Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) JEMPUTAN AJK : Muhammad Shahrizan bin Ahmad Junaidi : Nur Hidayah binti Muhiddin

@ Yidin

Kami ditugaskan untuk menjadi AJK jemputan bagi BIG semester ini iaitu lawatan penanda aras untuk bertemu dengan guru cemerlang Matematik. Antara skop tugasan bagi AJK jemputan ialah bertanggungjawab untuk menyediakan kad jemputan dan seterusnya menjemput dif-dif kehormat untuk majlis perasmian penutup. Selain itu, kami bertanggungjawab untuk mengedarkan buku program kepada dif-dif kehormat semasa majlis perasmian penutup. Untuk memudahkan gerak kerja ini, saya dan Shahrizan telah membahagikan tugas dan bekerjasama untuk membuat tugasan AJK yang diamanahkan kepada kami. Untuk kad jemputan ke majlis penutup, kami telah mengambil contoh kad tersebut daripada rakan sekelas kami yang telah menjadi AJK ini pada program BIG semester 5. Hal ini, memudahkan kami kerana tidak perlu bersusah payah membuat kad yang baru. Kad jemputan tersebut diperlukan untuk diedarkan kepada dif-dif jemputran seperti Guru Cemerlang Matematik, Guru Besar Sk Kuala Tiga, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Kuala Tiga, Pegawai Penyelarasan BIG dan beberapa individu yang lain untuk menghadiri majlis penutup. Manakala untuk buku program pula, ia telah disediakan oleh AJK cenderahati dan buku program. Semasa program ini berlangsung, sedikit masalah dan salah faham telah berlaku antara kami. Berdasarkan buku program, majlis penutup sepatutnya bermula jam 1.30 petang tetapi ia diperwalkan ke jam 12.30 tengah hari kerana program habis dengan cepat. Tambahan pula, semasa program ini berlangsung kita baru sahaja memasuki bulan Ramdhan. Oleh hal demikian, kami terpaksa mengedarkan kad jemputan kepada dif-dif kehormat secepat mungkin. Kami juga telah menunggu dan menjemput Pegawai Penyelarasan BIG dengan lebih awal. Alhamdulillah, beliau sampai lebih awal dan majlis penutup berjaya dijalankan dengan lancar.