Anda di halaman 1dari 1

AUTOKRATIK Kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin.

emimpin. Kepimpinan mereka dicirikan oleh penekanan yang kuat terhadap pengeluaran (Jenk, 1990). Mementingkan pelaksanaan tugas, membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan dipatuhi. Tidak memerlukan pandangan orang bawahan , malahan orang bawahan tidak dibenarkan memberi input. Gaya kepimpinan autokratik dianggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana membenarkan proses membuat keputusan yang tepat. Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi krisis, mempunyai pekerja baharu dan pekerja yang tidak bermotivasi. Kepimpinan ini lebih sesuai untuk murid yang malas membuat kerja dan memerlukan lebih perhatian atau paksaan daripada guru. Dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah kadang-kadang seorang pentadbir harus juga menggunakan kuasa mutlak atau autokrasi dalam menggerakkan guru-guru dan staf terutamanya kumpulan yang merasakan diri mereka selesa dan tidak mahu menerima perubahan walhal perubahan yang dibawa membawa kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai