja sebagai cikgu sementara antara form six (tingkatan enam) menunggu result form six (keputusan tingkatan enam) sehinggalah bulan june (enam) apabila saya masuk ke Universiti Malaya jadi saya kerja guru sementara.

Fadhli: Di mana ketika itu?

Prof. Beeb: Di S.I.G.S. [Sultan Ibrahim Girls School]

Fadhli: Rendah?

Prof. Beeb: Tidak. Menengah. Saya mengajar civics (sivik) dan apa dipanggil civics (sivik) sekarang? C.I.V.I.C.S [mengeja] tatanegara ya? Bukan kemahiran hidup.

Fadhli: Ya.

Prof. Beeb: Mengajar civics (sivik) dengan sukan P.E physical education (pendidikan fizikal) sorry (maaf).

Al Hadi: Di universiti mana?

Prof. Beeb: Mana? Saya pergi? Universiti Malaya.

29

Fadhli: Apakah bidang pengkhususan Profesor?

Prof. Beeb: Sastera dan kemudiannya pengkhususan Kesusasteraan Bahasa Inggeris. Maknanya English literature (Kesusasteraan Bahasa Inggeris).

Al Hadi: Boleh ceritakan serba sedikit mengenai pengalaman Profesor semasa menuntut di universiti?

Prof. Beeb: Saya memang very interested you know in English (sangat berminat dalam Bahasa Inggeris). Banyak membaca tapi terlalu banyak membaca banyak buku hendak kena baca ada yang saya faham ada yang saya tidak faham. Ada buku yang terpaksa dibaca pada masa itu dan saya tidak baca. Umur saya 40 tahun lebih baru saya start (mula) baca balik semula buku itu. I (saya) kata baru aku faham buku ini dulu tidak faham and then (selepas itu) tapi universitilah was one most interesting (salah satu paling menarik) banyak kawan and then (selepas itu) banyak buat aktiviti macam aktiviti menari saya adalah kumpulan kebudayaan kolej saya kolej kediaman. Saya juga aktif dalam MPP [Majlis Perwakilan Kolej]. Mesyuarah bersama dia panggil MBA. Mesyuarah bersama asrama masa itu. Ahli tingkat ahli blok ke begitukan. And then (selepas itu) saya juga mengambil bahagian dalam sukan saya banyak main netball (bola jaring) nyanyi, main karom memang it was fun (sangat seronok). To me (bagi saya) sebab itu macam anak saya macam Adam the first three years (tiga tahun pertama) dia duduk di Perak saya galakkan dia orang duduk dalam hostel (asrama) sebab hostel (asrama) banyak aktiviti dan it fun (ia menyeronokkan). Kalau macam jadi NR kan (non resident) nak jadi NR (non resident) sudah senior-senior jadi NR (non resident) tidak apa. Tapi first year (tahun pertama), second

30

year (tahun kedua), third year (tahun ketiga) itu jadilah. Duduklah dalam kolej supaya dapat membina kawan.

Al Hadi: Maksudnya Profesor menggalakkan anak-anak aktif?

Prof. Beeb: Aktif dalam kolej you know (awak tahu). Macam Aida aktif dalam dulu Kesatria. Sekarang ini macam-maam fakulti dia punya cerita macam annual dinner (makan malam tahunan), community service (aktiviti kemasyarakatan) dan sebagainya.

Al Hadi: Bolehkah Profesor berkongsi dengan kami teknik belajar yang Profesor amalkan?

Prof. Beeb: Saya punya teknik belajar sudah berubah-ubah masa saya bekerja masa di universiti dulu masa saya dekat sekolah it was more of memorizing (lebih kepada mengingat). Baca memorize (menghafal) baca memorize (menghafal) jadi matapelajaran yang saya boleh belajar macam saya boleh hafal macam history (sejarah), geography (geografi), english (Bahasa Inggeris), Bahasa Malaysia itu saya bagus. Sebab saya boleh membaca baca hafal baca hafal tapi matapelajaran yang kena buat latihan kena berfikir matematik dan sains itu saya kurang sikit sebab teknik mengajarnya [berceloteh]. Tiada dia explain (terangkan) ini macam ini ini macam ini you (awak) berminat tidak selepas itu imagine (bayangkan) okay (baiklah) imagine (bayangkan) sains macam mana. Macam sekarang ini banyak cerita kan. Science history (sejarah sains) macam mana. Ini text book (buku teks) buka teks pun tidak faham tidak faham text book (buku teks). Cikgu mengajar pun tidak faham juga. Jadi minat itu langsung macam hati saya terus tertutup. Jadi macam teknik masa saya muda dulu itu saya rasa paling berjaya untuk saya adalah menghafal. Menghafal membaca menghafal

31

membaca tapi apabila saya buat masters (Ijazah Sarjana) buat PhD [Doctor of Philosophy] membaca mesti dibekalkan dengan kefahaman mesti faham. Selepas itu mesti baca jangan sekali mesti baca dua tiga kali baru faham. Buat nota pakai highlighter (penerang) ke underline (garis) selepas itu buat notation (penanda) dekat tepi-tepi ini ke [sambil menunjukkan contoh] and then (selepas itu) sebelum lecture (kuliah) kena baca tengah lecture (kuliah) ingat dan mendengar apa-apa penerangan dari pensyarah kemudian selepas lecture (kuliah) baca semula apa yang telah dibaca supaya dapat kefahaman yang lebih mendalam.

Al

Hadi:

Profesor

cenderung

belajar

bersendirian

ataupun

secara

berkumpulan?

Prof. Beeb: It depends on subject (bergantung kepada subjek) macam statistik matapelajaran statistik pensyarah saya galakkan supaya kita berkumpulan fasal statistik itu pada saya macam matematik memang susah jadi kalau saya berkumpulan dahulu masa buat PhD berkumpulan empat orang. Seorang mat saleh, seorang cina, seorang melayu seorang lagi entah siapa [tidak ingat] lupa sudah budak melayu juga agaknya jadi kita buat group work (kerja berkumpulan) orang ini faham ini orang ini tidak faham ini jadi kita share (berkongsi) and then (selepas itu) buat latihan bersamalah. Jadi it depends (bergantung) pada mata pelajaran, ada yang saya suka sendiri-sendiri tapi generally (secara umumnya) saya suka sendirilah. Saya jarang suka berkumpulan sebab kadang-kadang buat kumpulan ini pun ada orang buat ada orang tidak buat. Kadang kita kata hari ini datang kita tunggu dia datang lambat ataupun kita datang lambat jadi banyak dependency (kebergantungan) banyak hendak tunggu orang ini datang orang ini tidak datang orang

32

ini sakit orang itu orang ini. Jadi malas baik saya belajar seorang.

Al Hadi: Pandangan Profesor mengenai persaingan pelajar pelbagai kaum di universiti?

Prof. Beeb: Persaingan kita ini memang persaingan itu sengit antara melayu, cina dan indialah dan kita ini selalunya diburu oleh stereotaip. Stereotaip maknanya orang cina pandai orang melayu tidak berapa pandai orang india kita tidak payah ceritalah. Jadi kita ini selalu dalam hati orang melayu lah selalu kata kita ini bodoh kita tidak pandai kita tidak pandai bercakap kita malu bercakap jadi perasaan itu macam ditanamkan dalam perasaan orang melayu daripada kecil. Daripada kecil macam saya dulu waktu kecil ditanamkan dengan perasaan ohh orang melayu tidak pandai matematik orang melayu tidak pandai sains. Jadi dalam kepala saya ohh mungkinlah aku tidak pandai sains tidak pandai matematik terus tidak pandai.

Al Hadi: Stigma

Prof. Beeb: Ya ya jadi budak-budak melayu sekarang ini pun kalau kita kata fasal meritokrasi dan sebagainya kita selalu terus give up (putus asa). Kita ini kalau hendak berkawan dengan orang cina tidak boleh. Padahalnya boleh. Macam di INTEC

[International Education Centre] budak-budak melayu semua itu pun yang pandai-pandai juga. 10A. Budak cina 10A budak melayu pun 10A. Infrastruktur yang diberi sama. Cikgu [pensyarah] yang diberi sama, buku yang diberi sama tapi budak melayu ada perasaan macam perasaan rendah diri perasaan low self-esteem (kurang keyakinan diri). Dia

33

berdepan sahaja budak cina dia terus kata Allah aku tidak pandai. Walhalnya masa saya di Pontian dulu saya dengan cina melayu, tentang cina melayu memang tiada perbezaan sebab budak melayu pandai budak cina pun pandai. Tapi kalau tentang matematik saya memang kalah memang saya give up (putus asa). Jadi kadang-kadang persepsi diri kita. Contohnya cuba kalau saya tanya pada Hadi kalau awak masuk Universiti Malaya awak rasa awak boleh hidup tidak duduk [di] Universiti Malaya? Awak rasa mungkin awak tidak boleh hidup sebab ada persaingan dengan cina dan india fasal dia lebih rajin lebih pandai dia lebih itu dia banyak duit sebenarnya kita sendiri yang berfikir macam itu. Pada saya kalau kita berfikir sebegitu kita kena kikiskan perasaan itu. Macam architecture (seni bina) di universiti-universtiti the best is (paling bagus) UiTM, law (undang-undang) the best (paling bagus) is still (tetap) UiTM. Tentang libraries studies (pengajian perpustakaan) kalau you (awak) tanya anyone (sesiapa) all (semua) pustakawan dalam dunia Malaysia dengan universiti ke dekat swasta ke tanya mana awak, awak dari mana? UiTM. Kita bagus cuma kita selalu dibekalkan dengan apa ini kata-kata orang melayu ini bodoh orang melayu ini tidak maju orang melayu ini malas jadi kita ini sentiasa berfikir begitu. Seharusnya kita jangan berfikir begitu. Orang cina pun apa kurangnya orang dia yang bodoh, apa kurangnya orang dia yang jahat apa kurang juga orang dia yang miskin. Jadi kita jangan ada perasaan apa nama itu negatif. Kita pandai kita boleh buat.

34

Al Hadi: Selepas Profesor mempunyai ijazah, Profesor sambung Masters dimana? Dalam jurusan apa?

Prof. Beeb: Di Indiana University [Universiti Indiana] jurusan applied linguistic. Jadi daripada kesusasteraan Bahasa Inggeris ke linguistic (linguistik). Pun berkaitan jugalah kiranya dan PhD dalam pendidikan.

Fadhli: Di universiti yang sama ke?

Prof. Beeb: Universiti yang sama. Indiana University [Universiti Indiana] [sambil menghulurkan kad nama].

Al Hadi: Bagaimana pula gelaran Profesor diperoleh?

Prof. Beeb: Gelaran Profesor?

Al Hadi: Ya.

Prof. Beeb: Bagaimana?

Al Hadi: Macam mana Profesor mendapat gelaran Profesor?

Prof. Beeb: Ooo itu very long process (proses yang panjang). Nak jadi profesor ini kalau macam rakan-rakan yang sebaya saya kalau dia PTD [Pegawai Tadbir Diplomatik] ya dia PTD rakan-rakan seangkatan dengan saya kalau dia PTD dia kerja JPA [Jabatan Perkhidmatan Awam] dia kerja Wisma Putra dia sudah dapat profesor. Profesor ini dia punya gaji is (ialah) JUSA C [Jawatan Utama Sektor Awam]. Dia orang dapat lebih cepat daripada saya dan lebih senang. Dia orang ada bachelor (ijazah sarrjana muda) sahaja sudah dapat JUSA.

35

Walhalnya saya dan rakan-rakan lain di universiti kalau tidak menulis buku tidak tulis artikel tidak buat kajian tidak mengajar tidak dapat PhD tidak akan dapat profesor. Jadi profesor ini apabila saya dapat profesor itu rasa memang satu apa nama itu achievement (pencapaian). But thats not all, thats not the end of life (tapi itu bukan semua, bukan pengakhiran hidup). Tidak bermakna kalau dapat profesor dapat PhD itu teruslah pengsan mati. Tidak payah buat kajian lagi tidak boleh. Profesor itu will be catalyst (membakar semangat) lagi untuk kita buat lebih banyak lagi kajian lebih banyak lagi mentoring (membimbing) orang-orang muda ini semua ini kita bimbing dia dalam kajian buat penyelidikan dan sebagainya.

Al Hadi: Selepas tamat pengajian apakah pekerjaan Profesor?

Prof. Beeb: Yang pertama inilah lecturer (pensyarah) di UiTM tahun 1979. Saya tahun ini 30 tahun di UiTM.

Fadhli: Jadi apakah tugas Profesor pada masa itu?

Prof. Beeb: Waktu itu waktu saya jadi profesor saya di INTEC [International Education Centre].

Fadhli: Tidak. Yang masa awal-awal dulu masa mula-mula sertai UiTM?

Prof. Beeb: Pensyarah Bahasa Inggeris.

Fadhli:

Di fakulti mana?

Prof. Beeb: Di Pusat Bahasa dan saya juga bertugas di Pusat Bahasa di Terengganu. Dua tahun saya duduk [di] Terengganu.

36

Fadhli:

Jadi apakah yang mendorong Profesor menjadi pensyarah selepas graduate (mendapat ijazah) itu?

Prof. Beeb: Sebenarnya ada tiga pekerjaan. Saya apply (mohon) tiga pekerjaan. Satu di Parlimen sebagai penterjemah serta merta. Simultaneous translater (menterjemah secara serentak) maknanya dia pakaikan kita headphone (alat pendengar) orang itu bercakap dalam Bahasa Melayu itu jam juga translate (alih bahasa) ke Bahasa Inggeris. Masa saya audition (ujibakat) macam hendak pengsan [gelak] hendak translate (alih bahasa) Malay (Bahasa Melayu) dan English (Bahasa Inggeris) at the same time so I said forget it and then (pada masa yang sama saya berkata lupakan dan seterusnya) saya juga minta UPM [Universiti Putra Malaysia] at the same time (pada masa yang sama) sebagai editor. Editor magazine (majalah) and then (dan seterusnya) fikir-fikir duduk Shah Alam hendak kerja dekat [di] UPM, Serdang jauh benar dan sebelum dia orang panggil interview (temuduga) UiTM panggil interview (temuduga) sebab UiTM saya minta kerja sebagai PRO [Public Relation Officier]. Saya tidak hendak jadi lecturer (pensyarah) tapi masa saya di interview (ditemuduga) pendaftar masa itu Haji Zain dia kata ini ada English (Bahasa Inggeris) kata dia rugi sahaja kalau hendak jadi PRO, jadi pensyarah kata dia. Jadi pensyarah so I said (jadi saya bertanya) jadi pensyarah bila dapat tahu sama ada berjaya atau tidak Minggu hadapan kata dia. Tapi kena interview (temuduga) lagi sekali. Kalau jadi PRO tunggu tiga bulan so (jadi) dia kata nanti next week (minggu depan) you (awak) datang balik untuk interview (temuduga) dan kemudiannya saya [di] panggil Ketua Pusat Bahasa masa itu Puan Habibah kata dia, Puan Habibah juga orang Johor juga dia kata dia interview (temuduga) dengan saya selepas

37

itu kalau berjaya boleh dapat terus. So (jadi) alhamdulilah saya jumpa dengan Puan Habibah itu dia tengok saya dia berkenan saya agaknya pandai, petah bercakap agaknya orang Johor nama pun sama okay (baiklah). Jadi macam accidental lecturer (dengan tidak dirancang) bukannya dilatih dididik untuk menjadi lecturer (pensyarah). Tidak. Saya jadi lecturer (pensyarah) pun macam accidental (tidak sengaja). Terjadi.

Fadhli: Sebagai seorang pensyarah, apakah pengalaman manis dan pahit yang Profesor tempuhi?

Prof. Beeb:

Pengalaman manis pahit dan sebagainya. Pahit. Pahit saya yang paling pahit kiranya perjalanan saya untuk menjadi profesor. 10 tahun sebenarnya saya mula apply (mohon) jadi professor 1997, tahun 2007 baru saya berjaya. Tiga kali interview (temuduga) tiga kali gagal. Tapi tidak tahu putus asa tapi kiranya pahit jugalah. Jadi maknanya pengalaman pahit itu tidak banyak. Tapi pengalaman yang manis banyak. You know (awak tahu) dapat scholarship (biasiswa), pergi buat masters (Ijazah Sarjana) dapat scholarship (biasiswa) pergi buat PhD [Doctor of Philosophy] dan naik pangkat naik pangkat naik pangkat sehinggalah sekarang ini. Walaupun jawatan ini bukanlah satu jawatan yang saya idamkan, saya tidak idamkan jawatan hendak jadi PNC [Penolong Naib Canselor] pada saya kepandaian saya tahap jadi Pengarah INTEC [International Education Centre) itu kira sudah top (sangat bagus) itu tapi dinaikkan untuk jadi PNC [Penolong Naib Canselor] ini dan saya ini sebenarnya dalam pada saya bising nakal saya juga menurut perintah macam Tan Sri minta saya jadi PNC. Dia kata kerana saya boleh membuat itu ini. Saya pun ikut kata dia juga dan saya

38

rasa dalam dua bulan setengah saya di sini buat masa ini berjaya menggerakkan kursus-kursus yang ada di sini untuk membina pensyarah-pensyarah akademik kita.

Fadhli: Bagaimana pula dengan anak-anak Profesor, adakah mereka cenderung untuk mengikut jejak langkah Profesor menjadi pensyarah?

Prof. Beeb: Anak perempuan tidak, anak lelaki dia ada berminat untuk menjadi untuk ambil masters (ijazah sarjana) dan kemudiannya hendak jadi pensyarah tapi saya cakap dengan dia kalau hendak jadi pensyarah buat masters kerja dahulu kerja dalam bidang seni bina dahulu dapat tahu masalah, apa itu cabaran, apa isu dalam dunia pembinaan, dunia mereka rumah, building (bangunan), hospital ke apa benda dapat real experience (pengalaman sebenar) maybe (mungkin) five, six, ten years (lima, enam, sepuluh tahun) harap-harapnya then come back and be a lecturer (pulang dan menjadi pensyarah). Then (kemudian) kalau jadi lecturer (pensyarah) you (awak) ada pengalaman untuk back you up (membantu) kalau macam dia belajar buat masters selepas itu jadi pensyarah dia tiada pengalaman di luar. Saya lebih suka kalau dia ada pengalaman real (sebenar) pengalaman di luar selepas itu nanti masa dia mengajar nanti dia boleh berkongsi dengan dia punya student (pelajar).

Fadhli: Pada pandangan Profesor mengapakah dikatakan para pelajar sekarang sukar untuk memperolehi pekerjaan di mana ramai graduan menganggur?

Prof. Beeb: Saya sebenarnya tiada sangat buat kajian tentang kenapa student (pelajar) menganggur kenapa susah dapat kerja jadi saya tidak boleh tidak dapat memberi apa nama itu jawapan yang tepat.

39

Tapi yang saya dengar kemungkinan satu, pelajar kita mesti equipped (melengkapkan) dengan soft skills (kemahiran tambahan). Selain daripada mengetahui tentang bidang itu katakanlah bidang you (awak) bidang apa?

Fadhli: Pengurusan rekod.

Prof. Beeb: You have to know that but you have also be able to, you have to know how to talk. (awak perlu tahu tentang pengurusan rekod dan tahu bagaimana untuk bercakap). You have to know how to convince people (awak perlu tahu bagaimana meyakinkan orang) macam di interview (temuduga) you know (awak tahu) nampak pembawakan diri itu macam confidence

(berkeyakinan) pandai bercakap pandai memberi buah fikiran tidak malu tidak segan tapi masih nampak menghormati orang. Jadi dan walaupun sesuatu kerja itu kita tidak dilatih dalam kerja itu tapi kita mesti bersedia untuk belajar. Macam saya kan saya jadi English lecturer (lecturer Bahasa Inggeris) saya tidak dilatih untuk jadi English lecturer (pensyarah Bahasa Inggeris) saya tidak di train (dilatih). Pandai-pandai sendiri belajar baca, baca dan baca tanya orang jangan malu jangan rasa sombong diri itu. Sudah ada degree (Ijazah Sarjana Muda) itu Allah aku yang paling besar dalam dunia ini. Tidak. Learning must be continuous (proses pembelajaran mesti berterusan). Jadi kalau yang pelajar yang menganggur kemungkinan kerja itu tidak sesuai dengan kita, kemungkinan dia pilih kerja saya pun tidak tahu apa saya hendak cakap sebenarnya.

40

Fadhli: Sebagai seorang pensyarah Bahasa Inggeris bolehkah Profesor berkongsi cara dan teknik yang digunakan oleh Profesor supaya pelajar Profesor mudah faham mengenai subjek yang dipelajari?

Prof. Beeb: Repeat (ulang ) balik.

Fadhli: Sebagai seorang pensyarah jadi macam mana Profesor mengajar anak murid Profesor supaya mereka faham apa yang Profesor ajar?

Prof. Beeb: Mula-mula saya mesti faham apa yang saya ajar saya mesti faham dan galakkan mereka untuk membaca. Penyampaian saya kepada pelajar dalam bentuk yang mereka faham. Macam kalau saya mengajar penyelidikan sekarang ini ya bukunya tebal macam ini [menunjukkan isyarat buku yang tebal]. Jadi daripada buku itu saya ambil intipati dia sahaja letak dalam powerpoint kemudian saya akan keluarkan powerpoint tunjuk satu persatu dan menggalakkan mereka bertanya. Dr. Beeb ini apa? Ini apa maknanya? Ataupun kalau dia [pelajar] tidak bertanya saya, saya akan tanya dia. Kalau dia tidak boleh jawab tanya orang lain jadi it is a (ianya) macam satu perbualan di antara kita. Macam kelas saya sekarang tujuh orang. Orang ini tidak faham orang ini faham orang ini explain (terangkan). Jadi walau apapun kita buat saya mesti menarik minat student (pelajar) itu terhadap matapelajaran itu walaupun pada mulanya student (pelajar) itu tidak berminat tapi kita kena bercerita kita kena menerangkan sesuatu itu dan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan kehidupan di hari-hari. Contohnya dalam research methodology (metodologi

penyelidikan). Anak murid saya semua guru. Guru Bahasa Inggeris ataupun guru Art and Design (Seni dan Reka). Jadi apa perbualan saya dengan mereka itu saya mesti kaitkan pengalaman mereka sebagai seorang guru Bahasa Inggeris

41

ataupun guru lukisan. Apakah isu-isu dalam bidang lukisan? Apakah isu-isu dalam bidang Bahasa Inggeris. Jadi kita kena kaitkan apa yang dipelajari itu dengan dia punya bidang dan dia punya interest (minat). Kalau student kan kalau kita sebagai seorang pensyarah kita duduk dekat depan itu kita bersyarah tidak tahu student (pelajar) ini punya nama, tidak tahu dia duduk mana, adik-beradik dia berapa, dia dari negeri mana, apa dia punya kesukaan dan apa dia punya cabaran sebagai pelajar matang. Jadi kalau pensyarah tidak berminat tentang student (pelajar) macam mana student (pelajar) hendak ditarikkan pada kita. Jadi kita kena minat dengan apa yang kita buat itu.

Fadhli: Jadi apakah harapan Profesor sebagai seorang pensyarah terhadap pelajar-pelajar Professor?

Prof. Beeb: Harapan saya memang tinggi untuk mereka. Kalau boleh mereka sepatutnya lebih tinggi daripada saya. Lebih berjaya daripada saya. Lebih tinggi lebih berjaya lebih pandai daripada saya kalau boleh.

Fadhli: Sebagai lecturer (pensyarah) Bahasa Inggeris apakah pendapat Profesor mengenai kelemahan pelajar Bumiputera khususnya dalam menguasai Bahasa Inggeris itu?

Prof. Beeb: Apa pendapat saya? Fadhli: Aah.

Prof. Beeb: Saya rasa kecewa sebab Bahasa Inggeris dan apa-apa bahasa juga kita ini diberi peluang belajar dalam Bahasa Inggeris you know (awak tahu) membaca dalam Bahasa Inggeris. Tetapi anak murid saya tidak menggunakan peluang sepenuhnya.

42

Contohnya di UiTM ini kan ramai pelajar yang tidak practice speaking in English (berlatih bercakap dalam Bahasa Inggeris) jadi kalau tidak berlatih macam mana hendak improve (memperbaiki). Jadi kita akan sentiasa duduk di bawah kepompong mengatakan aku tidak pandai Bahasa Inggeris aku cakap broken English (Bahasa Inggeris dengan tatabahasa yang salah) aku malu, aku segan, padahal orang cina orang india pun kadang-kadang dia cakap pun broken (salah) juga tapi kerana dia berani dia cuba dan lama kelamaan dia akan jadi baik juga. Dia tidak kisah orang kata dia macam bunyi [berceloteh] ke apa ke tapi orang melayu ini pemalu sangat. Pemalu orang melayu ini apa tahu dia malu mungkin agaknya orang Melayu ini dilema dia tidak hendak mahu dia nampak bodoh. Jadi dia bodoh dan sombong. Macam itu orang melayu cakap bodoh sombongkan.

Fadhli: Selama berkhidmat di UiTM, apakah jawatan-jawatan yang pernah Profesor sandang? Kalau lupa boleh list kan (senaraikan).

Prof. Beeb: Tidak. Tidak lupa. Mula-mula sekali pensyarah biasa. Tahun 1984 saya dinaikkan pangkat jadi koordinator. Coordinator in Intensif English Program (koordinator pada program intensif Bahasa Inggeris) di pusat pendidikan persediaan. Nama lama INTEC. Jadi koordinator dari tahun 1984-1988. 1988 saya jadi Ketua Program TESL [Teaching English as a Second Language]. Saya mulakan Teaching English Program, Teaching English as a Second Language. Sayalah orang yang mulakan program Teaching English as a Second Language di UiTM. Kemudian 1990-1994 saya pergi ke US [United States] buat PhD. 1994 saya balik semula ke Malaysia. 1994-2000 saya Ketua Program TESL lagi.

43

END OF TAPE 1 SIDE B : TAPE 2 SIDE A

Fadhli: Okay (baiklah), berbalik kepada jawapan Profesor tadi.

Prof. Beep:

Tahun dua ribu saya menjadi salah seorang ahli change management project (projek pertukaran pengurusan) di UiTM, change management UiTM under (bawah) Sapura, project (projek) Sapura. Dan 2004, satu Januari 2004 sampai 15 Julai 2009, saya Pengarah INTEC, dan kemudian saya 15 Julai 2009, saya menjadi PNC (Penolong Naib Canselor) ILQaM [Institute of Leadership and Quality Management].

Fadhli: Adakah sukar bagi Profesor sebagai seorang yang berkerjaya untuk membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga?

Prof. Beep:

Masa mula-mula berumah tangga dulu itu kiranya sukar jugalah sebab nak membesarkan anak, servant (pembantu rumah) tidak ada dan sebagainya, jadi sekarang ini macam sekarang ini kan, kalau kadang ada servant (pembantu rumah), kadang ada tidak, hendak membahagikan masa, masa budak-budak kecil itu kiranya susah jugalah nak membahagikan masa, certain things you have to sacrifice (segelintir perkara awak kena berkorban) macam sekarang ini anak-anak dah besar, jadi kalau saya kata saya malas hendak masak itu, Okay (baiklah) dia orang carilah makan di tempat lain ke dan sebagainya, tapi kadang-kadang, dah tua ini kadang-kadang balik rumah, cepat penatlah, lepas maghrib (waktu solat), you know (awak tahu) lepas maghrib itu macam rasa dah tidak hendak tengok benda-benda ini semua sudah tidak hendak tengok, bawaklah balik brief case (beg bimbit) bawak balik rumah, tapi buka pun tidak

44

juga. Bukan malas, sudah penat kan, badan itu sudah penat, badan makin lama bukan makin, makin sihatkan, kita sudah umur lima puluh lebih ini, tapi lagi satu banyak sosial, sosial events (peristiwa) saudara-saudara, orang ini kenduri, orang ini open house (rumah terbuka), orang ini birthday (hari jadi), jadi itu pun kita kena fulfill (penuhi) juga, jadi kita kena pandai membahagikan masa antara kerja dan sosial, jadi its a skill and when you are young (itu adalah kemahiran dan bila awak muda) mungkin susah hendak menangani benda itu, tapi as you grow older you will say okay (semakin awak membesar awak akan kata baiklah), benda ini kita jangan buat, kita buat yang ini, that kind of thing (seperti yang itu).

Fadhli: Jadi, bagaimanakah konsep bekerja yang Profesor amalkan?

Prof. Beep: Kerja?

Fadhli: Ya.

Prof. Beep: Bekerja, maksudnya?

Fadhli: Maksudnya adakah, Profesor hendak semua ikut cakap Professor ke atau pun Profesor juga

Prof. Beep: Mestilah, sebenarnya masa saya muda-muda dulu memang garanglah, masa mula-mula kerja memang garanglah, lepas itu kurang dengar orang punya cakap tau, macam and then (dan seterusnya), macam saya rasa people can read my mind (orang boleh baca minda saya), apa yang ada dalam kepala I (saya) itu orang itu sudah boleh baca dan orang itu kena buat, but as you grow older (tapi ketika awak meningkat tua) kita pun kena

45

dengar juga staff (pekerja) kita cakap macam manakan, so (jadi) sekarang ini saya mengambil pendekatan inilah, the last ten years (sepuluh tahun akhir), work must be fun (kerja mesti seronok) lah, macam apa yang staf saya yang nak buat, macam ada yang hendak buat dinner (jamuan), yang ada yang hendak buat panjat gunung, yang hendak buat, bawa budak-budak berkayak ke apa benda macam yang dekat INTEC

[International Education Centre] macam-macam kerja dia orang nak buat, macam-macam aktiviti dia orang jalankan. Saya cuma lihat kertas kerja betul ke tidak, implikasi kewangannya berapa, can we afford it (adakah kita mampu), whose doing it (siapa yang buat), and most of the time I give support to my staff for doing work (dan kebanyakannya saya memberi sokongan kepada pekerja saya yang buat kerja), so even now (jadi sehingga kini) kat sini, kalau apa yang benda saya buat, saya mesti mengambil pandangan orang-orang yang disekelilinglah, tidak bolehlah ikut kata I (saya) sahaja, because (kerana) dia orang pun ada pandangan juga.

Fadhli: Jadi, sebagai Penolong Naib Canselor iLQaM, apakah tugas-tugas Profesor kini?

Prof. Beep: Tugas saya yang paling penting sekali adalah what you call adult education (apa yang awak sebut pendidikan orang dewasa), iaitu memperkasakan, memperkasakan yang pertama pensyarah-pensyarah UiTM dalam memberi kursus-kursus asas, kursus asas pengajaran, kursus asas penyelidikan, penilaian hak kecekapan, that is the operational (itu yang operasi), the basic (asas), basic function of (fungsi asas) iLQaM tapi yang lain, yang Tan Sri [Tan Sri Ibrahim Abu Shah] minta dengan saya adalah succession management (kejayaan pengurusan), succession planning (kejayaan

46

merancang) di UiTM iaitu pengurus-pengurus atau pentadbirpentadbir akademik daripada kalangan pensyarah-pensyarah, macam saya kan, hakiki saya substantive (hakiki) ialah pensyarah, tetapi saya juga disuruh buat kerja macam ini, jadi saya pun kena balance (imbang) lah, mengajar pun mengajar, menjadi admin (pengurus) pun admin (pengurus) kan, jadi kalau pensyarah nak jadi administrator (pegawai atasan), macam ini, apakah training (latihan) yang diperlu? Apakah kursus yang dia perlu hadir? Apakah kemahiran yang dia perlu ada? macam dulu kita jadi pengarah, engkau jadilah pengarah, okay (baiklah), nampaknya dia ini boleh jadi pengarah, dia ini friendly (mesra), good communication skills (kemahiran komunikasi yang baik), Okay (baik), jadilah pengarah. Lepas itu you sink or swim (awak tenggelam atau berenang) lah kalau you (awak) pandai, pandailah, kalau you (awak) tidak pandai you (awak) tenggelamlah. Lepas itu term (panggilan) yang lagi satu itu you (awak) kena buanglah. But (tetapi) sekarang ini Tan Sri [Tan Sri Ibrahim Abu Shah] kata dekan-dekan ini mesti dibekalkan dengan kemahiran untuk mentadbir dan mentadbir sesuatu fakulti ini bukan senang, macam kata, contoh your (awak punya) dekan, Prof. Adnan [Profesor Madya Dr. Adnan, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat], dia bukan sahaja mesti tahu tentang akademik, dia mesti tahu tentang pelajar, hal ehwal pelajar, pelan pengajian pelajar macam mana, pelajar matang macam mana, pelajar muda macam mana, pelajar lelaki macam mana, pelajar perempuan macam mana. Itu satu, yang keduanya dia kena pandai membeli, membeli bahan, membeli lab (makmal), hendak kena beli buku, hendak kena beli peralatan. Macam kita, kita kalau beli barang dekat rumah, kita beli barang, kita pergi kedai beli barang, ambil, Okay (baiklah) fine (elok), dapat barang, nak beli kereta, tengok spec (ciri-ciri), tengok duit berapa banyak,

47

spec (ciri-ciri), Okay (baik) lah, I (saya) hendak two point zero (dua perpuluhan sifar) , I (saya) hendak Toyota [jenama kereta], I (saya) hendak ini, duit ada tidak?, ada boleh beli. Tapi macam ini, macam hendak beli komputer, hendak beli komputer, hendak beli black berry [jenama telefon bimbit] ke, hendak tengok spec (keadaan), ini macam mana spec (keadaan) dia, ini macam mana, berapa dia punya tebalnya, berapa dia punya capacity (kapasiti), company (syarikat) mana, jadi itu semua perolehan ya, macam kemahiran dari segi pembelian, penggunaan wang, kewangan, human resource planning (perancangan sumber manusia), itu semua itu dekan kena tahu, so (jadi) tugas iLQaM disini adalah untuk menawarkan kursus-kursus sebegitu kepada pentadbir-

pentadbir akademik supaya pentadbir akademik ini tahu kemahiran-kemahiran ini semua. Jadi dia tidak, tidak mudah di tipulah, kita ini kadang-kadang mudah ditipu. Kerani kita kata okay (baik) Prof. [Profesor] kita kena beli komputer macam ini Prof. [Profesor], kita tidak tahu, yelah [baiklah] belilah, lepas itu kena tipu. Patutnya dua ke 40 gigabyte [kapasiti memori computer], kita dapat 20 gigabyte. Pasal [kerana] kita tidak tahu, jadi kita mesti tahu tentang kewangan, tentang sumber manusia dan sebagainya.

Fadhli: Jadi, apakah cabaran Profesor sebagai Penolong Naib Canselor iLQaM?

Prof. Beep: Cabaran saya hendak menepati kehendak Tan Sri Ibrahim Shah [Tan Sri Ibrahim Abu Shah], dia punya angan-angan, bukan angan-angan, dia punya expectation (harapan) lah, harapan dia, something like that (seperti itu), kepada pentadbir-pentadbir akademik dia sangat tinggi, macam kalau dia sudah appoint

48

(melantik) seorang itu menjadi dekan, orang itulah kapten fakulti itu. Jadi dia hendak orang itu bagus, orang itu amanah, orang itu jujur, orang itu rajin, orang itu buat kerja dengan baik, orang itu mempunyai interpersonal skill (kemahiran peribadi) yang baik, dengan dia punya staff (pekerja), orang itu datang kelas, orang itu datang office (pejabat), jadi leader (pemimpin) pemimpin mesti pemimpin yang role model (contoh) lah, jangan dia, dia appoint (melantik) you (awak) jadi dekan, staff you (staf awak) datang pukul lapan, you (awak) datang pukul sembilan, staff you (staf awak) keluar pukul lima setengah, you (awak) keluar empat setengah main golf. You (awak) beli komputer, katakan you (awak) beli tiga puluh komputer, satu komputer company (syarikat) itu bagi you (awak) free (percuma), maknanya macam rasuahlah, dia [Tan Sri Ibrahim Abu Shah] tidak hendak macam itu, dia hendak yang jujur, amanah, baik, baik budi pekerti, which is very difficult (iaitu sangat susah) lah, sebab kita manusiakan, kita banyak kelemahan, macam katakan cina datang nak jual barang dengan kita eh, boss (tuan) I (saya) bagi you (awak) satu komputerlah, laptop (komputer riba) I (saya) bagi anak you (awak) laptop (komputer riba), kadang-kadang hati kita, tidak apalah sekali sahaja, sekali jadi dua kali, dua kali jadi tiga kali, macam nak bina INTEC punya library

(perpustakaan) ya, katakanlah contohnya, kalau saya bukan orang yang kuat dan bukan orang dibesarkan dengan you know (awak tahu) mak-mak kita punya, mesti amanah, ini berdosa, kalau dia hendak macam, Doktor saya dapat kontrak ini, saya bagi doktor renovation your kitchen (ubah suai awak punya dapur). Katakanlah saya dah dengar, pernah dengar, atau pun saya bawak Doktor pergi New Zealand ke holiday (bercuti) anak beranak, kalau kita tidak kuat, kita akan tumbang tahu, jadi nanti sekali jadi dua kali, dua kali jadi tiga kali. Jadi saya

49

boleh hendak cakaplah sekarang ini, satu sen haram pun memang saya tidak pernah ambil, duit-duit yang macam dari kontrak itu, dia punya temptation (godaan) itu very great (sangat besar) lah, temptation very great (godaan sangat besar).

Fadhli: Jadi, sewaktu Profesor menjadi Director (Pengarah) di INTEC, apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh profesor?

Prof. Beep: Saya, saya rasalah, memang saya, I must say that was my most enreaching period (saya mesti kata pada masa itu adalah masa paling bernilai) lah dalam hidup saya, lima setengah tahun saya menerajui INTEC, number one (nombor yang satu) saya di

mengembangkan

program-program

ditawarkan

INTEC, jadi negara yang kita jajahi pun banyaklah, Russia, Czech Republic, India, Indonesia, Jepun dan sebagainya, menambahkan program, mendapatkan ISO [International Organization of Standardization] untuk INTEC, dimana pendokumentasian kursus-kursus pendokumentasian teaching (pengajaran) portfolio, course file (fail kursus) dan sebagainya kemas, kalau tidak itu, dalam kereta lecturer (pensyarah) ini, dalam kereta lecturer (pensyarah) itu, dalam kepala, dokumen room (bilik) itu terbina, jadi katakanlah you (awak) hendak mengajar, MAT 101 [salah satu mata pelajaran] you new lecturer (awak pensyarah baru), Okay, you go to the document room (baiklah, awak pergi ke bilik dokumen), pinjam, pinjam course file (fail kursus), you (awak) boleh tengok apa orang dah buat selama ini, dulu tidak, dulu, fail bertabur-tabur, Im sure you know a record and filing (saya pasti awak tahu rekod dan fail) kan, berterabur nak cari surat kan, sampai dua tiga hari, surat hilang, surat tidak sampai, jadi selalu kita kata kalau you (awak) tidak terima surat ke surat I (saya)?, oh tidak, padahalnya terima. Tapi pasal kita tidak beri perhatian dalam

50

recording and filing (merekod dan memfail) and documenting (dan pendokumentasian) jadi kita pun cakaplah tidak adalah tidak sampailah itu ini, padahalnya ada. Jadi then (seterusnya) infrastructure (infrastruktur) di INTEC juga pembangunan, contohnya laman siswa untuk pelajar-pelajar macam in between (di antara) blok itu kan letak tempat untuk student (pelajar) berehat dengan ada broadband (jalur lebar) kan, tempat duduk yang elok and then (dan seterusnya) tembok sekeliling INTEC, and then (dan seterusnya) beli bas untuk kemudahan pelajar, beli bas enam biji beli, and then (dan seterusnya), ikon saya ialah Library (perpustakaan) lah, empat tingkat itu sepuluh juta, itu dalam pemerintahan saya. Sekarang ini kita tengah buat tangki air, itu pun dimulakan dalam pemerintahan saya jugalah, sama surau, mungkin tidak lama lagi naiklah surau, and then (dan seterusnya) pejalan kaki, laluan pejalan kaki berbumbung daripada satu building (bangunan) ke satu building (bangunan) ke satu building (bangunan), kalau tidak dulu budak basah kuyup from one block to another block (dari satu blok ke blok yang lain), jadi itu saya rasa that my best time (itu merupakan masa yang terbaik) lah, my best time in UiTM (masa terbaik saya di UiTM). And then (dan seterusnya) duit banyak, INTEC banyak duit. Lepas itu boss (ketua) tidak bertanya kita banyak belanja pula. Ada projek belanja, ada projek belanja, budak-budak pun hendak mendaki gunung ke, hendak berkayak ke semua memang banyak wanglah. Kat sini [di iLQaM] ada kurang sikit la. Kat [dekat] sini ada ikut procedure (prosedur), kat INTEC pun ikut procedure bukan tidak ikut prosedur tapi INTEC pasal dia ada duit sendiri, sebab datang daripada student (pelajar) punya fees (bayaran), kerajaan bagi, macam sini kita kena ikut central (pusat) punya budgeting system (sistem bajet).

51

Fadhli: Jadi apakah perasaan Profesor apabila dilantik menjadi Penolong Naib Canselor?

Prof. Beep: Saya sebenarnya masa Tan Sri [Tan Sri Ibrahim Abu Shah] tanya dengan saya, berdebar-debar, sebab memang satu jawatan yang saya tidak impikan dan saya tidak hendak. Sebab saya memang plan (rancang) saya sebenarnya akhir tahun ini saya habis jadi Pengarah INTEC, bulan Januari saya hendak buat sabbatical (cuti mengajar), saya, I want to take off for one whole year, I want to do what I want to do most which is writing (saya mahu bercuti untuk satu tahun penuh, saya mahu buat benda yang saya teringin buat iaitu menulis), hendak buat kajian, hendak menulis, hendak relax (rehat) lah, hendak relax (rehat) daripada admin work (kerja pentadbiran), you know (awak tahu) PAR [pembantu am rendah] yang datang ke tidak datang technician (juruteknik) buat kerja ke tidak buat kerja, you know that kind of ( awak tahu benda-benda) remeh-remeh at least (sekurangnya) for the last (untuk yang terakhir), for thirty years (untuk tiga puluh tahun) I (saya) sudah berkhidmat dengan UiTM ini kiranya tidak ada rest (rehat). Jadi one year (satu tahun), but (tetapi) oleh kerana Tan Sri [Tan Sri Ibrahim Abu Shah] punya kehendak saya ikut jugalah apa yang di cakapkan itu, saya menurut perintahkan.

Fadhli: Sebagai Penolong Naib Canselor, apakah pendapat Profesor mengenai cita-cita universiti ini dalam mencapai World Class University?

Prof. Beep: Saya rasa, saya rasa kita ini sudah world class (bertaraf dunia) sebenarnya. Kalau kita lihat daripada kurikulum kita, kita lihat daripada portfolio pensyarah kita ya, pensyarah kita dilatih dimana dapat PhD [Doctor of Philosophy], memang world class (bertaraf dunia). Kalau kita tengok kita punya building

52

(bangunan), kita punya studio, kita punya lab (makmal), kita punya kemudahan disini, library (perpustakaan) kita, dont you think its world class? (tidakkah awak fikir ia bertaraf dunia?) kalau you (awak) pergi luar negeri pun library (perpustakaan) dia pun macam ini, kita tengok library (perpustakaan) dia macam ini, library (perpustakaan) kita macam ini, eh sama juga, kita masuk lab (makmal), beratur juga dia punya komputer, kita pun beratur juga komputer kita. Sebenarnya apa dia maksudnya definisi world class (bertaraf dunia) itu, kita kena define (tafsir), kita kena define (tafsir) apa kita maksudkan dengan world class university (universiti bertaraf dunia), kalau contohnya di India, saya pergi India, saya pergi medical university (universiti perubatan) tahu, medical college (kolej perubatan) dia pakai bench (kerusi panjang) tahu, kelas dia macam kandang kerbau, dia pakai bench (kerusi panjang) yang panjang itu, meja panjang bench panjang macam itu kita kata tidak world class (bertaraf dunia) kan, tapi student (pelajar) antarabangsa pergi juga tempat dia, student (pelajar) Malaysia datang, student (pelajar) daripada China pun pergi juga belajar perubatan kat [di] India tempat itu. Tempat kita ini kalau tengok kat [pada] infrastruktur tengok muzium kita, tengok lab (makmal) kita, studio kita, workshop (bengkel) kita, it is the same as university (ia sama dengan universiti) di luar negara juga, di UK [United kingdom], US [United States], New Zealand, cuma kita tidak bolehlah hendak lawankan diri kita dengan Harvard [Universiti Harvard], dengan Oxford [Universiti Oxford] dia berapa ratus tahun pula dia sudah wujud, Harvard [Universiti Harvard] 600 tahun, Cambridge [Universiti Cambridge] 800 tahun, tidak akan kita boleh hendak capai dalam 50 tahun apa yang mereka sudah capai 600 tahun, jadi kita kena, saya, saya rasalah define (tafsir) ya, kita kena define (tafsir) betul-betul world class (taraf dunia) itu apa

53

maknanya. What we mean by world class (apa kita maksudkan dengan taraf dunia), kalau tahap just facilities (hanya fasilitifasiliti) tentang fasiliti, tentang student (pelajar) buat kajian, pensyarah buat kajian, pensyarah kita pun ada yang orang tahu, orang kenal di luar negara kan, so (jadi) kalau itulah world (dunia), world (dunia) lah.

Izzuan: Bagaimanakah pula cita-cita universiti terhadap Research University (Universiti Penyelidikan) pada pendapat Profesor?

Prof. Beep: Okay (baiklah), sebagai senior management (pengurusan senior) saya mesti menyokonglahkan aspirasi Naib Canselor saya, tapi research university (universiti penyelidikan) ini, research (penyelidikan) ini sebenarnya, it has taken us sometime (ia telah mengambil masa kita) lah untuk membudayakan research (kajian) di UiTM sebab kita selama ini teaching (mengajar) universiti, tapi dengan research university

(universiti penyelidikan), kita juga kena bagi banyak sokongan kepada, kepada pensyarah ya, sokongan masa, satu masa. Bila masa hendak buat research (kajian)? Mengajar 18 jam, 20 jam bila masa hendak buat research? Anak pun hendak jaga,

kadang-kadang ada yang hendak jaga mak ayah kat [di] rumah, jadi benda itu semua kena balance (imbang), aspirasi kita itu saya rasa memang satu aspirasi yang noble (mulia), yang very good (sangat bagus), sebagai satu universiti bumiputera, saya menyokong penuh hasrat Tan Sri [Tan Sri Ibrahim Abu Shah] untuk mendapat research university status (statu universiti penyelidikan) yang akan memberi kita pulangan dalam bentuk wanglah, wang ringgit kan yang banyak dia akan bagi wang ringgit I dont know how many million (saya tidak tahu berapa juta) dia akan bagi, tapi saya rasa research (kajian) yang kita kena buat itu mesti research (kajian) yang bergunalah,

54

research (kajian) yang betullah, bukan just do research for the sake of research, mesti from new knowledge (dari ilmu yang baru). Research (kajian) ini selalu dilakukan untuk memberi kesenangan, kepuasan kepada pengguna, misal kata if you look at the little thing like this (jika awak lihat benda yang kecil ini) ya, kan kita kan kalau kita nak tengok buku, nak tengok itu, nak tengok inikan, ini adalah orang yang sudah buat research, hendak ambil sesuatu buku dan sebagainya hendak baca, penatlah kan, baca tengok macam ini kan, so somebody did research (jadi seseorang telah buat kajian), buat stand (tempat diri) macam ini, okay now when you write you have this infront of you (baiklah sekarang bila awak menulis awak ada ini dihadapan awak), jadi you can write and you can do this, u can do this ( awak boleh menulis dan awak boleh buat ini, awak boleh buat ini) jadi tengok senang sikitkan, so this is all (ini semua) untuk menyenangkan orangkan, komputer, black berry (sejenis telefon bimbit) ke, this one (yang ini), this is all based on research (ini semua berdasarkan kajian). Dulu katakanlah tahun 1900, mana ada benda ini [sambil menunjukan rekoder], tapi kita sudah nampak dia punya kegunaan, jadi you know (awak tahu) from this it becomes Mp3 (ia menjadi Mp3) kan, macam-macam lah, yang cucuk itu, yang cucuk ini, macammacam teknologi dan sebagainya, ini semua teknologi, yang macam-macam ini semua ini, ini semua teknologi, ini kan teknologi [sambil menunjukan klip kertas] kenapa? pasal [kerana] kertas dengan kertas mesti, mesti bersama, jadi jangan dicicir. To me research (bagi saya kajian) itu kena research (kajian) yang bergunalah, jangan research (kajian) yang akan end up (tamat) dekat [di] shelve (almari). Orang tidak tengok, orang tidak baca, orang nothing (tiada), no use, uselessly research (tida guna, kajian tidak berguna), buat kerana hendak buat sahaja, bukan kerana kegunaan.

55

Fadhli: Okay (baiklah), Profesor, ada lagi satu soalan sahaja, UiTM telah menerima anugerah kualiti Perdana Menteri 2009 [sepatutnya 2008], kejayaan tersebut merupakan kejayaan seluruh warga UiTM, bolehkah Profesor ulas mengenai kejayaan tersebut?

Prof. Beep: Anugerah Kualiti Perdana Menteri, ianya satu anugerah yang ditandingi oleh sektor-sektor awam di Malaysia sama ada Jabatan Imigresen ke, polis ke, bomba, MARDI, FELDA, UiTM. Ini adalah satu recognition, what is recognition in malay? (recognition, apa recognition dalam bahasa melayu?)

Fadhli: Penghargaan.

Prof. Beep: Penghargaan, orang itu recognize (kenal) kitalah, penghargaan? tidak tahulah [Prof. Beep kurang pasti maksud recognition dalam bahasa melayu] kepada UiTM tentang sistem-sistem dan proses-prosesnya lah, jadi, satu kebanggaan. Tapi hendak dapatkan Anugerah Kualiti Perdana Menteri itu memang satu perjalanan yang lama dan juga satu perjalanan yang susah bukan senang, tapi sudah dapat itu, sudah menang perjalanan selepas itu, itu pun lebih penting, just because (hanya kerana) you (awak) sudah dapat Anugerah Kualiti Perdana Menteri you (awak) relax (rehat) tidak boleh. You (awak) kena maintain that quality (kekalkan kualiti itu), kalau you (awak) tidak maintain (kekalkan) that quality (kualiti itu), maknanya you (awak) hanya untuk bertanding sahaja which is no good (iaitu tidak baik), budaya kualiti itu mesti kita terapkan, dan lama kelamaan saya nampaklah macam the state of toilets in Malaysia (keadaan tandas di Malaysia), lama kelamaan it gets better and better (ia menjadi makin baik), macam kalau you (awak) tengok a long the highway (sepanjang lebuh raya), now (sekarang) memang bersih. Kita pun tidak jijiklah hendak

56

masuk. Macam saya dulu masa saya duduk [tinggal] di Dungun dulu, tahun 81, 82, balik Johor naik bas, tengah malam ke hendak buang air, berhenti dekat restoran kena pakai pakai kasut tinggi, sebab hendak masuk dalam bilik air itu Ya Allah gelinya, you know (awak tahu), orang kencing atas lantai dulu, orang buang air atas lantai, bukan ada toilet (tandas) hendak masuk you know (awak tahu), khas untuk [buang air kecil] lantai, lantailah. Tapi now gets betterlah (sekarang makin baik) traveling is much better u know (melancong dah semakin baik awak tahu), jadi orang Malaysia ini pun saya rasa banyaklah menuju kepada kualiti cuma, it will take a long time for us to be like a Japanese, it will take a long time to us to be like the German. (ia akan makan masa yang lama untuk kita jadi seperti orang Jepun, ia akan makan masa lama untuk kita jadi seperti orang Jerman). Two groups of people (dua rakyat) yang I (saya) admire (kagumi), macam saya dekat [di] Jepun ya, memang bersih, bersih, bilik air kering, bersih, lepas itu orangnya teratur, naik train (kereta api) beratur, nak beli barang beratur, jadi benda itu sudah macam -- dalam kepala dia. Macam kita, hendak beratur pengsan, kalau tidak ada line (garisan) itu memang tidak beraturlah, kalau ada line (garisan) ada barrier (penghadang) barulah kita beratur. Jadi its a journey for us, we getting there, its take some time, maybe its not in my time, maybe in your life time (ia merupakan perjalanan bagi kita, kita semakin hampir, ia akan mengambil masa, mungkin bukan dalam zaman saya, mungkin dalam zaman hidup awak). Tapi you all (awak semua) lah yang menjadi bangsa. pendokong-pendokong bangsa, pejuang-pejuang

57

Fadhli: Untuk pengetahuan Profesor, kami merupakan pelajar dari kursus pengurusan rekod, pada pendapat Profesor yang sudah lama berkhidmat di UiTM, bagaimana Profesor melihat kelancaran sistem pengurusan rekod yang dijalankan di UiTM sendiri?

Prof. Beep: Much better now, much better especially (sangat bagus sekarang, sangat baik terutamanya) dengan knowledge (pengetahuan) tahu, dengan kursus, dengan dapat ISO [International Organization of Standardization] AKPM

[Anugerah Kualiti Perdana Menteri]. Dulu saya masa saya mula jadi koordinator, tahun lapan puluh empat. Pada saya dapat surat, okaylah (baiklah), letak sahajalah, In out tray (bekas keluar masuk surat) ini pun tidak ada, jadi tidak fail, tidak rekod, tidak tahu yang benda itu penting, but now I think (tetapi sekarang saya rasa) semua orang tahu kepentingan merekod, memfail. Terima surat, bila terima rekod, bila bertindak kena cop, kena cop terima, cop itu, rekod dan sebagainya. Jadi it has become much better, much much better, the last, I think the last ten years, the last ten, fifteen years (ia sudah menjadi lebih baik, lebih lebih baik, terakhir, saya rasa 10, 15 tahun lalu) kita punya penyimpanan rekod daripada pendaftar punya office (pejabat) daripada pejabat bendahari semua sudah much better (semakin baik)

Fadhli: Okay (baiklah), sebelum mengakhiri temubual, bolehkah Profesor sepatah dua kata mengenai temubual kita pada hari ini.

Prof. Beep: Saya, kalau student (pelajar) datang ya, minta masa untuk student (pelajar) buat projek, memang saya tidak pernah tolak. Sebab saya rasa itu adalah satu perjalanan hidup yang penting bagi you all (awak semua), its a experience for you (ia pengalaman untuk awak), macam anak saya pun hari itu saya

58

bawa dia ke German Embassy (Kedutaan German), untuk dia menemubual Duta Besar German ke Malaysia mengenai public relations (hubungan awam). Jadi walaupun saya rasa projek itu berat ya, macam ini la, kalau macam Yed [Fadhli] tidak kenal saya, bukan senang nak cari PNC [Penolong Naib Canselor] ini kan, benda itu walaupun projek itu berat, macam anak saya, macam saya kata apalah Profesor ini suruh cari ambassador (duta), itu kalau mak dia tahu ambassador (duta), kalau mak dia tidak kenal dengan orang ambassador macam mana? Lepas itu dia hendak suruh politician (ahli politik), and one more interview is politician (dan satu lagi temuramah adalah ahli politik), saya tidak kenal politician langsung (ahli politik) langsung. Jadi another friend of ours is going to help (kawan kami akan membantu) Aida [nama anak Prof. Beep] with a politician (mendapatkan ahli politik), tapi ini satu tuntutan belajar, jadi saya memang menggalakkan dan saya dan saya memang tidak pernah turn down (mengecewakan) lah student (pelajar) punya projek dan I think it is (saya fikir ia adalah) membina character (perwatakan) you all (awak semua) lah, ya, character (perwatakan) untuk menelefon, untuk bertemu janji, untuk dress properly (berpakaian elok), you know (awak tahu) interview (temu duga) mesti muka cantik, bau pun wangi, jangan bau busuk, muka tidak lawa, kuku hitam dan sebagainya, jadi this is all part of your learning process (ini semua adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. proses pembelajaran)

Fadhli: Okay (baiklah), sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor atas kesudian meluangkan masa untuk di temubual pada petang ini.

END OF TAPE 2 SIDE A

59

4.0 LOG TEMUBUAL


KAUNTER MASA Tape 1 Side A PERKARA

00.00

Maklumat latar belakang tokoh

Habibah Ashari Pontian, Johor Hajah Azizah Haji Ahmad Haji Ashari bin Abdullah Sumatera Guru Agama Guru Sekolah Kebangsaan Pensyarah Abdul Karim Abdullah UMNO Malayan Union Datuk Bandar England

20.00

Sejarah Pendidikan

Pontian, Johor Tunku Mahmood Iskandar School Sekolah Sri Perhentian Sultan Ibrahim Girls Schoo

60

Tape 1 Side B 00.00 Sejarah Pendidikan Matematik Universiti Malaya


Physical Education English Literature

MBA NR INTEC

15.00

Kerjaya

UiTM Pusat Bahasa PRO Haji Zain Puan Habibah Metodologi Penyelidikan

Tape 2 Side A 00.00 Kerjaya 15.00 Sumbangan World Class University Ahli Change Management Sapura
ILQaM

PNC INTEC UiTM ISO Russia India Jepun India INTEC iLQaM

61

22.00 Research University

UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah Oxford Cambridge Harvard UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah

25.00

Pengurusan Rekod

ISO AKPM

62

5.0 BIBLIOGRAFI
Habibah Ashari. (2009, September 30). Interviewed by Ahmad Fadhli Syed Hassan, Khairul Izzuan Ahmad & Mohamad Al Hadi Sulaiman. UiTM: Shah Alam Halimah Ashari. (2009, May 10). Tribute to my dearest mak. New Sunday Times Institute of Leadership and Quality Management. Retrieved October 1, 2009 from www.ilqam.uitm.edu.my University Teknologi Mara. Retrieved Oktober 1, 2009 from www.uitm.edu.my

63

6.0 INDEKS
A Abdul Karim Abdullah, 12, 13 Adam Johnston bin Abdul Karim, 13 Aida, 13 AKPM (Anugerah Kualiti Perdana Menteri), 56, 58 Aliza Ismail, Puan, 10 Allah, 57 Anglophile, 26 Antamologist, 22 Applied Linguistic, 34 Appliqu, 14, 15 Architecture, 13 Arthur Hailey, 20 Ashari bin Abdullah, Haji, 11 Azizah Haji Ahmad, Hajah, 11

B British, 16

C Chaperone, 14 China, 53 Christening gown, 25 Cina, 32,33 Civics, 28,29 Conservative Party, 14 Czech Republic, 50

64

D Dan Brown, 21 Dataran Merdeka, 16 Datuk Bandar, 16 Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat, 47 Dungun, 57 Duta Besar Jerman, 59

E England, 16 English, 14, 16, 21, 26, 27, 31 Enlyd Bliton, 20

F Fakulti Pendidikan, 13 Fakulti Senibina & Perancangan Ukur, 13 FELDA, 56 Filing records, 14

G Geography, 31 Guru, 12

H Habibah Ashari, 9 Habibah, 12, 27 Hadi, 20, 24, Halimah, 12 Hamidah, 12 History, 31 Hitchhike, 16 Hussien, Tun, 14

65

I iLQaM, 44, 46, 48, 51 India, 32, 33 India, 50, 53 Indonesia, 50 INTEC, 33, 44, 46, 49, 50, 51, 52 ISO, 50, 58

J JB, 11 Jepun, 50, 57 Jerman, 57, 59 John Grisham, 20, 21 Johor, 10, 11, 14 Johor, 57 JUSA C, 35

K Karen Faizah, 17 Keris, 15 Kesusasteraan Bahasa Inggeris, 29 Kieran F. Johnston, 12

L Labour Party, 13 Luqmanulhakim, 12

66

M M.C.E., 11 Mahathir, Tun, 16 Mak Dah, 14 Malaya, 15 Malayan Union, 13, 15, 16 Malaysia, 11, 43, 53, 57 MARDI, 56 Mariam, 12 Masscom, 13 Matematik, 27, MB Johor, 14 MBA, 30 Melayu, 30, 33 Mills and Boons, 20 MPP, 30

N Naib Canselor, 13, 54 Nancy Drew, 20 New Zealand, 49, 54 NR, 30

O Onn, Datin, 13 Onn, Dato, 13, 14

P P.E, 29 PAS, 18

67

Paul Ibrahim, 17 Pensyarah, 13 Perdana Menteri, 16, 25 Perlembagaan India, 14 Perlembagaan, 13, 14 PhD, 31, 53 Pilihan raya, 16 Pillars of the Earth, 20 PJ, 24 PNC, 38, 44, 46, 48, 52, 59 Politik, 13, 16, 17, 18 Pontian, Johor, 10, 23, 33 PRO, 37 Prof. Madya Dr. Adnan, 47 Protagonist, 22 PTD, 35 PTPTN, 19 Puan Sri, 18 Public Relations, 13

Q Queen Elizabeth, 25

R Research University, 54, 55 Road Runner, 9, 10 Rusia, 50

S Sapura, 44

68

Science History, 31 Scott Turow, 21 Sekolah Kebangsaan Seksyen Empat, 24 Sekolah kebangsaan, 12 Sekolah Menengah Seksyen Dua, 24 Sekolah rendah,12 Sekolah Sri Perhentian, Pontian, 23 Sheikh Karim, 13 SIGS, 28 Singapore, 14 Subang Jaya, 24 Sultan Ibrahim Girls School, 23 Sumatera, 11 Syed Bistro, 19

T Tan Sri Ibrahim Abu Shah, 46, 47, 48, 49, 52, 55 Tan Sri, 13, 18, 55 Terengganu, 36 The Courtship Gift, 22 The Lost Symbol, 21 Tunku Mahmood Iskandar School, 23

U UiTM, 34, 44, 46, 47, 51, 52, 54, 56, 58 UK, 13 UK, 54 UMNO, 13, 14 Universiti Cambridge, 54 Universiti Harvard, 54

69

Universiti Malaya, 28,29 Universiti Oxford, 54 UPM, 37 US, 43, 54

W Winsford, 16 World Class University, 5

Y Y.B., 19 Yed, 20, 24, 59

70

Anda mungkin juga menyukai