Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang

menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan

tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik. Interaksi Tamadun Melayu

Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu yang juga berlaku secara aman menerusi perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan yang paling menonjol. Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan banyak lagi. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah

pengaruh dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebudayaan berupa pakaian dan makanan serta penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.

Rekod rasmi China yang menyatakan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke China yang bertarikh 638 M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan Tamadun China. Kesan

daripada interaksi ini, penyebaran agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awal dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9.

Selain itu, Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut

dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian.

Interaksi Tamadun Cina Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip) Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari

China menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian; Tamadun China turut menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di

China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan

konghou juga berasal dari India. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Interaksi Tamadun India Tamadun India turut melalui interaksi dengan Tamadun Islam apabila

negeri Sind dan selatan Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712 Masihi. Penyebaran agama Islam dilakukan oleh orang Turki. Walaupun berlakunya asimilasi budaya, wujud satu budaya yang bersifat budaya komposit iaitu Indo-Muslim yang merupakan hasil campuran budaya Hindu dan Islam. Identiti kedua-dua budaya tetap dikekalkan. Hasil daripada budaya komposit ini, berlaku perubahan pada unsur-unsur

budaya seperti bahasa. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu muncul. Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab tetapi, diubah untuk

mewakili bunyi bukan Arab. Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya ialah majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini. Seterusnya ialah majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya serta majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama Lucknow. Majalah ini memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang

terjadi di dalam dunia Islam

Interaksi Tamadun Jepun

Tamadun Jepun juga turut berinteraksi dengan Tamadun Barat. Interaksi keduadua tamadun ini berlaku secara tidak sengaja apabila tiga orang Portugis yang menumpang sebuah kapal Cina dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu pada tahun 1542. Hal ini menyebabkan orang Portugis mula berdagang di Kagoshima Mereka turut menyebarkan

apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557.

agama Kristian di Kagoshima. Kemudian, penyebaran ini lebih giat dilakukan ketika Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah kerana Jepun menitikberatkan pertanian ketika itu. Bandar Nagasaki seolah-olah diperintah oleh orang Kristian dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang agak besar. Mereka telah mengambil

sebahagian daripada keuntungan jualan barang-barang muatan kapal Portugis untuk meluaskan gereja-gereja dan sekolah-sekolah Kristian. Penyebaran ini banyak

dipengaruhi oleh kebolehan mereka berbahasa Jepun dan ketinggian peribadi yang menyebabkan mereka mudah diterima oleh golongan bangsawan dan maharaja.

Interaksi Tamadun Islam

Interaksi di antara Tamadun Islam dengan China juga menimbulkan konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam dalam aktivti perdagangan. Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758 Masihi dan 876

Masihi menyebabkan orang islam dibunuh dan ramai yang melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa tidak puas hati orang Islam turut muncul apabila ajaran Konfusianisme diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa tidak puas hati orang Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina beragama Islam. Interaksi tamadun seterusnya ialah di antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian yang berlaku semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab yang telah membawa beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah

(Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberikan perlindungan. Hak ini adalah berkaitan dengan kebebasan mengamalkan tuntutan

agama mereka tanpa gangguan oleh umat Islam yang lain termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Hal ini terus diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam ketika

zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah, Uthamaniyah dan kerajaankerajaan Islam di India. Penganut-penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam. Misalnya, ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke

dalam bahasa Arab. Di Andalusia, Sepanyol juga ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Tokoh- Tokoh Dalam Tamadun Islam Ibnu Khaldun Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibn Khaldu n juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile". Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian,

menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan

Bapa Ilmu Kimia Dunia, Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan, turut menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris. Selain itu, beliau mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya daripada bahasa Arab) dan ilmu kimia.Beliau yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia atau dalam erti kata lain, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden.Pada abad pertengahan, risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia, termasuk kitabnya yang masyhur iaitu Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy. Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit saja yang diterjemah manakala sebahagian besar karyanya masih kekal dalam bahasa Arab. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian dan penyamakan kulit.

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 1037 M.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi alTibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

PENGARUH ISLAM KEPADA TAMADUN ASIA

Cara Hidup

Sebelum

kedatangan

Islam,

masyarakat

banyak

dipengaruhi

dengan

kepercayaan animisme, Budhha dan juga Hindu. Bagaimana pun, segala kepercayaan terhadap jenis-jenis unsur atau semangat telah beransur-ansur digantikan dengan kepercayaan dalam Islam.

Cara Islam telah diterapkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebagai contoh, masyarakat mula berpakaian sebagaimana yang dituntut dalam Islam, menutup aurat. Mereka mula memakai tudung bagi perempuan dan bersongkok bagi lelaki. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat tidak mengambil berat tentang pemakaian mereka kerana tiada halangan dalam agama atau kepercayaan yang mereka amalkan. Walau bagaimanapun, Islam telah menetapkan bahawa penganutnya perlu menutup aurat sebagaimana yang diwajibkan dan dinyatakan di dalam al-quran. Dengan ini, jelaslah bahawa Islam telah menjadi Ad-Din iaitu cara hidup yang menyeluruh dan lengkap. Masyarakat mula menuntut ilmu-ilmu agama dengan guru-guru agama.

Selain itu, Islam telah mengajar masyarakat tentang persaudaraan antara Islam. Ini telah menyebabkan sistem sosial masyarakat sebelum kedatangan Islam telah berubah. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat hidup dalam pelbagai kelas dan darjat. Ini menyebabkan terdapat golongan yang ditindas kerana berada di golongon dan darjat bawah. Penghapusan kelas dalam masyarakat telah dijalankan atas dasar persamaan taraf dalam Islam. Nilai-nilai Islam juga dijadikan panduan hidup. Sebagai contoh, nilai murni seperti tolong-menolong, hormat-menghormati dan berkerjasama diterapkan di dalam masyarakat.

Bahasa dan Kesusasteraan

Pengaruh Islam dilihat jelas dalam bahasa dan kesusateraan yang digunakan di Asia. Selepas kedatangan Islam, tulisan Arab mula dijumpai dalam hasil-hasil kesusateraan. Ini menunjukkan Islam telah memberi pengaruh kepada Asia. Ulamaulama Islam telah menyerapkan penggunaan tulisan dan juga angka arab dalam kesusasteraan. Manakala, ulama-ulama tempatan pula telah mengubahsuai huruf arab bagi perkataan melayu dan ini membolehkan penggunaan bahasa melayu sebagi bahasa rasmi. Sebelum kedatangan tamadun Islam di Asia, tulisan Palava Dewanagari pada mulanya menjadi bahasa rasmi. Pengaruh Islam jelas dapat dilihat dalam kesusateraan di mana penggunaan perkataan Arab dijumpai. Sebagai contoh, penggunaan perkataan sultan, syukur, masjid, berkat dan alam. Bahasa melayu telah meminjam perkataan-perkataan ini daripada bahasa arab. Ini juga telah menyebabkan bahasa melayu telah menjadi lingua franca dan bahasa ilmu di zaman itu. Bahasa melayu menjadi lebih mantap apabila cerita panji dalam bahasa jawa diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Selain itu, ramai sasterawan telah lahir seperti Tun Seri Lanang, Shamsudin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di dalam karya yang dihasilkan, terdapat banyak bukti yang menunjukkan kepada unsur-unsur bahasa arab. Kebanyakan karya mempunyai gaya, bentuk dan tatabahasa arab. Seperti contoh, Hikayat Perang Badar, Hikayat Nur Muhamad, Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Bulan Berbelah. Bahasa melayu terus berkembang sehingga pada abad ke-17, ianya telah menjadi bahasa persuratan dan perhubungan antara wilayah. Ia juga digunakan lebih meluas seperti di dalam bidang ekonomi, politik dan dakwah.

Pendidikan

Perkembangan ilmu islam bermula di institut pendidikan islam di rumah, masjid,kuttab(pondok), dan sekolah kemudian wujud ke seluruh nusantara. Struktur pengajian Islam dan institusi-institusinya yang wujud di Nusantara sama dengan yang terdapat di negeri-negeri Arab Oleh itu, tempat-tempat pendidikan itu mengandungi dua peringkat iaitu Tempat pendidikan sebelum penubuhan sekolah dan Tempat pendidikan selepas penubuhan sekolah

Pada peringkat pertama itu, pendidikan dan pengajaran tidak dikhaskan pada suatu tempat tetapi di berbagai tempat, mulai dari kedai-kedai buku hinggalah ke istana-istana dan malah di padang. Penubuhan sekolah-sekolah pada masa kedua memerlukan kegiatan-kegiatan pendidikan dan tenaga pengajar dan penuntut-penuntut secara sepenuh masa. Akibatnya sebahagian tempat-tempat yang dulunya digunakan untuk pendidikan semakin berkurang walaupun ada diantaranya yang masih dikekalkan.

Sejarah pendidikan Islam menunjukkan bahawa keseimbangan antara ilmu-ilmu agama dan ilmu ilmu dunia terdapat pada zamanzaman kegemilangan dan kekuatan Islam. Dengan itu, wujudnya keseimbangan antara ilmu-ilmu agama dan dunia dalam kurikulum pendidikan dalam Islam. Secara umumnya, kurikulum pendidikan dalam Islam itu meliputi ilmu-ilmu bahasa dan agama, ilmu-ilmu kealaman,sebahagian ilmuilmu yang membantu ilmu-ilmu ini seperti sejarah geografi,sastera,syair,nahu, dan balagah dan filsafat dan logika. Mata pelajaran bagi peringkat rendah adalah al-quran, agama, membaca,menulis dan syair. Manakala kurikulum pada peringkat formal dalam Islam mewakili semua kurikulum peringkat rendah dan lebih membahaskan permasalahan agama,syariat dan alam sejagat.

Jadi

kurikulum

pendidikan

dalam

Islam

bersifat

fungsional,

tujuannya

mengeluarkan dan membentuk manusia muslim, kenal pada agama dan Tuhannya, berakhlak al-Quran tetapi juga mengeluarkan manusia yang mengenali kehidupan,

sanggup menikmati kehidupan yang mulia dalam masyarakat yang bebas dan mulia, malah sanggup memberi dan membina masyarakat itu dan mendorong dan mengembangkan kehidupan masyarakat di situ.

Rumusan

Semua tamadun menekankan perihal kerohanian, mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu yang berbentuk ritual dan spiritual. Demikian juga

kepercayaan tentang kehidupan selepas mati, pembalasan terhadap perbuatan manusia dan pelbagai aspek lainnya. Namun begitu, terdapat juga perbezaan yang berpunca daripada manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama.

Begitu juga dengan interaksi tamadun, ada pelbagai negatif dan positif yang muncul setelah interaksi tamadun. Ini membawa kepada banyak kesan contohnya bagi interaksi positif, negara akan maju dan berkembang pesat manakala bagi kesan negatif pula akan menimbulkan peperangan.

Sebagai kesimpulan, Interaksi antara tamadun dapat mewujudkan gabungan budaya, pemikiran dan sahsiah dan jika terdapat kesinambungan yang baik. Maka, ia mewujudkan satu kesan yang positif yang dapat membantu dalam pelbagai aspek dan jika buruk maka buruk akibatnya contohnya peperangan.

BIBLIOGRAFI

Afifah Abu Yazid, (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Faizurah Hj. Basri et.al, (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

http://72.14.235.132/search?q=cache:MsFlx1H4GZgJ:www.ppl.upm.edu.my/index.php%3Foptio n%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_download%26gid%3D2550%26Itemid%3D176+interaksi+ tamadun&hl=en&ct=clnk&cd=25&gl=my

http://ipkt.edu.my/naim/?_page=2

http://members.tripod.com/man999/Tamadun_Islam.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam
http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html

http://titas-haba.blogspot.com/2008_12_02_archive.html http://www.geocities.com/durontekno/TAMISLAM.htm#TAJUK-TAJUK

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=interaksi+tamadun&btnG=Search&meta=

http://www.ums.edu.my/ppib/sarip_notaringkasTITAS.htm

Anda mungkin juga menyukai