Isu/ masalah Semasa saya masuk ke kelas mengajar pada minggu lepas , satu masalah telah timbul apabila saya berkomunikasi dengan murid saya. Saya mengalami masalah memberi arahan yang tepat dan mudah difahami oleh murid pada peringkat sekolah rendah. 2. Analisis Punca bagi masalah ini adalah disebabkan bahasa dan perkataan yang digunakan tidak sesuai dan sukar difahami oleh murid sekolah rendah. Arahan yang diberikan juga adalah terlalu panjang mungkin disebabkan terlalu saya terlalu teruja dengan aktiviti yang dirancang. Jika perkara ini tidak dapat diatasi mungkin akan menyukarkan objektif pembelajaran sukar dicapai kerana murid kurang memahami penyampaian guru semasa di dalam kelas. 3. Cadangan untuk memperbaiki
Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti ( Saya
http://pomizipedagogy.wordpress.com/kaedah/memberi-arahan/ ).
telah mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah komunikasi ini. Antara jalan penyelesaian yang dirasakan releven untuk diselesaikan adalah seperti menyediakan soalan yang akan ditanyakan kepada murid di dalam RPH, memastikan murid memberi perhatian sebelum memberi arahan, berlatih memberi arahan dengan ringkas dan tepat berpandukan kepada
rujukan
artikal
berkaitan
dengan
memberi
arahan
dan
meminta
4. Tempoh masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat yang mungkin kerana kemahiran memberi arahan sangat penting untuk memastikan
kelangsungan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya dengan mudah.
Pada minggu ke-7 praktikum, masalah utama yang timbul semasa saya mengajar adalah pembahagian dan pengurusan masa. Setiap mata pelajaran Pendidikan Islam diperuntukkan satu jam bagi satu-satu masa. Mengikut panduan membuat rancangan pengajaran harian, set induksi yang dicadangkan adalah 5 minit, langkah satu 15 minit, langkah dua 15 minit, langkah tiga 15 minit dan penutup 10 minit. Masa yang diperuntukkan ini berlainan dengan tahap penguasaan pelajar
2. Analisis Berdasarkan kepada pemerhatian saya masalah ini timbul apabila pelajar lewat masuk ke kelas yang menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran terpaksa di singkatkan. Masalah ini bertambah teruk apabila guru ingin aktiviti kumpulan .. Dengan kelewatan murid hadir ke kelas akan menyebabkan aktiviti murid tidak dapat disiapkan mengikut waktu yang diperuntukkan. Menurut Stephen Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People, menyatakan baha wa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Jadi, saya haruslah mengambil kira pelbagai aspek berkaitan dengan murid dan guru bagi menyelesaikan masalah ini.
3. Cadangan untuk memperbaiki Selepas berjumpa dengan guru pembimbing Ustazah Siti Rohayu, saya telah menemui beberapa jalan penyelesaian yang relevan yang boleh menyelesaikan masalah ini. Jalan penyelesaian yang pertama
adalah dengan mengarahkan murid terus masuk ke dalam selepas tamat pelajaran tanpa menungu arahan dari guru. Dengan ini masa murid untuk ke bengkel akan dapat disingkatkan. Cadangan kedua adalah dengan membuat alat bantu mengajar yang dapat memudahkan murid memahami langkah untuk membuat projek. 4. Tempoh masa
Saya memperuntukan masa untuk menyelesaikan masalah ini adalah selama satu minggu dari sekarang kerana masa untuk murid mendapat input berguna dari guru dalam masa satu minggu sangat terhad.
JURNAL MINGGU 9 ( 18/3/2013-22/3/2013 ) MASALAH Masalah saya pada minggu ke 8 ialah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain.
PUNCA MASALAH Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
CARA PENYELESAIAN Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.
Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Menurut Skinner, peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-
contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Guru perlu merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.
TEMPOH MASA Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, murid-murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak merasai keseronokan untuk belajar.
JURNAL MINGGU 10 ( 1/4/2013- 5/4/2013 ) 1. MASALAH Masalah saya pada minggu ke 9 ialah murid suka membuat bising dan berjalan kesana-sini ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
2. ANALISIS MASALAH Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri.Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedures. Setelah membuat tinjauan awal saya telah mengenalpasti punca keadaan ini berlaku. Antaranya ialah
Murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah. Murid-murid ini lemah dalam memahami semua subjek Murid-murid ini kurang berminat dalam pembelajaran Pendidikan Islam Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka. Disebabkan kelas adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berlainan, maka terdapat murid yang dapat
belajar dan faham dengan pantas. Bagi mereka yang lemah, mereka adalah lambat dalam belajar. Maka, bagi murid-murid yang lemah, mereka kurang berikan perhatian dan tidak minat dalam belajar Pendidikan Islam. Justeru, mereka akan berasa bosan dan mula bercakap. Jadi, tahap pembelajaran murid-murid juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin di dalam kelas.
3. CADANGAN MANGATASI Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama sekali, saya akan membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Sains. Apabila terdapat murid-murid yang mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada system peraturan saya untuk member dendaan supaya bersifat adil dan saksama.
Keduanya, saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.
Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to
this requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student -and let it go with another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.
Seterusnya, saya akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah. Contoh pengukuhan positif ialah kata-kata pujian, token, dan sebagainya. Saya juga merancang satu sistem peneguhan, iaitu sistem pemberian markah secara berkumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan sekiranya ahli-ahlinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala markah kumpulan akan ditolak sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan kesalahan. Markah untuk setiap kali waktu Sains akan dicatatkan. Dan, kumpulan yang mempunyai markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah.
Seterusnya, saya akan membahagikan tempat duduk mengikut kebolehan yang berbeza. Iaitu campuran murid yang pandai dan lemah. Saya akan tukarkan tempat duduk kumpulan yang berbuat bising dan agihkan merakaduduk di hadapan.
4. TEMPOH MASA Saya memperuntukan masa untuk menyelesaikan masalah ini adalah selama satu minggu dari sekarang kerana masa untuk murid mendapat input berguna dari guru dalam masa satu minggu sangat terhad..