Anda di halaman 1dari 28

MUKA

HAD APAN
EL EMEN
1
BUKU
ILMI AH
INTER NE
T
MEL AWAT
TEMP AT
KAJIAN
ORA NG
SUMB ER
EL EMEN
2
BANGUNAN
SULTAN
ABDUL
SAMAD
SENARAI KANDUNGAN

Perkara MUKA SURAT

1. Tajuk Kajian

2. Senarai Kandungan

3. Penghargaan

4. Objektif Kajian

5. Kaedah Kajian

6. Hasil Kajian

7. Rumusan

8. Lampiran

9. Rujukan
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-

Nya, saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 dengan

jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada

saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa

hadapan.

Saya, Muhammad Syamil Bin Mohamed Isa ingin mengucapkan berbanyak-banyak

terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Mustaffa bin

Haji Shaari dan guru pembimbing saya iaitu CIKGU SEJARAH dan guru-guru sejarah

yang lain kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –

cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu

menyemak data, laporan dan membuat teguran agar saya memperoleh hasil kajian yang

cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Tn Hj

Mohamed Isa yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini dan membawa saya

melawat ke tempat kajian saya. Tanpa sokongan beliau mungkin saya tidak dapat menyiapkan

tugasan ini. Ini kerana tugasan ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang

ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada rakan-rakan saya iaitu Muhammad Faiz Ifwat dari kelas 3N, Muhammad Irfan dari

kelas 3D dan Mohd Zarith dari kelas 3A yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan

dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan

semangat, serta cadangan.


Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang salah satu bangunan

bersejarah di negara kita.Bangunan yang saya pilih ialah Bangunan Sultan Abdul

Samad.Kajian saya merangkumi objektik-objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-

sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu

kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat

b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada

peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut

c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya

dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.


KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat

yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:-

1. Temu Ramah – Saya telah menemu ramah ayah saya sendiri bagi

mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul

Samad yang saya kaji. Kaedah ini sedikit sebanyak telah membantu kajian

saya.

2. Lawatan dan Pemerhatian – Saya senidiri telah mealawat tempat kajian

saya iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad yang terlatak di Jalan Tuanku

Abdul Rahman, di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

3. Penyelidikan Perpustakaan –Saya telah pergi ke Perpustakaan Awam

Jalan Tambun di Ipoh bagi mendapatkan sedikit sebanyak maklumat

tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya telah menemui buku yang

berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.


HASIL KAJIAN

1.NAMA BANGUNAN

Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new

Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna

bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974.

Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad

yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini dinamakan sebagai bangunan Sultan

Abdul Samad bersempena nama sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Jam besar yang

terdapat pada bangunan tersebut dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada 30
Ogos 1957, tepat jam12 malam.Jam ini berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan

kemerdekaan negara kita. Serentak dengan itu juga,bendera UNION JACK diturunkan lalu

digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

2.LATAR BELAKANG

Asal-usul

Atas cadangan SIR WILLIAM MAXWELL,Residen Selangor,kerajaan British di

negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada tahun

1893.Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya. Perletakan batu

asas telah dibuat oleh SIR CHARLES B. H. MITCHELL,Gabenor Negeri-negeri Selat pada 6

Oktober 1894 setelah reka bentuk bangunan tersebut telah dipersetujui.

Pengasas

Reka bentuk bangunan ini dicipta oleh arkitek inggeris yng berkhidmat di Jabatan

Kerja Raya Kuala Lumpur yang bernama A.C NORMAN dan dibantu oleh jurutera C.E

SPOONER bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini.

Tarikh Pembinaan

Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun1893 tetapi perletakan batu asas

bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894.Bangunan ini telah siap di bina pada tahun

1897.

Lokasi
Bangunan ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya

Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor

dan berdekatan dengan Sungai Bonus.Bangunan ini terletak pada satu tapak diantara

pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan tapak yang strategik

kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini meliputi keluasan

10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali

sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan

strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan

Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

Lokasi bangunan Sultan Abdul Samad

Tujuan penubuhan bangunan

Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan

sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan member imej baru kepada Kuala Lumpur

dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan pembinaan awal adalah

sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri

Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat:

menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council


Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial

Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat

Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Kos pembinaan

Kerajaan British Telah menghadkan kos tidak melebihi 231 000 ringgit untuk tujuan

pembinannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga 152 000 ringgit sahaja

tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu.

Perasmian

Bangunan ini dirasmikan oleh Residen British, SIR FRANK SWETTENHAM pada

tahun1897 iaitu ketika bangunan ini telah siap di bina.

3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN

Reka bentuk pelan

Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan

yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk

ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan

Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang

menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna

hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand

proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan

bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri the Raj style
mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat 2

Pelan Tingkat Mezanin


Tangga Berputar

Bahan binaan

Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran

Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan penubuhan sebuah kilang

bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong

simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.

Pengubahsuaian

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya

dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan

Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi

ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian
dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut.

Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada

tahun 1984.

Hiasan dalaman

Didalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang

diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang

dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga

kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Pada zaman penjajahan British bangunan ini digunakan sebagai pusat pentadbiran

negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral,dan Pejabat Pos.

Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri Selangor, iaitu

meliputi Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Perakaunan,Pejabat Am, tempat Majlis Mesyuarat

Negeri dan Pejabat Pos.Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan

Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Cara pembinaan

Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894

1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan

dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan

unsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong

(arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang
kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.

Rumusan
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam

kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa.

Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat

yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita

cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek

perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan

bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga

memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang

mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat

kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa

Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong

menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat

muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang

berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi.

Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan

bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali

dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.
LAMPIRAN

(GAMBAR BANGUNAN ABDUL SAMAD)

(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)


Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)

(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezan)

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)


Rujukan

1. internet –

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

• http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM

• http://www.virtualmalaysia.com/destination

• http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_sam

ad

1. buku ilmiah –

• Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era

Didik.

• Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated

Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.

2. ensiklopedia-

• Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia

Dunia,Malaysia, Dawrna Sdn.Bhd.

3. majalah-

• Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran

Shah Alam,Selangor

4. surat khabar

• Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7

• Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28


EL EMEN
3
ESEI

Istilah pemuliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak

tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti

pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran

semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemeliharaan pula membawa kepada

maksud memulihara dan mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui

kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan

mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan

pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan

bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan

patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan

budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat

menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai

semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan

pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita

bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat

bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota

masyarakat.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,

masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti

seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi

undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika

disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi

terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin

dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan

pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan.

Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu

menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap

rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi

memajukan negara.

Anda mungkin juga menyukai