Anda di halaman 1dari 13

PANDUAN DAN ARAHAN UMUM UNTUK UJIAN KELAYAKAN ONLINE PROGRAM BIASISWA PENERAJU TUNAS POTENSI Tahniah kerana

anda telah disenarai pendek untuk menjalani ujian kelayakan ini. Bagi memastikan pemohon yang layak sahaja disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya, anda dikehendaki menjalani ujian kelayakan secara online ini. Ujian kelayakan secara online ini mempunyai 2 bahagian iaitu: 1. Penilaian Berangka (Numerical Reasoning Ability) - Bagi penilaian ini, bahasa perantaraan adalah Bahasa Inggeris 2. Penilaian Lisan / Pemahaman (Verbal Reasoning Ability) - Bagi penilaian ini, anda MESTI memilih antara Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris. Pemilihan bahasa yang anda paling selesa adalah AMAT PENTING supaya soalan-soalan dapat anda fahami dengan lebih baik sebelum memilih jawapan. Ini BUKAN ujian Bahasa Inggeris. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan-soalan di atas adalah 30 minit sahaja. Ujian ini haruslah dilakukan sebelum 11.59 malam, 18 April 2013 (Khamis). Kedua-dua ujian penilaian ini hendaklah dijawab oleh anda (pemohon) sendiri, tanpa bantuan sesiapa. sebarang percubaan penipuan/ manipulasi/ ketidak jujuran ketika menjawab ujian ini akan dikesan, dan boleh mengakibatkan permohonan anda dibatalkan sama sekali.

Persediaan sebelum menjalani ujian kelayakan ini: 1. Untuk menduduki penilaian atas talian (online), anda memerlukan sambungan internet yang stabil. Jangan tutup tetingkap semasa sesi anda sedang berjalan dan pastikan penghalang pop-up anda dimatikan. Jika anda kehilangan sambungan internet, anda boleh masuk kembali ke sistem menggunakan ID sesi yang disediakan. 2. Kami mengesyorkan anda untuk mengambil ujian ini dimana anda tidak akan diganggu. Sebaik sahaja anda melancarkan modul, anda akan dikehendaki untuk melengkapkannya. Sila ambil perhatian - apabila anda telah pergi ke soalan seterusnya, anda tidak akan dapat mengkaji semula atau mengubah jawapan anda kepada soalan-soalan sebelumnya. Anda akan mendapat notis pemberitahuan sebaik sahaja sesi anda selesai. Anda diingatkan untuk melengkapkan ujian ini tanpa bantuan daripada orang lain.

1 |Page

3. Baca setiap kenyataan dengan teliti. Jawab soalan dengan tepat dan secepat mungkin. Anda mungkin merasa ada beberapa soalan yang tidak berkenaan dengan diri anda, tetapi anda harus mengambil kira niat am soalan-soalan itu dan menjawab dengan sebaik-baiknya. Sila kurangkan jawapan yang neutral.

Arahan Untuk Menjalani Penilaian: Berikut adalah beberapa arahan untuk membantu anda dengan penilaian yang akan diambil. Sila baca arahan dengan teliti sebelum anda memulakan penilaian anda. 1. Layari www.maptq.com 2. Masukkan Login ID Kumpulan (group login ID) seperti yang dinyatakan di dalam e-mel pemberitahuan anda potensi2013 3. Kilk log-in untuk langkah seterusnya. 4. Isikan Maklumat Peribadi anda, Maklumat Statistik dan Maklumat Pendidikan. Sila pastikan anda mengisi maklumat Peribadi anda dengan TEPAT . Sila guna amalat e-mel yang sama seperti daftar masuk borang permohonan Tunas Potensi.

2 |Page

Nota: Bagi Ruang Maklumat Education - tempoh persekolahan selepas SPM (Years of Education after mandatory school) sila isikan 0 5. Tandakan atau klik kotak I accept the terms of agreement.

6. Klik Save untuk langkah seterusnya 7. Anda akan diberikan laman baru (new screen) seperti yang berikut.

8. Salin dan simpan (LOGIN-ID) ini. (LOGIN ID ini adalah unik dan telah disediakan untuk anda sahaja dan tidak boleh diberikan kepada orang lain. 9. Ia akan membolehkan anda untuk masuk kembali ke dalam sistem sekiranya sambungan internet anda bermasalah ataupun terputus.

3 |Page

10.Klik Next untuk langkah seterusnya. 11.Anda akan disediakan dengan laman Senarai Tugasan (Task List) anda: - E.g: measurement of numeracy (penilaian berangka)

12.Klik butang Start di sebelah tugasan yang pertama. 13.Anda akan disediakan dengan contoh soalan untuk dijawab. Sila baca dan ikut arahan dengan teliti. 14.Klik Next apabila anda telah selesai dengan setiap satu laman penilaian.

4 |Page

15.Setelah penilaian selesai, anda akan menerima satu notis pemberitahuan You have now completed all tasks. Thank you very much. You can leave the system by clicking on logout. (Anda kini telah melengkapkan semua tugasan. Terima Kasih. Anda boleh tinggalkan sistem dengan menekan butang logout Sekiranya anda mempunyai masalah teknikal, sila buat panggilan ke talian kami di nombor 03-2264 5200 (dari 8 pagi hingga 8 malam) atau e-mel kami di potensi@penerajuedu.com diluar masa yang ditentukan. Sila sertakan maklumat nama penuh, no mykad, alamat e-mel dan login ID untuk semua pertanyaan. Semoga berjaya! Sekian, Terima Kasih. Nota: Berserta dokumen ini, pada halaman yang berikut disertakan contohcontoh soalan untuk panduan anda

5 |Page

Contoh Soalan (Penilaian berangka/numerical reasoning test): Scales tmt

6 |Page

7 |Page

8 |Page

9 |Page

Contoh soalan Penilaian Lisan (Verbal Reasoning test): Verbal Instruct

10 | P a g e

11 | P a g e

12 | P a g e

13 | P a g e