Anda di halaman 1dari 4

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin.

Sedikit sangat jumlah di kalangan manusia yang memiliki ciriciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin.

Dalam ajaran Islam, pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Tuhan, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan. Di dunia hari ini orang yang bergelar Presiden, Perdana Menteri, Sultan, Raja, Amir, Yang Dipertua, Pengerusi atau apa saja panggilan, yang kedudukan mereka di atas, atau status sosial mereka yang paling tinggi, sebenarnya bukan pemimpin. Mereka tidak lebih dari pentadbir atau pengurus.

Mereka tidak pernah memimpin manusia. Mereka hanyalah orang yang mentadbir dan menguruskan benda, pembangunan, kemajuan, makan minum, pelajaran, kesihatan, ekonomi, pertanian, kewangan dan lain-lainnya. Mereka bukan sahaja tidak membawa hati manusia kepada Tuhan, bahkan kadang-kadang menjadi penghalang kepada manusia lain yang mahu kepada Tuhan. Mereka bukan sahaja tidak mengatur kehidupan manusia dengan syariat, bahkan melalui kuasa yang ada mereka menjadi penganjur maksiat dan kemungkaran. Kasih sayang dan pemurah

Kasih sayang adalah sifat utama milik Tuhan yang Tuhan sendiri mahu hamba-Nya mengenal-Nya dengan sifat tersebut. Sebab itu dalam apa saja pekerjaan atau amal yang kita buat, Tuhan mahu dimulai dengan menyebut nama-Nya yang pemurah dan pengasih.

Pemimpin kasih sayang adalah lambang perpaduan. Manusia dapat bernaung di bawah pimpinannya. Manusia rasa terbela dan terdidik. Melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran. Hati yang liar dari Tuhan akan menjadi jinak.

manusia yang kehidupannya rosak dan punah berpunca dari ketiadaan kasih sayang. Sebaliknya pula boleh berubah secara mendadak apabila diberikan kasih sayang.

Hati yang gersang itu seolah-olah disirami air sehingga benihbenih iman subur semula. Tanpa perlu bersyarah panjang meleret atau tanpa perlu bercakap banyak, melalui kasih sayang, hati manusia merasa bertuhan. Hati manusia akan mudah merasakan. Sedangkan pemimpin kasih sayang sudah terasa keindahan mendampinginya, betapalah Tuhan yang bersifat Pengasih yang menjadikan pemimpin kasih sayang tersebut.

3. Tidak emosi

Seorang pemimpin yang emosional dalam erti kata sangat mudah memperlihatkan perubahan sikap dan wataknya mengikut situasi, sama ada yang menggembirakan atau menyusahkan, sama ada yang seronok atau yang dibenci, sama ada yang disenangi mahupun yang dia meluat.

Seringkali emosinya itu tidak dapat dibendung atau dikawal. Kalau berlaku sesuatu yang disukai, menyeronokkan, yang disenangi dan menggembirakan, diperlihatkan atau diluah atau ditonjolkan keseronokannya secara kelebihan. Begitulah juga sebaliknya terhadap sesuatu yang dibenci, yang tidak disenangi, yang tidak sesuai dengan seleranya, yang dia rasa tidak selesa atau yang dia meluat. Ditunjukkan kebenciannya itu tanpa berselindung.

Bagi seorang pemimpin, keterlaluan dalam menonjolkan emosi akan menjatuhkan maruah dan wibawanya, lebih-lebih lagi kalau emosi itu terhadap apa atau siapa yang dibencinya.

Pemimpin sejati pembawa kebenaran bayangan Rasulullah SAW itu tidak emosi terutamanya apabila dikritik. Kritikan adalah sesuatu yang amat tidak disenangi oleh para pemimpin. Emosinya sangat tergugat, tersentuh dan tercabar apabila dikritik. Mudah saja melenting, melatah, marah-marah, mempertahankan dirinya dan sekaligus akan menyerang kembali saingannya, pengkritik atau musuhnya.

Adakalanya dia kembali menyerang dengan membuta tuli tanpa usul periksa, tanpa menimbang dan menilai kebenaran sesuatu kritikan. Malah sampai diiringi pula dengan tindak balas menghukum pengkritik. Alangkah tidak bermaruah apabila didapati bahawa pengkritik itu di pihak yang benar. Tentulah amat sukar untuk menebus kembali kesilapannya itu. Lantas kadang-kadang terpaksa bertindak lebih ganas untuk menutup segala kesilapannya. Ini akan mendatangkan akibat lebih buruk lagi dimana boleh menghakis kepercayaan lebih ramai manusia terhadapnya.

Seorang pemimpin kebenaran yang tidak emosi akan sentiasa membiarkan kritikan itu berlalu begitu saja. Sama ada dirinya di pihak yang benar atau sebaliknya, emosinya tetap terkawal. Ketenangan itu seringkali membuahkan kesan positif, terutamanya apabila terbukti bahawa dirinya di pihak yang benar.

Kalaupun pengkritik tidak menyerah kalah, namun ketenangan itu akan dapat menutup mulutnya atau menjadikan pengkritik itu malu sendiri. Andainya ada juga benarnya di pihak pengkritik, dengan cara tidak emosi itu dia mengambil langka mengkoreksi dirinya. Dengan cara itu bertambah

lagi tinggi maruah dirinya yang akan menambah kepercayaan manusia kepadanya.

Adakalanya terdapat juga kritik yang dilemparkan itu merupakan umpan para musuh. Apabila tidak dapat membendung emosi maka musuh cepat dapat mengenal kelemahan pemimpin tersebut. Dalam taktik provokasi ini, biasanya musuh sudah menyediakan berbagai perangkap lain. Ramai pemimpin gagal dalam berhadapan dengan kerenah manusia karena menghadapi mereka dengan penuh emosi.

Anda mungkin juga menyukai