Anda di halaman 1dari 3

BAB 7.

7
Dato Bahaman Pahlawan Pahang
Nama sebenar: Abduk Rahman bin Imam Noh Gelaran: Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Faktor Penentangan Dato Bahaman

Hilang hak mengutip cukai Dato Bahaman menentang British melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip cukai didaerah kekuasaannya

Pembinaan balai polis Konflik antara Dato Bahaman dengan British menjadi lebih serius apabila E.A Wise mendirikan balai polis di Lubuk Teruata tanpa berunding terlebih dahulu. Dato Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya

Pelucutan gelaran Keengganan Dato Bahaman mematuhi arahan menyebabkan Hungh Clifford menganggapnya sebagai penderhaka. British mamaksa sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato Setia Perkasa Pahalawan Semantan. Tindakan British itu telah memalukan dan beliau bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang

Pada 16 Disember 1891, British menangkap 3 orang pengikut Dato Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.

Pada 26 Disember 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura

Pada Januari 1892, British telah memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. Gerakan Sultan telah menawan 11 kubu Dato Bahaman di Bentong

Pada 14 Jun 1894, Dato Bahaman dan 100 pengikiutnya telah menawan Kuala Tembeling dan jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

Pada 8 Mei 1892, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pekuang Pahang berjihad menentang British.

Pada Mac 1892, Dato Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau.

Anda mungkin juga menyukai