Anda di halaman 1dari 3

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MELAYU 1.

Bersifat dinamik - Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Amalan hidup mengalami perubahan. Dahulu majlis perkahwinan yang diadakan setakat mengikuti adat, namun kini banyak berlaku penambahan budaya. Budaya masyarakat berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan sedikit sebanyak mengurangkan nilai-nilai kemasyarakatan. Contoh: Adat memanggil untuk majlis kenduri.

2. Menerima dan menolak unsur tertentu - Penerimaan terhadap unsur baharu berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama. Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Penolakan juga berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan budaya asal masyarakat berkenaan. Nilai positif yang terdapat dalam sesuatu unsur itu membawa impak positif bagi masyarakat. Contohnya: Nilai yang diambil daripada masyarakat Jepun dan Korea.

Antara nilai positif tersebut: 1. Sikap mengagungkan bahasa ibunda 2. Budaya kerja berkomitmen 3. Rajin membaca

3. Diwarisi - Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. - Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. - Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Quran dan adat bersanding. - Ini bermakna bahawa budaya Melayu, cina dan India yang diamalkan hari ini adalaah lanjutan daripada budaya terdahulu. Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari ini. - Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau. - Budaya yang diperturunkan dapat dipelihara dan dikekalkan melalui pertunjukan kebudayaan dan penceritaan lisan.

4. Proses kesinambungan - Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. - Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. - Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

5. Lahir kerana masyarakat. - Budaya lahir kerana adanya masyarakat yang menghuni sesuatu kawasan atau daerah. - Amalan yang sering dilakukan dalam masyarakat tersebut menjadi suatu kebiasaan yang lama-kelamaan menjadi budaya yang dapat diterima. - Justeru, tanpa masyarakat tiada budaya.

6. Tidak kelihatan - Budaya merupakan sesuatu yang abstrak. - Wujudnya budaya dilihat melalui tingkahlaku masyarakat. - Adanya proses yang berlaku dalam membentuk sesebuah perlakuan. - Budaya itu tidak dapat dilihat secara zahir tetapi boleh difahami melalui perlakuan yang dizahirkan.

7. Bersifat sejagat - Budaya itu bersifat sejagat iaitu universal. - Kesejagatan budaya bermaksud kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. - Walaubagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

8. Boleh dipelajari - Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. - Dalam proses mempelajari, banyak unsur terlibat seperti proses asimilasi, adaptasi, - Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu dan mencipta sesuatu. - Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

Anda mungkin juga menyukai