Anda di halaman 1dari 18

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

WAJ3101 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUGASAN TAJUK 9 :

Isu-isu Kontemporari Dalam Proses Pembangunan Negara Malaysia A) Pengenalan


Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpa sempadan.Proses globalisasi mula berkembang melalui penciptaan dan pencapaian terkini dalam sejarah peradaban manusia. Istilah global dan globalisasi juga merujuk kepada idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan social serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga juga perkara disebaliknya. Menurut Martin Albrow pula, Globalisasi sebagai proses penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia global. Olehnya demikian, dalam pembentukan tamadun terdapat beberapa isu-isu kontemporari yang berkait dalam proses pembangunan sesebuah Negara, antaranya; a) Media b) Ekonomi c) Politik d) Sosial e) Hak Asasi Manusia a) Media. Media memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan informasi khususnya dalam konteks pembangunan sesuatu bangsa. Kesan revolosi teknologi maklumat dan komunikasi member kesan yang besar terhadap gaya hidup masyarakat dunia. Pihak barat telah Berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa dengan kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Selain itu, Agensi berita barat mempunyai pengaruh besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka. Pihak barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada Negara-negara Islam bertujuan untuk

mengekalkan, menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islamyang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversive yang menggugat keamanan dunia. Oleh sebab itu, kegiatan mereka diharamkan seperti, Tabligh, Taleban, Mujahidin, dan Ikhwa-nul Muslimin.

b) Ekonomi. Globalisasi membawa perubahan ekonomi kepada Negara-negara luar. Proses dan perkembangan globalisasi dipengaruhi dengan proses yang dinamakan pengantarabangsaan ekonomi. ASEAN menubuhkan (AFTA) Sean Free Trade Agreement bagi menghadapi cabaran globalisasi semasa berlakunya krisis ekonomi. Globalisasi memberikan kesan yang mendalam kepada Negara maju dan sedang membangun seperti Negara Malaysia. Kuasa ekonomi juga seperti kuasa menguasai dunia. Penubuhan Kelab Ekskusif , G7 darpada barat yang hanya disetai oleh negara-negara maju. Barat juga menguasai institusi kewangan dunia seperti World Bank IMF dan sebagainya. Mata wang mereka juga digunapakai diseluruh dunia. Kekayaan mereka menunjukkan jurang diantara miskin dan kaya.

c) Politik. Perkembangan politik barat telah lama berlaku, bermulanya penjajahan negara-negara kecil yang baru membangun. Ini member impak secara langsung dalam politik, struktur ekonomi dan nilai sosio-budaya Negaranegara terbabit. Pada akhir penjajahan mereka menggunakan pendekatan baru untuk terus mendominasi politik dunia melalui pendekatan globalisasi. Bagi Negara Islam pula, kebanyakkannya telah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pengaruh. Sungguh pun begitu, pengaruh dan dominasi barat tidak hilang. Contohnya, dalam konteks kebebasan dan hak membuat keputusan terutama dalam hal politik dan keselamatan

bangsa. Terdapat juga banyak isu yang berkaitan antara barat dan tamadun Islam yang menunjukkan ketidakadilan yang berlaku antara tamadun ini. bagaimanapun umat Islam ditindas dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pengaruh barat dalam badan dunia seperti PBB. Melalui pengaruh barat dalam badan dunia ini, kita dapat mengetahui banyak Negara Islam yang teraniaya dan dikenakan pelbagai tindakan seperti sekatan ekonomi, perang, pencabulan hak asasi penguasaan mereka dalam hal politik Negara-negara Islam. d) Sosial. Apabila kita membincangkan sosial dalam konteks kursus ini , kita lebih melihat kepada sosial sebagai satu konsep yang diketengahkan dalam bidang pengajian sosiologi. Pada asalnya sosial adalah satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris , iaitu social. Terdapat dua makna umum bagi penggunaan biasa perkataan sosial dalam bahasa Inggeris ; social atau socialable Dalam kebudayaan dan masyarakat Inggeris, socialable membawa maksud seseorang yang cuba membuat baik dan membuat kawan dengan sesiapa sahaja, orang tersebut dianggap sebagai baik dalam masyakatan Inggeris. Perbuatan ini mempunyai nilai yang agak berbeza dalam masyarakat Melayu yang menganggap orang yang sosial selalunya melampaui batasan-batasan kebudayaan dan oleh yang demikian , orang tersebut dikatakan tidak baik. Di dalam membentuk social dikalangan rakyat Malaysia, terdapat tiga isu yang hangat diperkatakan. Antaranya iaitu ; 1. Pembangunan sosial. Pembangunan sosial merupakanproses khusus yang memberipenekanan kepada manusia dan sistemsosialnya. Wawasan 2020 telah menjadi tunggakpembangunan Malaysia untukmenjadikan negara ini sebuah negaramaju dari segi pembangunan fizikal danpermbangunan moral serta sosial. 2. Isu gejala sosial remaja.

Menurut Dr Sidek Baba, masalah sosial di kalangan remaja bermaknawujdnya krisis kelakuan, tatatertib,maruah dan perbuatan sama adayang berbentuk lahir mahupun batin. Berbagai masalah sosial yang dikenalpasti antarannya ialah seks bebas,lari dari rumah, buang bayi dansebagainya.

3. Isu perpaduan kaum Kerajaan Malaysia telah banyakmerancang bagi mewujudkansuasana aman. Antaranya ialahDasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Kepelbagaian budaya dalam satu-satu masyarakat haruslah diterimasebagai satu hakikat. Hormati budaya kaum lain.

e) Hak Asasi Manusia. Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah. Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik dan agama oleh golongan diraja dan gereja Khatolik Rom pada suatu masa dahulu. Perlu difahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat Amerika Syarikat (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat) , tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan kepada mereka oleh tuhan. Antara hak-hak asasi manusia iaitu ; 1. Hak yang pertama: Kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan hak asasi ini mungkin daripada masalah penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana pihak raja dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan.

2. Hak yang kedua: Kebebasan,bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain. 3. Hak yang ketiga: Mengejar kebahagiaan , sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpul harta. Masyarakat Barat pada waktu dahulu tidak bersetuju dengan kuasa Raja dan kerajaan mereka yang boleh mengenakan sebarang cukai terhadap mereka tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu. Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan lebih menjurus kepada hak individu . Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu. Kepentingan ini menjadi penting hasil daripada penolakan masyarakat Barat terhadap pemikiran kepentingan kumpulan lebih penting daripada kepentingan individu yang diamalkan oleh masyarakat Eropah pada zaman pertengahan Eropah.

B) Krisis Alam Sekitar

Krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia pada waktu kini ada kaitannya dengan dua pemikiran barat yang penting, penguasaan manusia terhadap dunia dan alam sekitar ( humans dominance over nature ) dan manusia yang terbaik akan terus kekal (survival of the fittest). Kedua-dua pemikiran ini muncul daripada satu tafsiran masyarakat Barat terhadap kitab Injil berkenaan manusia dan peranannya di dunia ini. Keadaan yang kita hadapi pada hari ini adalah berpunca daripada keengganan sebahagian daripada masyarakat Barat untuk mengurangkan kegiatan ekonomi mereka ke atas bumi yang membinasakan alam sekitar atas dasar mereka berhak melakukannya. Pemikiran kedua masyarakat Barat yang mempengaruhi krisis alam sekitar adalah pemikiran mereka terhadap survival of the fittest. Mengikut pandangan ini,kita tidak sepatutnya cuba menghalang sesuatu yang sepatutnya ditentukan oleh alam semula jadi. Kejayaan manusia mengatasi alam semula jadi akan membentuk sebuah alam yang lebih sempurna untuk kehidupan manusia. Alam semula jadi yang tidak mampu menandingi pencapaian manusia dianggap tidak cukup kuat dan tidak perlu diselamatkan. Kedua-dua pemikiran Barat terhadap dunia semula jadi dan alam sekitar merupakan sebahagiaan daripada satu pemikiran asas yang menonjolkan manusia sebagai makhluk yang dipilih oleh tuhan untuk menguasai dunia ini. Alam persekitaran dan makhluk-makhluk lain yang mendiaminya tidak penting bagi masyarakat Barat. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil berat tentang aspek menjaga alam sekitar supaya keseimbangan dapat di kekalkan. Masyarakat sekarang perlu lebih peka dan saling menjaga persekitaran alam sekitar. Sekiranya kita tidak dapat menjaga alam sekitar berlakulah pembalakkan haram yang berleluasa, pembakaran hutan, dan penggondolan bukit bukau. Ini akan menyebabkan banyak keburukan kepada manusia.

C) Persepsi Jihat. Jihad adalah satu konsep agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya , jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.Mereka menganggap bahawa jihad sebagai perbuatan pengganas yang cuba mendapatkan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Masyarakat Barat menekankan nilai menjaga kehidupan anggota masyarakatnya daripada terkorban. Nilai ini menekankan kepentingan kehidupan di dunia ini. Ia berbeza daripada nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini untuk hidup di dunia akhirat. Masyarakat barat sukar menerima nilai agama Islam terhadap kehidupan di dunia ini. Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran agama Islam yang bersifatdogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikuti kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya). Kesanggupan berjihad merupakan satu kesanggupan yang berdasarkan kepercayaan tanpa bukti nyata. Masyarakat Barat kini lebih senang menerima falsafah sains di mana mereka hanya percaya kepada perkara-perkara yang boleh dibuktikan secara nyata. Kesanggupan berjihad dilihat oleh masyarakat Barat sebagai sesuatu yang tidak boleh dibuktikan kebenaran dan oleh yang demikian tidak benar. Masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuatan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun ( civilized) bagi mereka cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses pendamaian diplomasi.

D) Etika Dalam Sains.

Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat dengan pemikiran Barat terhadap sains dan peranannya untuk menolong manusia memahami dunia di sekeliling mereka. Etika dalam sains berasaskan kepada satu falsafaah teras , iaitu kaedah kajian sistematik yang menggunakan sukatan mutlak. Falsafah ini menganggap bahawa semua perkara mampu dikaji oleh manusia menggunakan sukatan mutlak. Untuk membolehkan pengetahuan sains terus berkembang , etika dalam penyelidikan sains tertumpu kepada kaedah-kaedah dalam sesuatu kajian tersebut. Semua kajian perlu dijalankan di dalam keadaan yang terkawal. Seorang pengkaji mempunyai satu idea bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dan membuat kajian untuk membuktikan sama ada idea tersebut ( dikenali dengan nama hipotisis) benar atau tidak . Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajiankajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu. Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk memastikan kajian-kajian tersebut berjalan tanpa gangguan yang boleh memudaratkan kesahihan hasil penyelidikan itu.

E) Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan Negara.

Masalah terbesar yang dihadapi oleh Malaysia ataupun mana-mana Negara lain di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat Barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Kita perlu faham bahawa tidak semua nilai masyarakat Barat baik untuk kita, dikhuatiri adalah kemasukan sebahagian daripada nilai masyarakat Barat yang mungkin tidak sesuai untuk masyarakat tempatan. Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilainilai ini boleh berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan ( dan kebudayaannya) yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi yang sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari ini. Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru bergerak hamper tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai (kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada. Masalah yang perlu tetapi sukar untuk dihadapi adalah mengubah sistem nilai yang sedia ada supaya ia sentiasa relevan dengan keadaan dunia sekarang dan pada waktu yang sama memastikan semua anggota dalam masyarakat dapat mengikuti perubahan-perubahan yang berlaku. Inilah masalah yang dihadapi bukan hanya oleh masyarakat Malaysia, tetapi juga oleh semua masyarakat di dunia ini.

KESIMPULAN Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja. Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lainlain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas. Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.

1. www.scribd.com/doc/6510075/Bab-6-Hegemoni-Barat-Dan-Globalisasi 2. www.Cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab-7.html 3. www.isu-semasa-malaysia.blogspot.com 4. www.Kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-Malaysia 5. www.freewebs.com/.../partipolitik.htm 6. Azman Ab Rahman, Musshadad Hasbulah, Najwa Hayati Mohd Alwi, Pusat Pengajian Umum, Universiti Islam Sains Malaysia, 2007. 7. Khoo Kay Kim, dan Alias bin Mohammed, Masalah Sosial dan Politik Di Malaysia, Kuala Lumpur : Gateway, 1937

Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana member peluang kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada para pensyarah En. Azman yang banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. tidak dilupakan kepada rakan-rakan kerana membantu dalam menyiapkan kerja kurus ini. setelah siapnya tugasan ini, saya mendapat banyak pengetahuan tentang sejarah ketamadunan. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengalaman yang saya perolehi. Antaranya, dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan, dapat berinteraksi dengan pensyarahdan rakan-rakan dengan lebih rapat dan dapat menjadikan diri saya lebih bersistematik dalam menjalankan tugas. Terdapat juga cabaran- cabaran yang perlu ditempuhi oleh saya iaitu, dalam mendapatkan maklumat melalui internet, buku-buku, melalui pensyarah dan juga rakan-rakan. Dengan adanya cabaran-cabaran ini, banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi. Oleh yang dekimian, dengan adanya kerja kursus ini, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

BIL.

PERKARA

NAMA

T/TANGAN

1.PENGENALAN ISU-ISU KONTEMPORARI MEDIA EKONOMI POLITIK SOSIAL HAK ASASI MANUSIA 2.KRISIS ALAM SEKITAR 6 3.PERSEPSI JIHAT 7 4.ETIKA DALAM SAINS 8

1-5

5.KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI 9 6.KESIMPULAN 7.RUJUKAN 8.REFLEKSI 9.BORANG BOLABORASI 13 10. LAMPIRAN 14 10 11 12

Anda mungkin juga menyukai