Anda di halaman 1dari 11

BMM 3117

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN BAHASA MELAYU MENGAPLIKASIKAN TEORI MENTALIS YUHANIS BT MOHD YUNUS SCE-A PPG-2

* Bacaan mentalis didefinisikan dengan bacaan akaliah - iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. * Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. * Bacaan senyap dijalankan setelah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

Tujuan bacaan senyap adalah untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. Ini juga dapat melatih murid-murid membaca mentalis dengan pantas. Di samping itu, bacaan mentalis juga menitikberatkan penggunaan kemahiran bacaan mentalis untuk mendapat pengetahuan.

*Bacaan mentalis dilaksanakan adalah untuk kefahaman. *Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkatperingkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan mudah kepada bahan-bahan yang banyak dan susah. *Guru-guru pula hendaklah memberi dan menentukan bahan bacaan yang digunakan oleh murid-murid. *Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah dari segi pembacaan. *Selain itu, guru bertanggungjawab untuk bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.

* Bahan bacaan yang hendak dibaca oleh murid hendaklah ditentukan oleh guru dan murid-murid hendaklah berusaha untuk memahamkannya sendiri. *Guru perlu menghadkan masa murid-murid membacaa dan memahamkan isi bacaan. *Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan mengemukakan soalan-soalan. *Ini boleh juga dijalankan dengan cara menceritakan semula apa yang telah dibaca atau dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif. *Di samping itu, guru juga hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat semasa murid-murid mengemukakan isi bacaan.

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun : 3 Cemerlang Masa : 8.10 hingga 9.10 pagi Bilangan murid : 31 orang Unit : 11 Bertolak Ansur Amalan kita Tajuk : Amalan Muafakat Standard Kandungan : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul Standard Pembelajaran : 1.5.1 menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat,sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: *Membaca teks bacaan secara senyap untuk memahami cerita. * Menulis ayat dengan susunan yang betul untuk melengkapkan cerita yang diberikan. Sistem Bahasa * Tatabahasa: kata sendi nama * Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis. Pengisian kurikulum * Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup * Nilai : Bertolak ansur ,Murah hati, tolong menolong.

Kemahiran bernilai tambah (KBT) * Belajar cara belajar * Kecerdasan pelbagai a. Intrapersonal b. kemahiran berfikir c. verbal linguistik Elemen Merentasi Kurikulum * Kreatif dan Inovatif Bahanbantu mengajar (BBM) * Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja. Pengetahuan sedia ada * Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain .

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set induksi (5 minit) Tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat. Semut dan Belalang. Semut yang Rajin Langkah 1 (20 minit) Teks cerita Amalan Muafakat Penilaian Kemahiran Membaca Mentalis

1. Murid diminta menyatakan tajuk-tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat yang diketahui. 2.Guru menyatakan bahawa setiap cerita mempunyai pengajaran tertentu 1.Murid diedar teks cerita Amalan Muafakat 2.Murid membaca teks cerita secara senyap. 3.Guru membaca teks tersebut dan murid-murid dengar dengan teliti sambil member fokus kepada teks bacaan. 4.Murid-murid diminta untuk menceritakan semula teks yang dibaca .

BBB : Buku Cerita Nilai : Keyakinan KBT : Kemahiran Berfikir

BBB : Teks cerita Nilai : Berani, tekun. KBT : KBCB

Langkah 2 (20 minit) Tatabahasa Kata sendi.

1.Murid diterangkan tentang maksud kata sendi nama yang terdapat dalam teks cerita tersebut . 2.Dalam kumpulan, murid diminta mencari kata sendi yang terdapat dalam teks. 3.Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata sendi yang terdapat dalam lembaran kerja. 4.Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

BBB : teks cerita, lembaran kerja. Nilai : kerjasama, berani. KBT : KBCB, KB Keusahawanan: Etika Kerja Berkumpulan

Langkah 3 (10 minit) Menyusun urutan cerita. Nilai yang terdapat dalam cerita.

1.Murid diedar ayat yang tidak BBB : lembaran kerja, kad ayat. tersusun tentang cerita Nilai : berani, tekun. Amalan Muafakat. KBT : KBCB,

2.Murid menyusun ayat tersebut secara berpasangan dan membuat kesimpulan tentang cerita tersebut. 3.Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk menyusun ayat-ayat yang betul mengikut urutan cerita di papan tulis. 4. Murid menulis turutan ayat tersebut dalam buku rampaian. 5.Murid membuat kesimpulan cerita dengan menyatakan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut dengan bantuan guru. Penutup (5 minit) Penutup Kognitif: Soal jawab * Apakah kata sendi yang terdapat dalam cerita? 1.Murid menjawab setiap soalan yang disampaikan oleh Nilai : tekun. guru. 2.Guru merumuskan KBT : KBCB. pengajaran dan pembelajaran.

SEKIAN TERIMA KASIH