Anda di halaman 1dari 42

KEMAHIRAN LISAN : BERTUTUR DAN MENDENGAR

Kemahiran lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Tujuan Kemahiran Lisan


Menyebut perkataan / ayat dgn betul Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyibunyi bahasa yang bermakna. Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dan betul

Konsep bertutur
Gabungan bunyi-bunyi bahasa Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.

Melafazkan bunyi-bunyi bahasa drpd alat-alat artikulasi Peringkat penglahiran Perlu ditiru & diajuk Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

Aspek-aspek pertuturan
a)Sebutan murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat Semua ini bertujuan untuk melatih muridmurid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.

b)Tekanan Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya dilakukan pada suku kata. Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Lambangnya ialah /?/. Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat) Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.

d) Kefasihan boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya. Bertujuan untuk berkomunikasi.

f) Tatabahasa merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayatayat. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat. morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan.

g) Jeda jeda = persendian digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza) /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.

h) Intonasi merupakan bunyi yang menaik atau menurun. juga disebut sebagai nada suara intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.

I)Nada nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan. nada tidak bersifak fonemik.

j) kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

Gaya bahasa berdasarkan nada:


Gaya yg sederhana -Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll. -Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu. Gaya bahasa mulia & bertenaga -Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak -Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu. Gaya menengah -Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai. -Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu. -Cth situasi pesta dan rekreasi

Faktor yang mempengaruhi pertuturan


Kecerdasan Kemampuan menghasilkan bahasa Kesihatan Kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu) Fizikal Alat artikulasi Alam sekeliling Sosioekonomi dan perhubungan keluarga Jantina Perempuan cepat, lelaki lambat Dwibahasa Umur Kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan

Konsep kemahiran bertutur


Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti Karangan Laporan projek/kerja kursus/folio Latihan dan ujian bertulis Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

KEMAHIRAN MENDENGAR
Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain.

Perkembangan kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar,selepas itu mengajuk dan seterusnyabercakap. Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak-kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya, dan dia cuba meniru dan menuturnya berulangkali apa yang didengar daripada orang yang berada disekelilingnya

Mereka ( ibu bapa , ahli keluarga dan guru-guru serta)adalah model pembelajaran bagi kanak-kanak. Jika model ini menggunakan bahasa yang sama atau hampir-hampir sama dengan bahasa matlamat ( bahasa yang digunakan di sekolah) maka keadaan ini menguntungkan kanak-kanak itu. Jika sebaliknya akan menyulitkan mereka dalam pembelajaran seterusnya. Menguntungkan guru-guru SK Menyulitkan guru-guru SJK (menggunakan bahasa ibunda untuk mengajar bahasa Melayu)

Kita belajar bercakap melalui pendengaran. Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur adalah terlibat. Walaupun kemahiran ini berhubung rapat namun, ia merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa bertindak balas daripada apa yang didengar. ( Kamarudin Hj. Husin. 1999)

Secara ringkasnya kemahiran mendengar adalah ;


Kemahiran paling asas Berlaku pada peringkat penerimaan Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar.

Proses mendengar
Mendengar deretan bahasa Memahami bunyi bahasa Menilai bunyi

Bertindak terhadap bunyi

Peringkat Awal 1. Mengecam , mengajuk dan memilih bunyi 2. Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat 3. Melakukan sesuatu yang disuruh 4. Menjalankan perintah dan permintaan 5. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah 6. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat

Peringkat Pertengahan 1. Mengecam dan mengingat fakta 2. Mengenal maklumat khusus 3. Mengesan urutan maklumat 4. Mengenal sebab dan akibat 5. Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi 6. Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap

Peringkat Maju 1. Mengenal isi-isi penting 2. Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap 3. Mentafsir maksud orang yang bercakap 4. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi 5. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar 6. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan 7. Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai struktur nahu

Prinsip Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas dalam kemahiran berbahasa. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat dan jelas. Bahan rangsangan penting untuk meningkatkan minat dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Memberi peluang murid terlibat secara aktif dapat mempercepat penguasaan kemahiran. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan, intonasi, jeda dan tatabahasa; Laras bahasa yang digunakan mesti bersesuaian dengan konsep

Perinsip-perinsip kemahiran mendengar


Kemahiran mendengar hendaklah dijalankanbersama-sama kemahiran lain. Latihan yang dijalankan hendaklah berteraskansesuatu sesuatu tugasan yang boleh membawakepada sesuatu aktiviti. Setiap aktiviti dan kemahiran , membolehkan muridmenunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa,aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Guru harus memberi peluang kepada murid berlatihmendengar sebanyak yang mungkin dan bersertadengan motivasi.

Jenis-jenis mendengar
Mendengar pasif -Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan -Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran. Mendengar secara bertelau-telau -Berlaku pd pelajar bahasa ke-2 -Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut. Mendengar tanpa tindak balas -Mendengar tp tidak bertindak balas -Tidak beremosi dan tidak memahami Mendengar secara menebuk-nebuk -Berlaku pd pelajar bahasa ibunda -Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak

Mendengar secara beremosi -Mendengar & mampu meransang emosi -Merasa sesuatu dan bertindak balas
Mendengar secara berhati-hati -Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat) -Memahami ujaran dgn tepat Mendengar secara kritikal -Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis) -PnP KBKK Mendengar secara pengamatan -Murid sudah mampu berfikir kritikal -Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna) Mendengar secara kreatif -Mengulas, mengritik, menilai -Mencapai penguasaan bahasa yg baik

Objektif kemahiran dengar tutur tahun 1


Objektif Standard Pembelajaran yang patut dipelajari oleh seluruh murid Tahun 1 di Malaysia ialah : i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul; ii. mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul

OBJEKTIF KEMAHIRAN DENGAR TUTUR TAHUN 1


iii. mendengar, memahami , menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat; iv. mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat; v. mendengar , memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan pesanan, dan pertanyaan dengan betul

OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


vi. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi diksi, kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; vii. bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; viii. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesua secara bertatasusila

STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Asas mendengar & memberi

1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi respons dengqn betul terhadap dalam persekitaran dengan pelbagai bunyi persekitaran teliti & betul
1.1.2 Mengecam & mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul 1.1.3 Mendengar & menentukan arah bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul

AKTIVITI PRAMENDENGAR
Aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Guru meminta murid mendengar bunyi-bunyi yang dirakam dalam pita rakaman atau bunyiyang dapat didengari pada waktu pembelajarn. Murid mendengar , mengecam dan mengajuk bunyi. Murid juga boleh diberi lembaran untuk ditanda sewaktu mendengar bunyi

STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


STANDARD KANDUNGAN 1.2 Mendengar,mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu menyebut nama abjad dengan abjad, suku kata, perkataan , betul dan tepat. frasa dan ayat dengan betul. STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.1 Mendengar,mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat

1.2.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat 1.2.3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.

STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR


STANDARD KANDUNGAN 1.1 Asas mendengar dan memberi respon dengan betul terhadap pelbagai bunyi persekitaran STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul

1.1.2 Mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang di dengar dengan betul

1.1.3 Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul

Anda mungkin juga menyukai