Anda di halaman 1dari 14

ARTIKEL: SEKOLAH KOLABORATIF DAN KERELEVANNYA PADA MASA KINI

1.0

PENGENALAN

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pendidikan masa kini jauh lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan masyarakat semakin meningkat. Bagi menangani cabaran tersebut, pengurus pendidikan harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi warga organisasinya. Menjana dan memperkasa pengamalan serta penghayatan terhadap budaya kerja organisasi menerusi pasukan kerja secara kolaboratif bukan sesuatu perkara yang baru dalam sistem pengurusan masa kini kerana budaya kolaboratif dikatakan mempunyai kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran dan tindakan warganya (Barth, 2002). Namun, persoalan yang sering timbul adakah sekolah kolaboratif pada era kini? Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang menyediakan murid-murid dengan ilmu pengetahuan. Sekolah yang cemerlang dan berkesan diterajui oleh pentadbir dan guruguru yang bersedia melakukan perubahan untuk mencapai misi dan visi dengan baik. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan. Malahan, sebarang aktiviti kerja yang berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003). Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang, maka semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersamasama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Ketua Jabatan iaitu pengetua sekolah seharusnya tidak mengamalkan sikap pentadbiran yang bersikap kuku-besi atau mengamalkan sikap pilih kasih, sebaliknya mengamalkan budaya kolaboratif. Mengikut Abdullah Sani dalam Azman (2001), elemen penting yang akan mempengaruhi kecemerlangan pengurusan sesebuah sekolah adalah bagaimana pentadbir dan guru-guru memimpin sekolah tersebut.

2.0 2.1

DEFINISI KONSEP SEKOLAH

Perkataan sekolah berasal dari Bahasa Latin iaitu skhole, scola atau skholai yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran, 2000).

Mengikut Akta Pendidikan pulaa, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar.

2.2 KOLABORATIF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kolaboratif bermaksud erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih, perhubungan antara kerajaan yang paling erat sifatnya. Menurut Owens (2001), kolaboratif adalah gaya secara langsung dalam pembuatan keputusan yang melibatkan seorang atau lebih individu yang komited untuk bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat bersama. Individu-individu ini biasanya membawa kemahiran yang berbeza-beza dan memberikan sumbangan untuk mewujudkan, menguatkan dan mengekalkan perhubungan ini.

Tiegerman-Farber (1998) pula melihat kolaboratif sebagai perhubungan atau interaksi antara guru-guru, ibu bapa dan pentadbir ke arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahliahlinya untuk melalui satu proses penerokaan yang panjang. Sementara itu, Coufal (dalam
2

Tiegerman-Farber, 1998) mendefinisikan kolaboratif sebagai penglibatan sesama ahli yang berinteraksi sebagai penyumbang dalam proses pembuatan keputusan untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Setiap rakan kongsi berperanan seimbang dan perlu memiliki pembolehubah interaksi, kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan strategi penyelesaian konflik. Bagi Richardson et al. (dalam Beckett & Flanigan, 2004) pula, beliau mengklasifikasikan kolaboratif dalam pelbagai label yang berlainan seperti pengupayaan (empowerment), perkongsian pentadbiran, amalan penyertaan, pengurusan berasaskan sekolah dan perkongsian dalam pembuatan keputusan. Kesimpulan daripada semua definisi kolaborasi, dapatlah dirangkumkan bahawa kolaboratif menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian. Selain itu, kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. Kolaboratif juga membawa makna bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama.

2.3

SEKOLAH KOLABORATIF

Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor, 2000). Penglibatan masyarakat dalam bentuk perkongsian untuk kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

Menurut Freudenstein (1991), sekolah kolaboratif merupakan sebuah sekolah yang lebih mementingkan proses bekerjasama, berunsurkan sosial (John Dewey) dan mengutamakan dinamik kumpulan (Kurt Lewin). Sekolah kolaboratif juga menekankan aspek aktiviti bekerjasama kerana melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru.

Pendapat ini turut disokong oleh Hargreaves, A. (1995) iaitu sekolah kolaboratif dapat membantu para pentadbir dan guru dan membina pengetahuan dengan yang lebih bermakna. Pengetahuan atau hasil kajian yang baru haruslah dikongsi bersama guru-guru lain didalam sekolah mahupun perkongsian ilmu dengan guru di sekolah berlainan. Melalui perkongsian ilmu ini, secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang lebih berkesan di samping boleh menerima pendapat orang lain secara terbuka.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sekolah kolaboratif merupakan sekolah yang memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dengan menekankan aspek bekerjasama untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi yang dibentuk. Segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki haruslah dikongsi untuk manfaat bersama. Sekolah kolaboratif juga menekankan penglibatan semua ahli kumpulan. Idea yang mencabar dan disokong untuk menambahbaik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Guru-guru akan mengumpul idea, berkongsi pengalaman, berbincang bersama dan menyelesaikan masalah bersama. Selain menjalin hubungan baik dengan komuniti dan perkongsian ilmu, sekolah kolaboratif juga menekankan bilik darjah yang kolaboratif.

3.0 PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang terdiri empat atau lima orang pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk kolaboratif, iaitu kelompok besar belajar bersama-sama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989). Menurut Freudenstein (1991), terdapat tiga bahagian utama dalam pengajaran berkonsepkan Pengajaran Kolaboratif iaitu a) Pra-pengajaran Peringkat perancangan dan persediaan. b) Pengajaran Peringkat persembahan dan pelaksanaan. c) Pasca-pengajaran Peringkat penilaian dan pengubahsuaian.

Rajah 1: Konsep Pengajaran Kolaboratif Sumber: Diadaptasi dari Model Pengajaran Kolaboratif Freudenstein (1991)

Pembelajaran secara kolaboratif telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan. Pembelajaran ini menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan pengajar. Freudenstein (1991), menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. terdapat beberapa ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif, iaitu:

3.1

Perkongsian Ilmu Pengetahuan Di Antara Pengajar dan Pelajar

Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, peranan pengajar hanya menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Guru hanya perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai isi pelajaran dan mempunyai kemahiran untuk menyalurkan kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif, pengajar perlu menilai dan membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang
5

efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan guru dan pelajar yang lain. 3.2 Perkongsian Autoriti Di Antara Pengajar dan Pelajar

Pembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pengajar dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pengajar, pengajar berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pengajar perlu mengalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar menerima pendapat pengajar atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif. 3.3 Pengajar Sebagai Fasilitator

Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pengajar dan pelajar, pengajar berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Pengajar perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimakan keupayaan pelajar untuk belajar. Pembelajaran kolaboratif dalam sistem epembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh yang berasaskan internet. Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk komuniti dalam talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System (LMS) yang dikenali sebagai MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi perkataan Modular Object-Oriented

Dynamic Learning Environment. Sistem pengurusan pembelajaran (LMS) merupakan satu


sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan dalam talian. Antara fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan, chats dan jurnal.

4.0

BILIK DARJAH KOLABORATIF

Dewasa ini, ramai orang berbicara mengenai pengurusan bilik darjah. Selalunya, perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Dalam pengurusan bilik darjah yang kolaboratif, pelajar dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang betul-betul sesuai dengan perkembangan kognitif pelajar dipilih dan diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat sebagai pemimpin yang bersedia bersama-sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar belajar. Hal ini berbeza dengan bilik darjah tradisi iaitu pelajar hanya dapat mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya, iaitu pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar.

Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi pembelajaran secara bersendirian. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognitif, memfokuskan kepada ideaidea baru dan menekankan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar. Belajar di dalam bilik darjah yang berkolaboratif juga menjadikan pelajar lebih bermotivasi, mempunyai perasaan ingin tahu, ingin meneroka, mengambil perasaan berat dengan orang lain dan bertanding secara sihat. Terdapat empat sifat bilik darjah kolaboratif iaitu: 1. Berlaku Perkongsian Ilmu Pengetahuan Pelajar dan Guru Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan mata pelajaran, kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami arahan atau ingkar arahan. Hal ini berbeza dengan guru kolaboratif, mereka juga menilai dan sentiasa membina ilmu pengetahuan, pengalaman peribadi, pembinaan bahasa komunikasi, strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai dan pelajar menggabung keadaan sosio-budaya dengan pengalaman pelajar. Sebagai contohnya, apabila guru

mengajar mengenai Bentuk Muka Bumi di Malaysia, maka para pelajar akan menyatakan pendapat dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan mereka. Pengalaman melalui pemerhatian yang dimiliki oleh pelajar mengenai bentuk muka bumi yang dilihat oleh pelajar akan mereka aplikasikan dalam P&P tersebut. Pengalaman yang dimiliki oleh pelajar menjadikan pelajar lebih berminat untuk mempelajari sesuatu topik. 2. Perkongsian Kuasa Dalam bilik darjah kolaboratif, guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam keadaan tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi, guru bertanggungjawab menetapkan arah, memberi, mengatur kerja dan menilai apa yang diajar. Manakala dalam bilik darjah kolaboratif pula, guru memberi peluang kepada pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan latihan dan mengalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Pelajar digalak mengembeling pengalaman mereka sendiri, memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan, menghormati pelajar lain, menyokong pertukaran idea yang bernas, terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis, memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna. 3. Guru Sebagai Pengantara Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana guru menolong pelajar dan membantu pelajar dalam sesuatu permasalahan. Guru juga menjadi penunjuk cara dalam menyelesaikan masalah pelajar. 4. Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif, pelajar bebas belajar mengikut kebolehan mereka, menyatakan idea dan menidakkan pendapat rakan-rakan yang lain. Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan dan pencapaian. Pengasingan pelajar akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang lemah tidak mempunyai peluang untuk belajar daripada pelajar yang berkebolehan dan sebaliknya.

5.0

BUDAYA KOLABORATIF DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN

Budaya kolaboratif bermaksud suatu corak pemikiran, perasaan dan reaksi yang didapati dan disebarkan melalui simbol yang berkaitan dengan kejayaannya. Intipati asas kepada budaya adalah idea asas dan nilai yang diamalkan. Budaya kolaboratif berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang cemerlang menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan ideologi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma. Selain itu, budaya kolaboratif juga dapat meningkatkan keakraban hubungan yang seterusnya menyebabkan guru mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan peningkatan produktiviti. Sekolah yang ditadbir berdasarkan Teori Pengurusan Kolaboratif mempunyai idea penglibatan satu pasukan yang berkongsi harapan, norma-norma dan nilai serta budaya sekolah, memimpin semua ahli sekolah dalam aktiviti pendidikan dan matlamat kerja yang sama. Budaya organisasi seperti ini mempunyai kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah (Beare, Caldwell & Millikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984). Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan dikongsi oleh semua ahli sekolah. Hal ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea yang dikongsi bersama. Budaya kolaboratif ini dapat membantu sekolah untuk menghadapi sebarang cabaran dan kesulitan bersama untuk mencapai matlamat mereka (Deal & Kennedy 1982; Schein 1992). Pasukan kerja di sekolah boleh mewujudkan persekitaran yang tersendiri

berdasarkan keadaan dalaman pasukan kerjanya (hubungan sesama ahli). Keadaan luaran seperti perhubungan dengan pasukan kerja yang lain, keadaan pelajar, harapan keluarga pelajar dan iklim sekolah turut mempengaruhi persekitaran pasukan kerja sekolah. Pasukan kerja ini berkongsi misi dan matlamat yang diharapkan sesuai dengan matlamat sekolah. Perkongsian ini penting untuk memastikan fungsi pasukan akan menjadi berkesan Adha Ghazali (2011). Oleh itu, guru sepatutnya didedahkan dengan budaya kolaboratif yang kuat supaya mereka akan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Kajian yang telah dilakukan oleh Ishak (1993) terhadap 463 orang guru daripada 33 buah sekolah menengah di negeri Kelantan mendapati bahawa guru kelihatan lebih bermotivasi apabila pengetua mereka mengamalkan budaya kolaboratif. Kajian yang telah

dijalankan oleh Noor Hashimah (2000) juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan tahap motivasi guru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan mengamalkan budaya positif dan budaya kolaboratif, guru dan pentadbir berupaya untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti ko-kurikulum dan interaksi didalam dan diluar sekolah. Terdapat banyak cara dan program bagi mewujudkan budaya kolaboratif seperti: 1) perkongsian ilmu antara guru-guru 2) pertukaran pelajar antara negara 3) projek sekolah angkat 4) kerjasama pintar diantara sekolah luar bandar dan bandar 5) program I-Think 6) program Pintar Foundation 7) Case Discussion Activities-Pedagogy Enhancement And Reinforcement Of Learning Strategies (PEARLS)

6.0

BUDAYA KERJA SECARA KOLABORATIF DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1990). Hal ini kerana, dengan budaya kerja secara kolaboratif, ia berupaya menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid. Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar. Bimbingan dari guruguru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional.

10

Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang teguran dan nasihat tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap nasihat dan bimbingan adalah untuk membantu mereka menangani permasalahan yang timbul dan semuanya adalah untuk memastikan pembelajaran murid yang berkesan. Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid. Semasa proses membuat keputusan, setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama. Hal ini menjadikan keputusan yang dibuat merupakan keputusan bersama atau secara kolektif. Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama. Menurut Lokman Mohd Tahir, dll (2008), sejak dahulu lagi pengetua menduduki

hierarki tertinggi dalam membuat keputusan. Pengetua membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan, penilaian dan penyeliaan dan sebagainya. Guru-guru pula acap kali 'ditegur' agar keluar daripada kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses pembuatan keputusan sebaliknya lebih menonjolkan diri dengan mengambil bahagian secara aktif lagi dalam proses. Amalan kolaboratif dalam pembuatan keputusan bermaksud amalan perkongsian atau partisipatif apabila semua ahli organisasi bekerja bersama-sama secara seimbang atau sama rata untuk mencapai konsensus dalam pembuatan keputusan. Ong Kwi Pea (1999), menerangkan bahawa pembuatan keputusan, perkongsian dan partisipatif berlaku apabila mereka mengenal pasti, menganalisa, menyelesaikan masalah, merancang, menentukan tindakan yang ingin diambil dan memastikan pelaksanaan keputusan tersebut bersamasama kerana kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan. Guru juga tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan. Pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah perlu melalui proses dan anjakan paradigma selaras dengan objektif falsafah pendidikan negara. Menurut Norliza Abdullah (2009), pentadbir sekolah haruslah mengelakkan daripada menjadi streotaip dan

11

jumud. Oleh itu, semua pihak memainkan peranan yang agresif dalam proses membuat sebarang keputusan.

7.0

KESIMPULAN

Sekolah kolaboratif merupakan satu konsep yang terbaik dalam sistem pengurusan sekolah kerana ianya melibatkan perhubungan atau interaksi antara pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan badan-badan lain ke arah perkongsian dalam pembuatan keputusan. Proses interaktif ini berjalan berterusan bergantung kepada komitmen ahli-ahlinya untuk melalui satu proses penerokaan yang panjang. Untuk memantapkan pengetahuan dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang warga dalam sekolahnya, maka perlu adanya hubungan kolaboratif. Hubungan ini menunjukkan saling bergantungan dan permuafakatan ahli dalam kumpulan membuat keputusan apabila mereka berkongsi idea-idea unik dan pengalaman bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang dibuat secara bersendirian. Jika dilihat dari kaedah pengajaran guru, guru haruslah mengamalkan kaedah pengajaran secara kolaboratif kerana kaedah ini memberikan impak yang lebih baik kepada para pelajar. Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang, maka semua sekolah haruslah mengamalkan budaya dan pengurusan yang kolaboratif iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan bersesuaian dan menetapkan matlamat-matlamat prestasi yang tinggi. Jalinan kerjasama dengan komuniti amat penting kerana dengan adanya penglibatan badan luar sekolah seperti agensi kerajaan dan swasta mampu membantu membangun dan memajukan sekolah. Jika adanya sokongan dan kerjasama pihak komuniti digunakan dengan baik, maka ia akan memberi kekuatan dan kelebihan kepada pihak sekolah dan hal ini sekaligus memberikan kesan yang sangat besar kepada pelajar itu sendiri. Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa sekolah kolabatif serta pengamalannya amat relavan pada masa kini. Budaya kolabatif ini harus diserapkan dalam setiap organisasi pengurusan sekolah memandangkan budaya ini amat kompetatif bagi melahirkan anak muda yang cemerlang dan terbilang di persada arena antarabangsa.

12

BIBLIOGRAFI Azman Adnan. (2001). Pembuatan Keputusan Partisipatif Di Sekolah: Satu Tinjauan Literatur Pemimpin. Jurnal Institut Pengetua, 1(1), 6573. Barth, R.S. (2002). The Culture Builder. Journal Of Educational Leadership 59 (8): 67-73. Beare, H., Caldwell, B. J. & Millikin, R.H. (1989). Creating An Excellent School. London: Routledges & Kegan Paul Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000). Kajian Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM. Cheng, Y.C. (1996). Profiles Of Organizational Culture And Effective Schools. School Effectivenessand School Improvement 4 (2): 85-110. Deal, T.E. & Peterson, K.D. (1990). The Principals Role In Shaping School Culture. Washington DC : US Government Printing Office. Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis (Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in association with the Center for British Teachers. Hargreaves, A. (1995). Beyond Collaboration: Critical Teacher Development In The Postmodern Age. In J. Smyth (Ed.). Critical Discourses On Teacher Development. (pp. 149-179). London: Cassell. Ishak Sin. (1993). Perkaitan Di Antara Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru.Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Johnson, D.W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects Of Cooperative, Competitive , And Individualistic Goal Structures On Achievement: A Meta-Analysis. Psychological Bulletin, 89, 47-62. Johnson, B.L. (2003). Teacher Collaboration: Good For Some, Not So Good For Others. Journal of Educational Studies 29 (4): 337-349. Kamus Dewan. Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

13

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin & Sanitah Mohd Yusof. (2008). Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Norliza Abdullah. (2009). Status Sekolah Kluster Berjaya Tingkat Pengurusan dan Pencapaian. Diakses daripada http://www.bharian.com.my pada 1 November 2012. Noor Hashimah Hassan. (2000). Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru: Tinjauan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Norazlinda Saad dan Surendran Sankaran. (2000). Pembuatan Keputusan Kolaboratif: Sikap Guru Dan Galakan Pengetua. Universiti Utara Malaysia. Sintok. Ong Kwi Pea. (1999). Tahap Penglibatan Guru Dalam Membuat Keputusan Pentadbiran. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia. Serdang. Selangor. Owens, R. G. (2001). Organizational Behaviour In Education: Instructional Leadership And School Reform (7th ed.). Boston: Allyn & Bacon. Sharifah Alwiah Alsagoff (1990). Ilmu Pendidikan:Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Limited, Percetakan Vinlin Sdn. Bhd. Tiegerman-Farber (1998). Collaborative Decision Making: The Pathway to Inclusion. Prentice Hall.

14