Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN HARI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SETAR 2013

SEBELUM SAMBUTAN HARI SUKAN Pada 2 Julai 2013 yang lalu, semua warga Sekolah Kebangsaan Kampong Setar (SKKS) telah bersama-sama dalam menjalankan satu aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan persekitaran kawasan padang sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencakar rumput yang telah dipotong supaya tiada sebarang masalah yang akan berlaku semasa proses membuat garisan di atas padang. Terdapat beberapa orang guru yang terlibat dalam membuat garisan di padang iaitu Cikgu Zaini, Ustaz Ghani, Cikgu Helmy, Cikgu Asyraf dan turut dibantu oleh beberapa orang pekerja am iaitu Pak Daud dan Pak Teh. Warga sekolah juga turut membersihkan kawasan di bawah pokok rambutan, iaitu tempat yang akan digunakan oleh murid-murid untuk berteduh sebelum acara perarakan dimulakan. Gotong-royong ini telah diketuai oleh Cikgu Mokhtar, turut dibantu oleh murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Sementara menunggu tempat berehat dibersihkan, guru-guru dipelawa untuk memetik buah rambutan yang terdapat disekitar kawasan padang sekolah. Pada hari yang sama juga Pesta Pulut Durian turut dijalankan bagi semua guru SKKS. Pesta yang dijalankan buat kali kedua ini juga bertujuan untuk menyambut kedatangan kami ke sekolah. Kebetulan pula kedatangan semula kami ke sekolah jatuh pada musim buah-buahan tempatan. Pada keesokan harinya 03 Julai 2013 pula kami telah ditugaskan untuk melekatkan lencana sekolah pada setiap pingat yang akan diberikan kepada setiap pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan dan juga hadiah bagi acara

sukaneka. Tidak beberapa lama kemudian, raptai perarakan bagi setiap rumah sukan telah dilaksanakan di bawah pengawasan Cikgu Mokhtar serta dibantu oleh guru-guru pelatih. Raptai ini diadakan bertujuan untuk memastikan setiap murid mendapat gambaran perjalanan majlis perasmian sukan tahunan sekolah pada petang nanti. Raptai ini dijalankan secara berulangkali supaya semua murid mendapat gambaran yang lebih jelas di samping beberapa penambahbaikan telah dilakukan. Setelah selesai kesemua raptai tersebut, acara lompat jauh bagi lelaki dan perempuan serta acara lontar peluru juga bagi lelaki dan perempuan turut dijalankan. Hal ini kerana kedua-dua aktiviti ini mengambil tempoh masa yang agak lama untuk dilaksanakan. Maka guru yang bertugas telah membuat keputusan untuk melaksanakannya pada waktu pagi supaya tiada kekangan masa pada waktu petang nanti. Boleh disimpulkan bahawa perjalanan setiap acara yang

dipertandingkan pada waktu pagi telah berjalan dengan lancar. Malah dua acara ini merupakan acara yang amat mendapat sambutan dalam kalangan murid sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai