Anda di halaman 1dari 14

Jurnal (Minggu 9) Masalah Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan.

Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerika pakaian dan lain-lain. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan ianya berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6 yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain juga berkeadaan yang sama. Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin. Analisis masalah Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan: Kebersihan adalah salah satu tanda da ri keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih. Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya bahawa: Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi

amalan menjaga kebersihan dari lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan dalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan. Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran. Cadangan Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guruguru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka. Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka. Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, muridmurid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka. Tempoh penyelesaian 16/08/2009 hingga 03/08/2009 iaitu selama 12 hari. Tindakan susulan Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa. Catatan Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Jurnal (Minggu 7) Masalah Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) khususnya dalam matapelajaran Bimbingan Kelompok dan Pendidikan Jasmani, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran.Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran. Analisis masalah Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan : Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. Cadangan Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru. 2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003) Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu. Tempoh penyelesaian 03/08/2009 hingga 13/08/2009 iaitu selama 11 hari. Tindakan susulan Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P berlangsung. Catatan Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan.

Jurnal (Minggu 5) Masalah Saya mengajar murid-murid tahun 5 Smart untuk bimbingan kelas. Dalam kelas minggu ini saya dapati terdapat dua orang murid yang sangat nakal. Mereka mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Lalu, saya telah mendenda mereka berdua dengan diasingkan dari rakan-rakan lain dengan berasingan di hadapan kelas. Walau bagaimanapun, dendaan tersebut tidak menyekat atau memberhentikan mereka dari mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakan-rakan lain yang sedang melakukan tugasan yang saya berikan. Analisis masalah Saya telah memasuki kelas ini sebanyak empat kali iaitu untuk bimbingan kelas. Kelas ini merupakan kelas kelima jika menurut pencapaian akademik muridmuridnya. Tingkah laku mereka juga agak nakal berbanding empat kelas yang ke hadapan. Namun, bukan semua murid di kelas tersebut bertingkah yang sama. Hanya ada segelintir daripada mereka yang bersikap agak nakal. Kedua murid ini bukanlah dalam kalangan murid yang tidak tahu menulis dan membaca jika ingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan akademik. Saya perhatikan mereka tiada masalah pembelajaran seperti tidak tahu membaca dan menulis. Menurut guru kelas mereka, dua murid ini datang keluarga yang berpendapatan sederhana dan mempunyai adik-beradik yang lebih daripada 4 orang. Berkemungkinan kedua murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki kelas mereka sementelah lagi saya seorang guru perempuan. Selain daripada itu, mungkin juga mereka tidak memahami pengajaran saya pada hari tersebut. Cadangan Bagi mengelakkan kedua murid ini mengganggu rakan sekelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, guru boleh memanggil kedua murid tersebut untuk sesi kaunseling individu. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006) manusia itu unik. Tidak akan ada dua individu yang sama bahkan kembar seiras sekalipun. Setiap manusia mempunyai nilai, persepsi, dan hasrat yang berbeza. Saya perlu cuba bina hubungan yang baik bersama mereka dengan bertanyakan tentang diri mereka, keluarga mereka dan minat mereka ke sekolah dengan harapan makin banyak yang diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk memahami sikapnya. Saya membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu mengacau rakan sekelas semasa P&P dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenalpasti punca mereka berkelakuan tertentu. Oleh itu, saranan yang sesuai boleh

diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan yang kurang menyenangkan guru. Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu dengannya akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri murid. Murid akan rasa ada orang mengambil berat tentang dirinya. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang kurang menyenangkan kelak akan berkurangan. Tempoh penyelesaian 19/07/2009 hingga 29/07/2009 iaitu selama 11 hari. Tindakan susulan Guru memantau kelakuan murid terbabit ketika dalam P&P setelah sesi kaunseling individu dijalankan. Dari situ, guru dapat mengenalpasti sama ada saranan yang diberikan setelah mengetahui masalah murid terbabit diaplikasikan oleh murid atau tidak. Selain itu, selalunya akan ada sedikit perubahan dalam tingkah laku murid apabila telah dipanggil untuk menjalani sesi bersama guru kerana guru selalu berinteraksi dengannya dan mengetahui maklumat peribadi yang jarang dikongsikan dengan orang lain. Catatan Menurut Shertzer dan Stone (1974) kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah laku masa hadapan. Sesi kaunseling individu yang dijalankan bersama klien seperti murid di atas bermatlamat untuk memperbaiki imej diri klien yang negatif (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar 2006). Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU PERTAMA ( 21 JANUARI 2013 25 JANUARI 2013) ISU : PENGURUSAN MASA 1. Masalah : Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan di dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya. 2. Perkembangan isu yang difokuskan : Apa yang dapat saya lihat masalah ini bermula dari hari pertama saya mendapat jadual waktu kelas di mana saya juga mempunyai masalah untuk menguruskan masa di antara waktu kelas Kemahiran Hidup dan juga kelas Bahasa Melayu kerana saya memerlukan masa yang lebih awal untuk kelas Kemahiran hidup kerana untuk menyediakan peralatan tangan untuk murid-murid. 3. Analisis : Masalah yang timbul berkenaan perancangan masa kerana semasa saya menerangkan set induksi ianya adalah terlalu panjang menyebabkan aktiviti dan isi pelajaran yang telah saya rancangkan terpaksa dilaksanakan secara pantas dan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan fokus terutama bagi kelas 4 Tekun yang mempunyai masalah pembelajaran yang ketara. Begitu juga ketika aktiviti kumpulan dijalankan,ia mengambil masa yang lama dari yang dirancangkan. Ini dapat dilihat apabila murid berasa teruja dengan sesuatu aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mengakibatkan

terlalu tertumpu kepada satu-satu aktiviti sahaja. Namun apa yang saya perolehi hasil daripada pemerhatian saya terhadap murid mendapati bahawa murid lebih memahami pengajaran dan pembelajaran secara lebih mendalam kerana apabila dilakukan aktiviti berkumpulan murid sangat memberi kerjasama sehingga mereka tidak sedar akan masa yang bergerak pantas. Namun saya juga perlu mempertimbangkan bahawa penguasaan terhadap masa adalah penting agar murid lebih mencapai objektif yang telah disasarkan kepada mereka. 4. Kajian lampau yang berkaitan isu : Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab. Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran. 5. Cadangan : Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dan memperbaikinya dengan memperbanyakkan maklumat dan pengetahuan tentang pengurusan masa. Saya akan memperbanyakkan aktiviti yang menarik minat murid dengan matapelajaran Kemahiran Hidup dan meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer.

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing,guru pembimbing dan guru-guru di samping berbincang dengan rakan-rakan lain. 6. Tempoh masa: Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.

7. Tindakan susulan: Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menyediakan rancangan pengajaran harian pada masa tersebut mengikut kehendak masa dan tahap penguasaan dan kefahaman murid-murid serta perlu menitik beratkan aktivitiaktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa. 8. Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan: Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa. Pelaksanaan penambahbaikan : Mengkaji kesilapan Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing. Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

9. Kesimpulan/Refleksi : Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan. Menjadi persoalan sekiranya tidak dapat menguruskan masa dengan baik adakah segala perancangan yang telah diatur akan berjaya?

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah murid yang suka mengacau rakan-rakannya yang ingin belajar. Masa yang diberikan kepada mereka untuk melakukan tugasan yang diberikan telah disalahgunakan dengan menganggu rakannya yang lain. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak dapat menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Sikap mereka yang malas untuk bertanya kepada guru atau takut untuk bertanya menyebabkan mereka menganggu rakan-rakannya yang lain. 3. Cadangan Tindakan Susulan a.) Saya perlu mengasingkan murid yang tidak faham atau mempunyai masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlansung agar murid tersebut tidak menganggu murid-murid yang lain. Saya akan memberikan pujian dan ganjaran kepada murid-murid yang sentiasa melaksanakan tugasan yang telah diberikan. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah suka menganggu rakan-rakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlansung merupakan masalah yang agak besar kerana segala tugasan dan kerja rumah yang diberi tidak akan dapat dibuat jika murid-murid yang lain diganggu. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

b.)

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini, saya telah mula memasuki kelas mengikut jadual yang telah diberikan. Masalah yang telah saya hadapi semasa memasuki kelas sepanjang minggu ini ialah masalah dalam mengawal kelas di mana saya tidak dapat menghalang murid daripada membuat bising. Walaupun mereka telah dimarahi, namun mereka hanya dapat senyap untuk seketika waktu sahaja dan kemudian kembali membuat bising hingga mengganggu rakan-rakan lain yang ingin belajar. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak boleh duduk diam dan gemar mengganggu rakan-rakannya yang lain hingga mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid sangat gemar berbual semasa guru sedang mengajar dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Beberapa orang murid pula dilihat tidak boleh duduk diam dan gemar mengganggu rakan-rakan lain. Apabila dimarahi guru, mereka akan menumpukan perhatian buat seketika waktu namun apabila disoal, mereka tetap tidak dapat menjawab dengan betul kerana mereka seakan berpura-pura mendengar apa yang diajar oleh guru sedangkan fikiran mereka jauh memikirkan perkara lain. 3. Cadangan Tindakan Susulan a.) b.) c.) Saya akan cuba meningkatkan minat murid untuk belajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Saya akan menyediakan hadiah atau ganjaran kepada murid yang dapat menjawab soalan guru dan latihan yang diberikan dengan tepat. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru danpensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah kawalan kelas adalah masalah yang agak besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain menjurus ke arah kegagalan pencapaian objektif guru, masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah

tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

1. Masalah / Peristiwa Hari ini (1 Februari 2013) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa dalam kelas Bahasa Melayu Tahun 4 Gigih. Masa yang diberikan kepada saya untuk menguruskan kelas agak mengelirukan kerana kami mendapat maklumat jadual baru agak lambat. Hal ini menyebabkan saya tersilap waktu masuk ke kelas dan menghadapi sedikit salah faham dengan guru yang mengajar kelas tersebut. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana masa untuk hari Jumaat berubah menjadi 25 minit dan setiap waktunya berubah. Sekolah kami mengalami perubahan jadual yang melibatkan seluruh warga pengajar SK Bandar T6. Saya tersilap dan masuk pada waktu yang lebih awal dan secara kebetulan pada waktu itu guru mata pelajaran yang sepatutnya berada di dalam kelas tersebut. Setelah diterangkan oleh guru tersebut tentang pembahagian masa, saya mula memahami tentang tempoh masa yang diperuntukkan untuk satu waktu. Selain itu, masa yang diperuntukkan juga kurang 10 minit dari masa yang saya rancang. Jadi, saya terpaksa mempercepat proses p&p sya supaya objektif pembelajaran untuk hari ini tercapai. Saya bernasib baik kerana murid dalam kelas tersebut merupakan murid kelas kedua dan boleh mengikuti p&p yang dijalankan dengan baik. 3. Cadangan Tindakan Susulan a.) Saya patut menyemak semula tempoh waktu dalam jadual waktu saya supaya pada masa yang akan datang saya tidak mengalami kecelaruan untuk merancang masa p&p saya. Saya perlu mengurangkan aras pengajaran supaya murid dapat mengikuti proses p&p dengan lancar kerana waktu berubah dari 60 minit kepada 50 minit. Bagi memastikan bahawa semua aktiviti berjalan dengan lancar, saya akan menyemak semula objektif pengajaran saya supaya bersesuaian dengan tahap dan masa yang diperuntukkan. Saya akan mendapatkan pendapat daripada rakan-rakan yang lain untuk merancang pengajaran saya pada masa yang akan datang. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh menentukan ssesuatu obejktif itu berjaya di capai ataupun tidak.

b.) c.)

d.)

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah membawa buku murid. Oleh kerana sekolah tersebut merupakan sekolah lelaki, mereka lebih suka untuk tidak membawa buku mereka. Alasan yang akan diberikan adalah mereka terlupa untuk bawa dan tertinggal dirumah. Selain itu, alasan yang sering digunakan

adalah buku mereka telah hilang. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak dapat menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Bagi mengelakkan diri mereka dari dimarahi, mereka hanya akan menggunakan alasan tidak bawa buku atau buku mereka hilang. 3. Cadangan Tindakan Susulan a.) Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengutip kesemua buku mereka untuk disemak. b.) Saya akan memberikan pujian dan ganjaran kepada muridmurid yang sentiasa membawa buku mereka. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah tidak suka membawa buku merupakan masalah yang agak besar kerana segala tugasan dan kerja rumah yang diberi tidak akan dapat dibuat jika murid-murid tidak membawa buku mereka. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai