Anda di halaman 1dari 2

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

Kertas kerja ditulis bertujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya. Aspek yang dinilai dalam kertas kerja : Pengenalan dan latar belakang (berkaitan dengan sedikit sejarah, isu dan masalah. Penerangan yang terperinci (dihuraikan)tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek atau program latihan untuk mempengaruhi dan menyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan. Implikasi kewangan - berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus ditunjukkan keadaan kos efektifnya.

Proses pelaksanaan - biasanya dalam bentuk jadual pelaksanaan. Implikasi pelaksanaan terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu. Keputusan dan perbincangan sumbangan kepada jabatan, negeri atau negara.

Penutup - penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iait kebaikannya.
Bibliografi/Rujukan Lampiran/Apendiks