Anda di halaman 1dari 14

1.0 1.

TULISAN MEKANIS Definisi.


Tulisan Mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan pada murid-murid

setelah mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetapkan . 1.2 Konsep Tulisan Mekanis. peringkat mendirikan asas. Bertujuan membimbing murid menguasai kemahiran membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan betul dan tepat Memberi tumpuan kepada aspek mekanikal. Melibatkan latihan pergerakan tangan,otot,jari dan sebagainya. Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat Membentuk lambang-lambang huruf atau tulisan yang betul dan menulis dengan kemas. 1.3 Kepentingan Kemahiran Tulisan Mekanis. a. Mendirikan asas yang kukuh. b. Membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi. c. Membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan,perhubungan serta matlamat hidup. d. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak- kanak menulis dengan baik,cekap dan pantas. 1.4 Objektif Tulisan Mekanis. tepat serta

Dikenali sebagai :

Menguasai kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan supaya mudah dibaca. Memperkembangkan pergerakan latihan tangan,otot,jari dan sebagainya bagi perkembangan diri kanak-kanak yang sempurna dari segi fizikal.
1

Murid-murid dapat menulis bentuk abjad penulisan yang teratur. Latihan pergerakan tangan, otot dan jari.

mengikut arah yang tertentu untuk

Guru menunjukkan pergerakan tangan menulis di udara,atas pasir, pada papan tulis dan sebagainya. Melatih murid menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong. Melatih murid menulis cepat,senang dan kemas. 1.5 I. II. Contoh Aktiviti Tulisan Mekanis. Membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal. Menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad berlubang.

III. Menekap huruf atau perkataan yang ditulis bentuk garisan putus putus. IV. Menulis huruf di atas kertas bergaris atau kertas berjalur. V. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. VI. Menulis huruf dalam suku kata. VII. Melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. VIII. Menyalin perkataan perkataan mudah. IX. Menyalin frasa atau ayat. X. Menyalin ayat daripada buku.

2.0

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG KAMI KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS. a) Kad gambar

SEDIAKAN BAGI AKTIVITI

b) Kad perkataan bertulis mudah padam

c) Papan tulis pelbagai guna

2.1

Fungsi Alatan Yang Dihasilkan.


3

a) Pembalut plastik papan tulis pelbagai guna dan kad gambar serta kad perkataan berlamina berfungsi sebagai permukaan yang boleh dibersihkan apabila ditulis menggunakan pen whiteboard. b) Kesilapan amat mudah dipadam. c) Bahan bantu mengajar ini boleh digunakan berulang-ulang kali. d) Papan tulis pelbagai guna bertujuan memasukkan lembaran kerja dan sebagai latihan menulis pada garis berjalur empat. 2.2 Kegunaan Papan Tulis Pelbagai Guna Dalam Pengajaran. Mata pelajaran Tahun Objektif : Bahasa Malaysia (LINUS) : Satu ( Murid-murid Literasi) : 1. Murid-murid dapat menulis dengan betul, kemas dan cantik. 2. Murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis. Langkah-Langkah Penggunaan. 1. Murid murid dibekalkan dengan lembaran kerja pada papan tulis pelbagai guna.

2. Murid murid diminta menyambung garisan putus-putus membentuk huruf.


4

3. Murid murid juga membuat latihan menulis huruf pada bahagian papan tulis bergaris empat.

4. 2..3

Lembaran kerja tanpa papan tulis diberikan sebagai aktiviti pengukuhan.

Penggunaan Kad Gambar Bergaris Dan Kad Perkataan Mudah Padam. Mata pelajaran Tahun Objektif : Bahasa Malaysia (LINUS) : Satu ( Murid-murid Literasi) : 1. Murid-murid dapat mengeja dan membaca perkataan kvkv dan kvkvkv. 2. Murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis. Langkah Langkah Penggunaan ;
5

1. Murid-murid mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan dengan bimbingan guru. 2. Guru mengedarkan kad gambar dan kad perkataan garisan putus-putus.

3. Murid-murid perkataan

diminta

menyambungkan

garisan

putus-putus

membentuk

4. Seterusnya memadankan kad perkataan tersebut pada gambar.

5. Menyalin semula perkataan pada kad gambar bergaris empat dengan betul. 6. Mengeja dan membaca perkataan yang diperolehi. 7. Bertukar kad gambar dan kad perkataan dengan murid-murid lain. Murid-murid dapat memperolehi banyak perkataan dan meningkat kemahiran menulis. 8. Lembaran kerja diberikan sebagai aktiviti pengukuhan.

3.0

BACAAN MEKANIS
7

Membaca kehidupan memperoleh kita

merupakan

kemahiran

yang yang di

sangat

berguna itu

dalam dapat

sehari-hari. Melalui

pembacaan ,

seseorang

berbagai bagai maklumat

perlukannya. Kemahiran

membaca juga menjadi landasan kepada kemahiran belajar. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas, terang dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Pada peringkat ini, murid sudah boleh membunyikan perkataan, frasa dan ayat ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup. 3.1 Tujuan Bacaan Mekanis Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul. Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan ketika menggunakan kamus. Membolehkan murid-murid tah menggunakan tanda baca dan berhenti pada tempat berhenti yang betul. Menggunakan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran lain. Membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara. Dapat mengenalpasti laras bahasa yang pelbagai.

3.2

Langkah-Langkah Melaksanakan Bacaan Mekanis.


8

1. Memberi satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,sesuai dengan kebolehan dan umur murid. 2. Bersoaljawab dan membantu murid-murid dengan perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu. 3. Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir. 4. Dilakukan secara kelas atau kumpulan. 5. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru. 6. Guru berbincang dan bersoaljawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. 4.0 Bahan Bantu Mengajar Yang Kami Sediakan Bagi Bacaan Mekanis. Roda Kata

Roda Kata ini terdiri daripada kad manila, kad suku kata, gambar dan pin.

4.1

Penggunaan Roda Kata Dalam Pengajaran MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia


9

TAHUN OBJEKTIF

: Murid-murid Tahap 1 dan pemulihan : Murid-murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan betul Murid-murid dapat menguasai kemahiran dan kecekapan membaca dengan kuat.

Langkah Langkah Penggunaan Langkah 1. Murid diberi peluang meneliti gambar pada roda . Kemudian murid dikehendaki mengeja sukukata perkataan berdasarkan gambar. Langkah 2. Murid dikehendaki memusingkan roda dan memadankan sukukata yang betul dengan gambar yang dipilih.

Langkah 3.

10

Seterusnya murid dikehendaki menulis perkataan di papan tulis, mengeja dan menyebut perkataan tersebut.

Langkah 4. Akhir sekali, murid-murid dikehendaki membina ayat mudah daripada perkataan yang diperolehi dan membacakan ayat tersebut. Langkah 5. Murid yang dapat membina ayat dengan betul akan diberi ganjaran.

5.0

Kesimpulan Menulis dan membaca dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak kerana dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran menulis dan membaca kepada murid tidak terhad untuk jangka masa pendek sahaja,bvahkan berlanjutan sepanjang usia.

5.1

Refleksi (1)
11

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek ini, . Saya dan rakan berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang tajuk tugasan ini amatlah cetek dan dangkal sekali. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet dan buku-buku rujukan serta berhubung melalui telefon dan e-mel. Kemahiran Tulisan Mekanis dan Bacaan Mekanis mempunyai kelebihan masingmasing untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini. Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali untuk saya aplikasikan dalam pengajaran serta dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing En. Kamarulazlan yang sangat senang bekerjasama, serta yang telah memberi tugasan ini. Begitu juga dengan ahli kumpulan saya iaitu Pn. Zainab bt Zainal rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh, SALINA BINTI MD SAAD Refleksi (2)

12

Bersyukur

ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyiapkan tugasan ini beserta dengan bahan bantu mengajar bagi bacaan mekanis manakala sahabat saya, Pn. Salina pula menyiapkan tugasan bagi penulisan mekanis. Sebagai langkah awal bagi menyiapkan tugasan, kumpulan kami telah berbincang dalam membahagikan tugas.Seterusnya saya memulakan dengan mencari maklumat daripada buku-buku yang berkaitan serta melayari internet. Saya juga telah merujuk kepada rakan-rakan sekelas dalam memahami akan tugasan yang diberi. Melalui penjelasan dan rujukan yang diperolehi, barulah saya sedar betapa penting seseorang guru memahami sesuatu kemahiran . Ini kerana melalui pemahaman ilmu dan kemahiran itu dapat di aplikasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari saya sendiri. Mudah-mudahan Allah SWT yang maha pemurah melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya kepada kita semua. Amin.

Disediakan oleh, ZAINAB BT ZAINAL

13

14