Anda di halaman 1dari 1

KEK KUKUS LAPIS BISKUT MARIE Bahan-bahan : 3 biji telur grade A 110 gm gula kastor 110 gm tepung gandum

1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu besar ovalette 75 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 50 ml minyak jagung/masak 1 sudu kecil esen vanilla Pewarna merah, kuning dan oren - ikut suka Biskut merry secukupnya - perasa kopi Cara-Cara : 1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Ayak tepung gandum dan baking powder kedalam manggkuk adunan. 2. Kemudian campur kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, biskut merry dan pewarna. 3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati. 4. Alas loyang dengan kertas minyak dan glis dengan sedikit butter. 5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletak pewarna yang digemari dan dikacau rata. 6. Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu. 7. Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut diatasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit. 8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas rak dawai supaya sejuk.