Anda di halaman 1dari 5

Jadual : Transkripsi Temu Bual Item Soalan 1

Item Soalan 1

Responden L1 P1

Apakah yang dimaksudkan dengan BUG-4G?

P2 P3 L2

Respon Murid Badan Ulat Gonggok Empat Garisan Badan Ulat Gonggok Empat Garisan Badan Ulat Gonggok Empat Garisan Badan Ulat Gonggok Empat Garisan Badan Ulat Gonggok Empat Garisan

Kod 1 1 1 1 1

Penentuan kod temu bual : i. Badan Ulat Gonggok Empat Garisan. (1) Dapatan analisis daripada transkripsi temu bual bagi item soalan yang pertama adalah kesemua responden dengan peratusan penuh iaitu 100% mengetahui maksud teknik yang digunakan oleh pengkaji sepanjang kajian dijalakan terhadap kesemua respon 2 Bestari. Kesemua responden dalam temu bual ini dengan yakin memberikan maksud teknik BUG-4G iaitu Badan Ulat Gonggok Empat Garisan.

Jadual : Transkripsi Temu Bual Item Soalan 2

Item Soalan 2

Responden L1 P1 P2 P3 L2

Apakah perasaan kamu menggunakan teknik BUG-4G?

Respon Murid Seronok cikgu. Saya rasa saya nak buat banyak kalilah cikgu. Bolehlah. Saya rasa separuh seronok dan separuh lagi oklah. Saya rasa seronok sebab best. Seronok Cikgu Shahfiq.

Kod 1 2 3 1 1

Penentuan kod temu bual : i. ii. iii. Seronok. (1) Saya rasa nak buat banyak kali. (2) Bolehlah. Perasaan bercampur. (3)

Dapatan analisis daripada transkripsi temu bual bagi item soalan kedua pula adalah tiga orang (60%) responden merasakan bahawa teknik ini sangat menyeronokkan dalam membantu mereka untuk mendapatkan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Manakala seorang responden (20%) yang terlibat dalam temu bual ini menyatakan hasrat untuk menulis dengan menggunakan teknik ini dalam jangka masa yang lama. Dan seorang lagi responden (20%) pula merasakan bahawa teknik ini hanya memberi separuh keseronokan sahaja kerana responden ini tidak suka menulis dengan bantuan apa-apa teknik selain satu garisan sahaja seperti di dalam buku latihan. Jadual : Transkripsi Temu Bual Item Soalan 3

Item Soalan 3 Adakah kamu rasa lebih senang dalam menulis dengan menggunakan teknik ini?

Responden L1 P1 P2 P3 L2

Respon Murid Senang. Saya suka. Saya rasa senang. Mudah. Senang jek. Saya nampak langkah demi langkah nak dapatkan tulisan yang kemas. Senang. Saya suka menulis dengan teknik ni. Senang.

Kod 1 1 1 1 1

Penentuan kod temu bual : i. Senang. (1)

Analisis daripada dapatan data transkripsi temu bual bagi item soalan ketiga pula adalah kesemua responden (100%) yang terlibat dalam temu bual yang dijalakan oleh pengkaji merasakan teknik ini sangat senang dalam membantu mereka untuk mendapatkan bentuk tulisan yang betul dan kemas. Responden dapat melihat langkah demi langkah yang digunakan oleh pengkaji dalam membantu responden dalam kemahiran menulis mekanis. Jadual : Transkripsi Temu Bual Item Soalan 4

Item Soalan 4

Responden L1

Adakah kamu rasa teknik ini dapat membantu kamu dalam menghasilkan tulisan yang betul dan kemas?

P1

P2 P3 L2

Respon Murid Ya cikgu. Tulisan saya sekarang ni bertambah betul dan kemas. Saya nampak perubahan tulisan saya sebelum guna teknik ini dan selepas guna teknik ini. Entahlah cikgu. Saya rasa sama jek tapi saya nampak adalah berubah sikit. Membantu sangat cikgu. Saya suka teknik ini. Ya Cikgu Shahfiq. Teknik ini membantu.

Kod 1

3 1 1

Penentuan kod temu bual : i. ii. Ya. Teknik ini membantu. (1) Saya nampak perubahan tulisan saya sebelum dan selepas menggunakan teknik ini. (2) iii. Entahlah cikgu. Saya rasa sama sahaja Cuma adalah sedikit perubahan. (3)

Dapatan analisis daripada transkripsi temu bual bagi item soalan keempat pula adalah seramai tiga orang responden (60%) daripada lima orang responden yang terlibat dalam temu bual ini menyatakan bahawa teknik BUG-4G sangat membantu

mereka dalam menghasilkan tulisan yang betul dan kemas. Keceriaan dan perasaan gembira jelas terpancar ketika mereka menjawab soalan yang dikemukan oleh pengkaji. Manakala seorang responden pula menyatakan bahawa dirinya dapat melihat perubahan yang ketara dalam bentuk tulisan yang dihasilkan sebelum pengkaji memperkenalkan teknik ini dan selepas pengkaji menjalakan teknik BUG4G ini. Walau bagaimanapun, terdapat seorang responden (20%) menyatakan kekeliruannya dalam melihat perubahan bentuk tulisannya. Responden ini kurang yakin dengan teknik yang diperkenalkan oleh pengkaji tetapi di akhir sesi temu bual bagi soalan ini, responden tersebut mengakui bahawa terdapat sedikit perubahan dalam kemahiran menulisnya. Jadual : Transkripsi Temu Bual Item Soalan 5

Item Soalan 5

Responden L1 P1 P2 P3 L2

Bagaimana jika cikgu memanjangkan lagi masa menggunakan teknik ini?

Respon Murid Saya nak cikgu. Saya suka. Saya rasa tulisan saya akan bertambah-tambah betul, kemas dan cantik. Boleh jek. Boleh membantu kawan-kawan saya yang lain. Mesti Cikgu Masitah dan Cikgu datin suka tulisan saya. Nak. Saya suka teknik ni. Ada ulat. Cantik.

Kod 1 2 3 4 1

Penentuan kod temu bual : i. ii. iii. iv. Saya nak. (1) Saya rasa tulisan saya akan bertambah betul dan kemas. (2) Boleh sahaja. Dapat membantu rakan-rakan yang lain. (3) Mesti cikgu-cikgu yang lain suka tulisan saya. (4)

Dapatan daripada analisis transkripsi temu bual bagi item soalan yang terakhir iaitu soalan yang kelima adalah seramai dua orang responden (40%) sangat bersetuju dengan pertanyaan pengkaji jika pengkaji memanjangkan masa menggunakan teknik ini. Kedua-dua responden ini memberikan respon yang sangat positif dengan menyatakan nak sangat apabila pengkaji hendak melanjutkan penggunaan teknik BUG-4G ini. Manakala seorang responden (20%) menyatakan bahawa tulisannya akan bertambah kemas, betul dan cantik jika pengkaji melanjutkan masa penggunaan tekni ini yang dapat membantu meningkatkan mutu tulisan responden. Seorang responden (20%) pula menjawab soalan pengkaji dengan nada yang hambar dan menyatakan bahawa jika teknik ini dipanjang masa penggunaannya, teknik ini dapat membantu rakan-rakannya dalam memperbaiki dan meningkatkan kekemasan tulisan rakan-rakannya. Dan responden yang terkahir (20%) dalam temu bual ini pula menyatakan bahawa guru asal subjek bahasa Malaysia dan guru-guru subjek lain akan berbangga dan suka dengan responden kerana dapat menulis dengan betul dan kemas dalam setiap latihan dan aktiviti yang melibatkan kemahiran menulis.