Anda di halaman 1dari 14

MEMBUAT BLOG MENGGUNAKAN WORDPRESS

Mengapa WordPress dan bukannya Blogspot.com? Ada beberapa pertimbangan tertentu kenapa memilih WordPress. Berikut adalah asas pertimbangan tersebut; 1. WordPress boleh digunakan dengan mudah oleh orang awam dan para developer tanpa perlu pengetahuan pengaturcaraan yang rumit dan sulit. 2. WordPress boleh diinstall ke dalam server kita sendiri (offline). 3. WordPress juga menyediakan perkhidmatan server percuma (wordpress.com) apabila kita tidak mempunyai server atau web hosting. 4. WordPress mempunyai banyak theme / tema yang menawan yang boleh dipakai untuk mengubah penampilan blog anda. 5. WordPress mempunyai banyak plug-in percuma yang boleh digunakan untuk melengkapkan blog seperti blog profesional, statistik, kalendar, hit counter, snap dan sebagainya (terdapat lebih 5 juta plug-in percuma yang telah dibangunkan). 6. WordPress memiliki built-in Rich Text Editor sehingga kita mampu membuat sebuah blog semudah seperti menggunakan MS Word. 7. WordPress dilengkapi dengan fasiliti Spell-Check untuk membantu kita menulis dalam Bahasa Inggeris 8. WordPress mempunyai fitur anti-spam yang berfungsi untuk mencegah orang lain menulis komentar yang berbau promosi, pornografi, dan lainnya di ruangan Comment. 9. Apabila anda sudah memiliki blog dengan Blogger.com, TypePad, LiveJournal atau lainnya, anda boleh memindahkan isi blog tersebut ke dalam blog WordPress yang baru dengan selengkapnya beserta sekali dengan komentar. 10. WordPress akan mencatat komentar baru yang masuk ke dalam blog anda. Anda sebagai admin boleh memilih untuk menyiarkan komentar tersebut di online, membuat editing, atau membuangnya. 11. WordPress mampu mengaplikasikan RSS Feed (kaedah yang memungkinkan para pembaca blog anda mengakses informasi dengan pantas) dan juga mengetahui bilangan pembaca setia yang telah mengunjungi blog anda. WordPress mengizinkan anda membuat sebuah blog / website seperti anda seorang pakar dalam pengaturcaraan komputer dan anda juga mampu untuk membangunkan blog komuniti.

Langkah-demi-Langkah Cara Membuat Blog di WordPress

1.

Untuk mendaftar di WordPress.com pergi ke laman WordPress.com dan klik pada butang Sign Up Now!

2.

Isikan borang yang diberi dan klik Next setelah selesai.

3.

Kemudian, buka emel anda untuk mengaktifkan akaun WordPress.com tersebut

KLIK SINI

4.

WordPress.com akan memaparkan mesej yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Ini bermakna anda sudah boleh login ke dalam blog anda.

5. 6.

Klik view your site untuk lihat paparan blog anda. Klik Login untuk masuk ke blog anda sebagai admin.

Tajuk/judul blog

Deskripsi blog

Tajuk artikel

Kategori

Link komentar

Isi kandungan/artikel Contoh paparan blog anda

Side bar

Login masuk sebagai admin

Mulakan menulis! 7. Setelah login, WordPress.com akan memaparkan Dashboard untuk admin menyusun atur dan menguruskan kandungan dalam blog.

8.

Untuk memasukkan entri, klik tanda segitiga yang berada di sebelah kanan menu Post untuk menampilkan sub Menu di bawahnya. Kemudian, klik Add New.

9.

Setelah klik Add New, ruang untuk menulis entri akan terpapar(seperti gambar di bawah ini).

10.

Kategori Uncategorized adalah default. Jika ingin menambah, klik tanda + Add New Category dan masukkan nama kategori yang sesuai dengan tema entri. Contohnya adalah Personal, kemudian tekan butang Add.

11.

Setelah klik tambah, akan muncul kategori baru. Jika ingin menulis lagi entri yang berhubungan tentang peribadi, anda tidak perlu membuat kategori baru lagi. Anda hanya perlu menanda saja pada kotak kategori Personal.

12.

Jika kolum entri telah diisi dan kolum kategori telah ditanda, klik butang Publish yang berada di bahagian kanan.

13.

Jika anda telah berjaya publish entri, akan tertera Post published. View post di atas kolum entri. Klik View post untuk melihatnya.

14.

Hasilnya seperti berikut :

MENAMPILKAN READ MORE ATAU BACA SELEBIHNYA Jika kandungan entri sangat banyak dan panjang, anda boleh tampilkan hanya sebahagian saja di halaman utama, dengan cara membahagikannya. Hanya sebahagian entri akan tampil di halaman Home, dan jika pembaca ingin membaca entri seterusnya hanya perlu klik di tanda Read More.

UPLOAD FILE 1. Sewaktu menulis entri baru, klik pada butang Add Media.

Add Media

2.

Di bahagian From Computer, klik butang Choose File dan pilih fail yang anda inginkan. Kemudian klik pada butang Upload.

3.

Jika anda ingin sertakan fail tersebut ke dalam entri berikut, klik pada Insert into Post.

WordPress.com menyediakan ruang yang besar untuk anda upload fail, sehingga 3 GB. Jenis fail yang dibenarkan adalah gambar (jpg, jpeg, png, dan gif) serta dokumen (pdf, doc, ppt, dan odt).

MEMASUKKAN LINK Memasukkan link menggunakan dokumen daripada Media Library. 1. Klik butang Add Media

2.

Klik tab Media Library.

3.

Cari dokumen yang mahu kamu gunakan dan klik link Show.

4.

Taip dalam ruangan Title di mana akan digunakan sebagai link text.

5.

Klik butang File URL untuk membolehkan link secara terus ke fail.

6.

Klik butang Insert into Post.

7.

Download link untuk fail anda akan dimasukkan ke dalam entri atau page.

Untuk pengetahuan, apa sahaja bentuk dokumen seperti nota , minit mesyuarat, tutorial dan sebagainya yang mempunyai format seperti jpg, jpeg, png, gif, pdf, doc, ppt, odt, pptx, docx, pps, ppsx, xls, xlsx boleh la di upload dan disimpan di dalam Media Library. Kemudian menggunakan kaedah ini iaitu memasukkan link untuk menghubungkan pengguna ke fail tersebut. Pengguna boleh save as pada page yang mengandungi paparan dokumen tersebut untuk menyimpan ke dalam computer dgn hanya right-click sahaja.

LINK UNTUK DOCUMENT URL Untuk memasukkan link menggunakan URL fail yang telah disimpan di dalam internet, ikuti langkah berikut: 1. Klik butang Add Media.

2.

Klik tab From URL

3. text.

Taip URL pada fail dan Title (Tajuk)yang akan digunakan sebagai link

4. 5.

Klik butang Insert into Post. Download link untuk dokumen anda akan dimasukkan ke dalam entri atau page.

Anda mungkin juga menyukai