Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERHIMPUNAN KHAS ( MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN ) SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SIR IBRAHIM, KLUANG 2013M / 1434H

1.0

Pengenalan Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, perhimpunan khas ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Di samping itu, majlis ilmu berbentuk pengisian rohani ini juga dilaksanakan untuk memberi kesedaran dan menambah pengetahuan murid-murid dan guru-guru tentang perkara-perkara sunat sepanjang Ramadhan, hikmah bulan yang mulia ini serta cara-cara menghayati bulan Ramadhan.

2.0

Matlamat

Melahirkan generasi khaira ummah yang menghayati keberkatan dan keisitimewaan bulan Ramdhan dengan mengamalkan amalan dan cara hidup umat Islam yang sempurna dan menyeluruh.

3.0

Objektif 3.1 Membimbing murid-murid untuk menjalani ibadah puasa dengan sesempurna mungkin. 3.2 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. 3.3 3.4 Meningkatkan jati diri murid-murid Islam dengan semangat yang kukuh. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan. 3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara guru-guru dan murid-murid.

4.0

Sasaran

4.1 4.2 4.3

Murid-murid prasekolah 5 Tahun dan 6 Tahun Murid-murid Tahun 1 - 6 Guru-guru

5.0

Tarikh
06 Julai 2013 ( Sabtu )

6.0

Tempat

6.1

Dewan Bestari

7.0

Pengisian Majlis

MASA 7.30 pagi 7.45 pagi

AKTIVITI Murid berkumpul dalam Dewan Bestari Murid beratur mengikut kelas

7.45 pagi 7.50 pagi

Pengacara memberi ucapan alu-aluan kepada guru-guru dan murid-murid Pengacara memulakan majlis

7.50 pagi 8.20 pagi

Penceramah memulakan tazkirah Ramadhan berkenaan amalan-amalan sunat puasa, niat bersahur dan berbuka, hikmah bulan Ramdhan dan cara-cara menghayati Ramdhan al Mubarak

8.20 pagi 8.30 pagi

Majlis bersurai Murid beredar memasuki kelas

8.0

Struktur Organisasi Induk

Pen

Pengerusi Pn.Hjh Rahimah binti Abd.Gafar Naib Pengerusi 1 Pn. Noraini binti Misbah Naib Pengerusi 11 En. Shamsuddin bin Tamsir Penyelaras Majlis Tazkirah Ramadhan Pn. Fadzilah binti Haji Muda Penolong Penyelaras Majlis Tazkirah Ramadhan Pn. Ismanorbiha binti Takati Setiausaha Pn. Nor Sharnida binti Daud Naib Setiausaha Cik Norain binti Abdullah Penceramah En. Abd. Rahman bin Ramian Pengacara Pn. Mashitah binti Asnan

9.0

Penutup

Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan akhirat.Insya Allah...

Disediakan oleh, .........................:................................. ( PN. NOR SHARNIDA BINTI DAUD ) Setiausaha Majlis Tazkirah Ramadhan, Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim

Disemak oleh, ....................................................... ( PN. FADZILAH BINTI HJ. MUDA) Penyelaras Majlis Tazkirah Ramadhan, Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim

Disahkan oleh, ................................................................. (PN. HJH RAHIMAH BINTI ABD. GAFAR) Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim