Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com
Disediakan oleh:
Bengkel Cara Belajar Berkesan dibangunkan bagi memberikan alternatif dan pendedahan kepada pelajar untuk bagaimana mereka boleh meningkatkan minat belajar serta menggunakan cara belajar yang berkesan terhadap masa yang digunakan semasa sesi ulangkaji pembelajaran mereka. Semoga dengan terlaksananya bengkel ini, kami secara tidak langsung dapat membantu dan membimbing peserta untuk menanam minat untuk terus belajar sehingga ke pencapaian yang tertinggi di dalam bidang akademik.
MATLAMAT BENGKEL|
Memberikan pendedahan tentang bagaimana cara belajar berkesan serta menilai kecenderungan bentuk pembelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar gunakan sepanjang persekolahan.
1. Mengetahui kepentingan membuat persiapan sebelum memulakan pembelajaran atau persekolahan; 2. Mempelajari teknik mendengar dan mengambil nota semasa sesi pembelajaran; 3. Mempelajari teknik belajar yang berkesan semasa membuat ulangkaji pembelajaran; 4. Mempelajari teknik mengambil nota ringkas serta; 5. Mengenali beberapa teknik membuat nota belajar. 1. Tempat pelaksanaan bengkel adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara pihak penganjur dan pihak IQ Class Management; 2. Tarikh pelaksanaan bengkel juga adalah tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara pihak penganjur dan pihak IQ Class Management. Ia boleh dilaksana pada hari Isnin sehingga hari Jumaat; 3. Jangka masa pelaksanaan bengkel adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang dan waktu rehat adalah pada jam 10.30 pagi (30 minit);
Satu sebutharga akan dikeluarkan berdasarkan permintaan penganjur. Sila hubungi pihak kami ditalian 03-3289 1080 atau pegawai kami ditalian 019-316 1738 (Encik Johari) atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com. Kami akan menawarkan harga yang amat berpatutan.
4. Bengkel ini menggunakan pendekatan ceramah 50%, permainan bermodul 25% serta perbincangan dan pembentangan 25%. 5. Sasaran penyertaan bengkel adalah dari kalangan pelajar tahun 4, 5, tingkatan 1 dan 2 iaitu pelajar yang berumur dari 12 hingga 14 tahun.
Butiran bengkel yang disusun mengikut modul adalah seperti berikut; 1. Jadual bengkel di lampiran A muka surat 3. 2. Isi kandungan bengkel di lampiran B muka surat 4 6. 3. Latar belakang ketua pembimbing bengkal di lampiran C muka surat 7.
PENUTUP| Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan
kecemerlangan peserta yang menyertai bengkel ini secara khususnya dan keseluruhan peserta secara amnya. Apa yang diharapkan daripada Bengkel Cara Belajar Berkesan, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan pengertian hidup sebagai ahli masyarakat pada diri setiap peserta disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya bengkel ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.
Majlis pembukaan dan penyerahan peserta kepada IQ Class Management* Sesi Pengenalan dan Taklimat (Fokus) Sesi 1: Sebelum Belajar Sesi 2: Semasa Belajar Sesi 3: Selepas Belajar Kesimpulan Bengkel Rehat dan minum pagi*
10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 pagi 12.50 tengahari 1.00 petang 1.30 petang
Peralatan pelajar yang perlu di bawa: 1. Pakaian; 1.1. Pakaian sekolah atau yang ditentukan oleh pihak penganjur 2. Alat tulis; 3. Buku nota @ catatan
1. Sesi Taklimat dan Pengenalan (Fokus) 1.1. Objektif sesi: 1.1.1. Untuk memulakan perjalanan bengkel; 1.1.2. Untuk memperkenalkan fasilitator bengkel; 1.1.3. Untuk memperjelaskan matlamat yang ingin dicapai melalui bengkel serta; 1.1.4. Untuk memberikan beberapa penegasan disiplin sepanjang perjalanan bengkel. 1.2. Jangka masa sesi: 60 minit. 1.3. Pelaksanaan sesi: 1.3.1. Sesi akan dimulakan oleh ketua pembimbing bengkel. 1.3.2. Peserta berkumpul di dewan selepas penyerahan daripada penganjur kepada pihak IQ Class Management. 1.3.3. Peserta akan diperkenalkan dengan fasilitator seorang demi seorang. 1.3.4. Peserta kemudian akan melihat paparan slaid melalui LCD projektor dan komputer riba. 1.3.5. Peserta pada awalnya akan dijelaskan mengapa mereka berada di dalam bengkel ini. 1.3.6. Kemudian peserta akan diperkenalkan dengan disiplin fokus dalam pembelajaran melalui 4 anggota utama iaitu tubuh badan, mata, telinga dan tangan. 1.3.7. Peserta kemudian akan dibimbing untuk melakukan beberapa latihan fokus. 1.3.8. Akhir sekali peserta akan dipaparkan mengenai matlamat akhir bengkel ini dan harapan penganjur terhadap apa yang bakal mereka pelajari.
2. Sesi 1: Sebelum Belajar 2.1. Objektif sesi: 2.1.1. Untuk pelajar mengetahui kepentingan persiapan sebelum memulakan pembelajaran; 2.1.2. Untuk mempelajari bentuk persiapan yang perlu dilakukan sebelum belajar; 2.1.3. Untuk mengetahui kesan jika tidak membuat persiapan sebelum belajar serta; 2.1.4. Untuk mempelajari beberapa tips sebelum belajar yang boleh meningkatkan kefahaman dan daya ingatan semasa belajar. 2.2. Jangka masa sesi: 90 minit. 2.3. Pelaksanaan sesi: 2.3.1. Peserta akan bersama salah seorang fasilitator. 2.3.2. Fasilitator akan memberikan ceramah secara interaktif dengan peserta akan dipaparkan slaid. 2.3.3. Peserta juga akan mendapat salinan slaid ceramah tersebut. 2.3.4. Peserta akan melalui beberapa latihan dari fasilitator. 2.3.5. Fasilitator akan menyampaikan sesi dengan menghidupkan komunikasi 2 hala melalui pertanyaan, meminta pendapat dan berkongsi pengalaman.
3. Sesi 2: Semasa Belajar 3.1. Objektif sesi: 3.1.1. Untuk mempelajari teknik mendengar dengan berkesan;
4. Sesi 3: Selepas Belajar 4.1. Objektif sesi: 4.1.1. Untuk menjelaskan kepada peserta tentang kecenderungan otak manusia dan bagaimana untuk memaksimakan penggunaannya serta; 4.1.2. Untuk memperkenalkan peserta kepada beberapa bentuk teknik membuat nota yang menarik. 4.2. Jangka masa sesi: 50 minit. 4.3. Pelaksanaan sesi: 4.3.1. Peserta akan bersama salah seorang fasilitator. 4.3.2. Fasilitator akan memberikan ceramah secara interaktif dengan peserta akan dipaparkan slaid. 4.3.3. Peserta juga akan mendapat salinan slaid ceramah tersebut. 4.3.4. Fasilitator akan menyampaikan sesi dengan menghidupkan komunikasi 2 hala melalui pertanyaan, meminta pendapat dan berkongsi pengalaman.
3.2. Jangka masa sesi: 60 minit. 3.3. Pelaksanaan sesi: 3.3.1. Peserta akan bersama salah seorang fasilitator. 3.3.2. Fasilitator akan memberikan ceramah secara interaktif dengan peserta akan dipaparkan slaid. 3.3.3. Peserta juga akan mendapat salinan slaid ceramah tersebut. 3.3.4. Peserta akan melalui beberapa latihan dari fasilitator. 3.3.5. Fasilitator akan menyampaikan sesi dengan menghidupkan komunikasi 2 hala melalui pertanyaan, meminta pendapat dan berkongsi pengalaman.
3.1.2. Untuk mempelajari teknik mengambil nota ringkas dari sesi pembelajaran serta; 3.1.3. Untuk mengenalpasti apakah yang sering mengganggu proses semasa belajar.
5. Kesimpulan Bengkel 5.1. Objektif sesi: 5.1.1. Untuk mengingati semula isi kandungan penting bengkel; 5.1.2. Untuk memberikan pesanan dan nasihat akhir serta; 5.1.3. Untuk memberikan penekanan kepentingan menghadiri bengkel ini.
5.2. Jangka masa sesi: 10 minit. 5.3. Pelaksanaan sesi: 5.3.1. Peserta berada di dewan. 5.3.2. Ketua pembimbing akan memulakan dengan membuat ulangkaji perjalanan bengkel. 5.3.3. Kemudian, fasilitator akan diberikan ruang untuk memberikan ucapan. 5.3.4. Sesi di akhiri oleh ketua pembimbing dengan memberikan penekanan tentang kepentingan untuk ingat, amal dan sebarkan apa yang mereka perolehi di dalam bengkel ini.
Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana program ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).