Anda di halaman 1dari 1

MUKADIMAH Kemahiran komunikasi merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan.

Tidak kira sama ada dalam aspek kerjaya, organisasi, keluarga mahupun individu. Selaras dengan peranan penting Universiti Teknologi Mara Perlis sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia, maka para pelajarnya perlu memiliki dan mempraktikkan kaedah komunikasi yang efektif. Melalui program Titian Bicara Ilmu Menara Gading, pelajar didedahkan kepada seni berbicara dan kaedah komunikasi yang berkesan. Selain, menghindarkan rasa takut dan gentar ketika berkomunikasi di khalayak ramai. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar dan dapat membaiki potensi diri ke paras yang optimum. Selaras dengan aspirasi Negara untuk melahirkan generasi muda yang boleh menjadi role model dan mewarisi kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta. Justeru, PR Unggul Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) serta UiTM Perlis mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Titian Bicara Ilmu Menara Gading yang dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Ahmad Badrul Sani bin Baharudin (Badrul Sani), ketua jurulatih Az-Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC). Semoga setelah mengikuti program ini, potensi diri para mahasiswa dan mahasiswi dapat dibangunkan ke tahap yang lebih cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai