Anda di halaman 1dari 6

MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN BEKAS PENANAMAN


1
2

Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya. Pasu yang baru dibeli hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih sebelum digunakan. Tujuannya

adalah menghilangkan bahan kimia yang beracun yang mungkin melekat pada pasu semasa pasu tersebut dibuat. rendamkan pasu tanah liat yang baru digunakan ke dalam air bersih semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu.

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN BEKAS PENANAMAN

3 4 Pasu plastik perlu dicuci terlebih dahulu dan tidak perlu direndam semalaman. Sediakan batu kecil atau pecahan pasu atau jaring. Tutup lubang saliran dengan jaring untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air siraman yang berlebihan.

Menyediakan Medium Penanaman

Empat fungsi medium kepada tanaman ialah Memberikan sokongan kepada akar pokok. Membekalkan unsur-unsur nutrien yang penting kepada pokok seperti nitrogen ( N ), fosforus ( P ) dan kalium ( K ). Membekalkan air yang amat diperlukan oleh tanah. Mengandungi udara ( oksigen ) yang diperlukan oleh akar.

Campuran Medium Pemasuan

Di Malaysia, campuran pemasuan yang biasa digunakan ialah medium campuran pemasuan John Innes ( John Innes Potting Mixture ) atau J.I.P. Campuran medium pemasuan John Innes mengunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi seperti tanah atas atau tanah loam, tahi ayam, tahi lembu dan pasir.

Nisbah Medium Penanaman

Medium penanaman boleh disediakan mengikut kaedah penyediaan medium pemasuan J.I.P Nisbah 3 : 2 : 1 ( 3 tanah loam, 2 bahan organik, 1 pasir ) 7 : 3 : 2 ( 7 tanah loam, 3 bahan organik, 2 pasir )

Anda mungkin juga menyukai