Anda di halaman 1dari 21
1.0 PENGENALAN Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu menyeluruh. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani. Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani. Oleh itu, melalui tugasan ini kami akan menyediakan serta merancang satu RPH yang meliputi perkembangan murid yang menyeluruh disamping menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik serta menyeronokkan dan seterusnya akan menjalankan satu pengajaran mikro kepada rakan-rakan sekelas. 1 2.0 PETA KONSEP ISI KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI KBSR DAN KSSR SERTA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR DAN KSSR. 2.1 Isi kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR dan KSSR KSSR KBSR Digubal untuk memenuhi pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cerdas, sejahtera dan produktif. Mengekalkan prinsip KBSR Menggunakan Standard Antarabangsa untuk PJ dan Sukan Murid Sekolah oleh ICHPER-SD. Mengekalkan domin psikomotor, kognitif dan afektif Memenuhi hasrat FPN-JERI Rajah 1.1 Kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR dan KSSR. KBSR KSSR • Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan •Membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran dan berpengetahuan melakukan aktiviti ke arah mencapai kesejahteraan diri. Rajah 1.2 Matlamat KBSR dan KSSR 2 KBSR KSSR Murid boleh: 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan pelakuan motor. 2. Menguasai kemahiran asas pergerkan dan permainan mengikut kemampuan diri. 3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa. 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri. 6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan. Murid berkebolehan untuk: 1. Melakukan kemahiran asas dengan betul mengikut konsep pergerakan. 2. Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor. 3. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan. 4. Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan. 5. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala. 6. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 7. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat. 8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal 9. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. Rajah 1.3 Objektif KBSR dan KSSR Pendidikan Jasmani. 3 Kemahiran Kecergasan KBSR mengikut tiga tunjang pembelajaran; Kesukanan Membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor KSSR Memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan Memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. Rajah 1.4 Sukatan Pembelajaran KBSR dan KSSR Pendidikan Jasmani 4 Organisasi Kandungan  KBSR    KSSR   Tunjang pembelajaran. Bidang unit pembelajaran Hasil pembelajaran Modul Standard kandungan Standard Pembelajaran Rajah 1.5 Organisasi kandungan KBSR dan KSSR Pendidikan Jasmani 2.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR dan KBSR ITEM KBSR (TAHUN 5) KSSR (TAHUN 1) a) Daya tahan Kardiovskular b) Kelenturan TUNJANG 1 KECERGASAN c) Imbangan d) Ketangkasan e) Daya tahan otot f) Kekuatan g) Masa tindak balas h) Kelajuan i) Kuasa j) Konsep kecerdasan fizikal dan kesihatan menyeluruh a) Daya tahan Kardiovskular. b) Kelenturan c) Koordinasi d) Imbangan e) Ketangkasan 5 a) Permainan b) Olahraga TUNJANG 2: KEMAHIRAN c) Pendidikan pergerakan d) Rekreasi a) Pergerakan asas b) Pendidikan pergerakan c) Reakreasi dan kesenggangan TUNJANG 3: KESUKANAN a) Keselamatan b) Pengurusan c) Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan d) Etika dan sukan a) Keselamatan b) Pengurusan Rajah 1.6 Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 (KBSR) dan Tahun 1 (KSSR) Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Tahun lima dan KSSR Tahun satu pada rajah di atas, dapat dilihat pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah berasaskan kepada tiga tunjang utama iaitu tunjang kecerdasan, kemahiran dan juga kesukanan. Perbezaan dapat dilihat pada unit pembelajaran setiap tunjang bagi Huraian Sukatan Pelajaran KBSR dan KSSR. Seperti dalam tunjang pertama iaitu kecerdasan terdapat 10 unit pembelajaran untuk KBSR Tahun lima manakala bagi KSSR Tahun 1 hanya terdapat lima unit pembelajaran sahaja. Seterusnya bagi tunjang kedua kemahiran unit pembelajaran bagi KBSR adalah empat iaitu permainan, olahraga, pendidikan pergerakan dan rekreasi, manakala bagi KSSR hanya terdapat tiga sahaja iaitu pergerakan asas, pendidikan 6 pergerakan dan juga rekreasi dan kesenggangan. Akhir sekali bagi tunjang kesukanan, bagi KBSR terdapat empat unit pembelajaran iaitu keselamatan, pengurusan, isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan serta etika dalam sukan. Bagi KSSR hanya terdapat dua unit pembelajaran yang meliputi tajuk keselamatan dan pengurusan. 7 3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Tunjang Tajuk Objektif dapat : : Pendidikan Jasmani : 29 Ogos 2012 : 07.20-8.00 pagi : 5 Melati : 18 Orang : Kecergasan : Masa Tindak Balas : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid Psikomotor : melakukan aktiviti yang melibatkan masa tindak balas dengan teknik yang betul. Kognitif : menyatakan secara lisan definisi masa tindak balas dan satu aktiviti yang melibatkan masa tindak balas. Afektif : menikmati keseronokan daripada aktiviti yang dilakukan . 8 Penerapan Nilai KBKK : Bekerjasama, berkeyakinan, jujur, berani mecuba : membuat analisis tentang konsep masa tindak balas Pengabungjalinan : komponen kemahiran ( olahraga ) Kesepaduan : Bahasa Inggeris (Counting in English ) Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melakukan aktiviti masa tindak balas semasa di Tahun 4. Bahan Bantu Mengajar :      Wisel Skital Bola Laptop Speaker Strategi : Perbincangan, tunjuk cara, demonstrasi 9 LANGKAH/ MASA AKTIVITI BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI CATATAN /ALATAN/ STRATEGI Permulaan 5 minit 1.Kehadiran 2.Kesihatan 3.Pakaian 1. Guru memastikan X X X X X X X X X X X X X X murid yang tidak hadir dan bertanyakan tentang kesihatan. 2. Guru menasihati murid yang masalah mempunyai kesihatan X G X X X supaya melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri sendiri. 3. Guru memastikan memakai murid-murid pakaian yang sesuai dan mengasingkan yang pakaian diberikan sesuai. tidak PJ denda murid memakai untuk yang 1. Murid diminta berbaris di hadapan guru. 2. Guru mengarahkan 10 murid mengambil Alatan *Laptop *Speaker kedudukan yang selesa dan tidak berlanggar dengan rakan di sebelah dan juga di belakang. Set induksi Senam robik 3. Guru memulakan senam robik diikuti oleh murid-murid. Nilai *Bekerjasama Perkembangan 15 minit 1. Murid dibahagikan X X X X X X X X X X Alatan *Wisel *Skital kepada 3 kumpulan. 2. Murid barisan pertama akan Lari permulaan berdiri membelakang bersedia berdiri dalam dan laluan G X X keadaan Langkah 1 7 minit membelakang larian. Strategi *Demonstrasi 3. Apabila wisel ditiup mereka akan berpusing menghadap laluan dan *Tunjuk cara berlari ke arah skital yang telah disediakan barisan dan bagi Nilai *Berkeyakinan * kerjasama membuat kumpulan masing. 4. masing- Seterusnya 11 akan diteruskan barisan sehingga oleh kedua pelari dan kumpulan tersebut selesai Langkah 2 8 minit Tindak balas 1. Murid akan menari di kawasan apabila dipasang. 2. Apabila muzik semua permainan muzik mula Alatan *Wisel *Skital *Laptop *Speaker ikut muzik diberhentikan, murid akan berada dalam keadaan kaku tetapi Nilai *keyakinan * keberanian mereka hanya dibenarkan kaku dalam keadaan berdiri tegak, berdiri satu kaki ataupun mengangkat kedua-dua atas. tangan ke Kemuncak 10 minit Permainan kecil *bola beracun 1. Murid akan 2 2 2 1 2 2 1 1 1 2 G 2 Alatan *Wisel *Skital *Bola Nilai *Bekerjasama dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Kumpulan 1 akan 2 beada di dalam bulatan yang dibuat oleh kumpulan 2. 3. Kumpulan 2 akan cuba 12 untuk mematikan 1 ahli kumpulan dengan membaling bola ke arah kaki mereka. 4. Peranan akan bertukar apabila kumpulan 5 orang 1 ahli berjaya dimatikan oleh kumpulan 2. Penutup 10 minit a. Penyejukan 1. badan *chicken dance Regangan kepala, dan X X X Alatan *Wisel *Skital X G X tangan, kaki pinggang akan dilakukan menggunakan kiraan 4. *Laptop *Speaker 1. Menyatakan definisi b. Soal jawab *lisan masa tindak balas 2. Menyatakan dua aktiviti yang melibatkan masa *Perbincangan Strategi tindak balas Guru merumuskan P&P c. Rumusan dan mengarahkan semua murid bersama-sama 13 KBKK *Analisis konsep masa tindak mengemas peralatan balas yang telah digunakan. Nilai *Bekerjasama NOTA * Definisi masa tindak balas.  Jangka masa yang diambil oleh seseorang untuk memulakan sesuatu tindakan atau pergerakan setelah menerima rangsangan untuk bebuat demikian.   Masa tindak balas ialah keupayaan bertindak secara spontan dalam jangka masa yang singkat. Masa tindak balas yang pantas penting untuk mengatasi pihak lawan dalam sukan dan permainan. Kekuatan: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 14 ________________________________________________________________ ___________________________________________________________ Kelemahan: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ___________________________________________________________ Penambahbaikan: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ___________________________________________________________ 15 4.0 BAHAN BANTU MENGAJAR/GAMBAR Gambar 1.1 Gimnasium IPG Kampus Tawau Gambar diatas merupakan lokasi kami menjalankan dan melengkapkan pengajaran mikro kami yang dilakukan kepada rakan-rakan sekelas Gambar 1.2 Bahan Bantu Mengajar Seterusnya berikut merupakan beberapa alatan yang digunakan sepanjang kami menjalankan pengajaran mikro. Dimana komputer riba dan juga pembesar suara mudah alih digunakan semasa proses set induksi iaitu aktiviti senamrobik dan juga semasa penutup. Manakala skital kecil dan wisel digunakan semasa langkah satu sehingga penutup pengajaran mikro. 16 5.0 REFLEKSI KESELURUHAN Pertama sekali, saya bersyukur kepada tuhan kerana akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani: PJM 3110 ini dengan jayanya. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak hasil pembelajaran serta input-input yang telah saya perolehi. Selain daripada itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami bagi subjek ini, En. Amir Kasan Ibnu Hassan yang sentiasa membimbing dan memberikan tunjuk ajar sepanjang saya dan rakan-rakan sekelas menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini merupakan tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara individu tetapi bagi pengajaran mikro adalah dilakukan secara berkumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada tiga orang iaitu Mohd. Firdaus Jusli, Friderrica Juil dan saya sendiri Victorya Emylda Mathew. Dalam melaksanakan tugasan ini, kami perlu mengumpulkan pembentangan power point bagi tajuk-tajuk yang sudah diagihkan dan dibentangkan di kelas, membuat ringkasan menggunakan lakaran grafik atau peta konsep berkaitan dengan isi kandungan KSSR dan KBSR serta Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Seterusnya merancang dan menghasilkan RPH yang lengkap berdasarkan format yang ditetapkan serta menggunakan RPH yang dirancang untuk menjalankan dan melaksanakan sesi pengajaran mikro kepada rakan sebaya dan seterusnya menulis dan membuat satu refleksi keseluruhan berkaitan dengan tugasan yang diberikan. 17 Melalui tugasan PJM 3110 ini, saya mendapat satu pengalaman baru dalam menjalankan pengajaran. Ini kerana sebelum ini, saya tidak pernah melakukan pengajaran mikro bagi subjek pendidikan jasmani. Pertama sekali saya melakukan pengajaran mikro, saya berasa sangat gembira dan seronok kerana bagi subjek pendidikan jasmani ianya banyak melibatkan pergerakan dan aktiviti yang menyeronokkan yang dilakukan di luar daripada bilik darjah. Setelah menerima tugasan bagi subjek kami telah berbincang dan sebulat suara untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang berkaitan dengan masa tindak balas iaitu murid dapat melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru yang melibatkan masa tindak balas dengan teknik yang betul. Perbincangan bagi kumpulan kami berjalan lancar dan proses untuk mengumpul dan mencari maklumat yang berkaitan serta bahan juga berjalan baik dengan adanya kerjasama dalam kumpulan. Setelah kami menghasilkan RPH, pembahagian tugasan untuk pengajaran mikro dilakukan. Semasa sesi pengajaran mikro berlansung, setiap ahli dalam kumpulan saya memberikan komitmen yang sangat baik dalam melaksanakan pengajaran masingmasing. Semasa menjalankan pengajaran mikro saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran mikro ini, maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pada bahagian set induksi, kumpulan kami telah melakukan senamrobik dengan iringan muzik yang mampu menarik minat murid. 18 Selain itu, lontaran suara guru yang lantang dan kuat akan memudahkan murid mendengar arahan dan penerangan daripada guru dan seterusnya membantu murid untuk memahami perkara atau isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru serta murid mampu mengikuti dan melakukan arahan yang diberikan. Ketegasan dalam menyampaikan pengajaran juga merupakan salah satu faktor saya mampu untuk mengawal kelas dengan baik tanpa ada gangguan-gangguan yang tidak dikehendaki. Bagi aktiviti kemuncak kami merupakan permainan ‘Bola Beracun’. Aktiviti ini sangat menarik dan disukai oleh murid-murid. Dimana aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malah amat bersesuian dengan topik pembelajaran pada hari tersebut yang berkaitan dengan tindak balas cepat. Dimana murid harus sentiasa peka dan bergerak dengan pantas untuk mengelak daripada terkena bola. Selain itu, aktiviti ini bagus kerana melibatkan penglibatan semua murid disamping mampu menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan. Namun begitu, semasa saya mengajar, saya merasakan ilmu yang ada tidak mencukupi untuk dikongsikan kepada rakan-rakan. Saya mula menyedari bahawa bukan senang untuk mengajar. Oleh itu, pada pendapat saya, seorang bakal pendidik itu haruslah menguasai setiap teknik permainan dengan baik dan mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik dan berkesan. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa seronok dan tidak hanya terikat kepada sesuatu teknik sahaja. Maka, objektif serta matlamat yang hendak dicapai akan tercapai dengan jayanya 19 Selain daripada itu, semasa menjalankan sesuatu pengajaran kawalan kelas juga penting bagi melicinkan pengajaran. Tanpa adanya disiplin dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid, maka aktiviti yang dijalankan pasti akan menghadapi banyak masalah. Ketegasan dan suara guru juga memainkan peranan yang penting semasa mengajar. Ini adalah kerana, kedua-dua aspek ini akan membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan. Segala arahan yang hendak diberikan akan diikuti dengan baik oleh murid-murid. Seterusnya dalam melaksanakan pengajaran, saya mendapati aspek pengabbungjalinan unsur lain dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah mendatangkan banyak kelebihan dan kebaikan kerana ianya mampu menarik minat murid disamping menyeronokkan dan tidak membosankan bagi mereka. Contohnya guru boleh mengintegrasikan kemahiran muzik seperti yang kami lakukan dalam set induksi bagi pengajaran mikro kami. Selain daripada itu, saya juga mengetahui sedikit sebanyak mengenai isi Kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR dan juga KSSR berserta dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui ringkasan yang dibuat saya mengetahui dan memahami sedikit sebanyak berkaitan dengan isi kandungan dan juga huraian sukatan pelajaran bagi KBSR dan KSSR pendidikan jasmani yang boleh memudahkan saya untuk merancang serta merangka proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberikan saya pendedahan berkaitan apa yang akan dihadapi kelak. Melalui tugasan ini, saya dapat menilai dan mengetahui kekuatan serta kelemahan saya dalam menjalankan satu pengajaran mikro. Segala nasihat 20 serta kritikan yang diberi, sememangnya membantu saya dan merupakan sesuatu yang amat diperlukan bagi diri saya sendiri dan juga ahli kumpulan yang lain untuk memantapkan serta memperbaiki diri agar menjadi seorang pendidik yang layak mendidik anak bangsa. Selain itu, melalui tugasan ini banyak ilmu pengetahuan yang kami perolehi yang mampu mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai seorang guru yang baik. Diharapkan melalui proses pelaksanaan tugasan ini akan dapat memberikan satu lagi aspek kemahiran kepada saya dan juga rakanrakan yang lain. _________________________ (VICTORYA EMYLDA MATHEW) PISMP PS SEM 4 JAN 2011 21