Anda di halaman 1dari 10

Zira ada kucing. Nama kucing Zira Comel. Comel suka makan ikan. Comel tidur dalam bakul.

ASMAH BT. ADAM 2013

Ini bunga ros . Warna bunga ros merah. Bau bunga ros wangi. Batang bunga ros berduri.
ASMAH BT. ADAM 2013

Ini buku adik. Nama adik saya Nani. Nani suka baca buku. Buku Nani ada tiga buah.
ASMAH BT. ADAM 2013

Hobi saya bermain bola. Saya bermain bola di taman. Saya bermain pada waktu petang bersama kawan.
ASMAH BT. ADAM 2013

Ini timba. Timba diperbuat daripada zink. Nenek guna timba di telaga untuk mencedok air.
ASMAH BT. ADAM 2013

Zaki ada basikal. Basikal Zaki baru. Ibu beli basikal di kedai. Zaki berbasikal ke sekolah.
ASMAH BT. ADAM 2013

Ini terung. Warna terung ungu. Ibu masak kari terung. Ibu tanam pokok terung di belakang rumah.
ASMAH BT. ADAM 2013

Agus kawan saya. Ini kek hari jadi Agus. Kek Agus dua tingkat. Kami makan kek sama-sama.
ASMAH BT. ADAM 2013

Ini Cikgu Dewi. Cikgu Dewi cantik dan baik. Cikgu Dewi mengajar Matematik. Saya suka Cikgu Dewi.
ASMAH BT. ADAM 2013

Liza ada seutas jam tangan. Jam tangan Liza merah. Ibu belikan Liza jam tangan di kedai.
ASMAH BT. ADAM 2013