Anda di halaman 1dari 36

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

1.1 PENGENALAN KONSEP


Peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Melahirkan individu yang berbudaya mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif, dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Penggabungan tiga jenis seni (seni visual, muzik dan pergerakan)

Teori dan pendangan daripada tokoh-tokoh :

HERMANN

Teori Konstruktivisme
Kanak-kanak tidak memperoleh pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

Teori Kecerdasan Manusia (1983)

Howard Gardner Tujuh jenis kecerdasan Menyokong kesepaduan subjek yang digabung (Seni dalam Pendidikan) Dapat menjana kecerdasan minda murid secara menyeluruh.

Hermann (1991) Quadrant Concept Perkembangan otak kanan dan kiri Seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein

Bidang sains bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan.

Leonardo da Vinci

Model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Menggabungkan bidang-bidang ilmu untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

1.2.1 TEORI PEMBELAJARAN

(Jean Piaget)

Konstruktivisme
Murid membina sendiri pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dimana akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Menggalakkan murid bertanya. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Menyokong pembelajaran secara koperatif. Menggalakkan dan menerima daya usaha murid. Membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.

CONSTRUCTIVISM vs TRADITIONAL CLASSROOM

Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme?

Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada. Menyusun atur maklumat dan pengetahuan. Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru. Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk. Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan. Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.

Teori Kecerdasan Pelbagai


Howard Gardner

Teori kecerdasan pelbagai ialah;


Kebolehan menyelesaikan masalah. Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan. Kebolehan membuat sesuatu perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?


Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut saranan JERIS selaras dengan FPN. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai. Membentuk kepelbagaian untuk menilai Wujudkan suasana kolaboratif. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam P&P. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri.

Teori Pembelajaran Sosial

Carl Rogers

Teori pembelajaran sosial


Pembelajaran -> cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu.
Peniruan secara langsung

Peniruan elistasi

Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan

Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?


Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Memori yang berkekalan ( dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih ) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai.

Teori Otak Kiri dan Otak Kanan Edward Gardner 1983, Roger Sperry 1967, Hermann 1991

Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran murid di sekolah.

FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

VIDEO DOMINASI OTAK KIRI DAN KANAN

Teori Pemerosesan Maklumat Robert M. Gagne (1975)

Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru. 8 fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu: Fasa motivasi Fasa kefahaman Fasa penyimpanan Fasa pemahaman Fasa ingatan kembali Fasa generalisasi Fasa prestasi Fasa maklum balas.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Melalui teori ini murid dapat :

Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil. Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian. Mendapat maklum balas dari orang lain. Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya. Mengelak perlakuan yang tidak diingini. Mengekalkan perlakuan yang diingini.

1.2.3 MENGAKTIFKAN PEMBELAJARAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran


Mengaktifkan pembelajaran : Mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat dua hala.

Pemindahan pembelajaran Kebolehan dan kecekapan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru.

Proses mengkategori, generalisasi dan gangguan proaktif : pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru.

Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif.


Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah: - a) Kefahaman b) Kesamaan c) Kemahiran d) Celik akal

1.2.5 PENDAPAT TOKOH-TOKOH

Pendapat tokoh
Fox and Diffily (2000) : - Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-emosi-psikomotor dan perkembangan kognitif. Seni Kreatif, Seni Muzik, Drama, Seni Pergerakan dan Seni Visual adalah penting sebagai penyemai perkembangan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Gibson,Rex (1996) - Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea dan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna suatu yang mempengaruhi kita.

John Dewey - Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni. Walter Gropius - Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah, bukan sahaja untuk tujuan menyatakan hasrat diri, tetapi juga kepada kehidupan seharian. Gropius telah memberi kepentingan prinsip asas reka bentuk ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni komersial dan seni dalam kehidupan seharian.

Plato - Seni dan pendidikan perlu berpandukan kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dan dikaitkan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Aristotle - Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai katarsis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok. Dengan struktur bentuk universal itu, kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik.

Anda mungkin juga menyukai

  • Rumusan
    Rumusan
    Dokumen2 halaman
    Rumusan
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Jadual Waktu Vle N Aman Jy
    Jadual Waktu Vle N Aman Jy
    Dokumen2 halaman
    Jadual Waktu Vle N Aman Jy
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Jadual Waktu Vle N Aman Jy
    Jadual Waktu Vle N Aman Jy
    Dokumen2 halaman
    Jadual Waktu Vle N Aman Jy
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Presentation 1
    Presentation 1
    Dokumen6 halaman
    Presentation 1
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • PPPM
    PPPM
    Dokumen31 halaman
    PPPM
    thivya26
    Belum ada peringkat
  • RPM 1
    RPM 1
    Dokumen2 halaman
    RPM 1
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • BM T5 Label
    BM T5 Label
    Dokumen2 halaman
    BM T5 Label
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • HSP BTSK t5
    HSP BTSK t5
    Dokumen40 halaman
    HSP BTSK t5
    raju75579
    Belum ada peringkat
  • RPH T5 RBT
    RPH T5 RBT
    Dokumen7 halaman
    RPH T5 RBT
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Cover Depan
    Cover Depan
    Dokumen1 halaman
    Cover Depan
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • RPM 1
    RPM 1
    Dokumen2 halaman
    RPM 1
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • RPH
    RPH
    Dokumen9 halaman
    RPH
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • REFLEKSI
    REFLEKSI
    Dokumen6 halaman
    REFLEKSI
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Modul Pembelajaran Bhs Tamil SJKT THN 2
    Modul Pembelajaran Bhs Tamil SJKT THN 2
    Dokumen86 halaman
    Modul Pembelajaran Bhs Tamil SJKT THN 2
    shansuguna
    0% (1)
  • Tiger Barb
    Tiger Barb
    Dokumen1 halaman
    Tiger Barb
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Ilmu Pengetahuan Baru
    Ilmu Pengetahuan Baru
    Dokumen5 halaman
    Ilmu Pengetahuan Baru
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Rujukan
    Rujukan
    Dokumen1 halaman
    Rujukan
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Sasi Pengurusan Diri
    Sasi Pengurusan Diri
    Dokumen24 halaman
    Sasi Pengurusan Diri
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • Tiger Barb
    Tiger Barb
    Dokumen1 halaman
    Tiger Barb
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat
  • RPH PJ Tahun 4
    RPH PJ Tahun 4
    Dokumen10 halaman
    RPH PJ Tahun 4
    BiGBuG0604
    100% (1)
  • Karnival Permainan Tradisional
    Karnival Permainan Tradisional
    Dokumen2 halaman
    Karnival Permainan Tradisional
    Vithya Ramanathan
    Belum ada peringkat