Anda di halaman 1dari 3

Iklim Sekolah / Budaya Sekolah

Sekolah yang telah kami buat penanda aras, iaiti SJK (C) Kwang Hwa, merupakan salah satu sekolah rendah yang dipilih sebagai sekolah harapan negara. Berikut merupakan iklim ataupun budaya yang diamalkan dalam sekolah tersebut : Program Meringankan Beg Sekolah Dalam program ini, guru akan mengedarkan jadual-jadual waktu murid kepada ibu bapa mereka supaya mereka tahu apakah buku-buku yang sepatutnya dibawa oleh anak mereka pada setiap hari. Seterusnya, guru juga telah meringkaskan kandungan buku teks kepada buku yang lebih kecil, ringan dan padat untuk dibawa oleh murid daripada membawa buku teks yang berat. Selain itu, murid juga digalakkan untuk membawa botol air yang kosong (lebih ringan) kemudiannya mengisi air di sekolah. Program Kata-kata Yang Baik Murid-murid dikehendaki untuk mengatakan kata-kata yang baik kepada rakan-rakan contohnya seperti memuji, kata-kata yang sopan dan sebagainya. Ini adalah untuk memupuk murid-murid untuk sentiasa berkata baik dan bersopan. Pihak sekolah juga telah membuat eksperimen di mana terletaknya dua mangkuk nasi yang sama, salah satu mangkuk akan menerima kata-kata yang baik manakala satu lagi mangkuk nasi akan menerima kata-kata yang buruk, murid-murid dapat melihat kesannya selepas seminggu di mana nasi yang menerima kata-kata buruk akan nampak lebih hodoh daripada nasi yang sentiasa menerima kata-kata yang baik.

Program Lalu Lintas Pihak sekolah juga memohon kepada pihak ibu bapa murid supaya berganding bahu untuk mengawal lalu lintas di kawasan sekolah sewaktu tamat waktu persekolahan murid supaya tidak berlakunya kesesakan lalu lintas yang serius. Pihak ibubapa murid juga sangat menyokong serta menyertai program ini dengan sepenuh hati.

Program Pemakanan Yang Sihat Pihak PIBG sekolah akan menjual makanan yang sihat dan berkhasiat sekali dalam sebulan untuk memupuk pemakanan yang sihat dalam kalangan murid.

Speakers Corner Merupakan satu pentas kecil di sesebuah sudut di sekolah, ini adalah untuk mengalakkan murid untuk melatih diri berucap di khalayak ramai. Setiap murid akan bergilir-gilir untuk naik ke pentas kecil tersebut dan memberi ucapan yang pendek.

Klinik Matematik Di mana konsep murid untuk murid telah dilaksanakan. Guru akan melatih beberapa orang murid yang cemerlang dalam matematik, kemudiannya murid-murid tersebut akan bertanggungjawab untuk membimbing rakan-rakan yang kurang mahir dalam matematik sehingga mereka mahir. Apabila murid yang dibimbing sehingga mahir, maka mereka akan mengambil ujian matematik untik disahkan menjadi Doktor Matematik dan seterusnya membimbing rakan -rakan lain yang kurang mahir dalam matematik.

Hasil-hasil Kerja Murid Dipamerkan Hasil-hasil kerja murid sekolah tersebut akan dipamerkan di setiap sudut dalam sekolah tersebut supaya murid-murid merasa bangga terhadap hasilan sendiri dan seterusnya dapat mendorong mereka untuk berusaha dengan gigih lagi. Selain itu, pencapaian murid dalam bidang akademik mahupun kokurikulum juga akan dipamerkan di sudut Hall of Fame di mana semua pencapaian murid yang amat cemerlang akan dipamerkan di situ.

Anda mungkin juga menyukai