Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH KEWUJUDAN RUKUN NEGARA Rukun Negara diistiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970

iaitu semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-13. Tragedi 13 Mei 1969 telah menghancurkan perpaduan serta mengancam keselamatan dan keamanan negara. Pada ketika itu, pentadbiran negara diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien. Majlis Rundingan Negara yang ditubuhkan oleh MAGERAN telah mengambil langkah tegas untuk mencari suatu fomula bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Hasilnya terbentuklah Rukun Negara.

MATLAMAT RUKUN NEGARA Matlamat pembentukan Rukun Negara adalah untuk mengembalikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, pembentukan Rukun Negara dapat melahirkan masyarakat yang demokratik, adil, progresif dan bersikap terbuka. Rukun Negara juga sebagai ideologi kebangsaan menjadi panduan untuk mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaulat.

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA ~KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN~ ~KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA~ ~KELUHURAN PERLEMBAGAAN~ ~KEDAULATAN UNDANG-UNDANG~ ~KESOPANAN & KESUSILAAN~

-Maksud Setiap Prinsip1.Kepercayaan Kepada Tuhan -agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia. -rakyat : menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. -Islam ialah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. 2.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -menuntut agar semua rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada raja dan negara. -Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara Malaysia dan Raja Melayu adalah Ketua Negeri.

-Raja menjadi simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa kaum pribumi. -Penderhakaan kepada raja bererti penderhakaan kepada negara. 3.Keluhuran Perlembagaan -Perlembagaan adalah undang-undang utama sesebuah negara dan dianggap luhur, suci, dan unggul. -Keluhuran perlembagaan menekankan agar semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung, dan mempertahankannya. 4.Kedaulatan Undang-Undang -Prinsip ini menuntut rakyat negara ini agar menghormati undang-undang dan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. -Apabila kedaulatan undang-undang terpelihara semua rakyat akan dapat hidup dengan aman dan damai. -Tanggungjawab setiap warganegara ialah memastikan undang-undang sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak. 5.Kesopanan Dan Kesusilaan -Kesopanan dan kesusilaan adalah nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. -Kesopanan dan kesusilaan akan dapat menjamin kehidupan yang harmoni, penyayang, dan saling menghormati.

Anda mungkin juga menyukai