Anda di halaman 1dari 5

Kaedah tunjuk cara/demonstrasi Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan individu yang

berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di lakukan di hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya seperti tunjuk cara mengambil wuduk dan memberus gigi. Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru. Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid.selain dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan mutu hasil kerja. Kaedah demonstrasi dalam pendidikan islam dapat dijalankan apabila mengajar cara-cara mengambil air sembahyang. Kaedah demonstrasi boleh disertakan dengan video pada awalnya, kemudian guru melakukan demonstrasi. Kemudian barulah murid meniru kelakuan tersebut. Dalam pendidikan moral, kanak-kanak boleh diajar cara menggosok gigi dengan betul, cara menyikat rambut dan mengikat tali kasut. 3.5 KAEDAH TUNJUK CARA Definisi Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti Ciri-ciri penting 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan 2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah 3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen 4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti

Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

Kaedah simulasi/main peranan Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan oleh muriid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian meminta murid memainkan peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati kepada murid lain seperti menilai. Kaedah inimenekankan kepada ekspresi dan perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan kesan teknik main peranan diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan ulangi aktiviti tersebut dengan melibatkan murid lain.

Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga berkesan dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep.

Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan kaedah dan peraturan

mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi. Dalam pendidikan islam, aktiviti yang sesuai adalah seperti makan mengikut adab yang betul. Iaitu membaca doa, makan berjemaah dan duduk tertib. Manakala dalam pendidikan moral pula, aktiviti simulasi dan cara berkawan dan berbaik dengan masyarakat setempat.

3.9 KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi 1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya 2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan 3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi 4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan 5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis

Teknik Simulasi Pengertian Teknik Simulasi Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu. Simulasi dapat diartikan sebagai meniru suatu sistem nyata yang kompleks yang penuh dengan sifat probabilistik, tanpa harus mengalami keadaan yang sesungguhnya .

Hal ini dapat dilakukan dengan membuat sebuah miniature yang representative dan valid denagn tujuan sampling dan survey statistik pada sistem nyata dapat dilakukan pada tiruan ini. Proses simulasi juga berhubungan dengan penyusunan tiruan sistem denagn menggunakan interaksi antar bilangan ramdom yang menuruti distribusi dari pola data tertentu. Sehingga diperlukan suatu distribusi tertentu untuk mensimulasikan suatu sistem. Model pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris) atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka, serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan..

Berdasarkan dari sumber-sumber yang didapat dapat diambil suatu kesimpulan bahawa simulasi adalah tiruan dari dari suatu system untuk melakukan eksperimen pada komputer yang menggunakan model tertentu untuk menjelaskan perilaku bisnis atau ekonomi pada suatu periode tertentu. Dan dari beberap sumber mengenai definisi simulasi adalah sebagai berikut: (Banks (Banks 1998)). Simulasi adalah tiruan dari proses dunia nyata atau sistem. Simulasi menyangkut pembangkitan proses serta penga- matan dari proses untuk menarik kesimpulan dari sistem yang diwakili (Nailor (1966) dalam Rubinstein & Melamed (Melamed 1998)).Simulasi adalah tehnik numerik untuk melakukan eksperimen pada komputer, yang melibatkan jenis matematika dan model tertentu yang menjelaskan pri- laku bisnis atau ekonomi pada suatu periode waktu tertentu.

Kaedah simulasi.

Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasimembolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep,kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihandemi untuk menyelesaikan masalah .Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakanuntuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yangditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yangrumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai