Anda di halaman 1dari 9

2.

KERANGKA TAJUK

Teknik dan Kaedah Pengajaran Matematik


Induktif dan Deduktif Penemuan dan Penyiasatan Perbincangan dan Penyoalan Kerja Amali Ekspositori Laboratori Demonstrasi Pembelajaran koperatif dan kolaboratif Pendekatan Berpusatkan Murid, Berpusatkan Guru dan Berpusatkan Media

2.4

KANDUNGAN

2.4.1 INDUKTIF DAN DEDUKTIF Pengenalan Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui teknik-teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada keadaan murid-murid. Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah.

Pendekatan induktif

Jenis pendekatan
Pendekatan deduktif

Aktiviti 2.4.1(1) Ringkaskan perbezaan antara induktif dan deduktif dan berikan beberapa contoh.

INDUKTIF

Induktif

Merupakan satu strategi murid mengumpul dan mentafsir maklumat maklumat kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan.

Guru memberi beberapa contoh khusus yang mempunyai prinsip yang sama, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti & mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan.

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induksi Sediakan contoh-contoh yang sesuai Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama Guru tidak harus memberi contoh sekaligus Sediakan alat bantu mengajar Libatkan penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh. Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum. Contoh Pendekatan Induktif dalam Pengajaran Matematik Guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian masalah tersebut. Contoh; 2x1=2 3x1=3 4x1=4 5x1=5 6x1=6 nx1=n n = 1, 2, 3

Jenis-Jenis Pendekatan Induktif

(a) Generalisasi

Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan untuk mudah memahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.

Contoh; mencari ciri segitiga yang sama sisi dengan segitiga sama kaki, iaitu persamaan segitiga mempunyai tiga sisi, sudut pedalaman ialah 180 dan sebagainya.

(b) Prinsip ujikaji

Murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang dijalankan.

Contoh;

ujikaji ini

tentang guru

0.5kg

adalah

bersamaan terhadap

500g.

Dengan

pendekatan

menjalankan

ujikaji

berat dengan

menimbang di atas penimbang untuk menjelaskan persamaan berat tersebut. Oleh itu, murid akan memahami bahawa 0.5kg = 500g walaupun unit adalah berbeza.

(c) Membentuk satu hukum dari satu penyataan.

Maksudnya ialah melalui penyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai.

Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran unit wang, murid dapat mengaplikasikan penggunaan unit wang dalam kehidupan seharian.

(d) Membentuk satu teorem

Murid-murid

dapat

membuat

kesimpulan

umum

hasil

daripada

pemahaman mereka. Sebagai contoh, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut di dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

(e) Mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran

Contohnya ialah murid mencontohi urutan-urutan pengiraan yang ditunjukkan oleh guru untuk mendapat hasil pembelajaran seperti yang telah dilakukan oleh guru tersebut semasa membuat pengiraan.

DEDUKTIF

Pendekatan deduktif

Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahami. Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Jenis-jenis pendekatan deduktif

(a) Penyelesaian masalah

Guru berusaha memahamkan murid tentang sesuatu teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu supaya murid dapat menggunakan teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tersebut bagi menyelesaikan masalah lain yang timbul tetapi mempunyai cara penyelesaian yang sama asalkan tidak lari dari konsep asal

Contoh, setelah murid mempelajari konsep pendaraban. Murid disuruh menyelesaikan beberapa soalan operasi darab.

(b) Membuat generalisasi baru

Setelah guru mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu teori atau hukum, tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut.

Kemudian murid membuat kesimpulan umum yang baru atau teori yang baru bersesuaian dengan kefahaman masing-masing dan tidak lari daripada konsep asal.

Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.

(c) Membukti hipotesis

Setelah murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh melakukan ujikaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip dan hukum yang telah dipelajari.

Misalnya setelah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan bahawa hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180. Aktiviti 2.4.1 (2) Senaraikan perbezaan pendekatan induktif dan deduktif.

Anda mungkin juga menyukai