Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal

yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan

kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,

Freeman

(1977,

1992)

menegaskan

bahasa

Pendidikan

Jasmani

meliputi

pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.

Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak

OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama : Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian Konsep Dan Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PJK Konsep & definisi Pendidikan Jasmani Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal (Pettifor, 2005)

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani Roddick (1982). PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg menekankan pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yg berhubung dengan kesihatan,kecergasan dan rekreasi.

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani KBSM (1992). PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian

Objektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI Mengapa objektif diperlukan dalam Pendidikan Jasmani Bucher & Wuest ( 1987) Menolong Pendidikan Jasmani di dalam aspek-aspek berikut; Untuk memahami apa yang hendak dilakukan Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang nilai pendidikan jasmani iaitu sumbangannya terhadap masyarakat Membuat keputusan yang bermakna bila menghapi sesuatu isu dan masalah. Menjelaskan tugas mereka kepada masyarakat

Mengetahui dan menghargai pencapaian peserta melalui penglibatan didalam program.

OBJEKTIF-OBJEKTIF Thomes,Lee & Thomes (1988) menegaskan bahawa secara tradisional ,pendidikan jasmani mempunyai empat objektif utama;

PEMBANGUNAN FIZIKAL ATAU ORGANIK Pembangunan neurootot atau motor Pembangunan kognatif Pembangunan sosial,emosi dan afektif

Pembangunan fizikal atau organik

Melibatkan aktiviti-aktiviti pembangunan kuasa fizikal di dalam individu dengan membangunkan pelbagai sistem organan di dalam tubuh badan individu.

Objektif pembangunan neurootot atau motor Melibatkan pembangunan kesedaran tubuh badan Pelakuan pergerakan fizikal dengan sedikit tenaga Bergerak dengan kecap dan indah

1.Pergerakan yang berkesan bergantung kepada kerjasama sistem otot dan saraf yang terlibat di dalam aktiviti seperti

berlari,melompat,bergayut,menyepak,membongkok,mengilas dan melontar.

2.Di dalam aktiviti pendidikan jasmani ,kemahiran neurootot membekalkan seseorang individu dengan kebolehan melakukan sesuatu dengan kadar kecekapan yang tinggi.

3.Membangunkan seberapa banyak kemahiran yang mungkin ada pada setiap individu supaya minat individu bertambah luas dan pelbagai.

Disamping itu,kemahiran membolehkan seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih berkesan,membina keyakinandiri dan mendapat pengiktirafan diri.

OBJEKTIF PEMBANGUNAN KOGNATIF

Melibatkan

pengumpulan

pengetahuan

dan

keupayaan

berfikir

serta

menginterpretasikan pengetahuan.

Mengimplikasikan pembangunan pengetahuan spesifik yang berkaitan dengan peraturan ,undang-undang dan strategi yang terlibat dengan pelbagai pengelaman dalam pendidikan jasmani

OBJEKTIF PEMBANGUNAN SOSIAL,EMOSI DAN AFEKTIF Objektif pembangunan sosial,untuk menolong seseorang individu menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat dan membangunkan konsep kendiri.

Objektif pembangunan emosi melatih mengawal emosi dalam keadaan tertentu dan melatih memahami emosi orang lain.

Objektif pembangunan afektif melibatkan sikap,apresiasi dan nilai

TUJUAN-TUJUAN SEORANG GURU PENDIDIKAN JASMANI

Untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal kanak-kanak Untuk membangkitkan pembelajaran secara inkuari dan penemuan melalui aktiviti fizikal yang kreatif dan imaginatif Untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental,kawalan diri dan keyakinan diri. Untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengalami pengalaman yang luas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti,dengan atau tampa alatan dan menggunakan alatan dalam pelbagai cara. Untuk meningkatkan keupayaan fizikal kanak-kanak dengan membangun sifat mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza

Untuk membolehkan setiap kanak-kanak mengalami perasaan kejayaan melalui aktiviti fizikal