Anda di halaman 1dari 5

Unsur Sastera Dalam Pendidikan Pemulihan

Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan harmonis. Ol yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih sebagai bahan rangsanga pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru pemulihan khas menelusuri kepentinga dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan sastera yang akan digunakan dalam pendidika pemulihan khas di sekolah.

Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan bahan sastera seb bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan mundur untuk belajar. Guru pemulihan juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera sup dapat membantu mereka daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran.

Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya fizikal apabila me melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat bole dijadikan salah satu bahan rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemuliha

khas. Contohnya seperti lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’. Lagu ini boleh mengajak murid untuk belajar meny sambil bermain. Permainan ini boleh digunakan dengan menyanyikan lagu ‘Nenek Si Bongkok Tiga’.

Nenek-nenek si bongkok tiga Siang mengantuk malam berjaga, Mencari cucu di mana ada, Nenekku kahwin dengan anak raja. Cucu-cucu tak dapat lari, Nenek tua banyak sakti, Di mana cucu hendak lari, Siapa yang kena dia yang jadi.

Seorang murid boleh jadi nenek dan ditutup matanya. Kemudian apabila lagu dinyanyikan beramai, nenek a duduk di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi oleh murid-murid yang menyanyi lagu tersebut. Murid-muri yang menyanyikan lagu tersebut akan diminta untuk membuat gerakan mengikut lagu yang dinyanyikan. Pergerakan tersebut akan dibuat oleh guru dan ditiru oleh murid-murid. Setelah habis lagu dinyanyikan, nene perlu menangkap seorang cucu dan meneka siapakah yang berjaya ditangkap. Permainan ini sangat menyeronokkan dan menjadi satu medium hiburan kepada kanak-kanak agar mereka tidak berasa bosan dan untuk belajar.

Kesusasteraan kanak-kanak sebenarnya dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan kogn dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium bagi mempertingkat tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak Murid pemulihan dilihat golonga yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak berm akan menjadikan karya tersebut tidak memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari aspek pengetahuan mahupun pengalaman psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Merek berpeluang berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat mengasah minda mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka untuk meneka sesuatu di sampi diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut. Seperti contoh, pantun teka teki buah-buahan:

Penulis muda berkarya hebat, Satu kisah masa mudanya, Merah warnanya berambut lebat, Isi putih manis rasanya.

(rambutan)

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun dan syair juga da menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu, bahasa yang berirama seperti pantun, sy dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan ingatan murid akan perkataan yang diajar.

Selain daripada itu, kesusasteraan penting dalam membantu pembentukan emosi positif dalam diri m Murid pemulihan khas seringkali dilihat mempunyai masalah emosi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor d kehidupan mereka. Oleh itu, dengan memilih bahan sastera dalam pengajaran, guru dapat membantu mengat masalah emosi dan berharap agar kanak-kanak ini dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dan berupaya

membina konsep kendiri yang positif.

Contohnya seperti Cerita Bawang Putih Bawang Merah, walaupun terdapat sedikit unsur khayalan da dongengan, namun mesej atau pemikiran yang hendak disampaikan adalah jelas. Cerita tersebut menceritaka bahawa kesabaran yang ditunjukkan oleh Bawang Merah terhadap ibu dan kakak tirinya, Bawang Putih akhi membawa kebaikan kepada diri Bawang Merah. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh ibu dan kakak tiri Bawa Merah, namun Bawang Merah hanya mampu bersabar dan mengadu nasib kepada ibunya yang telah mening dunia. Malah, Bawang Merah tidak menyimpan dendam dengan keluarga tirinya. Bawang Merah masih lagi mengajak mereka tinggal bersamanya di istana setelah Bawang Merah dilamar oleh Putera Raja. Nasihat yan cuba disampaikan dalam cerita ini ialah perbuatan baik seperti bersabar dan tidak berdendam akan mendapat balasan yang baik. Oleh itu, prosa tersebut sangat membantu membina emosi positif kanak-kanak pemuliha khas supaya bersikap penyayang, bersabar dan tidak berdendam dengan orang di sekelilingnya.

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kan dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya.

membina konsep kendiri yang positif. Contohnya seperti Cerita Bawang Putih Bawang Merah, walaupun terdapat sedikit unsur

Sumber dari carian GOOGLE

Contohnya cerita binatang seperti Sang Kancil yang memperlihatkan kepandaian Sang Kancil untuk mendapatkan kemahuannya. Dia berusaha mencari akal agar dapat menyeberang sungai dengan bantuan bua buaya, walaupun dia tahu bahawa buaya-buaya tersebut akan memakan dirinya. Bahan bacaan seperti ini dap mendedahkan kepada murid tentang kejayaan dan pencapaian yang baik dan berguna sekiranya kita berusaha menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, kanak-kanak mampu meningkatkan d motivasi dan keyakinan dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Bahan sastera mampu memperkembangkan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Bahan sastera sang penting untuk dijadikan instrumen yang dapat membantu guru dalam merancang pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal tersebut boleh dilaksanakan ketika aktiviti bacaan secara kua Contohnya, guru membaca sebuah seloka rakyat dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan intonasi yan betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan dan menceritakan semula cerita yang didengar samada secara lisan, tulisan ataupun lukisan.

Melalui drama kanak-kanak juga, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka telah diberikan kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab yang diberika Mereka akan berusaha memberi kerjasama kepada rakan-rakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih baik. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran kominakasi dan interpersonal murid-murid pemulihan khas yan selalunya lemah atau gagal berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan dir samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri mereka.

Sementara itu, bahan sastera juga membantu guru dalam memperkembangkan aspek kerohanian dan moral supaya murid-murid pemulihan khas dapat menjadi seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermor Hal ini adalah kerana bahan-bahan sastera mempunyai unsur-unsur nasihat dan teladan. Oleh itu, bahan-baha sastera seperti cerita teladan, pantun nasihat, sajak budi dan sebagainya amat sesuai didedahkan kepada muri murid. Melalui bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Bahkan, mereka dapat belajar untuk menilai perasaan orang lain, bertolak ansur dan sebagainya. Dari aspek kerohanian, murid-murid boleh didedahkan dengan kisah-kisah nabi. Guru menggunakan cerita tersebut seba salah satu cara untuk menyemai sifat kerohanian kepada murid melalui kisah dan teladan seperti kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun. Cerita kesusasteraan agama ini dapat menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t dalam menyelamatkan orang yang memohon pertolongan daripadaNya. Disamping itu, guru boleh memperkenalka istilah-istilah baru yang boleh dipelajari oleh murid yang mengandungi unsur-unsur kerohanian.

Tambahan pula, bahan sastera dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam diri murid pemulihan. Contohnya, melalui cerita kepahlawanan Hang Tuah memberi inspirasi kepada murid dalam semangat menyayangi negara sendiri. Biografi tokoh-tokoh pembangun negara Malaysia memberikan inspir kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola mereka untuk berjaya dalam kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi pendorong utama penggerak motivasi murid pemulihan yang sering patah semangat untuk berjaya.

Secara tuntasnya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahan rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan khas. Guru pemulihan khas seharu sedar bahawa mereka perlu kreatif dalam menerapkan bahan-bahan sastera dalam pengajaran mereka di dala

bilik darjah darjah. Guru berperanan dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan Melayu kepada generasi muda agar tidak lapuk ditelan zaman.

https://sites.google.com/site/celikcikgufatin/unsur-sastera-dalam-pendidikan-pemulihan