Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan Bahasa Inggeris dan telah

diperkenalkan sekitar tahun 1648 seterusnya dicadangkan penggunaannya di Amerika Syarikat pada 1828 oleh Samuel Worcester. Melibatkan dua aktiviti, iaitu membunyikan perkataan atau suku kata beredasarkan gambar dan membunyikan ayat berdasarkan gambar yang ada cerita. Aktiviti yang dijalankan bertujuan membiasakan murid untuk mengecam perkataan atau ayat dan tidak mengeja perkataan atau ayat tersebut. Melalui kaedah ini, murid akan dilatih bagaimana untuk mengenaloi sesuatu perkataan atau ayat, tanpa mengejanya terlebih dahulu melalui latih tubi. Kaedah ini dapat memendekkan masa murid untuk mengeja perkataan dan masa yang ada boleh digunakan untuk tujuan pemahaman apa jua yang dibaca. Justeru, kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atua perkataan yang dicam. Walau bagaimanapun,m ia tidak memfokuskan pengajaran kepada bunyi huruf. Ini boleh membatas tahap perbendaharaan kata mereka.

Konsep Kaedah Pandang dan Sebut Menurut kaedah ini, guru-guru perlu menunjukkan gambar terlebih dahulu kemudian muridmurid akan menyebut perkataan dan ayat-ayat pendek yang ditulis pada kad-kad imbasan secara beramai-ramai dengan bimbingan guru. Langkah ini diikuti dengan membaca bahan yang sama daripada buku teks. Tidak ada cerakinan dibuat terhadap perkataan-perkataan itu. Murid hanya perlu mengecam gambar dan menyebut perkataan berdasarkan gambar berkenaan. Setelah murid-murid menguasai perkataan, barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan berkenaan, contohnya dadu. Mula-mula murid-murid diperlihatkan gambar dadu. Kemudian mereka dilatih menyebut ‘dadu’ dan selepas menguasainya barulah murid-murid diperkenalkan huruf yang membentuk perkataan ‘dadu’, iaitu d+a+d+u=dadu. Perkataan diperkenalkan kepada murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad tersebut ditunjukkan kepada murid-murid, mereka akan menyebut perkataan tersebut beberapa kali. Menurut Zulkifley Hamid (1994), kaedah ini mengakibatkan murid-murid membaca seperti ‘Burung Nuri sedang berlagu’ terhadap bahan-bahan yang dihadapkan kepada mereka. Mereka tidak dapat menyebut bunyi-bunyi bagi perkataan baharu jika perkataan-perkataan itu dihadapkan kepada mereka.

Perbendaharaan kata murid terbatas. Murid berpeluang memahami maksud perkataan semasa menyebut. Kelemahan Kaedah Pandang Sebut a. c. Menjimatkan masa sebab tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu. . Sesuai untuk murid-murid pandai sahaja. Gagal menyebut bunyi perkataan baharu sebab tiada pendedahan. b. Murid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja. c. d.Kebaikan Kaedah Pandang Sebut a. b. Kaedah terpantas mempelajari kemahiran membaca.

Murid membaca dan melafazkan pantun tersebut dengan bimbingan guru. Guru membetulkan sebarang sebutan yang salah atau tidak jelas oleh murid. 2. 5. Guru menunjukkan kad manila tersebut kepada murid dan memastikan semua murid dapat melihat perkataan-perkataan atas kad tersebut dengan jelas. 4. Guru memilih dan meminta murid yang sudah mahir untuk mendeklamasikan pantun dengan penuh perasaan. Guru telah memilih beberapa perkataan kemudian susun perkataan tersebut menjadi ayat berbentuk pantun. .Latihan Membina dan Membaca Ayat Menggunakan Bahan Pengajaran yang Sesuai (a) Pantun Ciri-ciri alat bantu mengajar:  Sebuah pantun yang terdiri daripada dua rangkap ditaip dan dicetak serta ditampalkan atas kad manila yang berwarna Prosedur penggunaan alat bantu mengajar: 1. 3.