Anda di halaman 1dari 3

BAB 1:PENGENALAN pendahuluan Aktiviti dalam bidang tugas walaupun bidang tugas tidak dilakukan dengan sepenuhnya oleh

pelajar kerana atas tujuan keselamatan , pelajar tetap diberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai pengetahuan am , selain itu pelajar dapat mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan , selain didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari kemahiran sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial . di akhir latihan industri pelajar diharap dapat mencapai objektif dan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasidunia hari ini yang semakin mencabar. Objektif Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia , akan menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah diambil oleh pelajar tersebut di Politeknik berkenaan.diantara objektif latihan industri , adalah seperti berikut : Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,amanah,berkeyakinan,dan bertanggungjawab. Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja didalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka. Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar. Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran pelajar. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. Memahami budaya kerja corporate culture sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik. Membentuk sahsiah,sikap dan kemahiran berhubung atau berkomunikasi sesama manusia. Merangsangkan pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik setelah melalui pengalaman kerja sendiri Menghasilkan laporan latihan industri.

Objektif laporan latihan industri Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri dibekalkan dengan buku laporan harian yang berkaitan latihan industri mereka,bagi pelajar yang telah selesai menjalankan latihan industri ,pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri , laporan ini adalah berdasarkan kerja yang di lakukan semasa menjalani latihan industri selama satu semester antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut: Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut. Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumat dan data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri. Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelajar. Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan indutri. Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat untuk penambah baikkan kepada syarikat di masa akan datang. Memenuhi syarat penganuherahan sijil atau diploma politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia , telah diwajibkan untuk menjalankan latihan industri selama satu semester , bagi pelajar yang mengambil Diploma, akan menjalankan latihan industri pada semester ke empat, manakala bagi pelajar Sijil akan menjalani latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan mereka untuk di anugerah Sijil atau Diploma.kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasana kerja sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya, pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memeperolehi sijil atau diploma.setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui persekitaran kerja yang sebenar,ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah atau di bengkel pada kehidupan yang sebenar.dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai