Anda di halaman 1dari 1

PENGETAHUAN BARU.

Sepajang menjalani praktikum selama sebulan, banyak pengetahuan baru yang saya perolehi terutama sekali dalam melaksanakan langkah pengajaran. Bagi muridmurid pendidikan khas di sekolah SK MIRI cara perlaksanaan pengajaran berbeza daripada murid-murid perdana. Oleh itu, banyak pengetahuan dari guru dan rakanrakan praktikum yang boleh dijadikan sebagai maklumat yang berguna. Antara pengeahuan baru yang saya perolehi ialah pengajaran mestilah mengikut keupayaan murid. Hal ini kerana, murid dapat cepat menguasai pengajaran sebelum masuk ke topic yang seterusnya. Pemilihan tajuk dari dokumen standard sekolah rendah hendaklah sesuai dengan keperluan pelajar sama ada dari segi kognitif mahupun fizikal. Selain itu juga, sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru harus kreatif dalam memperkenalkan tajuk yang diajar supaya murid cepat tertarik dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, guru menggunakan ICT sebagai alat untuk memperkenalkan tajuk dengan menayangkan video-video atau lagu-lagu yang berkenaan dengan topik pada hari tersebut. Seterusnya, pengetahuan baru yang saya dapat selepas habis pengajaran atau sesuatu aktiviti, guru hendaklah memberikan murid peneguhan seperti member penghargaan, memberi hadiah, member token atau pujian. Hal ini dapat meningkatkan semangat murid untuk terus belajar pada keesokan harinya. Malah dapat meningkatkan moral atau memberi motivasi sendiri kepada murid supaya berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Bagi murid-murid yang bermasalah dari segi membaca atau menulis, mereka hendaklah diajarkan terlebih dahulu cara memegang pensil dan menekankan pra tulisan dan pra bacaan. Hal ini kerana akan memudahkan mereka menguasai pengajaran yang seterusnya disamping dapat meningkatkan kemahiran dari segi menulis dan membaca Secara khususnya, apa yang saya perolehi akan dijadikan sebagai maklumat yang berguna kepada saya sebagai bakal seorang guru kelak. Segala info dan maklumat akan menjadi panduan kepada saya pada masa akan datang.