Anda di halaman 1dari 19

HALAMAN PENGAKUAN

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya”

Tanda tangan Nama penulis Tarikh

: ……………………………………………………. : Mohd Shahril Bin Abdul Manaf : 15 Mac 2013

1

PENGHARGAAN Alhamdulillah. Dalam menyiapkan tugasan ini. saya sebagai guru pelatih berharap tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mempersiapkan diri menjadi guru yang bertanggungjawab pada masa hadapan kelak. tidak dapat dinafikan bahawa banyak pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang sudi untuk berkongsi nota atau bahanbahan yang berkualiti bagi melengkapi tugasan saya. bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaannya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Di kesempatan ini juga saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyempurnakan kerja kursus projek bagi subjek EDU 3104 ini. Secara tidak langsung saya juga dapat mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keguruan melalui tugasan. Dengan panduan dan tunjuk ajar daripada beliau. saya dapat menyiapkan kerja kursus saya ini dengan lengkap. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Cikgu Elango A/L Periasamy yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan tentang cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. 2 . Akhir sekali. Tanpa bantuan mereka. Mereka juga tidak putus untuk memberi semangat kepada saya untuk melakukan yang terbaik terhadap kerja kursus yang berlandaskan ilmu pengetahuan ini. Terima kasih juga turut dihulurkan kepada rakan-rakan yang telah membantu dengan memberi pandangan serta idea yang bernas dalam proses menyempurnakan tugasan. kerja kursus saya ini tidak akan dapat disiapkan. Terima kasih diucapkan kepada kandungan tugasan tersebut. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan terutama dari segi kewangan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

............................................5 SUASANA BILIK DARJAH…………………………………………..................5-6 2.7-8 2.................3 1...........................................2 PERANAN GURU..............11-12 4....…………9 3...........0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 3.........…………………... RUJUKAN….............................................................................3 RANGSANGAN DARIPADA GURU…………………………………………................0 FAKTOR MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH 2.....................................................................................................2 KEMAHIRAN KOMUNIKASI DUA HALA……………………...................3 PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN………………………………….............19 3 ......……………10-11 3............................................0 REFLEKSI............11 3...........1 WUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN YANG SESUAI…………………10 3.........2 ISI KANDUNGAN..........................................0 PENDAHULUAN.4 HUBUNGAN GURU & MURID-MURID……………………………....14-17.....6-7 2.........13 5............0 RUMUSAN………………………………………………….................................SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN..........................................................................18 LAMPIRAN....................................................4 PENEGUHAN KEPADA MURID-MURID………………............…………8 2..........................................4 2......................1 PENGHARGAAN..................................................................................................................................1 STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN..................

dan pembelajaran murid dalam bilik darjah. 2007) disiplin dalam bilik darjah mencakupi iklim akademik di bilik darjah dan amalan pengajaran yang berkesan kerana disiplin yang baik mampu menyekat pelajar daripada melakukan kelakuan yang tidak wajar. Kaedah ini disebut sebagai pendekatan tradisional yang melibatkan pengubahsuaian tingkah laku. membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. motivasi. Menurut Burden (2003 dalam Abdullah Sani Yahya. menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan murid. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu untuk mencapai matlamat yang diingini seperti murid menunjukkan tingkah laku yang baik. Peraturan yang telah ditetapkan perlulah konsisten agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.0 Pendahuluan Setiap insan yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. sikap. Menurut Gootman (2008 dalam Akhiar Pardi. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang penting yang dapat mempengaruhi tingkah laku. dan sebagainya. kawalan oleh guru terhadap murid dari segi disiplin dan sikap mereka semasa pembelajaran berlangsung adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid berlangsung dengan baik. Pengurusan bilik darjah yang baik adalah penting bagi memastikan bilik darjah menjadi terurus dan guru serta murid dapat berada dalam bilik darjah dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk seisi pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian akademik yang tinggi juga bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. 4 . Menurut Richard (1990 dalam Haliza Hamzah. Ini bermakna bahawa. menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin.1. Biasanya guru akan menetapkan peraturan dalam bilik darjah diawal tahun seisi persekolahan. 2012) peraturan menyediakan panduan arah tuju yang konkrit yang membolehkan jangkaan akan menjadi kenyataan. 2009) pengurusan bilik darjah merupakan organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku. mengurangkan masalah disiplin murid. pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

makan. apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah. Selain itu. Seperti yang kita sedia maklum. murid akan mudah berasa bosan dan tidak mahu mengikuti pelajaran. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang. Pendekatan atau kaedah pengajaran yang diterapkan oleh Cikgu Daniel mungkin membosankan kerana buktinya telah diterjemahkan oleh murid-muridnya dengan langsung tidak mempedulikan segala arahan yang diberikan oleh Cikgu Daniel. membaca bahan-bahan lain.1 Strategi Pengajaran & Pembelajaran Faktor pertama masalah disiplin ini adalah guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang sesuai dengan umur atau kebolehan pelajar. Masalah disiplin selalu berlaku sama ada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah.0 Faktor-faktor mempengaruhi keadaan dan suasana bilik darjah. kesedian mereka untuk belajar. membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah. dan sosioekonomi yang berbeza. ada pelajar yang yang tidak dapat mengikuti perkembangan pelajaran kerana tahapnya terlalu sukar. apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku? 2. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru. Ada juga guru yang menyampaikan pelajaran melalui ’chalk and talk’ dan ini membosankan pelajar. Dengan itu. Seterusnya. mereka menunjukkan tingkah laku yang disruptif seperti mengganggu kawan-kawan yang lain. Untuk situasi seperti ini. rohani. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. dan tingkah laku masa depan mereka. Jadi.2. intelek. jasmani. ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. ia juga mempengaruhi keselamtan psikologi para pelajar. mempunyai sahsiah. tidak membuat kerja seperti yang diarahkan. membuat bising dan sebagainya di dalam kelas seperti pada situasi Cikgu Daniel ketika masuk mengajar di dalam kelas 3 Mesra. mengeluarkan kata-kata kesat. proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Oleh itu. sepatutnya Cikgu Daniel mengambil inisiatif dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif 5 . mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Ini menambahkan kegelisahan mereka.

2 Peranan Guru Selain itu juga. masalah tersebut dapat dikurangkan. Hal inilah yang menyebabkan murid-murid dalam kelas 3 Mesra berasa bosan dan mengganggu kelas. Di sini menunjukkan Cikgu Daniel telah gagal dalam menarik minat murid-murid untuk mendengar arahan dan teguran semasa di dalam bilik darjah. Setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. 2. Mereka mengaitkan perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. iaitu yang dipolopori oleh Pavlov. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Guru yang kurang daya inisiatif dari segi strategi dan teknik pengajaran akan gagal untuk menarik dan meransang minat murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran semasa di dalam bilik darjah.dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Selain itu juga guru menyumbang kepada berlakunya masalah tingkah laku bermasalah ini di mana penggunaan strategi dan teknik penyampaian pengajaran yang kurang menarik. Contoh ini dapat dilihat di mana Cikgu Daniel gagal dalam mengawal bilik darjah 3 Mesra sehingga menyebabkan murid-murid tidak menghormati Cikgu Daniel. peranan guru itu sendiri juga merupakan faktor yang mendorong kepada terjadinya tingkah laku bermasalah ini. Dengan kaedah yang betul. Kepelbagaian kaedah. seronok. Masalah tingkah laku disruptif contohnya lebih ketara dalam bilik darjah yang kurang tegas disiplinnya. Mengikut pendekatan teori tingkahlaku. dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan akan menjadikan murid-murid aktif. Guru yang kurang tegas dan kurang berinisiatif dan tidak pandai mengurus bilik darjah dan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menyebabkan murid-murid terdorong melakukan tingkah laku bermasalah. Thorndike dan Skinner berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Hal ini terbukti apabila murid-murid kelas 3 Mesra tidak menghiraukan arahan dan teguran yang diberikan. Dalam faktor 6 . Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terganggu. teknik.

Anak-anak yang tidak mendapat cukup perhatian di rumah selalunya cuba mendapatkan perhatian daripada guru di sekolah. mempunyai suara dan tingkah laku yang beradab. mempunyai kecerdasan otak yang tinggi daripada kebanyakan orang. jujur dan ikhlas. Jika guru tidak menjaga tingkah laku. Ini sesuatu yang perlu dielakkan terutamanya pada guru-guru baru dalam dunia pendidikan. Ini sikap yang sepatutnya diterapkan pada diri Cikgu Daniel jika berada di dalam profesion perguruan kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu menjadi perhatian daripada murid-murid. Ini sedikit sebanyak menyebabkan situasi bilik darjah menjadi tidak terkawal kerana murid-murid yang membuat bising tidak mendapat perhatian daripad guru mereka. antara sifat-sifat guru yang disukai murid menurut (Atan Long.kedua ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan Cikgu Daniel langsung tidak mempedulikan murid-murid yang berkeliaran dan membuat bising sebaliknya terus mengajar murid-murid yang lain. Jika mereka tidak mengganggu ibu bapa selalunya dia tidak diberi perhatian. Seseorang anak selalunya mendapat perhatian daripada ibu bapa apabila berkelakuan tidak senonoh. bolehlah dikatakan bahawa Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang tidak tegas dan mungkin merupakan seorang guru yang kurang pengalaman dalam mengajar. peranan keluarga juga memainkan peranan.3 Peranan Institusi Kekeluargaan Selain faktor guru yang menyebabkan berlakunya tingkah laku bermasalah. 1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat. maka sudah pasti murid-murid tidak akan menghormati mereka dan segala apa yang diarahkan guru sudah tentu tidak akan diendahkan mereka. Keluarga merupakan orang yang paling dekat perhubungan degan murid. Ibu bapa yang kurang meluangkan masa di rumah untuk anak-anak lantaran sibuk bekerja. Murid ini beranggapan perlakuan tidak senonoh adalah cara 7 . begitu juga murid yang miskin juga kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa di rumah kerana adik beradik yang ramai mendorong terjadinya tingkah laku bermasalah ini di sekolah. Menurut (Ahmad Mohd Salleh. dan sebagainya. Pengalaman daripada keluarga mempengaruhi perlakuan murid. mempunyai sikap yang positif. 2004). 2. Situasi ini menggalakkan mereka berkelakuan negatif dan tidak menggalakkan mereka berkelakuan positif.

Menurut (Yusmini Md. Disebabkan cikgu Cikgu Daniel tidak menyedari masalah ini maka mereka melayan dan mengganggu murid yang lain. Dalam situasi di kelas 3 Mesra.untuk mendapatkan perhatian guru.4 Hubungan Guru & Murid-Murid Seterusnya. Oleh itu. sudah pasti masalah disiplin di dalam bilik darjah akan dapat dikawal dan dikurangkan. Dengan itu. Ini akan menyebabkan murid-murid juga tidak menghormatinya dan akan menyebabkan mereka sentiasa membuat bising ketika kelas Cikgu Daniel. 2. Antara kelebihan dengan wujudnya hubungan baik antara guru dan pelajar ialah ianya akan melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan murid-murid serta akan wujud rasa percaya mempercayai dan ini akan dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan inilah yang terjadi di dalam kelas 3 Mesra di mana Ahmad yang nakal selalu mengganggu kawan-kawan yang sedang belajar dan juga pasangan kembar Roslina dan Roslini yang saling bersaing dalam usaha menarik perhatian guru. ialah hubungan guru dengan murid-murid yang kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah satu faktor penyebab kepada berlakunya masalah ini. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembentukan kehidupan sosial murid-murid. menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. 2006). Yusoff. 8 . didapati bahawa Cikgu Daniel tidak berpengalaman dalam menjaga hubungan dengan murid-murid di dalam kelas tersebut. pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini.

Ini secara tidak langsung menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Keadaan kelas yang sempit. Tugas sebegini amat mencabar kepada Cikgu Daniel kerana untuk mengawal murid-murid di dalam kelas yang tidak selesa sememangnya susah kerana mereka akan menjadi hiperaktif apabila keadaan mereka tidak selesa. Faktor di atas boleh dikatakan berlaku di dalam kelas 3 Mesra kerana situasi di dalam kelas tersebut ternyata menampakkan kegagalan guru dalam mengawal keadaan murid-muridnya.2.5 Suasana Bilik Darjah Selain itu. keadaan fizikal bilik darjah yang kurang selesa boleh menyebabkan tingkah laku disruptif. dan sebagainya mungkin menyebabkan ketidakselesaan kepada muridmurid di dalam 3 Mesra. Oleh sebab itu. mereka tidak dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlakunya gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Keadaan fizikal ini menyebabkan murid bising dan bergerak ke sana sini dalam bilik darjah akibat tidak selesa. Dalam situasi ini. 9 . Bilik darjah yang sempit menghalang pergerakan murid dengan bebas dan ditambah lagi dengan keadaan panas. Cikgu Daniel harus bijak dalam menangani situasi seperti ini supaya sesi P&P berjalan seperti biasa dalam keadaan normal. panas. dengan peredaran udara yang kurang baik serta terlalu ramai murid di dalamnya tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. faktor seterusnya ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa.

khasnya teknik menyoal. Sebagai seorang penyampai ilmu pemgetahuan. guru harus menguasai kemahiran-kemahairan penggunaan kaedah dan teknik mengajar. Dengan ini pelajaran yang disampaikan sejajar dengan kebolehan dan minat. Untuk mengamalkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah. dengan ini komunikasi berkesan akan wujud. penyampaian arahan dan pengajaran guru hendaklah jelas dan mudah diikuti oleh murid-murid agar mereka teransang dan tertarik untuk meneruskan proses pembelajaran. Guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan ialah guru yang boleh bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat.1 Wujudkan Suasana Pengajaran yang sesuai Dalam mengatasi masalah tingkah laku bemasalah ini menjadi semakin ketara oleh itu langkah-langkah mengatasi haruslah segera diambil. Guru juga perlulah bersemangat tinggi dalam penyampaiannya. Guru harus memanggil nama pelajar semasa menyoal dan ini membentuk suasana yang mesra antara guru dengan pelajar . kemahiran komunikasi yang berkesan haruslah dikuasai oleh guru-guru ini kerana. gerak isyarat dan memek muka semasa menerangkan sesuatu pelajaran akan 10 .2 Kemahiran komunikasi dua hala Selain itu juga. amalan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah akan membawa hasil pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Setiap pihak memainkan peranan dalam menangani masalah tingkah laku di kalangan muridmurid. Disamping itu.3. Dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan minat murid dalam bilik darjah maka guru harus mengenali latar belakang murid dan mengkaji kebolehan dan minat mereka. 3. Guru hendaklah bertutur dengan intonasi yang sesuai agar tidak membosankan murid. Penggunaan pergerakan fizikal.0 Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin bilik darjah 3. Kemahiran komunikasi ini membolehkan murid-murid mengikuti pelajaran yang diajarkan dengan lebih tepat. guru dikehendaki berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan murid-muridnya agar dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Pemberian ganjaran dalam bentuk sticker iaitu 11 . pujian. tingkah laku guru yang membenarkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan disiplin bilik darjah. Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Tingkah laku menjadi kurang atau lemah jika tidak diikuti dengan pengukuhan.memudahkan pemahaman dan menarik minat perhatian pelajar untuk terus mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Malah guru perlu memberi peneguhan positif dan cuba memperbaiki jawapan murid yang kurang tepat dan menggalakkan mereka mencuba lagi jika jawapan salah. 3. Penggunaan peneguhan yang sistematik boleh membentuk tingkah laku seperti yang dikehendaki. Oleh itu. Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran. hadiah untuk hasil kerja pelajar dan supaya pelajar mewujudkan tingkah laku yang membina dan positif serta dikaitkan dengan perasaan kegembiraan. Suasana bilik darjah akan lebih mesra dan tenang jika guru dapat menyelitkan humor dan unsur-unsur kecindan semasa proses mengajar dilakukan. 3. Guru perlu meransang pelajar untuk mengemukakan soalan-soalan dalam bilik darjah. Guru seharusnya mengelak daripada mengkritik idea atau pendapat pelajar yang salah atau tidak tepat.4 Peneguhan kepada murid-murid Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan memberi peneguhan kepada pelajar samada dalam bentuk peneguhan positif atau peneguhan negatif. Dengan ini. Guru harus bersikap positif dan bertutur dengan bahasa yang baik serta bercakap tentang perkara-perkara yang baik dan benar. suasana sosioemosi bilik darjah akan lebih tenang dan relaks dan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dan komunikasi guru dengan pelajar lebih terbuka.3 Rangsangan daripada guru Selain itu. dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan di kalangan guru-guru menyebabkan murid-murid tidak terdorong ke arah melakukan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah.

Kad yang sempurna dicop dan memenuhi syarat boleh ditukarkan dengan aktiviti yang menyeronokkan.sesuatu simbol yang boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh pelajar contohnya 5 bintang boleh ditukar dengan sebatang pensel berjenama yang disukai oleh pelajar. guru boleh berhenti sejenak sekiranya pelajar menimbulkan kebisingan. Guru terus merenung ke arah pelajar dan biasanya pelajar-pelajar berkenaan akan berasa segan dan terus mengubah tingkah laku. 12 . Melalui teknik menggunakan kad di mana kad pelajar akan dicop jika mereka mencapai tingkah laku sasaran yang ditetapkan. Melalui teknik hentian sejenak semasa proses pengajaran. Manakala perjanjian kontrak yang formal menyatakan dengan jelas apa yang diharapkan daripada pelajar dalam bentuk tingkah laku dan hasilan kerja serta ganjaran yang diterima jika mematuhi kontrak.

Selain itu. 13 . ringkas dan penting harus dipaparkan di dalam bilik darjah untuk pengetahuan murid. Seterusnya. Faktor fizikal bilik darjah. dalam menghasilkan suasana sosial yang sihat yang dapat merangsang minat dan usaha murid kearah pembelajaran.4. Oleh itu. Peraturan dan rutin melicinkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah jika murid faham dan mengetahui tanggungjawab mereka. berbagai cara dan langkah telah diambil dalam membantu guru dalam menangani masalah tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah dari terus menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. guru juga perlu melatih murid melalui prosedur-prosedur tertentu dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah.0 RUMUSAN Sebagai kesimpulannya. faktor persekitaran rumah dan juga faktor peranan yang dimainkan oleh guru itu sendiri semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ini adalah disebabkan oleh berbagai faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku ini. dapatlah dirumuskan bahawa terdapat berbagai-bagai tingkah laku masalah di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang ciri perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak serta keperluan mereka. Pengetahuan ini akan membolehkan guru memahami tingkah laku murid dan menyediakan suasana yang dapat membantu mereka menyesuaikan diri di dalam bilik darjah. Maka peraturan yang jelas.

Halim dan Amirul Shafiq Bin Rodin kerana telah dapat bersama-sama menyiapkan tugasan kerja kursus pendek EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini tepat pada masanya. Bushro. Elango A/L Periasamy.0 Refleksi Oleh: Mohd Shahril bin Abdul Manaf Alhamdulillah. Bushro memberitahu saya bahawa untuk tugasan ini saya perlu menghasilkan satu blog secara berkumpulan. Halangan yang diperoleh Walaupun pada mulanya tugasan yang perlu disediakan ini sedikit berbeza dengan apa yang dikehendaki kerana pada tugasan kali ini perlu menghasilkan blog kerana untuk memuat naikkan maklumat tugasan ke dalamnya. Ia sedikit memberi cabaran kepada saya kerana saya tidak mahir dalam penghasilan blog. Saya merasakan hanya saya sahaja yang tidak dapat menguasai dengan baik dalam penghasilan blog. Tetapi saya kuatkan semangat juga untuk terus berfikiran positif tentang tugasan ini. bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya bersama-sama dua orang rakan seperjuangan saya iaitu Mohd Hanif Bin Che A. Itu merupakan cabaran pertama saya sebelum saya berbincang mecari maklumat dan sumber untuk bahan tugasan saya. Perkara pertama saya mendapat tugasan ini daripada Datin Dr. saya juga banyak membincang dengan kumpulan yang lain di dalam kelas tentang 14 . Namun saya kuatkan semangat demi menyiapkan tugasan ini walaupun dengan pelbagai cabaran dan kekangan masa yang menimpa. Perkara yang paling susah bagi saya adalah penghasilan blog kerana masing-masing ini merupakan pengalaman pertama membuat blog sendiri.5. Banyak laman-laman yang memberikan tutorial penghasilan blog. Saya telah membuat sedikit carian maklumat di laman sesawang tentang cara-cara penghasilan blog. Ini menjadikan saya perlu membuat sedikit kajian berkaitan dengan blog. rupa-rupanya kawan-kawan yang lain juga mengalami masalah yang sama iaitu tidak dapat menguasai blog bahkan ada yang langsung tidak tahu tentang blog dan fungsinya. Selain itu. Ini sedikit sebanyak membantu saya memahami tentang fungsi-fungsi dan cara-cara untuk menghias blog. Maklumat-maklumat dan bahan yang perlu disiapkan bagi dimuatkan di dalam tugasan ini telah pun dikumpul oleh saya bertiga selepas sahaja mendapat taklimat dan penjelasan oleh pensyarah matapelajaran ini iaitu En. saya terus berfikir dan berpandangan antara satu sama lain apabila Dr.

Namun. Satu permasalahan yang baru yang telah timbul adalah apabila saya menjadi buntu untuk meletakkan nama untuk mendaftar akaun baru untuk blog ini. Untuk tugasan berkaitan blog ini. warna.penghasilan blog ini. saya dan kawan-kawan masing-masing telah memberikan cadangan nama-nama yang sesuai untuk blog kami. Ini sedikit sebanyak membantu saya dalam membuat blog dengan lebih baik. saya juga mendapat tip-tip berguna dalam memilih tajuk yang sesuai untuk blog ini. Banyak laman web yang menyediakan kemudahan-kemudahan untuk saya menggunakan bahan-bahan mereka sebagai hiasan dan menjadikan ianya sebagai ilham kepada saya dan kawan-kawan untuk diterapkan di dalam blog kami ini. animasi.com/ sebagai url atau laman blog kami. Selepas sahaja mendaftar akaun baru di Google. Selain itu juga. Ini menjadi sedikit sukar bagi saya dan kawan-kawan walaupun sebenarnya masalah ini sebenarnya hanyalah remeh sahaja dan boleh diselesaikan dengan cepat. saya telah memutuskan untuk meletakkan nama saya sendiri sebagai akaun baru untuk membuka blog baru ini. saya dan rakan-rakan diminta untuk merancang 3 aktiviti masing-masing di mana aktiviti tersebut boleh mewujudkan suasana positif di dalam bilik darjah. sudah pasti akan ada diantara kami yang akan terlupa nama alamat blog kami ini. Saya telah membuat beberapa pembacaan berkaitan dengan teori dan saya telah menemui teori Pavlov di mana teori tersebut menekankan kepada konsep peneguhan positif bagi mengekalkan dan menggalakkan suatu perlakuan yang dikehendaki manakala bagi 15 . Penghasilan blog pengajaran Sepanjang menghasilkan blog. dan sebagainya. Ada juga di antara kawan-kawan saya yang membeli buku-buku tutorial penghasilan blog. saya dan kawan-kawan mengambil langkah mudah terlebih dahulu iaitu hanya menhasilkan blog tanpa maklumat terlebih dahulu kerana maklumat boleh diisi di kemudian hari. Untuk proses menghasilkan blog ini. Tetapi saya perlu fokus dan tumpukan pada penghasilan blog daripada segenap sudut iaitu dari sudut hiasan. Ini sedikit sebanyak akan memudahkan kami untuk mengingat nama alamat blog kami kerana kami berpandangan jika kami meletakkan nama yang susah. persembahan. saya perlu mendaftar akaun baru sebagai akaun saya untuk membuka blog baru. saya mendapat banyak input-input berguna seperti menggunakan latar belakang atau background yang cerah serta saiz tulisan yang senang dibaca dan tidak sakit mata pembaca untuk membaca blog itu. dengan semangat kerja berkumpulan.blogspot. Perkara pertama saya menghasilkan blog. latar balakang. Pelbagai cadangan nama yang telah diberikan saya mengambil langkah selamat dengan meletakkan nama yang senang diingat iaitu http://ostatkosongdua.

ponteng sekolah. hubungan komunikasi di dalam bilik darjah antara guru dengan murid juga menjadi aspek yang penting kepada murid-murid kerana suasana yang baik dan kondusif akan memberikan keselesaan kepada mereka untuk belajar dan menerima ilmu di samping dapat mengikut setiap arahan yang dikeluarkan guru. Faktor ini juga saya dapat lihat sangat penting bagi guru kerana suasana yang kondusif akan memberikan keselesaan kepada guru untuk mengajar dan emosi mereka akan sentiasa stabil tatkala menangani kerenah murid-murid di dalam kelas. Apa yang perlu saya sediakan yang pertamanya ialah saya perlu memberikan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan masalah di dalam bilik darjah berdasarkan situasi yang telah diberikan dalam tugasan. saya telah membuat perincian awal iaitu dengan mencari dan membaca maklumat di internet. guru perlu memastikan kelasnya sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal tanpa ada perkara-perkara yang tidak diduga kerana kegagalan guru ini akan membuatkan suasana di dalam bilik darjah menjadi tidak terkawal dan akan berlaku pelbagai perkara yang tidak dijangka. Selain itu. akhbar.mengekang dan memansuhkan perlakuan yang tidak diingini. Penulisan akademik Untuk tugasan kedua ini. Selain itu. Implikasi terhadap profesion keguruan Apa yang saya dapati setelah melaksanakan kesemua tugasan ini ialah yang pertamanya guru haruslah mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan bijak untuk membina serta menyusun strategi yang baik serta teratur supaya apa yang dilaksanakan oleh guru 16 . buku-buku. Maklumat tersebut sungguh mudah untuk dicari kerana isu masalah di dalam bilik darjah sememangnya masalah yang sering berlaku di mana-mana sekolah hatta di sekolah rendah sekalipun. tugasan ini merupakan tugasan individu dan ianya lebih terarah pada pandangan dan pendapat secara individu sesorang tiu. teori ini akan melaksanakan peneguhan negatif. dan majalah berkaitan pendididikan. Dalm proses mencari maklumat berkaitan dengan tugasan kedua ini. Isu ini sememangnya menjadi perhatian daripada pelbagai pihak kerana saban hari ianya menjadi kian serius dengan pelbagai masalah seperti buli. Saya telah menghuraikan berkenaan hal ini secara teliti dan menyeluruh dan apa yang saya dapati di dalam aspek ini ialah kebijaksanaan guru dalam mengawal kelas dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya yang sememangnya merupakan aspek yang paling penting bagi guru untuk dikuasai kerana ini merupakan kemahiran yang hanya ada pada manusia yang bergelar guru sahaja. dan sebagainya.

Selepas itu. Ini membolehkan saya mengeluarkan hujah-hujah untuk membuktikan apa yang telah saya lakukan ini adalah yang terbaik supaya ianya boleh menjadi rujukan pada orang lain khususnya. Kesimpulannya. tugasan pada kali ini adalah sangat menarik dan memberikan banyak manfaat untuk diri saya untuk mempersiapkan diri mengenai ilmu pengurusan bilik darjah yang berkesan bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang dan menjadi aset penting kepada negara suatu masa nanti. saya menjelaskan satu persatu kenapa dan mengapa saya membuat aktiviti tersebut. Saya bersama-sama rakan setugas saya memikirkan apa yang patut kami buat dan laksanakan di dalam bilik darjah untuk melahirkan suasana yang kondusif yang diingini di dalam bilik darjah tersebut setelah memahami prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi di dalam menguruskan bilik darjah. Dengan melakukan tugasan ini saya mendapat pengalaman yang baik untuk diri saya dalam mengenalpasti dan membuat perancangan aktiviti yang betul supaya murid-murid tidak cepat merasa bosan sepanjang berlaku sesi pengajaran dan pembelajaran. 17 .kepada murid-murid dapat difahami dan suasana di dalam bilik darjah akan teratur dengan tidak berlakunya perkara seperti wujudnya murid-murid membuat bising serta berkeliaran sepanjang berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap perkara yang ada di dalam bilik darjah perlulah dimanfaatkan semaksima mungkin untuk pembelajaran seharian murid selain mewujudkan suasana yang ceria dan selesa di dalam bilik darjah berkenaan.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.  Sang M. Pedagogi 2 : Strategi pengajaran dan pengajaran mikro.  Abdul Rahim Abdul rashid. Pengurusan hal ehwal murid. S.RUJUKAN:  Shahabuddin Hashim. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. S.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Pendidikan Islam : Falsafah. Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Bhd. Profesionalisme motivasi pengurusan bilikdarjah. Bhd. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.  Ahmad Mohd Salleh. (1999). Selangor: PenerbitanMultimedia Sdn. (2008). 18 . Bhd. (2007).  Sang M. Strategi dan teknik mengajar berkesan. (1991). sejarah dan kaedahpengajaran pembelajaran.

LAMPIRAN 19 .