Anda di halaman 1dari 19

http://wifecintabgaku.blogspot.com/2011/11/model-assure-teknologi-pendidikan.html Model ASSURE teknologi pendidikan Pendidikan adalah asas utama dalam pembangunan sesebuah negara.

Justeru itu, pengurusan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus dipertingkatkan untuk memastikan seseorang guru itu dapat mencapai kompetensi dalam pengajarannya. Pengajaran merupakan kegiatan-kegiatan tersusun yang dibuat khusus untuk murid-murid dengan tujuan membawa perubahan kedalam diri mereka. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh guru haruslah bertujuan membawa pengetahuan baru, mengubah kepercayaan dan dapat mengubah tingkah laku. Oleh sebab itu, pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (1991) telah membahagikan model-model itu kepada tiga tumpuan iaitu model berorientasikan bilik darjah, model berorientasikan produk dan juga model berorientasikan sistem. Model reka bentuk berorientasikan bilik darjah merupakan reka bentuk pengajaran berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Contoh reka bentuk pengajaran jenis ini adalah Model ASSURE. Model ASSURE telah digubal oleh Heinich dan rakan-rakan pada tahun 1982 yang bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia lebih berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukannya merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Pada tahun 2002, model ini sekali lagi telah mengalami perubahan. Heinich dan rakan-rakan telah menggariskannya kepada enam langkah. A- Analyse learner (Analisis pelajar) S- State objective (nyatakan objektif) S- Select method, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U- Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R- Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E- Evalute and revise (Nilai dan semak) Rajah 1: Enam langkah Model ASSURE Langkah pertama di dalam Model ASSURE adalah Analyse learner (Analisis pelajar). Di dalam Model ASSURE, analisis bermaksud mengetahui ciri-ciri pelajar. Adalah amat sukar untuk menganalisis ke semua ciri pelajar yang ada. Namun terdapat tiga perkara penting semasa menganalisis pelajar di dalam model ASSURE ini iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus peringkat masuk dan stail pembelajaran. Dalam proses menganalisis pelajar guru perlu mengenalpasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, tahap atau tingkatan, bakat gaya pembelajaran petempatan seperti daerah atau kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi samada semasa hari pertama persekolahan dalam sesi suaikenal, pemerhatian sepanjang proses pengajaran pembelajaran ataupun daripada rekod pelajar yang sedia ada disekolah. Maklumat-maklumat yang diperolehi ini boleh dijadikan asas dalam pemilihan media

dan bahan. Sebagai contoh, bagi murid yang datang daripada sosio ekonomi yang rendah penggunaan multimedia seperti gambar-gambar di dalam power point dapat menarik minat mereka tetapi tidak pada pelajar yang datang daripada sosio ekonomi yang baik. Ini kerana pelajar yang datang daripada sosio ekonomi yang rendah kurang menggunakan multi media dan adakalanya tidak pernah melihatnya berbanding dengan pelajar yang datang daripada sosio ekonomi yang baik. Bagi pelajar yang datang daripada sosio ekonomi yang baik, penggunaan media yang berunsur mainan atau hiburan lebih memberangsangkan. Sebagai contoh mainan seperti puzzle atau hiburan seperti simulasi. Seandainya didalam sebuah bilik darjah mempunyai pelajar yang bercampur samada dari segi sosio ekonomi atau tahap kecerdasan aktiviti seperti didik hibur adalah amat sesuai. Kompetensi khusus peringkat masuk pula adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar mengenai tajuk dan isi pelajaran. Pengetahuan sedia ada pelajar ini termasuklah pengalaman atau pemahaman yang diperolehi hasil daripada penceritaan atau pembacaan pelajar itu sendiri. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid akan dapat membantu guru dalam penyediaan yang lengkap dan lebih sistematik dalam proses pengajaran pembelajaran. Guru boleh memperolehi dan mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada murid daripada ujian ataupun interaksi bersama mereka. Sebagai contoh didalam sebuah bilik darjah, tidak kesemua murid telah atau pernah mendengar perkataan merangkak. Tetapi semua murid pasti pernah melihat seorang bayi merangkak. Justeru itu sebelum mengarahkan murid untuk membina ayat daripada perkataan merangkak guru perlu terlebih dahulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Seandaianya terdapat murid yang tidak mengetahui maksud perkataan tersebut guru hendaklah menunjukkan gambar atau membuat pergerakan merangkak dihadapan kelas samaada guru yang melakukannya atau murid yang diarahkan. Oleh yang demikian, mengetahui pengetahuan sedia ada murid amatlah penting sebelum guru beralih kepada langkah seterusnya. Stail bermaksud gaya atau cara. Maka stail pembelajaran seseorang merujuk kepada gaya atau cara pembelajarannya itu sendiri. Mengikut ahli psikologi mahzab kognitif, gaya pembelajaran merupakan pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan idea yang sebenar. Paterson (1971), mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang digemari oleh seseorang murid semasa belajar. Manakala slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran dan menyatakan sebagaimana murid-murid mempunyai personaliti yang berbeza, sama jugalah mereka mempunyai pelbagai cara belajar. Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan bahawa stail pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza. Justeru itu guru hendaklah menganalisis pelajar terlebih dahulu sebelum menyediakan instrumen pengajaran. Apatah lagi kelas yang mempunyai ramai murid dan datang daripada keluarga dan latar belakang yang berbeza. Menurut Murnford dan honey (1986), gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. Pelajar yang belajar jenis aktivis biasanya seorang yang suka melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri pelajar ini adalah mempunyai sikap yang tidak sabar dan tindakannya tergesa-gesa, mempunyai naluri ingin tahu yang

tinggi dan berfikiran terbuka. Mereka juga lebih berminat melibatkan diri dalam latihan amali aktiviti kokurikulum terutamanya yang berkaitan sukan dan permainan. Oleh itu kaedah dan teknik yang sesuai digunakan adalah ikuiri penemuan, penyelesaian masalah dan simulasi. Memerhati, memikir dan membuat refleksi adalah orang yang mengamalkan gaya pembelajaran reflektif. Antara ciri-ciri pelajar ini ialah mereka suka berfikir tentang alam sekitarnya, berfikir secara kritis dan kreatif dan sentiasa berhati-hati. Murid sangat berminat belajar mengenai bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek. Kaedah dan teknik yang sesuai digunakan oleh guru adalah projek atau perbincangan. Bagi gaya pembelajaran teoris pula, murid lebih suka kepada fakta dan prinsip. Mereka suka kepada pengajaran yang mempunyai arahan yang lengkap. Pelajar ini suka kepada matapelajaran sains dan matematik. Perbincangan dan mengumpul data adalah kaedah yang terbaik digunakan bagi pelajar ini. Bagi gaya pembelajaran pragmatis pula pelajar lebih bersifat praktikal dan lebih kepada hakikat sebenar daripada teori. Ciri-ciri murid ini adalah suka kepada kebenaran dan berpijak di bumi nyata dan suka menggunakan bahan-bahan konkrit dalam pembelajaran. Justeru itu, kaedah yang sesuai adalah pemusatan bahan dan menggunakan carta dan gambarajah. Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan bahawa murid sememangnya mempunyai gaya pembelajaran yang yang berlainan dan berbeza. Peranan guru adalah amat penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Menurut Slavin (1994) gaya pembelajaran boleh di golongkan dalam dua kategori iaitu gaya pembelajaran bergantung dan gaya pembelajaran tidak bergantung. Gaya pembelajaran bergantung adalah murid mengutamakan bidang kognitif dalam semua pola dan menerimanya secara menyeluruh. Ciri-ciri murid ini mereka akan menerima pendapat yang bersifat umum, sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain, suka dibimbing oleh orang yang disanjungi, mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar tanpa menyoal. Murid ini lebih suka belajar bersama rakan sebaya dan kumpulan kecil. Kaedah yang sesuai adalah aktiviti berkumpulan. Manakala gaya pembelajaran tidak bergantung pula, pelajar amat mementingkan analisis bahagian secara terperinci. Ciri-ciri murid ini suka mengamati sesuatu perkara secara analitik. Mereka kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran daripada rakan yang lain. Mereka lebih gemar belajar secara individu untuk menyelesaikan masalah. Kaedah yang sesuai adalah inkuiri penemuan, uji kaji dan penyelesaian masalah. 1. Murid (Audience) dapat memadankan (Behavior) 5 gambar (Degree) dengan perkataan (Condition) yang betul. 2. Murid (Audience) dapat menyebut dan membunyikan (Behavior) 5 perkataan (Degree) berdasarkan gambar (Condition) yang ditunjukkan dengan betul. 3. Murid (Audience) dapat mencerakinkan (Behavior) 5 perkataan (Degree) menjadi suku kata KV+KV (Condition) dengan betul. 4. Murid (Audience) dapat membina (Behavior) 5 frasa (Degree) berdasarkan gambar (Condition) dengan betul. Rajah 2: Objektif pengajaran berdasarkan format ABCD

Langkah kedua di dalam Model ASSURE adalah menyatakan objektif. Objektif pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terdiri daripada ABCD iaitu Audience-subjek, Behaviorkelakuan (kata kerja), Condition-bahan dan Degree-kriteria yang menjadi pengukuran. Objektif pengajaran adalah apa yang harus dicapai oleh murid sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Apa yang harus diingat oleh seorang guru, objektif pembelajaran bukan bertujuan untuk menyekat pelajar belajar tetapi ia adalah hasil yang harus dapat diperolehi oleh pelajar daripada pengajaran yang disampaikan. Apabila merancang aktiviti, ia hendaklah aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif. Oleh yang demikian guru hendaklah tahu bagaimana aktiviti yang dapat mendorong murid untuk mencapai objektif pembelajaran, samada daripada aktiviti, komunikasi ataupun lembaran kerja. Selain itu apa yang harus diambil kira oleh guru semasa penulisan objektif ia hendaklah memperlihatkan sesuatu yang boleh diukur. Apabila menyebut sesuatu yang boleh diukur ia lebih tepat sekiranya mempunyai ciri-ciri ABCD. Audiens adalah siapa yang harus mencapai objektif pengajaran. Ini sudah jelas menunjukkan audiens adalah penerima kepada isi pelajaran. Sebagai contoh murid dapat memadankan 5 gambar dengan betul. Murid adalah penerima iaitu audiens. Behavior pula adalah kelakuan yang ditunjukkan dalam kata kerja seperti memadankan, membunyikan, menyebut, mencerakinkan dan membina. Manakala Conditions pula adalah sesuatu bahan yang digunakan untuk membantu bagaimana objektif itu dapat dicapai, sebagai contoh perkataan, gambar dan suku kata. Bagi Degree pula ia lebih kepada pengukuran keberhasilan yang dapat dicapai oleh murid, seperti dapat memadankan 5 gambar dengan betul ataupun dapat menyebut dan membunyikan 5 perkataan dengan betul. Justeru itu, objektif secara langsung dapat menunjukkan apakah kaedah, media dan bahan yang harus digunakan semasa proses pengajaran pembelajaran. Langkah ketiga didalam Model ASSURE adalah pilih kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah didalam pengajaran amat penting. Ini kerana kaedah yang sesuai akan dapat memastikan pencapaian objektif. Saya telah memilih empat kaedah iaitu kaedah didik hibur, kaedah perbincangan, kaedah simulasi dan kaedah pengulangan. Kaedah didik hibur yang saya gunakan ialah nyanyian. Saya memilih nyanyian kerana, murid saya sangat gemar menyanyi. Dalam nyanyian isi pelajaran lebih mudah untuk disampaikan, apatah lagi menggunakan ayat yang pendek murid dapat mengingatinya dalam jangka masa yang panjang. Nyanyian ini dijalankan mengikut kumpulan dengan cara bersoal jawab dan berganti-ganti. Tujuannya adalah untuk melibatkan semua ahli dalam setiap kumpulan. Secara tidak langsung kaedah ini telah dapat menarik perhatian murid untuk sama-sama dalam isi pelajaran yang seterusnya. Kaedah yang kedua adalah kaedah simulasi. Terdapat dua jenis kaedah simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan. Sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang mempunyai dialog dan jalan cerita yang ditentukan. Manakala main peranan pula adalah lakonan spontan tanpa skrip. Saya telah memilih kaedah simulasi main peranan. Saya memilih main peranan kerana ia lebih memperlihatkan adakah murid telah memahami maksud perkataan, secara tidak langsung saya dapat membuat penilaian, adakah objektif pembelajaran saya telah tercapai atau tidak. Murid akan dipilih secara rawak bagi setiap kumpulan. Murid akan melakonkan aksi mengikut kad perkataan yang

ditunjukkan oleh guru secara sembunyi sebagai contoh, bola- murid akan beraksi seperti menendang bola. Murid lain akan meneka lakonan sekiranya tekaan betul guru akan menunjukkan benda maujud. Murid akan mengeja perkataan dan membunyikan frasa yang telah dibina tadi. Secara tidak langsung kaedah pengulangan telah berlaku. Media bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara.Kemp dan Smellie (1994) mendefinisikan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan yang berfunsi di dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Justeru itu, saya telah memilih dua jenis media bagi rancangan pengajaran saya iaitu audio lagu dan power point. Audio lagu dimainkan terlebih dahulu sebelum murid menyanyi. Ia bertujuan untuk membantu murid membina idea semasa menyanyi lagu mengikut muzik goreng pisang. Ini kerana tidak semua murid pernah mendengar lagu goreng pisang. Power point pula digunakan untuk memberi panduan bagaimana murid hendak mencerakinkan perkataan menjadi suku kata. Caranya adalah, guru akan menunjukkan perkataan sebagai contoh roti, murid akan mengeja perkataan ro terlebih dahulu dan seterusnya ti. Maka dengan ini secara tidak langsung murid telah mencerakinkan perkataan. Power point ini bertujuan untuk memberi gambaran bagaimana murid hendak mencerakinkan perkataan di dalam lembaran kerja. Tujuan media pengajaran ini digunakan adalah untuk memperjelaskan penyampaian dan dapat mengatasi batasan ruang waktu dan pancaindera. Mengikut kamus dewan edisi keempat bahan adalah sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Oleh yang demikian bahan pengajaran adalah sesuatu atau beberapa bahan yang digunakan untuk membantu proses pengajaran. Ia melibatkan apa jua benda yang digunakan dan akan dipanggil bahan. Justeru itu, saya telah menggunakan empat bahan didalam pengajaran iaitu carta gambar, kad perkataan, kad gambar, carta gambar dan perkataan, lembaran kerja dan benda maujud. Kad gambar yang digunakan bertujuan untuk memberi gambaran awal dan merangsang pelajar untuk menamakan objek pada gambar. Kad perkataan pula bertujuan untuk memudahkan murid melakukan aktiviti secara berkumpulan. Selain itu juga, murid dapat membaca perkataan sambil dibimbing oleh rakan sebaya. Benda maujud seperti bola, buku dan roti bertujuan agar murid dapat menyentuh dan mengukuhkan lagi kefahaman mereka mengenai objek yang terdapat dalam gambar. Langkah ke empat di dalam Model ASSURE adalah menggunakan media dan bahan. Di dalam satu rancangan pengajaran ia mesti mempunyai lebih daripada satu kaedah, media dan bahan yang digunakan. Penggunaanya juga adalah berbeza pada setiap langkah pengajaran. Sebagaimana rancangan yang telah saya sediakan, pada set induksi saya telah memilih kaedah didik hibur, media audio lagu dan bahan pula adalah kad gambar dan carta gambar. Dalam set induksi, saya akan memastikan murid berada di dalam kumpulan yang mempunyai murid pelbagai kecerdasan. Ia bertujuan agar murid cerdas dapat membimbing rakannya. Setiap kumpulan akan diberikan kad gambar. Murid akan mendengar audio lagu terlebih dahulu. Lagu akan dimulakan oleh kumpulan A dan diikuti oleh kumpulan B, C dan D. Semasa murid mengajukan soalan, seorang daripada ahli kumpulan

akan menunjukkan gambar dan ahli kumpulannya pula akan membuat bentuk objek tersebut. Manakala kumpulan yang menjawab pula ahlinya boleh datang hampir kearah kumpulan yang menyoal tadi sambil menunjukkan ke arah gambar. Selepas menyanyi, murid akan menamakan objek yang terdapat didalam carta gambar. Secara tidak langsung murid telah bergerak dan mewujudkan suasana yang menghiburkan. Pada langkah 1 pula, saya memilih bahan kad perkataan, kad gambar dan lembaran kerja. Masih didalam kumpulan murid akan meletakkan gambar tadi di atas meja. Murid diberikan kad perkataan dan murid dikehendaki mencari kad gambar yang sepadan pada meja kumpulan lain. Semua ahli dalam kumpulan hendaklah bersama-sama mencari kad gambar yang sepadan. Apabila menemui kad gambar yang sepadan dengan kad perkataan murid dikehendaki membunyikan perkataan sambil menunjukkan kad perkataan dan kad gambar. Kumpulan yang membunyikan perkataan terlebih dahulu dan cukup ahlinya dikira pemenang. Aktiviti ini melibatkan semua murid didalam kumpulan dan menyebabkan murid akan berlari-lari anak untuk mencari padanan gambar yang betul. Murid akan menjawab lembaran kerja memadankan gambar dengan perkataan. Pada langkah ke dua pula, media yang digunakan adalah power point dan bahannya pula lembaran kerja dan carta gambar dan perkataan. Murid melihat power point sambil mengeja perkataan yang ditunjukkan. Apabila murid mengeja secara tidak langsung murid telah mencerakinkan perkataan. Secara individu murid dikehendaki menjawab lembaran kerja mencerakinkan perkataan. Setelah murid selesai menjawab lembaran kerja, guru menunjukkan jawapan yang betul melalui power point. Murid yang salah akan mendapat bimbingan secara langsung dari guru. Semua murid menamakan gambar dan mengeja perkataan pada carta gambar dan perkataan. Pada langkah yang ke tiga, kaedah yang digunakan perbincangan dan bahan adalah lembaran kerja. Murid didalam kumpulan akan berbincang untuk membina frasa berdasarkan gambar. Setiap ahli didalam kumpulan akan diberi peluang untuk menulis jawapan. Pada masa ini murid yang cerdas akan membimbing rakan yang kurang cerdas. Bimbingan rakan sebaya berlaku pada masa ini. Kumpulan akan membacakan hasil jawapan di hadapan kelas. Bagi kumpulan yang salah guru akan membuat bimbingan secara perbincangan kelas. Guru akan memberi peneguhan kepada kumpulan yang memberi jawapan yang betul. Pada langkah terakhir iaitu penutup, kaedah yang digunakan simulasi dan bahannya pula kad perkataan dan benda maujud. Setiap kumpulan akan memilih seorang ahli sebagai wakil kumpulan. Wakil kumpulan akan melakonkan satu gambaran daripada kad perkataan yang ditunjukkan oleh guru secara sembunyi. Murid akan meneka lakonan yang ditunjukkan. Apabila jawapan yang diberikan oleh murid betul guru akan mengarahkan semua murid mengeja dan menyebut frasa yang telah dibina. Guru juga akan menunjukkan dan memberikan kepada murid benda maujud. Bagi paku dan cili pula guru hanya menunjukkan kad gambar. Aktiviti ini akan mengukuhkan pengetahuan murid kerana murid telah dapat meneka, mengeja, membunyikan dan menyentuh objek yang sebenar. Secara tidak langsung pencapaian objektif pembelajaran juga dapat diketahui.

Langkah ke lima ialah mendorong penglibatan pelajar. Penglibatan pelajar mestilah secara aktif. Pada kebiasaanya pembelajaran aktif ini berlaku semasa aktiviti berkumpulan. Ini kerana ia melibatkan keseluruhan murid didalam kelas. Kaedah yang digunakan juga hendaklah pelbagai. Kaedah didik hibur, simulasi, perbincangan dan pengulangan adalah kaedah yang dapat mewujudkan pembelajaran aktif. Kaedah ini bukan sahaja dapat melibatkan keseluruhan murid tetapi ia juga dapat membuatkan murid mudah untuk mengingat apa yang telah dipelajari. Tambahan pula bagi murid tahap satu kata ini sangat berkesan, saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya lakukan dan saya faham. Jelaslah murid lebih ingat dan faham apa yang telah mereka lihat dan buat berbanding dengan apa yang mereka dengar. Langkah yang keenam adalah nilai dan semak. Buku education Evaluation and Decision Marking yang ditulis oleh D.Stuffflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Justeru itu, saya menilai murid didalam pengajaran saya adalah dengan cara pemerhatian tingkah laku, soal jawab secara lisan dan memeriksa lembaran kerja. Pemerhatian tingkah laku dapat dilihat dengan jelas semasa aktiviti simulasi. Soal jawab secara lisan telah saya gunakan semasa set induksi lagi. Selepas murid menyanyikan lagu saya telah bertanya apakah nama gambar yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan. Lembaran kerja yang saya gunakan juga bertujuan untuk menilai hasil dapatan murid. Sebelum saya menjalankan pengajaran saya juga telah menilai kaedah, media dan bahan yang saya gunakan agar dapat membantu murid untuk mencapai objektif. Semasa pengajaran pula saya memastikan murid dapat sesuatu pengetahuan baharu dengan mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid. Selesai pengajaran saya dapat melihat perubahan tingkah laku murid dimana murid telah beraksi dengan pelbagai gaya yang ditunjukkan kepada rakan untuk menyampaikan mesej pada perkataan. Secara kesimpulannya, persembahan guru dari segi penyampaian telah dapat menguasai murid. Apatah lagi kaedah-kaedah yang di gunakan telah menarik minat murid untuk sama-sama mengikuti isi pelajaran hingga ke akhirnya. Penggunaan media dan bahan yang pelbagai juga telah membuatkan murid sangat aktif. Secara keseluruhannya murid terlibat didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Objektif pembelajaran juga tercapai dimana pada langkah penutup keseluruhan murid dapat mengeja perkataan, menyebut frasa dan menyatakan pergerakan rakan yang secara simboliknya menunjukkan murid tahu dan faham maksud perkataan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan guru sangat berkesan. http://shaifulbahri66.blogspot.com/2012/10/model-assure.html 2.0 Model ASSURE

Model ASSURE ini dipelopori oleh Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982. Ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan media. Dalam menghasilkan Reka Bentuk Pengajaran yang baik, model ASSURE yang

terbaru, iaitu perubahan pada tahun 2002 digunakan. Model ASSURE ini mengandungi enam langkah yang perlu diikuti iaitu : A - Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S - State Objective ( Nyatakan Objektif ) S - Select Method, Media and Materials ( Pilih Kaedah, Media dan Bahan ) U Utilise Media and Materials ( Gunakan Media dan Bahan ) R Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E - Evaluate and Revise ( Nilai dan Semak ) 3.0 Bagaimana Guru Melaksanakan Model ASSURE

Bagaimanakah seseorang guru itu boleh melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan model ASSURE? Berikut merupakan keterangan dan penjelasan beserta contoh bagaimana seseorang guru itu boleh mengaplikasikan enam langkah yang perlu diikuti oleh guru dalam melaksanakan model ASSURE di dalam bilik darjah. 3.1 Analisis Pelajar

Guru hendaklah menganalisis pelajar terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajarannya .Tiga perkara penting untuk menganalisis pelajar ialah : (a) Ciri-ciri Umum Guru hendaklah mengetahui ciri-ciri umum mengenai pelajar-pelajarnya. Ia merupakan huraian umum tentang umur, tahap atau kelas, latar belakang sosio ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, guru dapat menjadikannya asas kepada pemilhan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru hendaklah berinteraksi secara langsung dengan pelajar dan meneliti rekod mereka. Sebagai contoh analisis pelajar dari segi ciri-ciri umum ialah guru mengetahui sama ada pelajarnya daripada keluarga kaya atau miskin, pekerjaan penjaganya atau kemudahan belajar yang ada di rumah mereka. Analisis ini akan membantu guru dalam melaksanakan pengajarannya atau dalam penggunaan kaedah serta penyediaan media dan bahan semasa mengajar. (b) Kecekapan Murid Kecekapan murid berkaitan dengan pengetahuan sedia ada atau kemahiran murid tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Aspek ini tidak arus diambil ringan kerana, jika tersilap maka akan mendatangkan masalah yang sangat besar kepada murid. Tegasnya, guru tidak harus mengandaikan semua murid mempuyai semua pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang sama. (c) Gaya Pembelajaran

Membawa maksud cara seseorang murid itu belajar. Menurut ahli psikologi Kluster Trait berpendapat ia berkait dengan seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindakbalas dengan persekitaran. Gaya pembelajaran ini akan memberi kesan yang besar kepada murid ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media seperti verbal, logical, visual, muzikal dan berstruktur. 3.2 Nyatakan Objektif

Sebelum seseorang guru melaksanakan pengajarannya, dia seharusnya menentukan dan menyatakan objektif pelajaran terlebih dahulu. Penyataan objektif pelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar tetapi ia merupakan tahap minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh murid dalam pengajaran seseorang guru. Pembelajaran bermakna perubahan atau pembaharuan. Oleh itu, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Contoh objektif adalah seperti berikut : Kumpulan A: Murid dapat menulis ayat yang betul berdasarkan gambar. Kumpulan B : Murid dapat melengkapkan ayat berdasarkan gambar. Kumpulan C : Murid dapat menyusun perkataan menjadi ayat yang betul berdasarkan gambar Saya berpendapat seseorang guru itu dianggap berjaya sekiranya objektif yang dinyatakan dapat dicapai di akhir pengajarannya. Dengan adanya penyataan objektif pengajaran guru tidak akan tersasar atau terkeluar daripada apa yang dirancang dan dinyatakan di dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. 3.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Seseorang guru mestilah bijak dalam memilih kaedah, media dan bahan dalam pengajarannya. Kejayaan dan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid bergantung kepada pelbagai kaedah, media dan bahan yang dipilih dan diaplkasikan dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang tepat dan berkesan akan menarik minat murid untuk belajar. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah kontektual dalam set induksi pengajarannya. Guru menunjukkan gambar tunggal sebuah keluarga yang sedang berkelah. Murid menyatakan situasi dalam gambar tersebut. Kaedah kontektual membolehkan murid mengaitkan pengetahuan sedia ada atau pengalaman hidup mereka dengan gambar berkelah. Kaedah kontektual ini akan menarik minat murid untuk belajar dan menambahkan rasa ingin tahu mereka terhadap pengajaran guru. Mereka akan terus menunggu dengan penuh minat dan pengajaran dapat disampaikan dengan mudah oleh guru kerana murid tekun belajar. Guru juga perlu bijak memilih media yang sesuai dalam pengajarannya. Media pengajaran yang dipilih adalah sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat dan perhatian pelajar serta dapat membentuk proses pembelajaran. Menurut Ngui Kuan Sang (1989) berpendapat ia adalah satu

pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Contoh pemilihan media yang baik dan tepat dalam pengajaran seseorang guru ialah menggunakan perisian video dalam komputer. Guru hendak menunjukkan jenis-jenis haiwan yang bertelur atau beranak. Melalui media video gambar haiwan yang sedang bertelur atau beranak boleh ditunjukkan kepada murid. Gambaran yang jelas dan tepat dapat menarik minat murid belajar dan memberi pengetahuan yang berkekalan kepada mereka.. Murid menjadi mudah faham dan pengajaran menjadi lebih berkesan.

Bahan yang baik dan mudah dibawa ke dalam kelas juga penting kepada guru. Guru yang bijak akan menghasilkan bahan yang boleh digunakan sama ada oleh murid atau guru dengan mudah dan cepat. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. 3.4 Gunakan Media dan Bahan Langkah seterusnya dalam model ASSURE ialah mnggunakan media dan bahan dalam pengajaran guru. Ini merupakan tahap yang amat penting. Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang kritikal kerana walaupun secanggih atau sehebat mana media yang dihasilkan, jika tidak digunakan dengan berkesan akan mencacatkan proses sesuatu pengajaran. Media dan bahan yang digunakan merupakan bahan bantu mengajar guru. Penggunaan bahan tersebut dapat membantu guru mempercepatkan pemahaman murid dan objektif pelajaran dapat dicapai dengan berkesan. Contoh penggunaan media dan bahan yang dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajarannya ialah menggunakan radio dan alat pembesar suara untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Murid mendengar radio untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang dapat dinyatakan dengan jelas dan tepat menandakan murid boleh mendengar dan bertutur dengan baik. Penggunaan radio dan alat pembesar suara dapat membantu guru dalam proses pengajaan dan dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. 3.5 Dorong Penglibatan Pelajar Guru hendaklah mendorong pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana ia menunjukkan bahawa proses pembelajaran telah belaku. Pelbagai aktiviti boleh diaplikasikan oleh guru untuk mendorong pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti perbincangan. Guru hendaklah mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru benarkan mereka supaya duduk dalam kumpulan. Sediakan kad-kad untuk membolehkan pelajar mencatat idea atau pendapat mereka. Beri mereka peluang untuk menyatakan pendapat yang telah dibincangkan. Memberi motivasi dan pujian jika jawapan pelajar adalah betul. Manakala jika jawapan mereka salah, usah diperlekehkan atau dihina tetapi beri galakan untuk memperbaiki ke arah yang lebih baik. Dorongan dan galakan yang baik dapat mendorong pelajar unuk belajar dan memberi tumpuan kepada pelajaran. 3.6 Nilai dan Semak Langkah terakhir yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam pengajarannya berdasarkan model ASSURE adalah menilai dan menyemak. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah membuat penilaian untuk mengukur keberkesanan alat atau bahan media secara menyeluruh. Penilaian ialah proses yang berterusan dan dibuat sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Contoh menilai dan menyemak sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran ialah guru memastikan kaedah, alat atau media yang digunakan sesuai dengan murid. Kaedah nyanyian misalnya sebagai set induksi amat sesuai untuk murid tahap 1. Radio dan kaset digunakan sebagai bahan dan

media untuk melengkapkan set induksi pengajaran guru. Penilaian dan penyemakan yang dibuat sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran melancarkan proses belajar. Contoh menilai dan menyemak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru memastikan bahan dan media dapat digunakan dengan sempurna dalam semua aktiviti yang dirancang. Misalnya memastikan semua komputer yang digunakan oleh semua kumpulan murid berfungsi dengan baik dan murid dapat mencatat isi-isi penting hasil perbincangan mereka dalam kumpulan tanpa apa-apa masalah. Manakala contoh menilai dan menyemak selepas sesi pengajaran dan pembelajaran pula ialah guru memberi markah atau gred kepada hasil kerja murid. Misalnya guru menilai dan menyemak latihan yang diberi dalam bentuk lembaran kerja atau buku latihan kepada murid. http://zekzana.blogspot.com/p/bahasa-melayu.html MODEL ASSURE : APLIKASI DALAM RANCANGAN PENGAJARAN PENDAHULUAN Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi ( Heinich, Melinda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996 ). Model ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku. Model ini mempunyai enam langkah : Rajah 1 : Model ASSURE Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne ( 1985 ) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat peringkat. Peringkat peringkat berkenaan adalah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Tarik perhatian pelajar. Beritahu objektif pembelajaran. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pengajaran dan pembelajaran. Bimbing pembelajaran pelajar. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. Taksir pencapaian pelajar.

9.

Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran secara memanfaatkan

penggunaan media. Menurut Smaldino, Russell, Heinich dan Molenda ( 2005 ) model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambil kira media dan teknologi. Ringkasnya, model ini menekankan pembangunan courseware yang sesuai di bilik darjah. PELAKSANAAN MODEL ASSURE DALAM PENGAJARAN PENGENALAN Saya mengajar di sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, Gred B. Jumlah murid di sekolah saya ialah 100 orang termasuk murid prasekolah. Saya merupakan guru yang dipertanggungjawabkan mengajar matapelajaran matematik bagi murid tahun 1 Pandai. Murid saya berjumlah 10 orang tersebut mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M tahap sederhana. Oleh itu saya berpendapat rekabentuk model Assure sangat sesuai untuk digunakan dalam proses merancang pengajaran dan pembelajaran ( p&p ). Pemilihan model ini dapat membantu saya merancang pengajaran dengan rapi dan tersusun supaya p&p berlaku dengan tersusun dan menghasilkan pembelajaran yang berkesan di kalangan murid murid saya. LANGKAH LANGKAH PENGAJARAN MODEL ASSURE 1. A Analyze learners ( menganalisis pelajar ) Langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah menganalisis setiap murid di dalam kelas 1 Pandai supaya saya dapat mengenali dan memahami tahap pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran mereka. Saya telah menganalisis ciri ciri umum seperti jantina, bakat, gaya pembelajaran, budaya, latar belakang keluarga dan taraf ekonomi keluarga murid saya. Ciri ciri umum yang saya perlukan ini saya perolehi semasa sesi suai kenal antara guru dan murid pada minggu orientasi murid tahun satu di awal sesi persekolahan. Selain itu, maklumat maklumat yang diperlukan telah diperolehi melalui proses p&p, temubual dengan ibu bapa dan penjaga, guru kelas dan guru matapelajaran yang lain. Antara ciri ciri yang diperolehi ialah : 1. Tingkahlaku dan emosi Cepat bosan terhadap pelajaran, malas, pasif dan terlalu merendah diri. 2. Sosial Selalu ponteng sekolah, pendiam 3. Kesihatan Tidak mementingkan kebersihan dan penampilan diri 4. Kesediaan belajar IQ rendah, tidak mendapat pendidikan awal ( prasekolah atau tadika ), tidak bersedia

untuk belajar. Selepas melalui proses mengenali ciri ciri murid saya ini, secara tidak langsung telah membantu saya memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai untuk mereka. Pada peringkat permulaan adalah perlu untuk saya melakukan ujian diagnostik untuk mengenal pasti dan

mengelaskan mereka mengikut kemahiran atau tahap penguasaan mereka menerima kemahiran dan pelajaran mahupun strategi strategi yang boleh digunakan semasa merancang p&p. 2. S State objective ( menyatakan objektif pengajaran ) Langkah berikutnya adalah menentukan objektif ataupun hasil pembelajaran yang ingin dicapai yang boleh diambil dari sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Objektif pengajaran yang ingin dicapai sangat penting dinyatakan supaya saya dapat menetapkan apa yang harus murid saya dapat daripada courseware yang digunakan serta dapat melihat perubahan tingkah laku yang akan berlaku sepanjang proses p&p. Berdasarkan latar belakang dan pengetahuan sedia ada murid, saya telah menentukan objektif pengajaran iaitu murid saya dapat menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang. Dengan adanya objektif ini saya akan mengemukakan soalan secara lisan ketika sesi p&p sedang dijalankan dan menilai samada objektif ini tercapai apabila selesainya p&p melalui latihan dalam lembaran kerja dan aktiviti berkumpulan. Saya mengenalpasti bahawa murid saya telah pun menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Selain daripada itu penyataan objektif yang jelas juga dapat memastikan aplikasi yang dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Kenyataan ini turut disokong oleh Nicholson ( 1996 ) di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu courseware amat perlu bagi keberkesanan courseware yang digunakan. Rasionalnya, objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti p&p dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. 3. S Select method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran ) Bagi langkah ketiga, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar. Kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ciri ciri murid, gaya pembelajaran, pengetahuan sedia ada dan objektif. Tidak terkecuali faktor yang perlu diambil kira ialah keupayaan kumpulan murid. Pemilihan bahan sumber atau media yang merujuk kepada isi kandungan pelajaran juga harus saya hasil, pilih atau ubahsuai. Berdasarkan ciri ciri murid yang disebutkan, saya memilih kaedah pembelajaran masteri di mana murid saya perlulah menguasai satu - satu kemahiran. Pada peringkat ini murid saya telah mengetahui konsep himpunan objek atau kumpulan banyak dan sedikit berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman harian mereka. Kebiasaannya murid yang kurang berminat atau mempunyai latar belakang yang tidak pernah mengikuti pendidikan formal di peringkat prasekolah, saya memilih media yang boleh merangsang pembelajaran dan menarik minat seperti permainan membentuk kumpulan murid lelaki dan perempuan.

4. U Utilize media and materials ( menggunakan media dan bahan ) Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada murid. Oleh itu saya menggunakan alat pembilang dan bahan maujud di mana murid saya dapat memegang dan menggunakan dengan baik. Bahan maujud dan alat pembilang saya mempunyai warna yang terang, menarik perhatian selamat dan mudah serta dapat digunakan secara optimum. Walaubagaimanapun, penggunaan media perlu mengambil kira kos dan waktu pengajaran. Pembelajaran secara interaktif juga boleh saya gunakan sebagai alternatif dengan menggunakan media pengantarnya ialah komputer riba dan LCD yang telah dibekalkan bersama CD oleh kementerian. 5. R Require learner participation ( memerlukan penglibatan pelajar ) Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey pada awal 1900 ialah pembelajaran berpusatkan murid yang mampu merangsang minda dan tingkah laku murid. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid memerlukan tindakbalas murid seperti kuiz, latih tubi dan projek atau pembentangan di dalam bilik darjah. Ciri Model ASSURE yang saya gunakan seterusnya ialah dengan melibatkan murid saya dalam aktiviti secara kelas dan kumpulan iaitu aktiviti melukis objek banyak atau sedikit, lebih atau kurang dan sama banyak atau tidak sama banyak di atas kertas mahjong. Aktiviti ini memerlukan murid saya berbincang dan berinteraksi sesama sendiri mengikut kreativiti gambar yang hendak dilukis. Secara automatiknya ini menanamkan sifat ingin berlumba antara satu sama lain dan meningkatkan daya keyakinan diri di kalangan murid selain dapat bekerjasama dan memainkan peranan masing masing dalam kumpulan. Oleh itu saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al.2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran murid yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan courseware yang kreatif dan mampu m elibatkan murid secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir di kalangan murid. 6. E evaluate and revise ( penilaian dan pengubahsuaian ) Penilaian dan pengubahsuaian courseware boleh dilakukan setelah selesai pengajaran untuk mendapat maklum balas dari murid dan keberkesanan penggunaannya. Penilaian keberkesanan p&p dan tercapainya objektif pengajaran dapat saya perolehi semasa aktiviti sedang dijalankan dan hasil kerja serta latihan lembaran kerja yang diberi di mana murid saya dapat menjawab dengan betul terhadap soalan soalan yang diberi samada secara lisan atau bertulis dan pemerhatian saya

sepanjang p&p. Saya juga boleh membuat pengubahsuaian dalam penggunaan bahan yang digunakan dengan cara mempelbagaikan bahan maujud atau sumber yang mudah didapati di kawasan dan persekitaran kelas atau sekolah. Aktiviti yang boleh saya gantikan jika terdapat kekangan dari segi masa atau cuaca ialah membuat tunjukcara perbandingan kuantiti banyak atau sedikit, lebih atau kurang dan sama banyak atau tidak sama banyak di hadapan kelas. Dengan mengadakan sesi refleksi

bersama murid dapat memastikan dan mengenalpasti kelemahan pengajaran atau media supaya dapat membuat penambahbaikan sesi p&p pada masa akan datang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup ( 2006 ) : a. Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai ? b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan Pembelajaran ? c. Adakah ke semua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul ? d. Adakah suasana pembelajaran terhasil selesa dan kondusif ? e. Adakah peluang pemerhatian atau kemahiran individu diberi ? Proses penilaian ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan dan menggunakan courseware atau media atau bahan yang mana ia benar benar sesuai dengan pelajar dan mengetahui tahap penguasaan murid terhadap kemahiran yang dipelajari serta dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan itu sangat perlu kerana saya bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah boleh memperbaiki kelemahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam p&p. http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model-assure.html MODEL ASSURE Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop rekabentuk pengajaran yang luas. Model ini telah mengalami perubahan dan penambahbaikan pada tahun 2002. Model ASSURE yang terbaru. A-Analyse learner(Analisis pelajar) S-State objective(Nyatakan objektif) S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan) U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan) R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar) E-Evaluate and revise (Nilai dan semak) ANALISIS PELAJAR Menganalisis semua ciri pelajar yang ada. Ciri2 umum deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar dapat menjadikannya sebagai asas dalam

pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.

kompetensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan media.Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik. NYATAKAN OBJEKTIF Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar Cuma ia merupakan tahap yang minimum tetntang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.Ini bermakna objektif harus difokuskan kepada apakah pengetauan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini : Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN 5 Langkah bagi penggunaan media yang baik. Priview bahan Sediakan bahan Sediakan persekitaran Sediakan pelajar Sediakan pengalaman pembelajaran

LIBATKAN PELAJAR Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. NILAI DAN SEMAK Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek : Menilai pencapaian pelajar Pembelajaran yang dihasilkan Menilai media dan kaedah Kualiti media

Penggunaan guru Penggunaan murid. Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3 Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran Sikap pelajar.

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA Antara garis panduan ketika menilai media: Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar. Menyokong pemikiran tinggi(sokratik) Memperkembangakan kemahiran berfikir. Menyampai kandungan secara mendalam Meransang naluri ingin tahu pelajar Dapat melibatkan murid secara aktif Menghubungkaitkan bidang pelajaran Meningkatkan nilai murni.

http://ipislam.edu.my/kplir/hypermart.net/LAMan%20Pandu%20Utama/tp/model_assure.htm Model ASSURE Model ASSURE mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan. 1. Analisis ciri pelajar. a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi, b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar. 2. Nyatakan objektif-objektifpembelajaran secara khusus. a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. 3. Pilih media dan bahan. Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 4. Gunakan alat/bahan pengajaran. a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.

b) Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan. c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata-kan tujuan dan objektif pembelajaran. e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran? 5. Libatkan pelajar. Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem-buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai-nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta?merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954). 6. Nilai dan semak semula bahan. Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan: Adakah objektif-objektifpembelajaran tercapai? Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? Adakah suasana pembelajaran selesa? Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi? http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/08/ciri-ciri-video-yang-berkesan-untuk-pnp.html Ciri-ciri Video Yang Berkesan Untuk Pnp Labels: Media Pengajaran Era teknologi ICT memberikan kelebihan kepada pendidikan untuk memberikan yang terbaik dalam ruang pembelajaran. Penggunaan video sebagai media pengajaran memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video sama ada ditayangkan melalui LCD atau dipancarkan terus melalui televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002) di dalam Norhaziana (2005), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.

Video juga dapat memanipulasi masa samada mempercepatkan waktu (Contoh: percambahan biji benih) atau melambatkan waktu (Contoh: memperlahakan pergerakan proses seperti mesin). Video juga dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar dengan menarik minat mereka sewaktu mengikuti pembelajaran. Disebabkan video memaparkan imej sebenar berbanding animasi, ianya lebih "dipercayai" terutama di kalangan kanak-kanak. Seringkali video digunakan sebagai agen pemujuk (persuasive) dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka. Bagaimanakah yang dikatakan video yang berkesan untuk pnp? Video yang digunakan hanya untuk tempoh 3-5 minit tetapi mencakupi kandungan yang perlu. Video yang terus fokus kepada kandungan pengajaran Berlatarbelakangkan muzik yang sesuai dan mempunyai kesan bunyi sesuai dengan paparan. Gambar jelas dengan syot yang boleh menjelaskan imej. Tiada gangguan iklan, perkataan atau simbol yang tidak relevan Berwarna, bunyi audio dan plot yang mudah

Anda mungkin juga menyukai