Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

1. Rajah di bawah menunjukkan pokok pisang.

Rajah Apakah nama bahagian yang berlabel X? A Batang bawah tanah B Pokok induk C Anak pokok D Pucuk

2. Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan yang diletakkan di dalam sebuah bilik yang kelam.

Rajah Apakah yang perlu dilakukan kepada tumbuhan itu supaya ia tumbuh tegak? A Beri baja B Siram air C Letak di tempat terbuka di luar bilik itu D Alih ke tempat yang lebih jauh daripada tingkap

3. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana haiwan X, Y, dan Z melindungi diri daripada musuh.

Antara contoh haiwan X, Y, dan Z yang berikut, manakah yang betul?

4. Antara tumbuhan yang berikut, manakah yang mempunyai rerambut yang boleh menyebabkan kegatalan? I Pokok bunga ros II Buluh III Pokok kaktus IV Labu A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

5. Mengapakah manusia perlu berkumuh dan bernyahnajis?

A Untuk memastikan proses pernafasan berfungsi dengan baik B Untuk mengekalkan kesihatan badan C Untuk membersihkan darah manusia D Untuk membersihkan organ-organ manusia

6. Berikut menunjukkan peringkat-peringkat dalam kitar hidup rama-rama.

Peringkat berlabel X merujuk kepada... A ulat beluncas. B berudu. C nimfa. D nyamuk.

7. Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen.

DIAGRAM / RAJAH Apakah yang akan diperhatikan selepas beberapa hari? A Akar bergerak ke arah kapas P. B Akar bergerak ke arah kapas Q. C Pucuk bergerak ke arah kapas P. D Pucuk bergerak ke arah kapas Q.

8. Rajah di bawah menunjukkan pembaris digunakan untuk mengukur panjang satu bongkah kayu.

Diagram / Rajah Berapakah panjang bongkah kayu itu? A 3 cm B 4 cm C 5 cm D 6 cm


3

9. Antara tumbuhan yang berikut, manakah yang dapat hidup di kawasan yang berangin

kencang?

10. Hasil perkumuhan adalah...

A bahan-bahan yang tidak dicernakan. B bahan-bahan yang diperlukan oleh badan. C bahan-bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan. D bahan-bahan buangan yang dikumuhkan melalui nyahnajis.

11. Penyataan di bawah menunjukkan kesan dadah dan alkohol kepada manusia.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan contoh kesan yang dinyatakan di atas? A Manusia boleh bercakap dengan baik. B Manusia boleh mendengar dengan baik. C Manusia tidak boleh berjalan dengan lurus. D Manusia boleh melakukan kerja dengan baik.

12. Antara yang berikut, yang manakah merupakan keperluan asas bagi manusia dan haiwan? I Udara II Tanah III Makanan IV Cahaya matahari A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

13. Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan.

Rajah Antara tumbuhan berikut, yang manakah membiak dengan cara yang sama seperti tumbuhan pada rajah?

14. Rajah di bawah menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan cara pernafasan.

DIAGRAM / RAJAH Haiwan manakah yang boleh dikelaskan ke dalam kumpulan X dan kumpulan Y?

15. Pokok pain adalah berbentuk kon dan mempunyai daun yang berbentuk jarum. Bagaimanakah ciri khas ini membantu pokok pain hidup di kawasan bersalji? A Ciri ini membantu meningkatkan suhu. B Ciri ini menghalang kehilangan air. C Ciri ini membantu mencairkan salji. D Ciri ini dapat menghalang salji daripada melekat pada pokok.

16.

Gambar rajah menunjukkan aktiviti untuk menganggar panjang suatu pensel. Berapakah panjang pensel itu? A 4 batang mancis B 5 batang mancis C 6 batang mancis D 7 batang mancis

17. Rajah di bawah menunjukkan sejenis haiwan yang hidup di suatu habitat.

Rajah Antara penyataan yang berikut, manakah yang benar tentang haiwan di atas?

A P dan Q C P, R, dan S

B P, Q, dan S D Q, R, dan S
6

18. Rajah di bawah menunjukkan peringkat-peringkat dalam kitar hidup sejenis haiwan.

Rajah Susun peringkat-peringkat itu dalam susunan yang betul. A MLJK B KLJM C LJMK D JMKL

19. Antara yang berikut, manakah yang merupakan tabiat buruk manusia? I Membaca II Merokok III Mengambil dadah IV Minum cola A I dan II C II dan III B I dan IV D II dan IV

20. Rajah di bawah menunjukkan proses pernafasan manusia.

RAJAH Antara yang berikut, manakah yang benar tentang proses ini? I Isi padu rongga dada meningkat. II Dada bergerak ke dalam dan ke bawah. III Udara sedikit panas. IV Udara bergerak dari luar ke dalam rongga dada. A I dan II C II dan III B I dan III D II dan IV

21. Antara yang berikut, manakah yang merupakan unit piawai bagi panjang? I Meter II Mililiter III Sentimeter IV Liter A I dan II C II dan III B I dan III D III dan IV

22. Rajah di bawah menunjukkan pokok kaktus.

RAJAH Antara penyesuaian yang berikut, manakah yang membantu kaktus untuk hidup di kawasan kering? I Batang tebal berisi II Daun bersaiz besar III Akar yang panjang IV Batang yang mudah melentur A I dan II C II dan III B I dan III D III dan IV

23. Rajah di bawah menunjukkan suatu eksperimen.

RAJAH Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen ini? A Akar bergerak balas terhadap air. B Pucuk bergerak balas terhadap air. C Akar bergerak balas terhadap cahaya matahari. D Pucuk bergerak balas terhadap air dan cahaya matahari.
8

24. Bahagian manakah pada haiwan yang ditunjukkan pada rajah di bawah membantu haiwan itu menjauhi musuhnya?

RAJAH

25. Antara berikut, manakah yang menunjukkan kedudukan mata yang betul apabila mengambil bacaan bagi panjang pensel?

26. Maklumat berikut menunjukkan ciri sejenis tumbuhan.

Berdasarkan ciri di atas, di manakah tempat yang paling sesuai untuk tumbuhan ini hidup? A Paya B Tasik C Gurun D Tebing sungai
9

27. Rajah menunjukkan reaksi seorang budak lelaki apabila seekor katak tiba-tiba melompat ke arahnya.

Rajah Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi budak itu? A Manusia boleh melihat B Manusia akan menjerit apabila terkejut C Manusia bergerak balas terhadap rangsangan D Manusia melindungi diri sendiri daripada bahaya

28. Penyataan di bawah merujuk kepada proses hidup yang dilakukan oleh manusia dan haiwan.

Berdasarkan pernyataan di atas, manusia dan haiwan melakukan proses... A perkumuhan. B pernafasan dan perkumuhan. C perkumuhan dan bernyahnajis. D perkumuhan, pernafasan, dan bernyahnajis. 29. Antara yang berikut, manakah yang merupakan alasan mengapa haiwan membiak? I Untuk menambahkan bilangannya II Untuk membunuh musuhnya III Untuk mengekalkan spesisnya IV Untuk kekal hidup selama-lamanya A I dan II C II dan III B I dan III D II dan IV
10

30. Mona ingin mengukur ukur lilit lengannya seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

RAJAH Antara alat pengukuran yang berikut, manakah yang sepatutnya digunakan olehnya? I Depa II Pita pengukur III Tali dan pembaris IV Kertas graf A I dan II C II dan III B I dan III D III dan IV

11