Anda di halaman 1dari 2

Baca dan fahami petikan di bawah .

Lehan

: Eh, Menah. Sudah lama tidak berjumpa dengan awak. Sihatkah awak?

Menah Lehan

: Alhamdulillah. Saya sihat. Kamu ini, dari mana ? : Saya dari rumah sepupu saya. Saya ke sana untuk melayari internet.

Menah

: Wah, rajinnya kamu. Bolehkah kamu terangkan kepada saya apa itu internet ?

Lehan

: Boleh. Apa salahnya. Internet ini merupakan sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat dari seluruh dunia. Sistem ini boleh diperoleh melalui komputer atau televisyen. Namun begitu, internet boleh juga dilayari menerusi telefon bimbit.

Menah

: Oh, ini sangat bagus. Ini beerti kita dapat menerima maklumat dengan cepat.

Lehan

: Ya, betul tu Menah. Kita boleh mendapatkan maklumat dengan cepat hanya dengan menekan menggunakan jari. Kita boleh melihat laman web dalam internet pada bila-bila masa sahaja. Internet cukup istimewa kerana sistem ini menghubungkan suara, data dan visual sekali gus.

Menah

: Adakah internet ini membawa kepada kebaikan atau keburukkan ?

Lehan

: Pada pandangan saya, internet lebih membawa kepada kebaikkan. Hal ini kerana internet telah menjadi kemudahan perhubungan yang popular pada masa kini. Tanpa kemudahan ini, sudah tentu kita diselubungi masalah. Melalui

internet, pengguna dapat meneroka laman-laman web untuk memperolehi pelbagai ilmu dan perkembangan semasa dari seluruh dunia. Menah Lehan : Betul, betul, betul. Saya sokong cakap awak itu. : Bagi murid-murid macam kita, kita dapat menyertai kumpulan perbincangan sesuatu topik melalui perkhidmatan Usenet. Menerusi perbincangan tersebut, guru dan murid dapat bertukar pendapat dan idea tentang sesuatu bidang ilmu. Internet juga memudahkan urusan perniagaan. Kita boleh membeli sesuatu barangan melalui internet kerana cara ini lebih menjimatkan masa dan tenaga. Menah : Saya setuju!banyak juga kebaikannya. Eh, sudah pukul 6.00 petang. Saya perlu pulang sekarang. Al-maklumlah, saya tidak solat lagi. Terlepas waktu pula nanti. Terima kasih atas penerangan awak tadi. Jumpa lagi. Assalamualaikum. Leha : Jumpa lagi. Hati-hati pulang ke rumah. Waalaikumussalam.