Anda di halaman 1dari 52

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2013

TAJUK MENINGKATKAN TAHAP KEBOLEHAN MURID-MURID TAHUN 5 MENGINGATI KEDUDUKAN NEGERI-NEGERI PADA PETA MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PETA KELAWAR

OLEH: THYAGARAJAH A/L TIRUGANASAMBATHAN

i
1

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
TAJUK TUGASAN ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 1.1 1.2 2.0 3.0 4.0 5.0 Refleksi Pengajaran Literatur Kajian Lepas 6 - 11 12 - 16 17 - 26 27 2 8 - 29 30 49 i ii

Fokus Kajian Objektif Kajian Kumpulan Sasaran Tindakan Yang dicadangkan

RUJUKAN Lampiran

50

iii

1.0

PENDAHULUAN Mata Pelajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah terangkum dalam bidang

kemanusiaan dan kemasyarakatan. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera dan bersemangat patriotik. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, mata pelajaran Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketerampilan. Mata Pelajaran Kajian Tempatan diajar di Tahap II mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran ini dirancang untuk menjadi saluran utama bagi murid memperoleh pengetahuan, pemahaman asas serta pengalaman hidup yang seimbang dan harmonis sesama manusia dan antara manusia dengan alam persekitarannya. Interaksi ini mewujudkan pelbagai cara hidup masyarakat Malaysia dan memperlihatkan bagaimana mereka berusaha untuk mencapai kesejahteraan hidup. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Mata Pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia kepada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. 1.1 Refleksi Pengajaran

Saya ditugaskan untuk mengajar sebuah kelas Tahun 5 iaitu kelas 5 Bestari bagi subjek Kajian Tempatan. Saya diberikan dua masa seminggu untuk mengajar subjek Kajian Tempatan, iaitu pada setiap hari Jumaat dari jam 8.45 pagi hingga 9.45 pagi. Saya telah memulakan pengajaran dengan topik Kepentingan Pinggir Laut dan

Kepulauan di bawah unit Geografi Fizikal Bentuk Muka Bumi Malaysia. Semasa saya membuat penerangan, saya telah memperkenalkan lokasi-lokasi pulau dan pantai di Malaysia seperti Pulau Langkawi dan Pantai Teluk Chempedak. Saya meminta murid merujuk gambar rajah peta pada buku teks. Murid-murid gagal menamakan negeri yang telah ditandakan di atas peta. Berikutan itu, saya cuba membuat ulang kaji dengan mengulang semula topik-topik yang telah diajar oleh guru yang terdahulu seperti bentuk muka bumi tanah tinggi, tanah pamah dan juga saliran. Saya cuma memfokuskan lokasi-lokasi mengikut bentuk muka 3

bumi tertentu. Namun begitu, hasilnya tetap sama. Walaupun mereka sedang rujuk kepada peta Malaysia, mereka gagal menamakan negeri yang ditandakan dengan lokasi yang tertentu.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid-murid ini masih belum mengenali, menguasai dan mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Saya bercadang membuat ujian intevensi ke atas murid-murid saya bagi mengetahui penguasaan mereka terhadap topik negeri-negeri di Malaysia. Pada hari Jumaat, iaitu pada 8 Februari yang lepas saya telah menjalankan ujian intevensi 1 kepada murid-murid 5 Bestari pada jam 9.00 pagi. Mereka diperuntukkan selama 40 minit untuk menjawab soalan tersebut. Murid hanya perlu menamakan setiap negeri mengikut peta yang dibekalkan dalam soalan. Setelah disemak, saya dapati kebanyakan anak murid saya tidak tahu langsung kedudukan negeri-negeri di Malaysia. Murid-murid mendapat markah yang kurang memuaskan. Setiap soalan yang melibatkan kedudukan negeri-negeri gagal dijawab dengan betul walaupun peta telah dilampirkan bersama. (Keputusan dan contoh soalan dilampirkan bersama proposal ini). Bagi mengesahkan lagi andaian ini, saya telah merujuk guru Kajian Tempatan Tahun 5 Bestari iaitu Puan Rogahyati Binti Sidek. Puan Rogahyati Binti Sidek memberitahu saya bahawa beliau tidak pernah mengajar murid-murid tentang kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia dan beliau hanya mengajar berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran dan berbantukan buku teks Kajian Tempatan sahaja. Selain itu, saya juga telah mengambil peluang untuk bertanya kepada murid-murid sama ada mereka pernah mempelajari kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh murid-murid, saya dapati bahawa guru-guru sebelum ini tidak pernah memperkenalkan peta Malaysia semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya dapat mengenal pasti masalah utama murid-murid iaitu mereka masih belum mengetahui dan mempelajari kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Saya berpendapat bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada masalah ini. Faktor pertama boleh dilihat pada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan. Berdasarkan penelitian saya, topik mengenai peta Malaysia yang melibatkan kedudukan setiap negeri tidak difokuskan. Sebagai seorang guru Kajian Tempatan, saya memegang prinsip bahawa sebagai rakyat Malaysia, murid-murid perlu tahu serba serbi tentang tanah air seperti sejarah yang melibatkan tanah air mereka termasuklah kedudukan geografi tanah air mereka. Saya menyifatkan kemahiran membaca peta Malaysia merupakan kemahiran asas dalam bidang kajian tempatan yang perlu dikuasai sejak kecil lagi.

Di samping itu, faktor kedua yang mendorong timbulnya masalah menentukan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia adalah berpunca daripada ketidakpekaan guru terhadap keperluan murid. Saya berpendapat bahawa seorang guru terutama guru Kajian Tempatan perlu mengkaji terlebih dahulu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta isi kandungan buku teks. Dengan ini, guru akan mengenal pasti kekurangan yang ada dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi melengkapkan keperluan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, saya memegang prinsip bahawa guru perlu peka, prihatin terhadap keperluan ilmu dan kemahiran murid serta mempunyai daya usaha yang tinggi dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Faktor seterusnya yang menyumbang kepada masalah murid-murid itu juga berpunca daripada bentuk gambar rajah peta Malaysia yang disediakan dalam buku teks. Pada pendapat

saya , gambar rajah peta Malaysia yang digunakan dalam buku teks agak menarik kerana berwarna. Namun begitu, kebanyakan gambar rajah peta Malaysia di dalam buku teks tidak menunjukkan sempadan antara negeri. Bukan itu sahaja, negeri-negeri tersebut juga tidak dilabelkan kecuali nama lokasi tertentu sahaja yang disebut di peta tersebut. Hal ini tidak membantu murid mengetahui nama negeri mengikut kedudukannya pada peta Malaysia. Arumugam A/L Raman (2006) menyatakan bahawa jenis peta yang digunakan dalam bilik darjah sekarang adalah dalam bentuk peta cetakan yang kurang berkualiti dan menyukarkan murid-murid mengorganisasikan pembacaannya. Ekoran itu, masalah dalam memahami dan mengingati peta akan timbul dalam kalangan murid-murid terutamanya murid-murid di sekolah rendah yang terdiri daripada peringkat umur 10 hingga 12 tahun. Saya memegang prinsip bahawa bahan-bahan bacaan dan rujukan yang dibekalkan kepada murid-murid perlulah bersesuaian dan membantu serta memudahkan penyerapan ilmu dalam kalangan murid. Saya berharap agar semua guru yang berkenaan memperkenalkan peta Malaysia secara keseluruhannya kepada murid-murid. Namun begitu, guru perlu memastikan bahawa saiz dan warna pada peta sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Bagi membantu murid-murid mengetahui dan mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia, saya bercadang untuk memperkenalkan peta Malaysia secara keseluruhannya semasa proses pengajaran terlebih dahulu. Oleh itu, saya telah melukis sendiri lakaran peta Malaysia tanpa warna dengan saiz yang sesuai untuk kegunaan semasa pengajaran dan pembelajaran. Lakaran peta Malaysia itu merupakan bahan bantu mengajar yang dikategorikan sebagai lakaran 2D. Namun begitu, saya sedari bahawa lakaran peta Malaysia tanpa warna ini hanya memberi pengetahuan tentang kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia dan peta ini kurang berkesan dalam membantu murid-murid mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), menyatakan pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan FPK melalui pendidikan masa kini, saya yang merupakan seorang penyampai ilmu perlulah mencari jalan agar ilmu itu dapat disampaikan dengan baik kepada murid-murid serta penghayatan ilmu dapat membentuk jati diri murid. Merujuk semula kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid serta faktor-faktor pendorong yang telah dinyatakan, saya melihat jurang yang besar antara amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dengan prinsip saya. .Saya mahu murid-murid mendapatkan hak mereka iaitu mendapat ilmu pengetahuan yang diperlukan dan murid-murid perlu tahu sejarah serta kedudukan geografi tanah air mereka.

Seterusnya, merujuk kepada Falsafah Pendidikan Guru (FPG), guru perlu berpandangan progresif dan saintifik serta menjunjung aspirasi negara dalam menjamin pembangunan individu.Saya melihat bahawa guru berperanan menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak didik mereka. Oleh itu, saya memegang prinsip bahawa guru perlu meneliti semula kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sama ada bersesuaian atau memerlukan penambahbaikan. Kekurangan yang dilihat menerusi sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, isi kandungan buku teks, ketidakpekaan guru terhadap pensediaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti menghasilkan jurang antara amalan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan saya dengan amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada.

Dalam usaha pengkaji membantu murid-murid mengenali peta Malaysia serta memudahkan murid-murid mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia, saya mengambil inisiatif untuk memperkenalkan penggunaan peta KELAWAR dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kajian Tempatan.

Perkataan KELAWAR merupakan singkatan kepada Kenali Melalui Warna. Saya telah mengambil nama KELAWAR ini daripada sebuah modul yang diberikan nama Modul KELAWAR yang telah diasaskan oleh seorang guru dalam proposal kajian tindakannya iaitu Nazariah Binti Mohd Jamani (2011). KELAWAR merupakan singkatan daripada KEnali meLAlui WARna. Murid-murid akan diperkenalkan dengan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia melalui warna-warna yang berbeza.

Menurut Kulhavy, Stock dan Kelly (1993) dalam Arumugam A/L Raman (2006), peta geografi boleh digunakan sebagai alat kognitif. Menurut Mohamed Said, Bekeri dan Abd Halem (1994), peta merupakan satu ejen komunikasi yang penting untuk menggambarkan situasi, lokasi dan juga bentuk geografi sesuatu tempat. Menurut Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009) pula, penggunaan warna dalam peta juga akan dapat menunjukkan dengan jelas pelbagai perbandingan dan klasifikasi. Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah tinggi dan tanah pamah, pelbagai jenis tumbuhan dan tanah dengan laut. Oleh itu, pengkaji ingin menambah baik peta sedia ada kepada peta yang berwarna.

KEPUTUSAN UJIAN FASA 1 JUMLAH SOALAN 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 BILANGAN CALON MENDAPAT BETUL 14 1 3 1 5 1 3 1 1 2

1.2

Sorotan Literatur

Menurut Dewey (1993), proses refleksi yang dilakukan oleh seseorang guru bermula daripada peristiwa atau pengalaman yang menimbulkan masalah yang tidak dapat diselesaikan sertamerta. Berpunca daripada rasa keraguan, seseorang guru akan mengimbas kembali dan menganalisis masalah tersebut. Sepanjang mengajar murid-murid Tahun 5 Bestari, saya dapat mengenalpasti masalah utama murid-murid iaitu mereka tidak mengingati kedudukan negerinegeri pada peta Malaysia. Menurut Haji Mohd Ali (1994), perubahan dalam paradigma sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat perubahan di mana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. Oleh itu, saya ingin memperkenalkan penggunaan peta KELAWAR bagi meningkatkan ingatan murid-murid dalam menentukan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia.

Menurut Ausubel (1963) dalam Ee Ah Meng (2005), konsep maklumat awal adalah sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Menurutnya lagi, pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan bermakna. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986), terdapat kira-kira seribu jenis alat bantuan mengajar, di antaranya ada yang berbentuk dua dimensi seperti gambar, gambar rajah, peta, carta dan kad kerja. Menurut Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009), gambar, peta dan carta dapat membantu pelajar memahami dengan jelas.

Menurut Kamarudin Haji Husin (1990) pula, alat bantu mengajar membekalkan satu dasar yang kukuh untuk memperkembangkan pembelajaran murid-murid. ini membolehkan pembelajaran mereka itu kekal lama. Menurutnya lagi, alat bantu mengajar juga boleh membantu murid-murid memahami sesuatu dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Menurut Dale (1946), proses pembelajaran yang digambarkan melalui cone of experience bermula dengan proses seni abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Oleh sebab itu, menurutnya lagi, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar supaya komunikasi guru dan murid berjalan dengan baik. Menurut Omandi Ashaari (1990) dalam Kamaruddin Haji Husin (1995), gambaran bahan dan benda yang konkrit akan memberikan latar belakang terhadap pengajaran guru di peringkat permulaan dan barulah disusuli dengan benda dan bahan pengajaran yang bercorak abstrak seperti konsep dan takrif. Menurut Tajul Ariffin, Roslee dan Rahimawati (2007),antara kemahiran yang dapat menguatkan memori pelajar ialah penggunaan gambar rajah seperti peta.

Menurut Gagne (1985) dalam Kamaruddin Haji Husin (1995), bahan media pengajaran merangkumi bahan cetak, rakaman audio, video dan slaid. Kesemuanya

10

digunakan dalam pengajaran untuk menambahkan pemahaman pelajar terhadap konsep dan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Fatimah Ali (1990) dalam Kamaruddin Haji Husin (1995) berpendapat teknologi pendidikan berupaya menyebarkan minat, motivasi dan kesan yang mendalam jika digunakan dengan betul. Kemampuan alat bantu mengajar menghasilkan pengajaran berkesan tidak dapat disangkal lagi.

Warna memainkan peranan penting sebagai kod untuk mengingati sesuatu. Otak kita terbiasa menikmati warna. Menurut Dato Siti Nor Bahyah dan Haji Muhammad Zakaria (2009), kanak-kanak lebih menyukai buku yang berwarna-warni. Apabila diperhatikan di pusat sumber kanak-kanak, bukan sahaja buku berwarna-warni, malah perabot dan peralatan juga berwarna-warni. Alat permainan kanak-kanak juga diwarnakan dengan warna yang cerah dan menarik. Malah peralatan di padang permainan juga berwarna-warni. Mata manusia lebih peka kepada warna kerana warna dibawa oleh cahaya. Apabila tiada cahaya, semua warna akan kelihatan hitam. Menurut Levie (1976) dalam Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009), atribut media seperti warna, muzik, animasi dan visual menambahkan realisme.Oleh itu, saya memilih untuk menggunakan peta KELAWAR.

Menurut Khairuddin bin Nisa (2008), murid-murid merasakan pembelajaran menggunakan peta biasa tidak menarik kerana peta Malaysia hanya disediakan dalam bentuk hitam putih. Media pengajaran yang berasaskan bahan maujud seperti peta yang menarik akan dapat meningkatkan motivasi pelajar. Menurut Omandi Ashaari (1990) dalam Kamaruddin Haji Husin (1995), murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran pelajar mengikuti pengajaran guru. Menurut Ee Ah Meng (1994) dalam Tajul

11

Ariffin, Roslee dan Rahimawati (2007), salah satu faktor pelajar menjadi pelupa adalah minat. Menurutnya, perkara yang kurang diminati biasanya lebih mudah dilupai.

Menurut Dick dan Reiser (1994), pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila murid-murid suka untuk belajar, pembelajaran yang berkesan akan berlaku. Media pengajaran yang berasaskan bahan maujud seperti peta yang menarik akan dapat meningkatkan motivasi pelajar. Hal ini disokong oleh Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986) kerana menurutnya, untuk menarik perhatian murid dan menimbulkan minat mereka, alat bantu mengajar patut disediakan dengan gambar yang berwarna, reka bentuk yang menarik dan berunsur kreatif. Menurut Fontana (1988) dalam Saifuddin Kumar Abdullah (2004), media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang dapat merangsang tindak balas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang. Menurut Dale (1985) dalam Saifuddin Kumar Abdullah (2004), media yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan dalam kalangan murid-murid.

Menurut Lee Mok Shee (1997) dalam kajian Dayang Sarinah Ag Sura (2008), mengatakan bahawa tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Menurut Hj. Ab. Fatah Hasan (1992), maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu dapat diingatkan.

Menurut Bloom (1968) dalam Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009), pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

12

memfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajarkan. Bagi membolehkan pembelajaran masteri ini berlaku, saya akan menyediakan aktiviti pengayaan secara pembelajaran koperatif. Menurut Slavin (2005), pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan pelajar. Murid-murid akan berasa seronok apabila dapat belajar dan membuat aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Secara keseluruhannya, penggunaan peta KELAWAR bukan sahaja menarik minat murid, malah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan yang membolehkan pembelajaran berkesan berlaku.

13

2.0

FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu , murid-murid Tahun 5 Bestari menghadapi masalah mengingati kedudukan lokasi pada peta. Setelah meneliti beberapa perkara yang berkaitan, didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini. Pertama sekali ialah kepincangan isi kandungan dalam buku teks Kajian Tempatan Tahun 5. Tiada topik khas yang memperkenalkan setiap negeri pada peta Malaysia. Dalam unit 1 iaitu lokasi Malaysia, murid-murid terus diperkenalkan dengan kedudukan negara-negara di Asia Tenggara, kedudukan negara-negara di Benua Asia dan kedudukan benua-benua di dunia . Faktor yang kedua pula ialah gambar rajah peta Malaysia dalam buku teks ini tiada sempadan antara negeri. Bukan itu sahaja, negeri-negeri tersebut juga tidak dilabelkan, yang ada hanyalah tandaan lokasi tertentu sahaja.

Faktor yang seterusnya ialah ketidakpekaan guru terhadap keperluan murid-murid. Saya mendapati bahawa murid-murid Tahun 5 Bestari belum pernah diajarkan tentang kedudukan setiap negeri pada peta Malaysia. Guru Kajian Tempatan yang mengajar Tahun 5 Bestari tidak menyedari perkara ini walaupun prestasi murid dalam keputusan ujian topikal, menunjukkan murid-murid masih lemah dalam mengenal pasti dan mengingati kedudukan lokasi pada peta Malaysia. Saya telah meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dengan menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama dan tunggal. Lakaran peta Malaysia sepatutnya dijadikan bahan bantu mengajar utama sekiranya guru ingin muridmurid mengetahui lokasi-lokasi pada setiap negeri pada peta Malaysia.

14

Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas , saya

dapat

melihat bahawa murid-murid ini memerlukan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui kaedah dan strategi yang pelbagai dan berkesan. Kaedah dan teknik pengajaran yang baru yang berjaya memecahkan tradisi pengajaran dan pembelajaran secara konvensional mampu menarik minat murid-murid untuk belajar dalam subjek Kajian Tempatan. Apabila guru dapat menggunakan sesuatu kaedah, teknik atau bahan bantu mengajar yang boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, murid-murid akan berminat untuk mengekalkan tumpuan semasa belajar. Kedua-dua aspek ini menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan yang maksimum, seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam subjek ini. Oleh itu, saya berasa teruja untuk

memperkenalkan sesuatu yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai langkah intervensi dalam menangani masalah ini.

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Bestari, saya ingin mengetengahkan penggunaan peta Malaysia itu sendiri sebagai bahan bantu mengajar yang utama. Menurut Mohamad Said et.el, (1994), peta juga merupakan satu ejen komunikasi yang penting untuk menggambarkan situasi, lokasi dan juga bentuk geografi sesuatu tempat. Oleh itu, peta merupakan pemilihan paling tepat kerana murid-murid dapat menentukan kedudukan lokasi menerusi peta. Bagi membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, saya ingin membuat penambahbaikan terhadap peta Malaysia sedia ada ini. Saya ingin memperkenalkan penggunaan peta KELAWAR yang dapat meningkatkan ingatan murid-murid dalam menentukan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Pada pendapat saya, murid-murid perlu mengenali peta Malaysia terlebih dahulu dan ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua murid, selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Menurut

15

Kulhavy, Stock dan Kelly (1993) dalam Arumugam A/L Raman (2006), pelajar akan lebih berjaya dalam kehidupan seharian mereka dengan memiliki pengetahuan tentang penggunaan peta. Berdasarkan fokus kajian, pemilihan teknik KELAWAR pada peta Malaysia ini dinilai melalui beberapa aspek seperti kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan terhadap sekolah. 2.1 Kebolehtadbiran

Penghasilan peta Malaysia ini tidak akan menelan kos yang besar. Warna-warna yang akan digunakan dalam peta KELAWAR ini juga mudah diperolehi sama ada dalam bentuk warna pensel, cat air dan sebagainya. Bahan-bahan lain seperti berus cat dan elephant board juga mudah diperolehi. Peta KELAWAR ini bukan sahaja boleh saya hasilkan malah guru-guru lain serta murid-murid juga boleh menghasilkannya. Seterusnya, peta ini juga mudah digunakan bukan sahaja oleh guru malah oleh murid-murid itu sendiri. Peta KELAWAR ini mudah dibawa dan juga mudah disimpan oleh guru. Berdasarkan perbincangan saya dengan Ketua Panitia Kajian Tempatan iaitu Puan Zaidah Binti Mohammad, beliau menyatakan bahawa peta KELAWAR ini ringan, boleh disusun di rak atau digantung di bilik bahan bantu mengajar.

Sebagai seorang guru Kajian Tempatan, saya sedari bahawa peta Malaysia adalah media pengajaran yang perlu digunakan selaras dengan Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Peta Malaysia perlu dikenali oleh semua rakyat Malaysia. Penggunaan peta KELAWAR untuk tujuan menunjukkan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia adalah penting kerana setiap negeri dibezakan melalui warna-warna yang berbeza. Hal ini membantu muridmurid mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia berdasarkan warna. Saya juga 16

mensasarkan bahawa suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dengan penggunaan peta KELAWAR seterusnya dapat menarik minat murid untuk belajar dan mengekalkan tumpuan di dalam kelas. Ini akan menyumbang kepada peningkatan prestasi pencapaian murid dalam subjek Kajian Tempatan. Perlu diingatkan bahawa peta

KELAWAR adalah sebagai bahan bantu mengajar yang memang wajar digunakan oleh guru di dalam kelas.

2.3

Kebolehgunaan

Peta KELAWAR sangat sesuai digunakan kerana saya gemar menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Peta KELAWAR boleh digunakan bukan sahaja oleh para guru malah murid-murid juga boleh belajar sendiri menggunakan peta ini. Peta KELAWAR ini tidak terhad kepada peta Malaysia sahaja kerana peta-peta lain seperti peta dunia juga boleh diperkenalkan menggunakan konsep yang sama iaitu konsep kepelbagaian warna pada peta. Dalam konteks sekolah rendah, peta KELAWAR ini juga boleh digunakan dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Dalam subjek Kajian Tempatan pula, kebanyakan topik akan menggunakan peta Malaysia.

2.4

Kawalan

Pada pendapat saya, penggunaan peta KELAWAR di dalam kelas mampu menghasilkan kawalan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta kawalan dari segi tingkah laku dan tumpuan murid-murid. Peta KELAWAR yang berwarna-warni dan tidak pernah diperkenalkan sebelum ini mampu menarik minat dan tumpuan murid-murid untuk belajar terutama sekali apabila murid-murid juga diberi peluang untuk menggunakan peta

17

KELAWAR ini. Apabila murid-murid berminat untuk belajar, tingkah laku murid akan terkawal dan memudahkan guru untuk membuat pengurusan bilik darjah. Tingkah laku negative murid akan dapat dikurangkan. Aspek kawalan juga dapat dilihat melalui peningkatan pencapaian murid-murid dalam subjek Kajian Tempatan. Minat murid akan membantu murid-murid menguasai sesuatu yang dipelajari.

2.5

Kolaborasi

Penggunaan peta KELAWAR menggalakkan kolaborasi antara banyak pihak berlaku. Semasa mula-mula mengenal pasti masalah murid-murid Tahun 5 Bestari, saya akan menyuarakan idea untuk menghasilkan peta KELAWAR kepada dua orang guru Kajian Tempatan iaitu Puan Rogahyati Binti Sidek dan Puan Zaidah Binti Mohammad. Kedua-dua orang guru ini menyambut baik cadangan saya. Bahan-bahan untuk menghasilkan peta KELAWAR akan disumbangkan oleh Puan Zaidah Binti Mohammad dan seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, beliau akan memberikan tunjuk ajar seperti menunjukkan cara melakar peta Malaysia yang betul, memilih warna-warna yang bersesuaian dan cara mewarna yang betul. Selain itu, saya akan turut berkolaborasi dengan warga guru kerana mereka juga boleh menggunakan peta KELAWAR ini di dalam kelas. Peta ini akan disimpan di bilik bahan bantu mengajar dan akan memberi peluang kepada saya untuk berurusan dengan Puan Admi Binti Tugiman yang merupakan guru yang menjaga bilik berkenaan. Seterusnya, peta KELAWAR yang akan digunakan dalam pembelajaran koperatif membolehkan murid-murid berkolaborasi bersama-sama dengan ahli kumpulan masingmasing.

18

2.6

Kerelevenan Terhadap Sekolah

Penggunaan peta KELAWAR ini akan sangat relevan terhadap sekolah.Hal ini kerana di sekolah, murid-murid duduk di dalam kelas untuk belajar dan peta KELAWAR ini sesuai digunakan di dalam kelas. Sekiranya semua kelas akan bergabung untuk belajar subjek Kajian Tempatan, peta KELAWAR juga sesuai digunakan di dalam dewan kuliah atau bilik tayangan kerana peta ini boleh digunakan dalam bentuk slideshow. Peta KELAWAR ini juga boleh dikecilkan dan dijadikan seperti buku skrap untuk diletakkan di sudut bacaan dalam kelas.

2.7

Peluang Penambahbaikan

Peluang penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada dapat dilakukan melalui penggunaan peta KELAWAR. Menurut Gagne (1985) dalam Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009), minda manusia memproses maklumat seperti komputer. Beliau mengenalpasti lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari. Yelon dan Weinstein (1977) dalam Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009) mengilustrasikan proses pembelajaran Gagne kepada beberapa peringkat. Dalam peringkat kedua, proses pembelajaran memastikan perhatian pelajar. Antaranya proses pembelajaran seharusnya menarik dan menyeronokkan pelajar, penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan pengajaran yang merangsang naluri ingin tahu pelajar dan menghubungkaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lepas menggunakan ilustrasi yang konkrit dan menarik.

19

Pada pengamatan saya, penggunaan peta KELAWAR

akan dapat meningkatkan

ingatan murid dalam menentukan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Saya memilih peta KELAWAR sebagai media pengajaran yang berkesan. Menurut Russel (1981) dalam Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009), media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti televisyen, radio, gambar, internet dan perisian komputer. Mengikut Reiser dan Gagne (1983) dalam Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009), media ialah sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Menurut Syarifah Alawiyah Alsagoff (1979) dalam Norasiah (2009), media ialah apa-apa jua alat atau perkakas yang biasanya digunakan untuk menyampai informasi dalam kehidupan manusia.

Penggunaan peta KELAWAR sebagai bahan bantu mengajar menepati fungsi bahan bantu mengajar itu sendiri iaitu membangkitkan minat murid terhadap pembelajaran mereka. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986), bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan bukan sahaja dapat menumpukan perhatian murid terhadap pengajaran guru, tetapi juga dapat mendorongkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Muridmurid akan hilang minat belajar jika guru seringkali menggunakan kapur dan papan tulis untuk menyampaikan pelajarannya.

Selain berfungsi sebagai media pengajaran dan bahan bantu mengajar, penggunaan peta KELAWAR mempunyai keistimewaan dari segi warnanya. Menurut Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009), warna dapat memantapkan pemahaman murid. Hal ini kerana warna ialah salah satu elemen reka bentuk grafik yang sangat menarik.Warna boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi sesuatu imej dan menyemarakkan emosi.Menurutnya lagi, kepentingan warna adalah untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahan-bahan yang

20

lebih penting di dalam visual itu. Warna itu sendiri dijadikan kod untuk mengingati sesuatu fakta dan setiap warna mewakili perkara yang berbeza.Hal ini turut disokong oleh Siti Zainab (2006) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa penggunaan warna membantu murid atau pelajar menguasai sesuatu fakta dalam topik pelajaran. Menurutnya lagi, penguasaan fakta bagi sesuatu topik pelajaran boleh ditingkatkan apabila kita menggunakan warna mengikut kesesuaian, kebolehan dan keupayaan murid.

Selain itu, saya akan menggunakan peta KELAWAR selaras dengan gaya pembelajaran murid-murid Tahun 5 Bestari. Salah satu gaya pembelajaran kanak-kanak ialah gaya pembelajaran visual. Menurut Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009),pelajar visual mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Solomon (1998) dalam Noriati, Boon Pong Ying dan Syarifah Fakhriah (2009), hampir 69% pelajar lebih kerap menggunakan imej visual dan mereka lebih suka membaca imej, carta, rajah dan animasi. Pelajar dalam kelompok visual ini mudah terangsang dan terdorong untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya guru menggunakan bahan-bahan visual yang menarik. Gaya pembelajaran ini juga dikaitkan dengan kecerdasan pelbagai murid-murid. Menurut Gardner (1993), teori kecerdasan pelbagai mengetengahkan pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui. Salah satu kecerdasan pelbagai menurut Gardner ialah kecerdasan visual-ruang. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini berupaya untuk memperincikan sesuatu yang dilihat dan sangat bijak menggunakan warna dan ruang.

Penggunaan warna memudahkan kita mengingati sesuatu fakta atau pun perkara.Buktinya, kita mentafsirkan warna pada lampu isyarat dengan warna merah

21

menandakan berhenti, warna kuning menandakan bersedia untuk berhenti dan warna hijau menandakan jalan. Norma (2004) telah menggunakan data yang diperoleh daripada kajian Barry (1976) tentang keberkesanan arahan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Dalam kajian Barry, fungsi warna adalah sebagai kod yang memudahkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Menurut Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani dan Mohd Zohir (2003), kemahiran menerang merupakan suatu kemahiran memberi kefahaman kepada pelajar. Keupayaan menyampaikan secara logik dan jelas adalah penting bagi seseorang guru. Selain membuat penerangan, pengkaji perlu menyediakan contoh, ilustrasi dan juga bahan bantu. Contohcontoh dan ilustrasi yang diberikan oleh guru perlu mencukupi, sesuai dengan peringkat umur pelajar dan isi kandungan yang hendak diterangkan, menarik dan diuruskan dengan berkesan. Penggunaan bahan atau sumber seperti peta KELAWAR dapat merangsang minat dan membantu kefahaman pelajar.

2.8

Cara Pengumpulan Data Awal

Bagi membuktikan kewujudan masalah mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Bestari, saya akan meneliti markah murid bagi ujian bulan Februari untuk subjek Kajian Tempatan. Saya akan menyemak kertas soalan ujian murid untuk melihat bentuk soalan yang dijawab salah oleh murid. Berdasarkan semakan ini, saya dapat melihat murid-murid lemah dalam melabelkan peta Malaysia. Ini bermaksud murid-murid tidak mengetahui kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Seterusnya, saya berjumpa dengan guru Kajian Tempatan Tahun 5 Bestari iaitu Puan

22

Roghayati Binti Sidek. Beliau memberitahu saya, beliau tidak pernah mengajarkan peta Malaysia secara keseluruhan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya turut bersoal jawab dengan murid bagi mendapatkan maklum balas murid. Murid-murid mengakui mereka tidak pernah diajar mengenai kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia. Selain itu, saya turut meneliti Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Saya dapati bahawa tiada topik khas yang menekankan kepada pengenalan terhadap peta Malaysia. Penelitian terhadap isi kandungan buku teks juga membantu saya menyimpulkan bahawa gambar rajah peta Malaysia dalam buku teks kurang sesuai dalam meningkatkan ilmu pengetahuan murid.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah saya yakin penggunaan peta KELAWAR dapat membantu murid-murid mengenali dan mengingati kedudukan negerinegeri pada peta Malaysia. Penggunaan peta KELAWAR juga dilihat sebagai inovasi dalam penggunaan lakaran peta semasa pengajaran dan pembelajaran.

23

3.0 3 .1

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN Objektif Kajian

Untuk meningkatkan minat murid belajar subjek Kajian Tempatan menggunakan peta KELAWAR

Untuk meningkatkan

kebolehan murid-murid untuk meningkatkan

kemahiran mengingat kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia dengan menggunakan peta KELAWAR.

3.2

Soalan Kajian

3.2.1

Adakah penggunaan peta KELAWAR dapat meningkatkan minat murid untuk belajar?

3.3.2

Adakah penggunaan peta KELAWAR dapat meningkatkan kebolehan murid-murid untuk mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia?

24

4.0

Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan seramai 38 orang murid-murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Kempas, Johor Bahru yang terdiri daripada 21 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Mereka ini terdiri daripada murid-murid yang homogenous iaitu mempunyai tahap kecerdasan yang hampir sama. Walaupun murid-murid ini berada di dalam kelas kedua tetapi mereka ini berada di tahap kecerdasan yang sederhana. Jurang tahap kecerdasan murid-murid di dalam kelas ini dengan murid-murid daripada kelas pertama adalah agak besar. Seramai 20 orang murid di kelas ini beraskan status sosioekonomi sederhana iaitu ratarata ibu bapa mereka berpendapata kurang daripada seribu lima ratus ringgit malaysia dan memiliki kualiti hidup yang agak sederhana.Staus pendidikan ibu bapa mereka adalah sekadar PMR dan sekolah rendah sahaja. 10 orang murid berasal daripada keluarga setinggan yang terletak di kawasan sawa Kempas. Pekerjaan ibu bapa mereka tidak menentu dan mereka menerima bantuan KUAM dan Rancangan Makanan Tambahan. 4 orang murid berasal daripada keluarga berpecah iaitu ibu bapa berpisah dan mereka dibesarkan oleh ahli keluarga lain dan ada yang dibela oleh keluarga angkat . Baki 4 orang anak murid saya dalam kategori berada kerana pendapatan perkapita keluarga mereka melebihi tiga ribu rinngit Malaysi.Ibu bapa mereka adalah berniaga disekitar Bandaraya Johor Bahru dan melatarbelakangkan pendidikan diploma dan sebagainya. Kebanyakan ibu bapa anak murid saya berumur di antara 32 hingga 41 tahun. ( maklumat ini dipeolehi daripada data murid APDM )

25

21 orang murid lelaki

38 orang murid Tahun 5 Bestari SK kempas 2013

17 orang murid perempuan

RAJAH1 : Bilangan Murid-murid Tahun 5 Bestari Mengikut Jantina JADUAL1 : Bilangan Murid-murid Tahun 5 Bestari Mengikut Etnik

Etnik Melayu Cina India Lain-lain

Bilangan Murid 35 orang 1 seorang 2 0rang Tiada

Murid-murid dalam kelas ini mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka terdiri daripada murid biasa, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Kelas ini merupakan juara pertandingan keceriaan kelas sejak bulan Januari 2013 lagi. Hal ini terhasil berkat kerjasama mereka bergilir-gilir bertugas membersihkan kelas pada setiap hari. Mereka juga menunjukkan kerjasama yang baik dalam aktiviti berkumpulan. Murid-murid dibahagikan kepada 6 buah kumpulan yang menggabungkan murid-murid lelaki dan murid-murid perempuan. Mereka akan berbincang dan berkongsi pengetahuan yang ada. Mereka juga cenderung membetulkan kesalahan rakan-rakan terhadap penguasaan isi pelajaran. Selain itu, setiap kumpulan juga menunjukkan daya saing yang sangat tinggi. Murid-murid Tahun 5

26

Bestari menunjukkan disiplin dan komitmen yang baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Apa yang membuatkan saya berasa kagum dan terharu adalah berkenaan dengan usaha mereka menunjukkan minat dan kesungguhan dalam memahami dan mengingati setiap tajuk pelajaran yang diajar walaupun saya mendapati bahawa mereka agak sukar menerima isi pelajaran yang banyak dalam satu-satu masa. Mereka melibatkan diri dengan aktif semasa saya mengadakan aktiviti di dalam kelas. Mereka mencuba sedaya upaya untuk menjawab setiap soalan yang diajukan.

Oleh itu, saya berasa senang hati untuk melaksanakan kaedah ini di dalam kelas bersama-sama dengan mereka. Kepatuhan dan kesungguhan murid-murid ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Apa pun kaedah yang dijalankan di dalam kelas, faktor kerjasama murid-murid akan membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0 5.1

TINDAKAN YANG DICADANGKAN Prosedur Tindakan 27

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang boleh digunakan oleh para guru semasa menjalankan kajian tindakan.Saya memilih model kajian tindakan John Elliot sebagai panduan utama dalam merancang prosedur tindakan.Saya berpendapat bahawa model kajian tindakan John Elliot ini lebih tersusun dan teratur serta mudah difahami.Prosedur tindakan telah dipecahkan kepada beberapa fasa yang mana memudahkan saya untuk memecahkan langkah-langkah tindakan kepada peringkat-peringkat tertentu.

28

RAJAH : Penyelidikan Tindakan John Elliot

Membuat tinjaun terhdap punca masalah

Fasa pertama

Merancang intervensi Tindakan 1

Fasa kedua Fasa ketiga

29

Tindakan 2 Tindakan 3 Maklumat direkod dan statistik

Monitor pelaksanaan dan kesannya

Fasa keempat Semak kembali untuk penambahbaikan pada kitaran kedua

Mengenalpasti sebab intervensi berjaya/tidak

RAJAH : Kerangka Konsep Kajian Penggunaan Peta KELAWAR Diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan Elliot

Berdasarkan Rajah , prosedur tindakan dibahagikan kepada empat fasa. Secara ringkasnya, semasa fasa pertama, saya cuba mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Seterusnya, saya membuat tinjauan terhadap punca masalah yang dihadapi oleh muridmurid.Dalam fasa kedua, saya merancang intervensi yang bersesuaian yang dapat menangani masalah yang dihadapi oleh murid.Dalam fasa ketiga, saya melaksanakan langkah intervensi yang dicadangkan. Dalam fasa keempat iaitu fasa terakhir, saya perlu melihat sejauh

30

manakah keberkesanan intervensi yang dilaksanakan, sama ada berjaya atau pun tidak. Berikut merupakan perincian prosedur tindakan yang ditetapkan oleh saya mengikut keempat-empat fasa tindakan.

Fasa pertama : Mengenal pasti masalah dan meninjau punca masalah

JADUAL : Fasa Pertama

LANGKAH LANGKAH 1

TINDAKAN Saya akan masuk ke dalam kelas dan menyambung pengajaran guru Kajian Tempatan yang terdahulu. Saya menulis penerangan di atas kertas sebak yang ditampal pada papan tulis. Saya juga menggunakan buku teks sebagai sumber rujukan dan turut menggunakan bahan bantu mengajar sekiranya perlu. Selepas sesi pengajaran, saya akan mengadakan sesi kuiz bagi menguji penguasaan ilmu murid-murid.

LANGKAH 2

Selepas beberapa kali mengajar dan mengadakan kuiz, saya mendapati murid-murid belum mengenali kedudukan negerinegeri pada peta Malaysia. Saya dapat melihat wujudnya masalah di sini. Bagi memastikan punca masalah berkenaan dengan kelemahan murid dalam menentukan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia, saya cuba mendapatkan maklumat mengenai muridmurid 5 Bestari daripada guru subjek Kajian Tempatan yang terdahulu. Seterusnya, saya menyemak semula pencapaian murid melalui keputusan ujian bulan Februari. Akhir sekali, saya mendapatkan maklum balas murid mengenai pengetahuan murid tentang peta Malaysia. Saya dapat mengesahkan membelenggu murid ialah

LANGKAH 3

LANGKAH 4

bahawa

punca

masalah tidak

yang pernah 31

murid-murid

diperkenalkan dengan peta Malaysia. Pada kelas yang berikutnya, saya membawa lakaran peta Malaysia untuk digunakan sebagai LANGKAH 5 bahan bantu mengajar. Saya membuat pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun saya menggunakan lakaran peta Malaysia yang ditampal di hadapan kelas, saya dapat melihat murid-murid tidak berminat untuk belajar subjek Kajian Tempatan dan suasana kelas hambar. Saya dapat mengenal pasti masalah seterusnya iaitu murid-murid tidak berminat untuk LANGKAH 6 belajar subjek Kajian Tempatan. Saya menjalankan ujian yang melibatkan peta Malaysia. Saya mendapati bahawa murid-murid masih gagal mengingati kedudukan negeri pada peta Malaysia.

Fasa kedua : Merancang intervensi yang akan dilaksanakan JADUAL : Fasa Kedua

LANGKAH LANGKAH 1

TINDAKAN Saya akan merancang intervensi bagi mengatasi beberapa 32

masalah yang melibatkan murid-murid Tahun 5 Bestari. Oleh sebab saya menyedari kepentingan penggunaan peta Malaysia sebagai media pengajaran yang utama, saya ingin menambah baik lakaran peta kosong kepada peta yang berwarna dikenali sebagai LANGKAH 2 peta KELAWAR. Saya mengutarakan idea kepada para guru Kajian Tempatan di sekolah berkenaan. Idea saya mendapat sokongan daripada para LANGKAH 3 guru. saya mula menghasilkan peta KELAWAR. Saya merancang prosedur pelaksanaan intervensi menggunakan peta KELAWAR. Pengkaji menyenaraikan beberapa kaedah yang perlu digunakan untuk mengumpul data. Saya juga menentukan masa yang bersesuaian untuk mengumpul data.

Fasa ketiga : Melaksanakan intervensi yang dirancang JADUAL :Fasa Ketiga

MINGGU MINGGU 1

TINDAKAN Saya akan memperkenalkan peta Malaysia dalam bentuk peta KELAWAR. Saya akan menyatakan rasional penggunaan peta KELAWAR kepada murid-murid. Saya akan membuat penerangan 33

mengenai perkaitan warna-warna pada peta KELAWAR dengan negeri-negeri pada peta Malaysia. Murid-murid akan melihat MINGGU 2 warna-warna yang disusun pada peta yang mewakili setiap negeri. Saya akan menggunakan peta Malaysia dalam bentuk peta KELAWAR semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas. Pertama sekali, murid-murid melabelkan nama negeri pada peta KELAWAR. Seterusnya, murid-murid akan meneka nama negeri apabila guru menunjukkan negeri-negeri pada peta secara rawak. Murid-murid akan berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Saya akan memberikan lembaran kerja berbentuk gambarajah peta Malaysia. Murid-murid perlu bekerjasama menulis nama negeri dengan warna pensel. Aktiviti terakhir pula, saya akan meminta wakil kumpulan ke hadapan untuk menyatakan kesemua nama negeri sambil menuding pada peta KELAWAR.

Fasa keempat : Penilaian terhadap keberkesanan intervensi yang dilaksanakan JADUAL : Fasa Keempat

LANGKAH LANGKAH 1 LANGKAH 2

TINDAKAN Saya akan menjalankan ujian selepas intervensi bagi membuat perbandingan markah dengan ujian sebelum intervensi. Saya akan memberikan borang soal selidik kepada murid bagi 34

mendapatkan maklum balas murid mengenai penggunaan peta LANGKAH 3 KELAWAR. Saya akan menganalisis pelbagai data yang diperolehi bagi menilai sama ada penggunaan peta KELAWAR dapat meningkatkan minat untuk belajar subjek Kajian Tempatan seterusnya akan membantu murid mengingati kedudukan setiap negeri pada peta Malaysia.

5.2

Cara Pengumpulan Data

Pendekatan Kuantitatif

Ujian sebelum intervensi Ujian selepas intervensi

Pemerhatian Pendekatan Kualitatif

Soal selidik 35

Rekod anekdot Temu bual Pemerhatian Persolan Kajian Pertama Soal selidik Ujian sebelum intervensi Ujian selepas intervensi Temu bual Pendekatan Kualitatif Pendekatan Kuantitatif Pendekatan Kualitatif

Persolan Kajian Kedua

RAJAH : Cara Pengumpulan Data Melalui kajian yang akan dijalankan, saya akan memilih beberapa cara pengumpulan data yang dilihat bersesuaian bagi menjawab ketiga-tiga persoalan kajian yang akan dinyatakan. Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk mengumpulkan data kerana saya melihat bahawa triangulasi data meningkatkan lagi kebolehpercayaan dalam kajian ini. Berdasarkan kepada kesemua cara pengumpulan data yang dipilih, saya mengkategorikan kesemua cara ini dalam dua pendekatan yang berbeza. 36

Pertama sekali ialah pendekatan kuantitatif.Pendekatan kuantitatif merujuk kepada kiraan dan ukuran tentang sesuatu. Bagi mengumpul data kuantitatif dalam kajian ini, saya akan menggunakan satu cara pengumpulan data iaitu ujian. Saya akan mengumpulkan data markah murid-murid Tahun 5 Bestari menerusi ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi.Seterusnya ialah pendekatan kualitatif.Pendekatan kualitatif merujuk kepada makna-makna, konsep-konsep, takrif-takrif, ciri-ciri, metafora, simbol-simbol dan huraian tentang sesuatu. Bagi mengumpul data kualitatif dalam kajian ini, saya akan menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu pemerhatian, soal selidik dan temu bual.

Secara keseluruhannya, saya akan menggunakan tiga cara pengumpulan data yang berbeza. Berikut merupakan perincian cara pengumpulan data mengikut urutan persoalan kajian yang telah dinyatakan.

a) Persoalan kajian pertama : Adakah penggunaan peta KELAWAR dapat meningkatkan minat murid untuk belajar?

Bagi menjawab soalan pertama, saya akan

menggunakan cara pengumpulan data

menerusi pemerhatian dengan disokong oleh cara pengumpulan data menerusi soal selidik. Rasional saya menggunakan dua cara pengumpulan data adalah bagi meningkatkan kebolehpercayaan dalam dapatan kajian. Berikut merupakan perincian cara pengumpulan data yang telah dinyatakan. 37

i)

Pemerhatian

Saya akan memilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap tingkah laku murid di dalam kelas. Bagi tujuan ini, saya akan menggunakan instrumen borang pemerhatian bagi memudahkan proses pemerhatian. Borang pemerhatian merupakan dokumen yang disediakan untuk merekod apa yang diperhatikan secara sistematik dan teratur. Dalam borang pemerhatian itu, terdapat aspek-aspek yang tertentu untuk direkodkan semasa pemerhatian dijalankan.Merujuk kepada borang pemerhatian yang digunakan, saya akan menetapkan sebanyak 10 aspek tingkah laku postif murid dan 6 aspek tingkah laku negatif murid.Saya akan membuat pemerhatian terhadap kumpulan

sasaran berdasarkan kesemua aspek yang akan ditetapkan dan saya akan mencatat bilangan murid yang menunjukkan tingkah laku seperti yang ditetapkan.

Saya akan menjalankan pemerhatian sebelum intervensi dan selepas intervensi dengan menggunakan borang pemerhatian yang sama. Rasional saya menggunakan cara pengumpulan data melalui pemerhatian kerana saya ingin memerhatikan segala tingkah laku murid, sama ada positif atau pun negatif. Saya juga sedar bahawa minat murid untuk belajar dapat dilihat melalui tingkah laku murid itu sendiri.Selain itu, saya juga akan membuat pemerhatian sebelum dan selepas pemerhatian kerana saya ingin melihat perbandingan tingkah laku positif murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan.Borang pemerhatian boleh dilihat pada Lampiran .

ii)

Soal selidik

38

Saya juga akan menggunakan cara pengumpulan data melalui soal selidik bagi menyokong dapatan pemerhatian. Soal selidik bertulis atau bercetak akan digunakan untuk mengutip data berdasarkan jawapan bertulis responden.Saya menggunakan instrumen borang soal selidik bercetak yang perlu ditandakan pada bahagian Ya atau Tidak sahaja.Borang soal selidik ini mengandungi 11 penyataan positif dan 2 penyataan negatif.Ia diberikan kepada setiap murid dan ditandakan secara individu. Tandaan Ya bermaksud bersetuju manakala tandaan Tidak bermaksud tidak bersetuju dengan penyataan yang disenaraikan.

Rasional saya menggunakan soal selidik bagi mengumpulkan data kerana kemudahtadbirannya. Dengan hanya sekali tadbir, banyak data diperolehi pada kadar yang cepat. Borang soal selidik yang akan diberikan selepas intervensi bertujuan mendapatkan maklum balas murid terhadap penggunaan peta KELAWAR. Oleh sebab murid-murid tidak perlu menuliskan nama pada borang soal selidik ini, muridmurid cenderung untuk menanda dengan jujur dan tepat kerana tidak dipengaruhi dengan faktor takut kepada guru. Borang soal selidik boleh dilihat pada Lampiran .

b) Persoalan kajian kedua : Adakah penggunaan peta KELAWAR dapat meningkatkan kebolehan murid-murid untuk mengingati kedudukan negerinegeri di Malaysia?

Bagi menjawab soalan kedua, saya akan menggunakan cara pengumpulan data menerusi ujian dengan disokong oleh cara pengumpulan data menerusi temu bual. Rasional saya

39

menggunakan dua cara pengumpulan data adalah bagi meningkatkan kebolehpercayaan dalam dapatan kajian saya. Berikut merupakan perincian cara pengumpulan data yang telah dinyatakan.

i)

Ujian

Ujian sebelum intervensi

Ujian ini akan dijalankan sebelum intervensi dilaksanakan. Ujian ini dijalankan ke atas 38 orang murid Tahun 5 Bestari.Ujian ini dilaksanakan secara individu.Saya menyediakan kertas soalan yang mengandungi gambar rajah peta Malaysia. Murid-murid perlu melabelkan nama negeri pada gambarajah peta Malaysia. Terdapat 13 buah kotak jawapan yang disediakan pada gambarajah peta ini.Ujian ini mengambil masa selama 40 minit sahaja.

Saya menjalankan ujian ini bagi menguji pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia.Seterusnya, saya akan melihat markah murid-murid dan

mengkategorikan pencapaian murid-murid mengikut markah.Dengan ini, saya dapat melihat bilangan murid yang mendapat markah yang rendah, sederhana dan markah yang tinggi berdasarkan keputusan 40

ujian.Ini membantu saya menentukan kumpulan sasaran untuk kajian ini. Akhir sekali, markah ujian ini akan digunakan untuk membuat perbandingan dengan markah ujian selepas intervensi bagi melihat perbezaan markah. Soalan ujian boleh dilihat dalam Lampiran . Ujian selepas intervensi

Ujian iniakan dijalankan selepas intervensi dilaksanakan.Ujian ini dilaksanakan ke atas kumpulan sasaran yang melibatkan seramai 38 orang murid Tahun 5 Bestari.Ujian ini dilaksanakan secara individu. Saya akan menyediakan soalan ujian pada aras kesukaran yang sama dengan ujian sebelum intervensi, tetapi dalam bentuk yang agak berbeza. Saya juga menambah beberapa soalan subjektif dalam kertas soalan ujian ini.Kertas soalan ujian ini turut disertakan dengan gambar rajah peta Malaysia yang diwakili dengan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid-murid perlu menuliskan nama negeri pada ruangan jawapan yang diwakili oleh huruf-huruf. Ujian ini mengambil masa selama 30 minit sahaja.

Rasional saya menukar bentuk soalan ujian bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi lebih peka dan teliti terhadap kehendak soalan ujian.Seterusnya, saya menjalankan ujian selepas intervensi adalah bagi menguji pengetahuan yang dikuasai oleh murid-murid selepas intervensi dijalankan.Dengan ini, saya dapat

41

melihat bilangan murid yang mendapat markah yang rendah, sederhana dan markah yang tinggi berdasarkan keputusan ujian selepas intervensi. Akhir sekali, markah ujian ini akan digunakan untuk membuat perbandingan dengan markah ujian selepas intervensi bagi melihat perbezaan markah. Dengan ini, saya boleh melihat sama ada berlaku peningkatan atau penurunan markah dalam gred rendah, sederhana dan cemerlang. Soalan ujian boleh dilihat dalam Lampiran .

ii)

Temu bual

Dalam menjawab persoalan kajian kedua ini, saya akan menggunakan cara pengumpulan data menerusi temu bual. Temu bual ialah situasi di mana penemu bual akan bertanya soalan pada seseorang atau lebih responden secara bersemuka (Sabitha, 2009). Dalam kajian ini, saya akan menggunakan temu bual separa struktur. Temu bual separa struktur melibatkan soalan yang akan disediakan terlebih dahulu, tetapi saya boleh memilih untuk mengajukan atau tidak mengajukan soalan yang telah disediakan dan menambah atau mengurangkan soalan temu bual mengikut kesesuaian, serta saya boleh menggunakan intonasi dan cara mengajukan soalan yang berbezabeza. Saya akan menyediakan tiga soalan temu bual. Temu bual ini dilakukan ke atas lima orang murid sebagai responden.

Rasional saya untuk menjalankan temu bual ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci seperti pendapat dan sebab, serta kesan kepada tindakan yang telah dijalankan.Dalam kajian ini, melalui soalan temu bual, saya ingin

42

mengetahui penguasaan murid dalam mengingati kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia.Soalan temu bual boleh dilihat dalam Lampiran .

5.3

PELAKSANAAN TINDAKAN (CARTA GANTT)

Proses pelaksanaan kajian tindakan dimulakan apabila kertas cadangan kajian tindakan mendapat kelulusan dan dipersetujui oleh pensyarah penyelia. Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dilaksanakan telah bermula pada bulan Januari 2013 dan berakhir pada bulan November yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan dan pelaporan kajian tindakan. Berikut merupakan carta gantt kajian tindakan : JADUAL :Pelan Tindakan Bagi Kajian Tindakan (Carta Gantt) TEMPOH AKTIVITI Pemilihan Tajuk Kajian Perancangan Draf Kajian Penyediaan Draf Kertas Cadangan Kajian Tindakan Penyerahan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Pelaksanaan Kajian Tindakan Pengumpulan Data Menganalisis Data Penyediaan Laporan Kajian Tindakan Semakan 43 Jan BULAN 2013 Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov

Bersama Pensyarah Penyelia Menghantar Draf Pertama Laporan Kajian Tindakan Menghantar Draf Kedua Laporan Kajian Tindakan Menghantar Laporan Kajian Tindakan

5.4

Kos Kajian

JADUAL : Kos Kajian 44

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

PERKARA

KOS SEUNIT KUANTITI 40 40 40 12 2 2 2 17 1 1 1m 1

JUMLAH (RM) RM 2.00 RM 2.00 RM 2.00 RM 2.40 RM 5.60 RM 2.40 RM 0.40 RM 1.70 RM 1.80 RM 9.00 RM 3.00 RM 3.80 RM 36.10

Kertas ujian pra 0.5 sen Kertas Ujian pos 0.5 sen Kertas soalan soal selidik 0.5 sen Lembaran kerja 0.3 sen Mounting board 2.80 Elephant board 1.20 Kertas sebak 0.0 Kertas A4 100 gram 0.10 Marker 1.80 Buncho 9.00 Zap 3.00 Foam glue 3.80 JUMLAH KESELURUHAN KOS KAJIAN

9.0

SENARAI RUJUKAN

Arumugam A/L Raman. (2006). Kesan peta animasi interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran geografi. Diperoleh Mac 1, 2012 dari http://eprints.usm.my/8643/ Dale, E. (1946). Audio-visual methods in teaching. New York : Dryden Press, Holt, Rinehart and Winston. Dato Siti Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria. (2009). Rahsia minda hebat. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd. Dayang Sarinah Ag Sura. 2008. Sistem pembelajaran N-P (nota poket) meningkatkan

45

daya ingatan pelajar (tingkatan 3) dalam bab 3 : Ancaman komunis dan darurat, 2. Diperoleh Mac 2, 2013 dari http://www.smkmajakir.net/modules/news/Jurnal%20Munsyi/DgSarinah.pdf Dewey, J. (1933). How we think : A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston, MA : Heath. Dick, W., & Reiser, R.A. (1994). Merancang pengajaran yang efektif. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, Terjemahan Abdul Rahim Mohd. Saad. Ee Ah Meng. (2005). Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) : Ilmu pengetahuan dan ketrampilah ikhtisas. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gardner, H. (1993). Multiple intelligence. New York : Bantam. Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti dan tuntutan perubahan dalam pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1) : 53-60. Hj. Ab. Fatah Hasan. (1992). Penggunaan minda yang optimum sepanjang hayat. Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia. Kamarudin Haji Husin. (1990). Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruddin Haji Husin. (1995). Dinamika sekolah dan bilik darjah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Khairuddin Bin Nisa. ( 2008). Menguasai peta malaysia melalui teknik Drag and Drop. Diperoleh Mac 3, 2013 http://geoandyou.com/kajiantindakanpetamalaysia2008/pdf dari

LAMPIRAN :

46

47

Jumlah Soalan

Bilangan Calon Mendapat Betul

48

LAMPIRAN A BORANG PEMERHATIAN Instrumen Bagi Menilai Persoalan Kajian Pertama Tarikh : .. Masa : ITEM A B C D E F G H I J K L M N O P ASPEK TINGKAH LAKU Murid menumpukan perhatian semasa guru mengajar Murid tertarik untuk melihat peta Malaysia yang ditampal oleh guru pada papan tulis Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru Murid mengangkat tangan untuk melabel pada peta Malaysia Murid mengeluh apabila tidak dipilih oleh guru Murid mengangkat tangan sambil berdiri Murid bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan berkumpulan Murid memberikan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan Murid berdiri semasa aktiviti berkumpulan Murid menyiapkan tugasan dengan pantas bersama-sama ahli kumpulan Murid berbual-bual dengan rakan Murid memandang ke luar tingkap Murid membuat kerja sendiri Murid membaca bahan bacaan lain Murid meletakkan kepala di atas meja Murid tidur semasa p&p BILANGAN MURID YA TIDAK

49

BORANG SOAL SELIDIK Instrumen Bagi Menilai Soalan Kajian Pertama Arahan : Baca penyataan berikut. Kemudian, tandakan pada ruangan YA atau TIDAK ITEM A B C D E F G H I J K L M PENYATAAN Saya menumpukan tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar menggunakan peta KELAWAR Saya berminat untuk belajar subjek Kajian Tempatan kerana guru saya menggunakan peta KELAWAR dalam pengajarannya Peta KELAWAR dapat menarik minat saya kerana warnanya yang menarik dan pelbagai Saya lebih berminat untuk belajar sekiranya guru saya memberikan peta KELAWAR kepada setiap orang daripada kami Saya ada mengangkat tangan supaya dipilih oleh guru untuk melabel peta KELAWAR di hadapan kelas Saya sanggup berebut-rebut dengan rakan untuk menjawab soalan guru Saya mahu guru saya memberi saya peluang untuk melabel peta KELAWAR di hadapan kelas Saya berasa gembira kerana berjaya melabel gambarajah peta Malaysia dengan betul Saya berminat untuk melabelkan peta KELAWAR semasa aktiviti berkumpulan Saya berpendapat bahawa pembelajaran menggunakan peta KELAWAR dapat menarik minat murid-murid Saya berharap dapat mempelajari peta-peta yang lain dengan menggunakan peta KELAWAR Saya berasa mengantuk belajar menggunakan peta KELAWAR Saya berasa bosan belajar menggunakan peta KELAWAR TANDAKAN YA TIDAK

50

TEMU BUAL SELEPAS INTERVENSI Instrumen Bagi Menilai Persoalan Kajian Kedua 1) Adakah peta KELAWAR memudahkan kamu untuk mengingati kedudukan negeri pada peta Malaysia? .......................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................

2) Adakah kamu sudah mengetahui kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia? .......................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................

3) Sekiranya kamu diberikan gambarajah peta Malaysia dalam peperiksaan, adakah kamu yakin kamu boleh melabel peta dengan baik? .......................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................

51

52

Anda mungkin juga menyukai