Anda di halaman 1dari 8

STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN

Pengenalan

Strategi Kajian Masa Depan adalah ibarat analogi memandu kereta:

Analogi memandu kereta di atas menunjukkan bahawa sepanjang pemanduan kita, kita seringkali dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Contohnya, sedang kita memandu di lebuhraya, tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan kereta. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Analogi tersebut boleh dikaitkan dengan Kajian Masa Depan, di mana Kajian Masa Depan ini merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan melalui tren hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan.

Definisi Kajian Masa Depan Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

Grafik di atas merupakan dimensi kajian masa depan. Antara dimensi penting yang perlu difahami dalam Kajian Masa Depan adalah bahawa masa depan adalah dinamik kerana sentiasa berlakunya perubahan. Masalah masa depan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global. Lagipun manusia terikat dengan nilai dan norma, keinginan dan hajat serta kehendak masa depan. Walau bagaimanapun, Kajian Masa Depan adalah berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi dan dapat diramal. Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan What we can and must do is to give our students an understanding of the most important issues, problems and opportunities they may face, teach them the skills they will need to continue to look ahead on their own; and prepare them to cope successfully with the dislocations and stresses of rapid change. (Kauffman, 1976) Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) diperkenalkan untuk mendidik generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan:

1. Membina generasi masa depan Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang masa depan mereka.

2. Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir

Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.
3. Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik. 4. Membawa anjakan paradigma Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata kepada budaya berfikir.

Strategi Kajian Masa Depan Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Objektif Kajian Masa Depan Berfikir Secara Kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang halhalmasa depan KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis dan reflektif tentang keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan. Berkomunikasi Secara berkesan tentang hal-hal masa depan KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi berbagai cabaran hidup.

Membina Sikap dan nilai tentang masa depan. KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh membuat pilihan berasaskan etika dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa depan mereka. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran dan kaedah dalam mengkaji masa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertanggung jawab, tahu membeza dan menilai, berketrampilan dan mempunyai gambaran jelas tentang masa depan.

Komponen Kajian Masa Depan KMD merangkumi dua komponen yang diperlukan untuk membentuk generasi baru yang boleh memandang ke hadapan. Komponen-komponen itu adalah: 1. Kemahiran asas Kajian Masa Depan memberi keupayaan dan wawasan kepada pelajar untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan perubahan dan cabaran. KMD memberi manfaat kepada pelajar dengan membina kemahiran asas seperti : Boleh membuat ramalan berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Seseorang itu perlu tahu untuk membuat ramalan apa yang berlaku di masa hadapan. Boleh menjangka akibatnya sesuatu fenomena dari tren atau perubahan; Setelah meramal apa yang akan berlaku, seseorang itu perlu juga tahu menjangka apa akibat yang akan berlaku dari ramalan tersebut. Boleh mengawal dan mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. Dan seterusnya seseorang itu perlu tahu bagaimana cara untuk mengawal dan mengendalikan perubahan yang akan berlaku daripada ramalan tersebut.

2. Kemahiran khusus KMD antara kemahiran khusus yang dibina ialah kemahiran memahami dan menggunakan prinsip pengupayaan, prinsip pandang ke hadapan, mengkritik trend/senario, menggunakan proses inovasi sosial, menguasai alat masa depan seperti garisan masa, roda masa dan membina agenda diri untuk abad ke-21.

Matriks Pengajaran Kajian Masa Depan Kajian Masa Depan boleh diajarkan sebagai satu matriks memandang ke hadapan yang melibatkan pelbagai unsur Kajian Masa Depan yang penting untuk memahami konsep Kajian Masa Depan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Konsep utama Guru boleh memillih konsep Kajian Masa Depan yang ada kaitan dengan mata pelajaran. Contoh: Alternatif dan pilihan; Masa Lalu; Kini dan Depan; Nilai,; Pengupayaan; Kemapanan Kemahiran khusus Teknik dan cara pengajaran Kajian Masa Depan yang digunakan sebagai aktiviti dalam perkembangan pelajaran. Contoh: Pemahaman Konsep Masa Depan, Pengumpulan Maklumat Dan Analisis Trend, Ramalan Dan Analisis, Penggunaan Imaginasi Dan Kreativiti, Strategi Mengatasi kebimbangan, Proses Inovasi Sosial, Pembinaan Senario, Penjelasan Nilai dan Masa Depan, Pemahaman Dimensi Kemapanan Proses Proses yang akan dialami oleh murid semasa melaksanakan aktiviti KMD. Contoh: kesinambungan, pertimbangan, keseimbangan, pertumbuhan, perubahan dan transformasi

Kapasiti Kemahiran yang dibina dan dirujuk oleh murid semasa pelajaran dijalankan. Contoh: Menaakulan, Menganalisis,Membuat Aplikasi, Memandang Jauh, Berimaginasi Berfikir,Kreatif Persepsi Persepsi murid terhadap sesuatu (konsep, isu, tema dan sebagainya) semasa pelajaran yang akan mempengaruhinya dan murid juga akan mengalami perubahan selepas mempunyai kesedaran. Contoh: Takut dan bimbang, kerisauan, prihatin, harapan, perancangan, tujuan, nilai Tema Cadangan tema-tema penting bagi Kajian Masa Depan yang boleh digunakan. Contoh: Pemuliharaan, Generasi Masa Depan, Impak terhadap Manusia, Had dan Batasan, Masa Depan Dunia, Optimisme & Pasimisme, Kemampanan, Masa dan Budaya Isu Isu-isu yang boleh dikaitkan dengan konsep, teknik dan cara pengajaran dan kandungan mata pelajaran. Contoh: Komunikasi, Tenaga, Kesihatan, Maklumat, Keamanan, Sumber, Jantina dan Budaya, Alam Sekitar, Kependudukan, Sains dan .Teknologi, Angkasa Lepas Pengangkutan, Perancangan Bandar, Pekerjaan dan Waktu Senggang Pembangunan Ekonomi ,Jenayah dan Keadilan Aplikasi Kemahiran khusus yang diperolehi pelajar melalui pelajaran Kajian Masa Depan boleh diaplikasikan dalam bidang ini. Contoh: Stail Hidup Alternatif, Kajian Masa Depan Secara Kritis, Cara Memandang Jauh, Masa Depan Ekonomi, .Perancangan Strategik PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN MASA DEPAN PERANCANGAN GURU Pengajaran dan pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan melibatkan unsur-unsur yang terkandung dalam matriks. Unsur-unsur ini perlu diolah dan disepadukan mengikut konteks dan tajuk yang bersesuaian dengan keperluan mata pelajaran. Semasa merancang pengajaran dan pembelajaran, aspek-aspek berikut perlu diambil kira oleh guru: 1. Perancangan yang strategik Guru merancang aktiviti pengajaran berorientasikan ke masa depan. Aktiviti dan tugasan yang diberikan perlu melibatkan alat-alat dan teknik Kajian Masa Depan bagi menyelesaikan masalah dan membuat pilihan alternatif ke arah keputusan yang berkaitan dengan isu dan masalah serta peluang masa depan yang terkandung dalam mata pelajaran.

2. Isu dan tema yang relevan Pemilihan isu dan tema bersesuai dengan tajuk mata pelajaran dan tahap murid

3. Berpusatkan murid Bahan, aktiviti dan tugasan yang dipilih hendaklah mengambil kira minat dan kematangan murid agar mereka dapat mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat Aktiviti Kajian Masa Depan tidak terhad kepada aktiviti di bilik darjah. Murid boleh merancang projek-projek di dalam dan di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum. Penguasaan konsep dan kemahiran yang hendak dibina boelh dipertingkatkan dengan mengaitkan pembelajaran di sekolah dengan peranan mereka sebagai ahli masyarakt. 5. Peranan guru sebagai fasilitator Dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa Depan, guru boleh memainkan peranan sebagai fasilitator. Dalam proses ini, guru peka terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran, membimbing murid untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN CONTOH PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

Apakah yang anda ingin mengajar?

MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 Tajuk Keindahan Negara Kita 6.2.: Seni bina dan tempat rekreasi a. Keindahan dan keistimewaan seni bina di Malaysia b: Contoh bangunan dan binaan Dari manakah anda mencari bahan untuk mengajar tajuk?

KONSEP KAJIAN MASA DEPAN Gambaran masa depan yang mungkin berlaku jika tiada pemuliharaan dan mengkaji tanggungjawab generasi sekarang serta penjelasan nilai masyarakat tentang hak generasi masa depan SENI BINA WARISAN BANGSA Mengetahui bangunan dan binaan negara kita Bagaimanakah saya boleh mengaplikasikannya dalam kelas? Cadangan Idea Aktiviti Cari langkah untuk mengenalkan bagi generasi masa depan. Membina senario masa depan jika langkah tidak diambil Tulis berita masa depan Main peranan sebagai generasi masa depan yang dapat mewarisi seni bina untuk menjaga dan memulihara generasi sebelumnya

Anda mungkin juga menyukai