Anda di halaman 1dari 22

TEORI KEDATANGAN ISLAM

Teori kedatangan Islam ke Nusantara.


Para sejarawan berbeza pendapat tentang tarikh kedatangan Islam ke Nusantara. Sejarawan tempatan menyatakan bahawa Islam telah sampai sejak abad ke-7M. Manakala Sejarawan Barat telah menyatakan Islam telah sampai ke Nusantara di sepanjang abad ke-14M (1292-1390M) .Antara sejarawan tempatan yang berpendapat telah sampai Islam pada abad ke-7M ialah HAMKA (Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah)1, Dr. Abdullah Ishak dan Abdul Rahman Abdullah.2 Buktinya wujud hubungan dalam aktiviti perdagangan dan juga budaya antara masyarakat Arab dengan Alam Melayu. PengIslaman Yaman mempunyai kaitan yang rapat dan memberi kesan positif dalam pengIslaman di Alam Melayu. Ini kerana Yaman sudahpun ada tamadun yang tinggi bukan sahaja didatangi oleh peniaga-peniaga Arab bahkan dari pelbagai bangsa termasuklah dari Nusantara. Apabila orang Yaman memeluk Islam, maka agama Islam telah disebarkan kepada pedagang-pedagang Nusantara yang datang ke negeri mereka.3 . Marshall Broomhall, telah berpendapat bahawa Islam telah wujud pada pertengahan abad ke-5M dan mula berpengaruh di zaman Dinasti Tang(618-907M) sehingga mencetuskan pemberontakan pada tahun 758M. Seterusnya pada 878M, tercetus pula pemberontakan Patani di Canton pimpinan Huang Chao yang mana ia telah mengorbankan hampir 120 000- 200 000 orang Islam (Arab dan Parsi). Bagi mereka yang sempat melarikan diri, kemudiannya telah berhijrah ke Nusantara.4 Sejarawan tempatan berpendapat bahawa kedatangan Islam dan penerimaan di Nusantara berlaku pada zaman Rasulullah saw dan khalifah Rasyidin. Manakala pada zaman Umaiyah dan Abbasiyah, Islam telahpun tersebar luas di Alam Melayu. Berdasarkan kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam telahpun sampai ke rantau ini
1 2

HAMKA (1988), Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur:Pustaka Alam Press, h 418. Abdul Rahman (1981), Sejarah dan Pemikiran Islam, Selangor:Penerbit Pena, h 313. 3 Minah bt Dibok (2005), Pengaruh Islam dalam Pembinaan Tamadun di Terengganu:Kajian khusus mengenai seni bina masjid di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur:Universiti Malaya, h 42. 4 Opcit, h 313-314

seawal abad ke-7M atau sekitar tahun 630M tidak boleh dipandang ringan kerana terdapat hujah tersendiri dan telah diakui oleh Seminar sejarah masuknya Islam ke Indonesia yang diadakan di Medan, 1963M. Namun para sejarawan belum menemui bukti-bukti yang konkrit bagi menyokong pendapat dan teori tersebut. Manakala sejarawan Barat telah menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Tanah Melayu pada abad ke-12 dan 13M dengan adanya bukti artifak dan catatan pengembaraan. Juga 3 buah batu nisan bertarikh sekitar separuh pertama 15M ditemui di Pasai, utara Sumatera dan batu yang hampir serupa telah ditemui di Geresek, timur Jawa pada 1419M.5 Selain itu, penemuan batu bersurat Terengganu bertarikh 1391 telah menjadi bukti kedatangan Islam ke Nusantara. Kesemua ini merupakan bukti tertua dalam bentuk artifak yang menunjukkan penganut Islam telah wujud sekitar abad ke12M.6

Islam datang dari India


Kenyataan ini telah dikemukakan oleh seorang Sarjana Belanda, Snouck Hurgronje. Pada tahun 1894M, beliau telah membuat hipotesis bahawa Islam berasal dari India berasaskan agama Islam telah bertapak di bandar-bandar pelabuhan di selatan India sebelum ia tersebar ke Alam Melayu. Ia berdasarkan kepada 3 fakta iaitu: i. ii. iii. Wujud sejumlah besar umat Islam di selatan India. Kewujudan mereka ada kaitan masa dengan kewujudan penganut Islam di Alam Melayu. Hubungan perdagangan antara sultan India dengan Alam Melayu. Ramai pedagang India terdiri daripada penganut Islam dan juga penduduk di Alam Melayu.7

Minah bt Dibok (2005), Pengaruh Islam dalam Pembinaan Tamadun di Terengganu: Kajian khusus mengenai seni bina masjid di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur:Universiti Malaya, h43-44 6 Azam Hamzah (1997), Islam dan Tamadun, Klang: Fontarz Enterprise, h4 7 Ibid h44

Syed Mohd Naquib Al-Attas pula mempersoalkan penemuan batu nisan yang sama di antara Alam Melayu dengan India tidak semestinya jadi bukti bahawa perkembangan Islam berpunca dari India. Pandangan beliau mengatakan bahawa batu nisan itu mudah dipesan dari sana melalui sistem pengangkutan dan ini bukan menunjukkan Islam itu dari India. Jika ia dari India sudah tentu ia ditulis oleh India untuk tujuan penyampaian dakwah. Menurut beliau lagi mubaligh yang datang berketurunan Arab dan datang terus dari Arab dan singgah sementara sahaja di India sebelum tiba ke Alam Melayu. Buktinya sejarah melayu telah melaporkan bahawa Sayid Abdul Azizi dari Mekah yang mengislamkan Melaka dan Hikayat Raja-raja Pasai pula menceritakan adanya seorang mubaligh Arab bernama Syeikh Ismail telah mengislamkan Pasai. Begitu juga dalam Hikayat Acheh ada menyataakan bahawa Syeikh Abdullah Arif seorang pendakwah Arab telah mengembangkan Islam di Sumatera. Orientalis Barat sebenarnya mempunyai tujuan yang nyata dalam perkembangan islam ini. Kenyataan mereka ini bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam di rantau ini tentang keaslian ajaran Islam yang dipegang oleh mereka selama ini adakah ia benar seperti mana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w ataupun telah diubahsuai oleh pendakwah India.8

Islam datang dari China dan Champa


Melalui China, teori ini berlandaskan beberapa hujah, antaranya ada yang mengaitkan kewujudan perhubungan perdagangan antara orang Arab dengan China sebelum kedatangan islam lagi. Di mana pegadang-pedagang dari China ini telah membawa barang-barang seperti bau-bauan, mutiara dan batu yang berharga disamping membeli sutera dan kain-kain juga tembikar dari China. Perdagangan telah mewujudkan hubungan antara China dan kepulauan Melayu.9 Dalam riwayat Dinasti Tang (618-907M) banyak terdapat laporan tentang kedatangan utusan-utusan khalifah Abasiyah ke China terutamanya dari khalifah Abul Al-Abbas(Abo-Loba), khalifah Abu Jaafar (A-Pu-Cha-Fo) dan khalifah Harun
8 9

Ibid h46 Ibid h48

Rasyid(A-Lun). Antara faktor utama berlakunya hubungan politik di antara kerajaan China dan kerajaan Abbasiyah ialah untuk membantu kerajaan China mematahkan pemberontakan yang diketuai oleh Panglima Tentera An-Lu-Shan terhadap maharaja Hsuan Tsung,755M. Tentera Islam iaitu seramai 10 000 orang pada zaman khalifah Abu Jaafar Al-Mansur telah berjaya mengalahkan pemberontakan tersebut. Sebagai balasan, maharaja Hsuan Tsung telah membenarkan tentera islam bermastautin di sana dan berkahwin dengan wanita-wanita China. Selain itu, disediakan juga tempat kediaman dan tempat ibadah kepada orang-orang islam di sana.10 Bukti yang menunjukkan wujudnya pengaruh China dalam proses pengIslaman di Alam Melayu ialah kesediaan China memberi naungan kepada kerajaan Islam Melaka dan hubungan diplomatik yang cukup intim Di samping itu, terdapat bukti dari sudut kesenian terutama seni bina masjid di Jawa dan juga di Melaka yang dikatakan mendapat pengaruh kesenian China.11

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara...


Dalam menentukan kedatangan Islam ke Nusantara para pengkaji sejarah telah membuat pelbagai kajian antaranya ialah ahli sejarah Barat dan orientalis di mana mereka mengatakan bahawa Islam datang dan berkembang sejak abad ke-13M. Manakala pengkaji sejarahIslam di Nusantara telah membuat rumusan bahawa Islam tiba di Nusantara pada 7M lagi iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w masih hidup.12 Malaysia, dari segi kedudukan geografinya tidak boleh dipisahkan dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Apa yang berlaku di satu kawasan akan memberi kesan kepada
10 11

Ibid h48 Ibid h49 12 Wan Hussein Azmi (1980), Islam di Malaysia: Kedatangan dan perkembangan (abad 7-20M),Tamadun Islam di Malaysia, Percetakan United Selangor Sdn. Bhd:Kuala Lumpur, hal 135.

Malaysia. Lebih-lebih lagi perhubungan perniagaan antara Malaysia dengan Gugusan Pulau-pulau Melayu khususnya dan Asia Tenggara umumnya adalah terjalin dan tidak boleh dipisah-pisahkan. Saudagar-saudagar Arab dan lainnya yang singgah di pelabuhanpelabuhan perniagaan di kepulauan Indonesia juga singgah di pelabuahn-pelabuhan di Malaysia. Oleh yang demikian kita boleh menegaskan bahawa Islam telah tiba di Malaysia di abad ke-7 Masihi. Bilangan saudagar Islam yang tiba di Asia Tenggara bertambah ramai di pertengahan yang kedua dari abad ke-7M iaitu setelah tentera Arab Muslimin membuka negeri Parsi pada tahun 650M dan dari situ ramai orang Parsi yang telah memeluk Islam. Ada di antara mereka itu yang telah berpindah ke Indonesia terutama sekali di Sumatera untuk mengembangkan agama Islam di samping menjalankan perniagaan.13 Sementara itu, bukti-bukti sejarah jelas menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ini berkait rapat dengan aktiviti perdagangan khususnya pedagang-pedagang Arab, Parsi dan India. Ini dapat dilihat dari aspek kedudukan pelabuhan yang stategik iaitu sebagai laluan laut yang penting bagi pedagang dari Asia Barat, India dan China. Para pedagang ini singgah di pelabuhan-pelabuhan Sumatera bagi mendapatkan barangbarang keperluan dan sementara menanti perubahan angin monson, ada di antara mereka yang singgah ke pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu seperti Kedah, Terengganu dan Melaka. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa Islam telah tiba di Tanah Melayu pada abad ke-7 Masihi.14 Proses perkembangan Islam di Gugusan Kepulauan Melayu ketika itu berkembang dengan pesat. Perkembangan Islam di Melaka dan kawasan-kawasan yang menghadap ke Laut China Selatan mengalami era baru apabila perdagangan di kawasan tersebut dimonopoli oleh pedagang-pedagang Arab dan Parsi yang memeluk agama Islam. Perubahan positif ini berlaku pada abad ke-9 Masihi. Perkembangan ini bertepatan

13 14

Ibid h142 Mohd Nazri Ibrahim, Mohd Zulkifli Husain, Noraina Noraini, et al (1998), Perspektif Islam di Malaysia, Jabatan Pengajian Media UM dan Hizbi Sdn. Bhd: Selangor, h2

dengan sejarah Dinasti Sung(960-1279M) yang mengatakan bahawa Islam telah lahir di sepanjang Laut China Selatan dalam tahun 977 Masihi.15 Di Malaysia pula, pengkaji-pengkaji sejarah telah menjumpai kesan-kesan sejarah yang menunjukkan agama Islam sudah pun bertapak sebelum abad ke-13M lagi. Antaranya ialah penemuan dinar emas di Kelantan pada tahun 1914 menandakan sebuah kerajaan Islam Kelantan telah terdiri di pertengahan kedua dari abad ke 12M.16 Sebuah batu nisan tertua dijumpai di negeri Kedah yang bertulisan Arab dengan ayat berbunyi:

(Sheikh Abdul Kadir Bin Husin Syah Alam 291H)17


. Penemuan batu nisan ini telah menguatkan lagi pendapat mengenai kelahiran agama Islam di persisiran pantai di Semenanjung Tanah Melayu. Pada salah satu permukaan batu nisan itu tertulis nama Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Syah Alam(Alirah), bertarikh 291 Hijrah iaitu bersamaan dengan tahun 903 Masihi dijumpai di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah pada tahun 1965. Di sekitar makam tersebut juga kelihatan banyak batu nisan lama dan ini memperlihatkan bahawa tempat ini merupakan sebuah perkampungan lama bagi orang Islam dan menjelaskan lagi bahawa kawasan Tanjung Inggeris ini adalah tempat persinggahan pedagang-pedagang Arab dan Parsi. Artifak ini telah membuktikan kedatangan agama Islam ke Nusantara dan ke Tanah Melayu khususnya menjadi lebih konkrit.18

15 16

Ibid hal3 Wan Hussein Azmi (1980), Tamadun Islam di Malaysia, Percetakan United Selangor Sdn. Bhd.:Kuala Lumpur, hal:135 17 Ibid hal143 18 Mohd Nazri Ibrahim, Mohd Zulkifli Hussain, Noraina Noraini, et. al (1998), Perspektif Islam di Malaysia, Jabatan Pengajian Media UM dan Hizbi Sdn. Bhd: Selangor, hal 3-4

Kerajaan Islam Melaka


Penubuhan negeri Melaka dikatakan mempunyai kaitan dengan berlakunya perang saudara di Majapahit dimana selepas kematian Hayam Wuruk(1360-89Masihi). Sewaktu perang saudara itu, Parameswara iaitu putera kepada Raja Palembang-Srivijaya dan kerajaan Sailendra turut terlibat kerana beliau telah berkahwin dengan salah seorang puteri Majapahit. Dalam peperangan tersebut, Parameswara telah tewas dan seterusnya mengambil keputusan dengan melarikan diri ke Temasik yang pada ketika di bawah kerajaan Siam. Setibanya di Temasik beliau telah membunuh pemerintahnya iaitu Temagi untuk menjadi pemerintah baru. Apabila perkara ini telah sampai kepada pengetahuan kerajaan Siam maka mereka mahu membalas balik atas kematian pemerintah mereka, Temagi. Kemudian Parameswara bersama pengikut-pengikutnya telah berundur ke Muar dan akhirnya tiba di Melaka lalu membuka sebuah kerajaan baru di situ pada tahun 1402M. Kedatangan Islam ke Melaka berlaku pada tahun 1414M apabila Parameswara telah menganut islam dan telah menukar namanya kepada Megat Iskandar Syah. Pengislaman beliau telah menyebabkan ianya diikuti oleh pembesar-pembesar dan juga rakyat jelata di negeri itu. Dengan itu Islam mulalah tersebar di Melaka. 19 Kewujudan kerajaan ini juga telah dikaitkan dengan perkahwinan, dimana ia telah dicatit oleh setengah pengkaji-pengkaji sejarah di Indonesia. Di antara mereka itu ialah Mahmud Yunus Jamil yang menulis dalam buku kecilnya dengan mengatakan bahawa Sultan Perlak, Al Sultan Makhdum Alauddin Malik Muhammad Amin Syah 11 Johan Berdaulat yang memerintah Perlak 622-662H/1225-1263M telah mengahwinkan puteri sulungnya, Puteri Ratna Kamala dengan Raja Melaka Al Sultan Muhammad Syah iaitu Parameswara Iskandar Syah. Manakala puterinya yang kedua Puteri Ganggang dengan Sultan Malikussaleh, Meurah Silo(Merah Silu). Ini menunjukkan kerajaan Melaka yang pertama ini sezaman dengan kerajaan islam Samudera Pasai yang pertama.

19

Ibid hal 6

Manakala menurut penulis sejarah Indonesia yang lain, H.M. Zainuddin Puteri Ratna Kamala telah dikahwinkan dengan Raja Iskandar Syah, Raja Singapura. Manakala Puteri Ganggang Sari dikahwinkan dengan Sultan Malikussaleh Pasai. Walaupun terdapat dua sumber tentang negeri islam itu, yang pertama mengatakan Melaka dan yang kedua mengatakan Singapura, tetapi kedua-duanya sama mengatakan gelaran raja itu Iskandar Syah dan pemerintahnya di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan pada zaman negeri Perlak diperintah oleh Sultan Al Makhdum Alauddin Malik Muhammad Alam Syah yang memerintah pada abad ke-13M. Kerajaan Islam Melaka ini dipercayai memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sultan Muhammad Syah(Parameswara Iskandar Syah) dalam usahanya mengembangkan agama Islam itu telah dibantu oleh iparnya Pangeran Malik Abdul Aziz Syah. Harus Pangeran inilah Syaikh Abdul Aziz yang dikatakan oleh Aristided Marre sebagai orang yang mengIslamkan Raja Melaka. Mungkinkah Islam telah tiba di kawasan Barat Semenanjung menjelang tahun 1276M.20 Kesan-kesan yang menunjukkan adanya kerajaan Islam awal terdapat di Pengkalan Kampas Melaka. Kesan-kesan ini ialah penemuan Batu peninggalan Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah) dan kedua ialah Inskripsi Raja Aditya Warma, 1378M dan pada batu itu juga tertulis nama ( Allah) dan tulisan di makam di Pengkalan Kampas itu menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Komplex Tengku Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertulisan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dapat dijelaskan.21

20

Wan Hussain Azmi (1980), Tamadun Islam di Malaysia, Percetakan United Selangor Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur, hal 144-145
21

Ibid hal144-145

Melaka dan Perkembangan Islam di Asia Tenggara


Islam terus berkembang dengan pesat di Nusantara apabila Melaka menjadi sebuah negara agung pada abad ke-15M khususnya selepas 1414M apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya sebagai Megat Iskandar Syah22.Apabila raja memilih Islam, selanjutnya keseluruhan rakyat Melaka menjadi Islam. Mulai tahun 1414M Melaka telah berdiri sebagai sebuah negeri Islam di Nusantara. Kedudukan politiknya menjadi kuat dengan adanya hubungan antara istana Melaka dengan istana Pasai. Kerajaan Islam Melaka, dengan kedudukan politiknya yang sihat telah dapat memperkuatkan dirinya dan mengorak langkah menuju kepada kemajuan dan juga kemakmuran. Tidak berapa lama kemudian Melaka telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari berbagai bangsa berhimpun, terutama sekali kapal-kapal perniagaan Arab, Parsi dan juga India telah singgah ke pelabuhan ini. Ini merupakan faktor terpenting yang menyebabkan Melaka menjadi pusat pengembangan agama Islam kerana kedudukan Melaka di tengahtengah perjalanan laut antara Asia Barat, Parsi, India dan China. Selain menjadi pelabuhan antarabangsa, ia telah berjaya menarik minat pedagang-pedagang asing membuat penempatan sementara bagi menantikan angin monsun yang sesuai untuk belayar kembali. Di samping itu, Melaka menjadi pusat gerakan Dakwah Islamiah bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk Gugusan Pulau-pulau Melayu seluruhnya. Kekuatan kerajaan Melaka semakin bertambah di masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah(1446-1459M). Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam(Thailand). Keadaan Negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil. Suasana seperti ini membuka jalan kepada gerakan Dakwah Islamiah Melaka pada masa itu, sebagaimana kata Brian Harrison telah menjadi seperti mata lembing bagi
22

kemaraan Islam yang dapat ia sampai kepadanya dengan kekuatan perniagaan.Di dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan bahawa Raja Melaka ketika itu adalah Raja Kecil Besar yang telah diislamkan oleh Syed Abdul Aziz yang datang dari Jeddah dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Shah. Walaupun terdapat dua sumber sejarah mengenai pemerintah Melaka yang sebenar serta cara pengislaman mereka, namun yang nyata peranan pemerintah yang telah memeluk Islam itu turut menyebabkan seluruh rakyat Melaka memeluk Islam dan ini mengakibatkan mulai tarikh 1414 Masihi, kerajaan Melaka menjadi sebuah kerajaan Islam. Sultan Megat Iskandar Syah(Parameswara) meninggal dunia pada tahun 1424M tetapi ketika itu agama Islam telahpun tersebar di sepanjang pantai timur laut Sumatera dan berkembang pesat di kawasan-kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu.23 Sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-59 Masihi), baginda telah mempergiatkan lagi penyebaran agama Islam menerusi kuasa politik yang ada pada kerajaan Melaka. Kekuatan kerajaan Melaka semasa pemerintahan baginda semakin bertambah apabila tenteranya berjaya mematahkan serangan tentera Siam. Kedudukan politik, pentadbiran dan juga ekonomi Melaka semakin bertambah baik dan kukuh. Sehubungan itu, Melaka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengembangan agama Islam.

23

Mohd Nazri Ibrahim, Mohd Zulkifli Husain, Noraina Noraini, et. al (1998), Perspektif Islam di Malaysia, Jabatan Pengajian Media UM dan Hizbi Sdn. Bhd: Selangor, hal 6-8

SEJARAH ISLAM DI KEDAH

Mengikut asal-usul, sememangnya Islam bemulanya dari Kedah. Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kedatangan Islam bermula pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.24Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah. Gunung Jerai telah menjadi petunjuk kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, persinggahan dan membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Antara barangan lain yang didagangkan penduduk tempatan ialah seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.25

Bermulanya Islam di Kedah Kewujudan Islam di Kedah bermula selepas kejatuhan Baghdad, pada tahun (1258masihi), akibat daripada serangan dari tentera Mongol, dan mula berlakunya penyebaran Islam di Nusantara. Ada juga pendapat yang menyatakan Kerajaan Islam di
24

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Kedah_Tua Ibid, hlmn 2.

25

Kedah merupakan kerajaan yang terawal menerima Islam, iaitu pada tahun (1136masihi). Dalam Al-Tarikh Al-Salasilah negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam telah datang ke negeri Kedah pada kurun ke-12 masihi. Pendapat ini dikuatkan dengan alasan bahawa pada pertengahan abad ke-9 masihi lagi.26 Tetapi menurut pendapat Prof. Syed Naquib Al-Attas, Kedah menerima Islam secara rasminya pada tahun 1474 masihi.27 Pengaruh Islam mempunyai kaitan rapat dengan perdagangan yang mana telah sedia wujud hubungan perdagangan antara Kedah dengan Asia Barat memandangkan kedudukan Kedah yang strategik. Dalam faktor geografi, Kedah merupakan laluan perdagangan dan ramai pedagang yang berhijrah ke Kedah. Aktiviti perdagangan terus berlangsung sehinga zaman Islam. Keadaan fizikal negeri Kedah yang rendah di kawasan tengah dan dapat menakung air itu, amat sesuai untuk tanaman padi dan dari arah Gunung Jerai, dan ianya kelihatan seperti sebuah mangkuk. Bermula dari situ, orangorang Arab memanggilnya sebagai Kalah atau Qadh yang beerti mangkuk atau bekas yang berisi air. Dan dengan itu, kedah dinamakan sebagai negeri Jelapang Padi. Seorang Raja Kedah telah diislamkan oleh mubaligh Arab bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Jaafar Qaumiri telah memakai gelaran Sultan Muzzaffar Syah. Hal ini, bemula pada tahun 531 Hijrah (1179 Masihi). Makam sultan Kedah ni bersemadi di Kampung Langgar, Merbok, Kedah.
28

Namun begitu, batu nesan pada makam Sultan Kedah yang

pertama memeluk Islam itu tidak terdapat sebarang tulisan atau tarikh, jadi sukar hendak ditentukan kesahihannya. Terdapat sebuah lagi makam lama yang ditemui di Kedah iaitu di tanah perkuburan Islam Kampung Tanjung Inggeris, Mukim Langgar yang boleh dijadikan sebagai fakta sejarah untuk membuktikan wujudnya pedagang-pedagang Asia Barat yang pernah tiba dan memperkenalkan Islam di Kedah. 29

26

Mohd Farid bin Mohd Sharif (2000), LATIHAN ILMIAH, KAUM KENSIU NEGRITO MUSLIM: SEJARAH PENGISLAMAN DAN MASALAH DI ULU LEGONG, BALING KEDAH. UNIVERSITI MALAYA, hlmn 120. 27 Ibid, hlmn 121. 28 Mohd Nazri Ibrahim, (1998), PERSPEKTIF ISLAM DI MALAYSIA, Jabatan Penerangan Media UM, Hizbi S.d.n. B.h.d, hlmn 11. 29 Prof Khoo Kay Kim, (1980), TAMADUN DI MALAYSIA, Persatuan Sejarah Malaysia, KUALA LUMPUR, hlmn 140.

Batu nesan itu, dijumpai pada tahun 1962 di Tanjung Inggeris, Mukim Langgar Alor Setar adalah kepunyaan Sheikh Abdul Kadir Ibn Husin Syah Alam (Alirah) yang bertarikh 219 Hijrah bersamaan 903 Masihi. Dan ada bukti yang menyatakan kedatangan Islam di Kedah bermula pada kurun ke-10 Masihi. Pembuktian tersebut, dengan terjumpanya dua batang batu nesan yang terdapat tulisan dan angka , di sebelah kepala tertulis Kalimah Syahadah manakala di sebelah kaki pula tercatat nama si mati dan tarikh kematiannya. Dengan kewujudan penemuan batu nesan yang dijumpai itu, menggambarkan wujud hubungan dagangan antara Asia Barat dengan negeri Kedah yang membawa kepada penerimaan Islam. Selain daripada itu, kewujudan Kota Sungai Mas membuktikan kedatangan Islam ke Kedah berlaku selewat-lewatnya pada kurun ke-12 Masihi. Kota ini dikatakan didirikan pada zaman Sultan Muazzam Syah (1179-1202 Masihi) iaitu anak Sultan Muzaffar Syah dalam tahun 576 Hijrah bersamaan 1180 Masihi. Kota ini dijadikan sebagai ibu negeri Kedah selepas Kota Bukit Meriam. Di kawasan ini juga ditemui pelbagai kesan sejarah lain seperti bekas-bekas bangunan yang terdiri daripada tapak istana, rumah dan kolam mandi. Dalam kajian, sejarah menyatakan negeri pertama yg tersebarnya agama Islam adalah di negeri Kedah. Tetapi, sewaktu Islam dibawa pada waktu itu, Kedah tidaklah terpengaruh dalam Islam hinggalah Islam itu terbawa ke Melaka, dan dari Melaka terdapat ulama yang membawa Islam.

Penghijrahan Petempatan Negeri Kedah Semenanjung Malaysia memainkan peranan yang penting sekali kerana di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah Timur. Tatkala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun dan sementara menunggu perukaran haluan tiupan angin tersebut. Dan Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh, tetapi sebagai tempat untuk membuat pertukaran perdagangan mereka. Dilihat dari sudut tersebut dapat didapati mempunyai banyak keistimewaan tersendiri, yang

secara tak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilalui. Antara tempat-tempat persinggahan pedagang ialah Gua-gua Batu Kapur di daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling di Kedah. Apa yang lebih menarik, terdapat sebuah gunung yang indah dipersisiran pantai yang dipercayai menjadi landmark pada zaman silam dulu. Selain itu juga Kedah boleh melalui jalan darat dalam negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan.30 Perkembangan Islam di Kedah Ketiadaan bukti bukan bermakna agama Islam belum lagi diperkenalkan kepada penduduk Kedah pada masa itu. Kemungkinan besar agama Islam disebarkan waktu yang awal. Menurut Ahmad Jalani Halimi, orang Islam telah pun membuat perkampungan mereka di Kedah ketika itu, kerana pada abad ke-10 masihi , ibu kota Kedah terletak di Kuala Sungai Merbok, sedangkan kubur itu di Langgar. Jadi kemungkinan penyebaran itu, tetap ada walaupun terhad kerana tidak ada ulama yang menyebarkan secara meluas pada ketika itu.31

30 31

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Kedah_Tua Mohd Farid bin Mohd Sharif (2000), LATIHAN ILMIAH, KAUM KENSIU NEGRITO MUSLIM: SEJARAH PENGISLAMAN DAN MASALAH DI ULU LEGONG, BALING KEDAH. UNIVERSITI MALAYA, hlmn 125.

TERENGGANU
KEDUDUKAN GEOGRAFI Negeri Terengganu Darul Iman adalah merupakan sebuah negeri dalam kepulauan Melayu yang terletak di kawasan Pantai Timur Malaysia. Ia terletak antara kawasan bujur 102.25 dengan 103.50 manakala garisan lintangnya pula ialah 4 hingga 5.50. Utara dan Barat Lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala d bahagian Selatan dan Barat Daya pula bersempadan dengan Pahang.32 Negeri Terengganu yang berkeluasan kira-kira 1,295,638.3 hektar @ 1,295,512.1 hektar memiliki jaluran pantainya yang menganjur sejauh 225 kilometer dari utara iaitu Besut ke selatan iaitu sebuah tempat yang dinamakan sebagai Kemaman.33 Sebelum tahun 1947 Terenganu mempunyai sembilan daerah yang meliputi Kuala Terenganu, Kemamam, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terenganu da Besut namun begitu kemudiannya ia telah dikurangkan kepada 6 daerah. Walaubagaimnapun pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk denagn menjadikan Terengganu berjumlah 7 daerah semuanya sebagaimana yang terdapat di dalam peta Terengganu.

ASAL-USUL NAMA TERENGGANU Fakta sejarah telah menunjukkan bahawa semua negeri di Malaysia mempunyai sejarah asal usulnya yang tersendiri. Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama Terenganu. Antaranya ialah Terangnya ganu, Taring anu dan Terangan nu. Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu Kelantan dan juga Pahang serta penduduk Terengganu itu sendiri. Seperti mana yang diketahui Terangnya ganu ini dikaitkan dengan peristiwa di mana terdapat beberapa
32

DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, (2007), Buku Cenderamata Pertabalan, Koleksi Terengganu PPAT. Hlmn 1. 33 Ibid.

orang pelajar dari Kelantan yang tiba d Kuala yang kini disebut sebagai Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Sebaik sahaja melihat pelangi tersebut mereka pun menyatakan Terang sungguh ganu di sini. Apabila pulang ke Kelantan mereka pun menyatakan di negeri jiran itu sungguh terang ganunya.34 Sementara itu, Taring anu pula dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu kesembilan iaitu Bginda Omar (1839-1876). Dikatakan bahawa sebelum wujudnya nama Terengganu, sau rombongan Pahang telah datang memburu di kawasa hulu. Apabila mereka telah sampai ke suatu tempat yang kini dikenali sebagai Sungai Terenganu Mati. Salah seorang daripada rombongan itu telah berjumpa sebatang taring. Beliau lantas bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan Taring anu kerana beliau tidak berupaya mengingati nama taring tersebut.35 Selain itu, berkaitan dengan penduduk tempatan, terdapat dua kisah di mana yang pertama ialah kisah Taring anu yang berasal daripada sebatang taring besar gading gajah yang dijumpai di sebuah pulau (kini Pulau Duyung) berhampiran denagn Kuala Sungai. Dikatakan bahawa ketua pulau tersebut telah menyenbahkan kepada raja taring anu tuanku. Bersempena itu, Kuala Sungai itu telah dikenali sebagai Kuala Sungai Taring anu. Namun kemudiannya ia telah ditukarkan kepada Kuala Sungai Terengganu.36 Seterusnya yang kedua pula ialah berkenaan dengan sebuah kitab yang berkait rapat dengan salah sebuah sungai yang dikenali sebagai Sungai Terengan. Dari segi geografi, Kuala Sungai Terengan terletak di antara pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai bahawa pada zaman silam penduduk di situ telah mengunakan kedua-kedua sungai tersebut untuk berulang-alik. Sekiranya ada di antara mereka yang bertanya hendak ke mana, mereka akan menjawab sama ada ke Terengan ni atau Terengan nu. Lama-kelamaan muncullah nama Terengganu.37
34

Wan Hussein Azmi (1980), Tamadun Islam di Malaysia, Percetakan United Selangor Sdn Bhd: Kuala Lumpur, hal 140 35 Ibid hal141 36 http://www.pmn.gov.my/terengganu/sejarahtrg.htm 37 Ibid.

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TERENGGANU Sejarah kedatangan Islam ke Terengganu setakat ini tidak dapat dipastikan denagn tepat tarikh atau tahun dan dari mana kedatngan Islam itu ke Terengganu. Namun begitu, pada Batu Bersurat Terengganu trcatat padanya tahun hijrah 702 bersamaan dengan 1303 Masihi. Setakat ini tahun tersebut hanya disetujui sebagaimana yang tercatat pada Batu Bersurat itu sahaja namun begitu bukan bermakna agama Islam bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303H.38 Menurut catatan sejarah, Terengganu adalah merupakan negeri yang labih dahulu menerima Islam daripada Melaka selama lebih daripada sekurun iaitu terdahulu dari tahun 702H (1303) yang mana seorang pemerintah bergelar Seri Paduka Tuan atau Raja Mandalika memerintahkan sekalian raja-raja daerah supaya mengisytiharkan yang Islam menjadi agama rasmi negeri ini serta menganutinya. Namun begitu, dalam hal ini tidak diketahui dengan sebenarnya siapakah pengembang kepada agama ini. Buat sementara, sebelum memeperolehi bukti-bukti yang lebih jelas, bolehlah dianggap Raja Mandalalika @ Paduka Tuan sebagai pengembangnya.39 Oleh kerana Terengganu terletak di kawasan lalu-lalang para pedagang, maka hal ini menjadi satu pemangkin kepadanya untuk menjadi satu kawasan tumpuan ramai di samping mempunyai pelabuhan yang cantik serta strategik. Apa yang pasti, ia dikunjungi oleh pedagang-pedagang Arab yang mengembangkan agama Islam di negeri China pada kurun ke-7 M yang pernah tiba di Pantai Timur Sumatera terdahulu daripada Marco Polo pada tahun 1292 atau pedagang-pedagang India dari keturunan Arab. 40 Walaubagaimanapun, ahli sejarah tidak dapat memastikan siapa dan dari mana pendakwah Islam yang bertangungjwab
38

mengislamkan Mandalika yang memerintah

Muhammad Salleh Hj Awang (1976), Sejarah Darul Iman sehingga 1337-1918. Kuala Lumpur : Utusan Publication, h. 40. 39 Ibid., h. 41. 40 Muhammad Saleh hj Awang,. Op.cit., h.28-29.

kerajan Fulouan (Terengganu) dan juga penduduknya. Ada yang berpendapat bahawa pengislaman daerah tersebut ad hubungan dengan pengislaman di Champa yang berlaku di awal abad 10M. pendapat trsebut adalah berpandukan kepada Batu Bersurat di Terengganu yang dikatakan mempunyai persamaan dengan Batu Bersurat yang pernah dijumpai di daerah Plan Pan di Viernam.41 Ada juga yang berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Terenganu dapat dikaitkan dengan keadan Islam yang wujud di Peureulah (Perlak) atau Pasai di Sumatera Utara. Spekulasi ini diasaskan oleh dua fakta iaitu tempoh masa atau jalan laut yang digunakan pada masa itu. Pasai pada masa itu adalah merupakan sebuah pelabuhan yang digunakan oleh pedagang-pedagang dari Kedah, India, Jambi dan kawasan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu dan lain-lain negeri di Utara. Oleh kerana jalan laut lama dari India ke China adalah di sepanjang jalan Pantai Timur Sumatera, Jambi, atau Semenanjung Tanah Melayu, maka selepas daripada penemuan Melaka jaln laut tidak lagi digunakan. Malah, kapal-kapal kemudianya belayar dari Kedah ke Melaka melaui Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Berkemungkinan bahawa hubungan perdagangan antara negeri-negeri di Pantai timur Semenanjung dan Pasai yang membawa rakyat Terengganu mengenali Islam.42 Konklusinya, negeri Terengganu adalah merupakan negeri yang terawal

menerima Islam iaitu selewat-lewatnya berlaku pada abad ke 13M bukan pada abad ke 15M seperti yang didakwa oleh mana-mana pihak. Ia lebih awal dari Melaka selama 7690 tahu kerana Melaka menerima Islam antara tahun 1399-1414M. Kedudukan Terengganu seperti mana yang dicatatkan oleh Ptolemydalam peta adalah merupakan sebuah bandar yang jauh ke darat, jauh dari laut lalu menjadikanya selamat dari serangan musuh yang biasanya datang dari laut. Keadaan ini telah memberi peluang pada Islam untuk terus berkembang dengan aman sehingga lahirnya masyarakat serta menjadi sebuah kerajaan Islam pada awal abad ke-14M
41 42

Abdullah (1989), op.cit., h.40. Noorizan Mustafa (1989), Sejarah Kuala Terengganu 1900-1957 latihan ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti sains Kemasyarakatan, UKM.

FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN PENYEBARAN ISLAM Walaupun Islam telah lama sampai ke rantau Alam Melayu, tetapi penerimaan secara besar-besaran berlaku pada abad ke-15 dan 16M. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada perkembangan pesat Islam pada abad-abad tersebut. Dikatakan bahawa faktor-faktor tersebut saling berkaitran antara satu sama lain. Antara faktorfaktor tersebut ialah:1) Kemurnian ajaran Islam Islam adalah merupakan sebuah agama yang unik dan mementingkan keadilan sejagat. Ajarannya bersesuaian denagn fitrahmanusia dan mudah difahami. Di samping itu, Islam juga menjamin keadilan unuk semua penganutnya. Keadilan sosial yang dianjurkan Islam bukan sahaja telah menarik minat masyarakat Melayu menganutinya malah telah mengembalikan harga diri masyarakat alam Melayu yang sekian lama diperhinakan oleh system kasta ajarn Hindu.43 2) Persaingan dengan agama Kristian Berlakunya perlumbaan penyebaran antara agama Islam dengan ajaran Kristian yang dibawa oleh pihak Barat seperti Portgis kesan daripada Perang Salib yang menyebabkan penduduk-penduduk Islam berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan Islam ke seluruh kepulauan Melayu seperti di Sumatera, Brunei, Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dengan adanya ancaman dan cabaran dari agama Kristian ini, maka usaha dakwah di rantau ini dilakukan secara lebih giat dan kesannya Islam tersebar dengan lebih cepat.44 3) Faktor perdagangan Kegiatan perdagangan antara Arab, Parsi dan India dengan nusantara dikatakan telah berlaku sejak beberapa kurun sebelum 18M sehinggalah ke zaman
43 44

Azam Hamizah (1996), Islam dan Tamadun, Klang: Fontarz Enterprise, h.16. Ibid.

kedatangan Islam pada abad ke 7 dan ke 8M. Sejak zaman awal Islam lagi, pedagang-pedagang Arab Islam di samping menjalankan aktiviti perdagangan di nusantara, mereka juga telah memeperkenalkan agama suci itu di mana-mana sahaja pelabuhan yang mereka singgah. Dari sifat mulia dan keperibadian yang tinggi serta penghayatan kepada Islam dalam kalangan pedagang-pedagang ini telah mempengaruhi raja-raja dan para pembesar negeri untuk menerima ajaran Islam. Mereka juga diberi kedudukan yang tinggi di istana. Sebagai contoh di Kedah rempah-ratus amat diperlukan oleh pedagang dari Iran dan Arab. Selain itu terdapat juga cendana, gaharu, kapur barus, jebat, halia, dan mutiara serta biji timah. Manakala hasil hutan pula separti rotan, damar, madu, lebah, lilin sambang, gajah dan gading, pinang, kayu sepang dan kayu hitam. Ada juga, hasil daripada Patani dan Senggora juga dibawa ke Kedah seperti emas dan geliga.45

4) Faktor perkahwinan Terdapat 2 bentuk perkahwinan yang membantu penyebaran Islam di rantau ini. Pertama ialah perkahwinan pedagang-pedagang Arab atau India dengan anakanak raja dan rakyat tempatan. Kedua ialah perkahwinan anak-anak raja Melayu yang telah menganut agama Islam dengan puteri raja Melayu lain yang belum menerima Islam atau sebaliknya. Contohnya ialah perkahwinan antara Parameswara dengan Puteri Pasai yang telah mendorong Raja Melaka untuk menganut agama Islam pada tahun 1414M dan menukar nama baginda kepada Megat Iskandar Syah. Langkah baginda ini telah diikuti oleh para pembesar dan juga rakyat Melaka.46 Tetapi bukti penemuan Islam yang terawal telah berpihak pada negeri Kedah iaitu pada abad ke-5 lagi. Sultan Kedah pada masa itu ialah Sultan yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Syah (1201 1236) ibni Sultan Muazzam Syah ibni Sultan Muazzam Syah ibni Sultan Muzzffar Syah. Kemungkinan Sultan Muzzaffar Syah Kedah telah berkahwin dengan Puteri

45 46

ibid Azam Hamzah (1996), op.cit., h 19-20.

Ratna Gemala amat besar. Ini kerana Samudera- Pasai amat rapat pada masa itu.

hubungan Kedah dengan Perlak dan

5) Peranan pendakwah dan ahli sufi Kejatuhan Baghdad ke tangan Monggol pada tahun 1258M telah menyebabkan ramai ulama Islam khususnya dari golongan sufi berhijrah ke tempat-tempat lain, khususnya ke rantau alam Melayu. Pengetahuan mereka yang mendalam tentang Islam dan keperibadian yang luhur telah menyebabkan mereka begitu dihormati oleh masyarkat alam Melayu. Menerusi ketokohan dan keunggulan peribadi mereka menyebabkan ajaran Islam yang disampaikan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat termasuk golongan raja-raja da pembesar tempatan. Mereka bukan sahaja berjaya mengislamkan raja-raja dan para pembesar Melayu malah diberi kepercayaan untuk memegang sesuatu jawatan penting atau menjadi penasihat kepada raja yang memerintah. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat pada zaman-zaman kesultanan Melaka. Sebagai contoh, Syeikh Ismail, Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf adalah merupakan antara ulama yang berpengaruh dan menjadi rujukan kepada sultan serta para pembesar.47

Penulisan dan Kesusasteraan Penemuan batu nesan di Tanjung Inggeris mukim Langgar Alor Setar pada tahun 1962 telah terbuktinya penemuan Islam di Kedah. Dan terdapat tulisan dan angka di batu nisan tersebut. Selain dari itu juga, dalam bulan September 1982, telah ditemui sebutir tembikar
47

yang penuh dengan duit syiling perak di Pulau

Ibid., h 21.

Langkawi. Setiap kepingnya bertulis Muhammad Syah dan di sebelah lagi bertulis Al-Sultan al-Qadah. Duit itu ialah duit Kedah sebelum 1236, iaitu duit zaman Sultan Mahmud Syah. Terdapat juga dengan penemuan artifak-artifak yang ditemui iaitu candi-candi yang dijumpai di Lembah Bujang, Merbok. Konklusinya, di samping beberapa faktor yang telah dibincangkan di atas, terdapat lagi faktor-faktor lain seperti faktor penulisan dan kesusasteraan serta penguasaan Syah Bandar yang dikatakan telah membantu menyemarakkan perkembangan Islam di rantau ini. Sesunguhnya kedatangan Islam ke reantau ini adalah merupakan satu rahmat yang tidak ternilai dan telah menjadikan masyarakat Melau sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun serta mempunyai identiti Islam yang tingi.