Anda di halaman 1dari 22

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju amat bergantung kepada kewujudan modal insan yang mempunyai kemahiran, kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad ke-21. Transformasi ekonomi negara yang menjurus kepada industri teknologi dan perkhidmatan menyaksikan permintaan tinggi terhadap sumber tenaga kerja separa mahir dan mahir. Pendidikan dan pengajian berasaskan teknik dan vokasional menyumbang kepada usaha peningkatan permintaan yang tinggi terhadap sumber tenaga ini (Berita Harian, Jan 03 2010). Selaras juga dengan itu, banyak institusi pengajian telah ditubuhkan di Negara kita bagi melahirkan generasi yang dapat menyumbang kepada modal insan Negara. Menurut Hassan (2010), menyatakan penekanan terhadap pembangunan modal insan bagi setiap masyarakat supaya mereka boleh bersaing dengan masyarakat luar. Antara institusi pengajian yang ditubuhkan bagi peningkatan belia atau masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan kemahiran adalah Institut Kemahiran Mara (IKM). IKM diwujudkan dengan tujuan untuk melahirkan belia Bumiputera yang berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal-bakal usahawan. Pada awalnya IKM diwujudkan dengan objektif berorientasikan sosial iaitu untuk membanteras masalah keciciran di dalam bidang pendidikan di kalangan remaja dan belia Bumiputera terutamanya di kawasan luar bandar. Apabila negara mula mempelbagaikan sistem ekonominya dari bidang pertanian ke bidang perusahaan dan perindustrian, keperluan pekerja separuh mahir untuk bekerja di kilang-kilang yang ditubuhkan mula ketara. Mulai tahun 70an, bidang-bidang kemahiran telah diperbanyakkan dan jumlah IKM telah ditambah. IKM memberi peluang kepada remaja dan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pendidikan, mendapatkan

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

kelulusan dan kemahiran untuk melayakkan mereka untuk berkhidmat dengan syarikat-syarikat swasta Perlaksanaan latihan dijalankan dengan cara mengadakan berbagai kursus di dalam berbagai bidang yang dijalankan. Setiap kursus yang ditawarkan memerlukan ruang khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ruang khas ini dinamakan bengkel. Bengkel ini perlu dilengkapi dengan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan industri. Maksud atau takrifan bengkel ialah ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran serta ruang-ruang khas ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minima pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 1989).

Bagi kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara di IKM juga memerlukan beberapa bengkel bagi setiap subjek dalam kursus ini. Salah satu bengkel yang digunakan adalah bengkel pemasangan penyaman udara domestik. Bengkel yang lengkap

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ini adalah penting bagi memastikan para pelajar minat dan suka terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Menurut Fadzli (2008), menyatakan pelajar pada masa kini lebih cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktik. Oleh itu, pihak institusi seharusnya memastikan segala kelengkapan di dalam bengkel diuruskan dengan selengkapnya. Bidang pengurusan adalah merupakan satu bidang yang ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna. Aktiviti-aktiviti pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal (Yahya abd. Hamid 1989).

Menurut Fong (2000) dalam Hayati (2000), masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain seperti kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian kemahiran juga merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti dan tindakan yang berkesan pelu diambil. Menurut Spielman (1979) dalam Hayati (2000), fungsi bengkel adalah menyerupai fungsi sesebuah industri kecil. Lascoe (1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan industri mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah atau institusi pengajian, di mana bengkel ini seakan-akan seperti sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi operasi yang sama dengan industri sebenar.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Keselamatan di bengkel amat penting bagi mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu dan mengurangkan keberkesanannya dan ini menuntut kerjasama dari pihak institusi dan juga pelajar. Tanggungjawab pihak institusi dan tenaga pengajar amat diperlukan bagi memastikan pengurusan di bengkel dikendalikan dengan betul. Keadaan ini bagi memastikan prestasi pelajar-pelajar di institusi meningkat selaras dengan kehendak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian selaras Wawasan 2020 (Berita Harian, Jun 11 2010)

1.2

Latar Belakang Masalah

Peluang pekerjaan kepada lepasan pelatih kursus Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara ini adalah sangat menggalakkan. Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan dan penyaman udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunanbangunan domestik dan perdagangan seperti pejabat, hotel, bank-bank dan di industry.

Kursus penyejukbekuan dan penyaman udara adalah merupakan satu kursus di mana pelajar-pelajar di dalam kursus ini akan didedahkan mengenai sistem penyaman udara dan juga penyejukbekuan. Terdapat dua jenis system penyaman udara yang dipelajari iaitu dalam bidang domestik dan komersial. Di dalam bidang domestic, pelajar akan di ajar mengenai system penyejukbekuan untuk perumahan, pejabat, sector industry dan juga cara untuk memperbaiki system ini. Pelajar juga akan diajar cara untuk memasang dan mengesan kebocoran pada sistem pepasangan ini. Di dalam bidang komersial pula, pelajar akan diajar mengenai system penyejukbekuan untuk kenderaan seperti kereta, lori dan juga bas. Dalam bidang ini, sama juga seperti domestik di mana pelatih juga akan di ajar cara untuk mengenalpasti kerosakan dan cara untuk memperbaiki sistem ini.

Oleh sebab itu, bengkel bagi subjek pemasangan penyaman udara mestilah merangkumi semua aspek keperluan bagi sesebuah bengkel teknik dan kemahiran. Ini adalah bagi memastikan para pelajar dapat mengadaptasi pembelajaran ketika berada di tempat kerja yang sebenar.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Mata pelajaran Pemasangan Penyaman Udara Domestik tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran teori sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran berbentuk amali yang dijalankan di dalam bengkel memerlukan kelengkapan dan kemudahan yang lengkap dengan ini dapat membantu pembelajaran secara amali dengan lebih berkesan. Pembelajaran ini dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran bagi setiap pelajar. Oleh itu pelajar Institut Kemahiran Mara juga mempunyai kemahiran yang tinggi. Sehubungan dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja yang berkemahiran, antaranya memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan (Datuk Seri Mohd. Najib, 2010)

Peratusan pelajar lepasan IPT yang menganggur mengalami peningkatan, ini adalah disebabkan oleh kekurangan kemahiran dalam sesuatu bidang. Jabatan Statistik Negara

mendapati jumlah siswazah yang menganggur di Malaysia sehingga tahun 2008 adalah dalam sekitar 80,000 orang (Jabatan Satistik Negara, 2008). Pengangguran pelajar adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat nilai pelajaran boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar itu sendiri dan tidak dapat mengeploitasi pengajaran kepada suasana di tempat kerja yang sebenar. (Norutul Ilham, 2010).

Bengkel dan kelengkapan dalam bengkel memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pelajar untuk memberi gambaran sebenar antara aktiviti amali yang dilakukan dengan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pihak institusi seharusnya memastikan keadaan dan kelengkapan bengkel sempurna. Tumpuan seharusnya diberikan kepada kelengkapan, keselamatan dan alatan di dalam bengkel berada dalam keadaan sempurna dan cukup untuk digunakan semasa proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Haslina Yusoff, 2005)

Menurut Turner (1945) dalam Hayati (2000), walaupun tahap kemalangan di bengkel adalah tidak setinggi berbanding dengan industri, namun ia masih perlu diberi perhatian yang

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

serius kerana kemalangan yang berlaku di bengkel juga boleh membawa maut. Ilmu pengetahuan dan kemahiran keselamatan yang dipelajari di bengkel adalah amat berguna apabila seseorang pelajar keluar bekerja pada masa akan datang. Selain itu, OSHA (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja) meletakkan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pelajar ke atas pihak institusi terutamanya bahagian pengurusan.

Oleh itu, tanggungjawab pihak institusi memastikan kelengkapan dan keadaan bengkel bagi proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu tugas yang tidak boleh dipandang ringan.

1.3

Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji persepsi pelajar dan tenaga pengajar terhadap bengkel Pemasangan Penyaman Udara di Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru. Hasil kajian yang diperolehi digunakan bagi merekabentuk bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik. Persepsi yang dimaksudkan adalah terhadap kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel dan pelaksanaan pengurusan di dalam bengkel. Pengkaji juga ingin mengenalpasti keselamatan yang diamalkan di dalam bengkel Pemasangan penyaman Udara Domestik.

1.4

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti beberapa perkara seperti berikut :

1.4.1 Mengenalpasti perlaksanaan pengurusan dibengkel pemasangan penyaman udara domestik. 1.4.2 Mengenalpasti perlaksanaan perancangan ruang bagi bengkel pemasangan penyaman udara. 1.4.3 Mengenal pasti perlaksanaan perancangan persekitaran bengkel pemasangan penyaman udara domestik 1.4.4 Mengenalpasti kemudahan yang disediakan di bengkel pemasangan penyaman udara domestik.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

1.4.5 Mengenalpasti pengelolaan bengkel pemasangan penyaman udara domestik 1.4.6 Merekabentuk bengkel pemasangan penyaman udara domestik. .

1.5

Kepentingan kajian

Diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat mendatangkan faedah serta dapat membantu pihak IKM dalam menambahbaikkan ruang kerja serta kemudahan dan kelengkapan di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik. Analisis ini juga diharap dapat membantu pengkaji dalam merekabentuk bengkel berdasarkan kepada aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan. Di samping itu, memperbaiki keadaan bengkel yang sedia ada serta dapat mempertingkatkan lagi amalan keselamatan pelajar semasa kerja-kerja amali dilakukan dibengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik.

1.6

Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar semester tiga kursus Teknologi Penyaman Udara (Pemasangan Penyaman Udara Domestik). Kajian ini dilakukan di Institut Kemahiran Mara, Johor Bharu. Selain daripada pelajar, kajian ini turut melibatkan pensyarah dari Kursus Teknologi Penyaman Udara.

Institut Kemahiran Mara Johor Bharu ini dipilih adalah kerana institute ini menawarkan kursus bagi Teknologi Penyaman Udara. Pemilihan terhadap institusi ini adalah kerana pelajarpelajar didedahkan kepada kemahiran berdasarkan suasana kerja di industr.

Batasan kajian ini adalah dari segi masa. Di mana, penyelidik perlu membuat temujanji dengan pihak IKM terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran memasuki bengkel dan mengedarkan borang soal selidik.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

METODOLOGI

2.1

Pengenalan Secara umumnya, mini kajian juga melibatkan metodologi dalam aspek perlaksan kajian

yang dilakukan. Metodologi ini akan menghuraikan beberapa aspek yang berkaitan dengan kaedah atau prosedur mini kajian yang dijalankan untuk mendapatkan data data serta kaedah menganalisisnya. Di antara aspek-aspek yang diberi penekanan adalah berkaitan dengan rekabentuk kajian, populasi dan sampel, tempat, kaedah pengumpulan data, instrument kajian, dan kaedah analisis data.

2.2

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian adalah kaedah atau teknik penyelidikan yang digunakan bagi mengumpul data. Menurut Rohana Yusof (2004), rekabentuk kajian juga bermaksud sebagai salah satu falsafah di dalam proses penyelidikan. Rekabentuk kajian ini akan menjurus kepada suatu kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada hasil tinjauan, edaran soal selidik dan temubual terhadap responden.

2.2.1 Soal Selidik

Rekabentuk kajian membimbing penyelidik ke arah mendapatkan maklumat dan data kajian yang dijalankan. Rekabentuk kajian yang sesuai sekali digunakan di dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif melalui kaedah tinjauan iaitu menggunakan soalan kaji selidik yang bertujuan untuk mendapatkan taburan frekuansi () dan peratus (%). Soalan kaji selidik akan di edarkan kepada responden untuk di jawab oleh mereka bagi memudahkan penyelidik mendapatkan data daripada mereka. Soal selidik digunakan bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara terus oleh penyelidik seperti

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

sikap, kepercayaan, pandangan, pengalaman, nilai yang di pengang, minat manusia dan sebagainya (Lim ,2007).

2.2.2 Temubual

Selain itu, dalam kajian ini juga penyelidik menggunakan kaedah temubual iaitu pengumpulan data secara kualitatif melalui sesi bertanya secara terus kepada responden bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka. Pengumpulan data secara kualitatif adalah bergantung kepada pelbagai sumber keterangan daripada responden (Yin ,1994). Kaedah ini juga banyak digunakan dalam melaksanakan kajian dalam teknik pengumpulan data bagi kajian berbentuk kualitatif. Semasa proses temubual di jalankan penyelidik akan bertanyakan soalan kepada responden dan responden akan menjawab pertanyaan tersebut bersama dengan pendapat mereka.

Disamping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual secara terus dengan pihak yang telah dipilih. Berdasarkan kaedah temu bual, kita dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang, ciri-ciri serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Temu bual bersemuka berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang lebih mahal kerana ia mengambil masa yang lama, serta dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan responden. Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan mendapatkan maklumat responden secara terperinci.

2.2.3 Pemerhatian

Di samping itu, penyelidik juga menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan data kerana tinjauan boleh mengambil data dalam satu masa tertentu bersama soal selidik (Mohamad Najib, 1999). Ia sesuai digunakan dalam kajian ini kerana hasil yang diperolehi

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

daripada dapatan kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kajian untuk masa akan datang.

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct observation) dan Pemerhatian melalui penglibatan (Participant-observation). Kaedah

pemerhatian secara terus ini melibatkan pemerhatian secara lansung seperti pengiraan jumlah pelajar yang di sebuah sekolah. Teknik ini biasanya tidak melibatkan komunikasi dengan manusia. Kaedah pemerhatian melalui penglibatan pula berasal dari bidang antropologi (kajian tentang kehidupan masyarakat). Penyelidik biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya untuk memahami dengan jelas sesuatu isu yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.

Penyelidikan pemerhatian adalah untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak dikaji. Persoalan dalam kajian pemerhatian sering kali mengenai kepercayaan, kegemaran, kesihatan, dan lain lain tingkah laku individu yang hendak diperhatikan. Topik yang diutarakan mungkin memerlukan pendapat atau sesuatu yang sensitif.

Ia juga sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pandangan, personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu kelompok yang besar. Ia melibatkan pengumpulan maklumat dari responden yang ramai. Kaedah pemerhatian menggunakan soal selidik secara langsung atau pos, bantuan elektronik, temubual langsung, temubual melalui telefon dan lain lain untuk mengumpul data. Ia digunakan untuk mendapatkan satu penjelasan yang tepat terhadap ciri yang terdapat pada individu dalam kumpulan.

Dengan yang demikian, strategi penyelidikan pemerhatian adalah lebih sesuai apabila kajian bertujuan sebanyak maklumat yang diperolehi mengenai satu populasi, satu sampel atau tinjauan yang melibatkan sekumpulan elemen yang kecil. Sampel ini mestilah mempunyai ciri ciri atau sifat sifat populasi berkenaan. Ini penting supaya maklumat yang dihasilkan melalui satu sampel yang kecil boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang populasi yang dikaji.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

2.2.4 Dokumentasi

Dokumentasi adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data-data kajian ini. Dakumentasi ini dilakukan dengan membuat pemerhatian terhadap tempat kajian iaitu di bengkel Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik) dengan meneliti kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada bengkel tersebut. Segala maklumat dan data-data yang di perolehi akan dianalisis untuk dibuat penambahbaikan terhadap bengkel tersebut.

Melalui kaedah dokumentasi ini juga penyelidik mendapatkan maklumat dan data-data melalui sukatan pelajaran yang di perolehi daripada pihak IKM. Sukatan pelajaran yang di perolehi itu untuk matapelajaran Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik). Berdasarkan kepada sukatan pelajaran ini, pengkaji akan melihat keperluan yang diperlukan oleh tempat kajian bersesuaian dengan jumlah pengguna bengkel tersebut.

Oleh yang demikian kesemua kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data ini akan dijalankan bagi mendapatkan data-data dan seterusnya akan di analisis bagi mengenalpasti keperluan, kelemahan yang terdapat di tempat kajian. Cadangan akan dibuat bagi menambahbaik terhadap kelemahan-kelemahan dan keperluan tersebut.

2.3

Populasi Dan Sampel

Populasi kajian adalah terdiri daripada 20 orang pelajar kursus Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik) semester 3 di Institut Kemahiran Mara Johor Bharu. Menurut Mohd Najib (2003), populasi adalah sekumpulan masyarakat yang mempunyai ciri yang sama.

Saiz sampel kajian yang di gunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 20 orang pelajar kursus Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik) semester 3 di Institut Kemahiran Mara Johor Bharu di ambil daripada jumlah populasi pelajar tersebut. Maka kajian ini akan menggunakan sepenuhnya populasi sebagai saiz sampel kajian.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Menurut Mohd Majid (1990), sekiranya seseorang penyelidik itu menginginkan ketepatan sepenuhnya bagi menganggar populasi pada keyakinan 100%, maka penyelidik perlu menggunakan seluruh ahli populasi sebagai saiz sampel kajian. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan berlakunya ralat persampelan dalam kajian ini.

Oleh yang demikian, penyelidik memutuskan untuk menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik) semester 3 di Institut Kemahiran Mara Johor Bharu.

Jadual 2.1 : Taburan Responden Bil 1 Kursus Teknologi Penyaman Udara (Sistem Pemasangan Penyaman Udara Domestik) semester 3 Jumlah 20 20 Bilangan Pelajar

2.4

Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat daripada sempel ataupun responden. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dengan menggunakan kaedah temuduga berstruktur. Penggunaan soal selidik amat sesuai digunakan kerana ianya lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan masa (Syed Arabi, 1992). Soal selidik merupakan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan maklumat dan ianya mempunyai beberapa kelebihan jika di bandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik untuk mendapatkan data dan maklumat (Sulaiman,1996). Responden bebas untuk memilih dan menilai mengikut kehendak soal selidik yang diedarkan. Pemilihan kaedah temuduga berstruktur menggunakan skala Binari iaitu Ya dan Tidak di dalam soal selidik ini adalah kerana di dapati ianya lebih mudah untuk dijawab oleh responden. Menurut Najib (1999), menyatakan bahawa satu set soalan berbentuk binari apabila hanya ada dua pilihan jawapan Ya atau Tidak. Ia digunakan dalam situasi yang mana tiada pilihan lain pada item tersebut.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

2.5

Analisis Kajian

Data yang di perolehi daripada responden melalui set borang soal selidik dan akan di analisis manggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS 16.0) untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Data yang di perolehi akan di kumpul dan di analisis serta di proses untuk mendapatkan keputusan. Pemprosesan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna. Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pegolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data (Majid, 1993).

2.5.1 Analisis Bahagian A

Di dalam borang set soalan kaji selidik di Bahagian A, analisis dibuat terhadap 3 item yang mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden. Analisis yang telah diperolehi ditunjukkan melalui jadual statistik bersama nilai frekuensi () dan peratusan (%).

2.5.2 Analisis Bahagian B

Manakala di Bahagian B pula, Analisis dibuat berdasarkan dapatan daripada pilihan jawapan yang merangkumi 30 item. Penyelidik menggunakan kaedah Ya dan Tidak dimana jika responden bersetuju dengan jawapan mereka, hanya perlu menandakan pada bahagian Ya dan jika tidak bersetuju, tanda pada bahagian Tidak.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

ANALISIS DATA 3.1 Pengenalan Dalam bab ini, kami akan memaparkan keputusan analisis data yang diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden serta maklumat daripada temubual yang di jalankan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Version 16.0 berdasarkan kepada skor bilangan (frekuansi) dan peratus. Data-data ini akan digunakan untuk perbincangan didalam bahagian yang seterusnya.

3.2 Bahagian A 3.2.1 Jantina Jadual 3.1 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Jantina Responden Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan () 18 2 20 Peratus (%) 90 10 100

Merujuk kepada jadual 3.1 diatas menunjukan jumlah kekerapan dan peratusan jantina responden mengikut jantina masing-masing. Di dapati bahawa 18 orang (90%) adalah lelaki manakala 2 orang (10%) adalah perempuan. Maka dapat dinyatakan bahawa responden lelaki adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding responden perempuan.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

3.2.2 Umur Jadual 3.2 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Umur Responden Umur (tahun) 18-20 21-23 24-26 Jumlah Bilangan () 11 8 1 20 Peratus (%) 55 40 5 100

Jadual 3.2 diatas menunjukan taburan kekerapan dan peratusan umur responden dalam kajian ini. Didapati bahawa responden yang berumur 18-20 tahun ialah 11 orang(55%) manakala yang berumur 21-23 tahun pula 8 orang (40%). Dan bagi responden yang berumur 24-26 tahun ialah 1 orang (5%). Maka, responden yang berumur pada skala 18-20 tahun adalah lebih ramai berbanding dengan umur-umur yang lain.

3.2.3 Semester Jadual 3.3 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Semester Responden Semester 1 2 3 4 5 Jumlah Bilangan () 0 0 0 0 20 20 Peratus (%) 0 0 0 0 100 100

Jadual 3.3 diatas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan semester responden dalam kajian ini. Respoden adalah terdiri daripada pelajar semester 5 iaitu berjumlah 20 orang (100%) yang mennggunakan bengkel tersebut.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

3.3 Bahagian B Pada bahagian ini akan dijalankan analisis bagi item-item atau penyataan yang ditanya oleh penyelidik kepada responden melalui soal selidik. Hasil analisis akan dinyatakan dalam bentuk bilangan(frekuensi) dan peratusan (%). Analisis ini akan dibuat mengikut soalan kajian yang dibina.

3.3.1 Perancangan Ruang Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian ketiga. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan perancangan ruang.

Jadual 3.4 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Perancangan Ruang Responden Bil Item-item Soalan () 1 2
Keluasan bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik dapat menampung bilangan pelajar

Ya (%) 95 80 () 1 4

Tidak (%) 5 20

19 16

Pelajar selesa dengan ruang yang disediakan untuk melakukan aktiviti kerja amali di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik

Kedudukan stor berada di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik

25

15

75

Kedudukan stor yang sedia ada memudahkan kerja pengambilan dan penyimpanan alatan dan bahan

16

80

20

Pengajar memberi penerangan awal secara teori sebelum kerja amali dimulakan di dalam bengkel

20

100

Susunan stesen kerja memudahkan pergerakan pelajar

19

95

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Pelajar lebih memahami pembelajaran amali dalam bengkel melalui sesi demontrasi oleh pengajar sebelum amali dijalankan.

19

95

Jumlah Kekerapan dan Peratusan Purata Kekerapan dan Peratusan (%)

114 16

579 81

26 4

130 19

Jadual 3.4 diatas menunjukkan tujuh item soalan yang dibentuk untuk dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada persoalan berkaitan dengan perancangan ruang. Item yang mempunyai nilai kekerapan yang paling tinggi ialah item 5 yang berkaitan pengajar yang member penerangan dahulu sebelum kerja amali dilakukan di dapati bahawa 20 orang(100%) memilih untuk menyatakan ya. Tiada responden yang menyatakan tidak. Berdasarkan kepada jadual tersebut, item yang mempunyai nilai kekerapan yang kedua tertinggi ialah item 1 berkaitan dengan keluasan bengkel yang mampu menampung bilangan pelajar sebanyak 19 orang(95%) memilih ya dan 1 orang(5%) untuk memilih tidak. Manakala item yang seterusnya mendapat nilai kekerapan yang sama tinggi ialah item 6 dan 7. Bagi item 6 berkenaan susunan stesen kerja yang memudahkan laluan pelajar iaitu sebanyak 19 orang(95%) menyatakan ya dan 1 orang(5%) menyatakan tidak. Seterusnya bagi item 7 berkenaan kefahaman pelajar melalui sesi demonstrasi dalam bengkel sebanyak 19 orang(95%) manakala 1 orang(5%). Item yang seterusnya mendapat nilai kekerapan yang tinggi ialah item 2 dan 4. Item 2 adalah berkaitan dengan keselesaan ruang yang di sediakan untuk pelajar menjalankan kerja amali di dapai sebanyak 16 orang(80%) memilih ya manakala 4 orang(20%) pula memilih tidak. Bagi item 4 pula yang berkaitan dengan kedudukan stor yang memuduhkan pelajar untuk mengambil perlatan di mana sebanyak 16 orang(80%) memilih ya dan 4 orang(20%) memilih tidak. Item yang paling rendah nilai kekerapan dan peratusanya ialah item 3 yang berkaitan kedudukan stor peralatan didalam bengkel. Sebanyak 5 orang(25%) memilih ya manakala 15 orang(75%) pula memilih tidak.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Oleh yang demikian dapat di rumuskan bahawa sebanyak 81% responden telah memilih ya manakala 19% pula memilih tidak terhadap persoalan berkaitan perancangan ruang.

3.3.2 Perancangan Persekitaran Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian ketiga. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan perancangan persekitaran.

Jadual 3.5 : Taburan Kekerapan dan Peratusan Perancangan Persekitan. Responden Bil Item-item Soalan () 8 Warna di dinding bengkel merangsang minat saya untuk membuat kerja amali 9 Warna dinding yang digunakan dalam bengkel adalah sesuai dengan suasana kerja 10 Pelajar tidak merasa panas kerana bengkel dilengkapi sistem penghawa dingin. 11 Sistem pencahayaan yang terang dalam bengkel membantu pelajar menjalankan kerja amali 12 Lampu di dalam bengkel berada dalam keadaan baik. 13 Bengkel pemasangan penyaman udara turut dilengkapi dengan tingkap. 14 Terdapat gangguan bunyi semasa kerja amali dijalankan.
Jumlah Kekerapan dan Peratusan Purata Kekerapan dan Peratusan (%)

Ya (%) 100 () 0

Tidak (%) 0

20

20

100

17

85

15

17

85

15

16

80

20

20

100

15

75

25

125 18

625 89

15 2

75 11

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Jadual 3.5 diatas menunjukkan tujuh item soalan yang dibentuk untuk dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada persoalan berkaitan dengan perancangan persekitaran. Item yang mempunyai nilai kekerapan yang tertinggi bagi persoalan ini ialah item 8, 9 dan 13. Bagi item 8 ianya berkaitan dengan warna dinding yang boleh merangsang minat dalam melakukan kerja amali di dapati sebanyak 20 orang(100%) menyatakan ya manakala tiada responden yang menyatakan tidak. Begitu juga dengan item 9 yang berkaitan dengan warna yang sesuai dengan persekitaran bengkel yang menunjukan 20 orang(100%) menyatakan ya dan tiada responden yang menyatakan tidak. Disamping itu bagi item 20 pula yang berkaitan dengan begkel yang dilengkapi dengan tingkap menunjukan sebayak 20 orang(100%) menyatakan ya dan tiada yang menyetakan tidak. Item yang mempunyai nilai kekerapan dan peratusan yang kedua tinggi pula ialah item 10 dan item 11. Bagi item 10 yang berkaitan dengan pelajar yang tidak merasa panas semasa kerja amali dijalankan menunjukan sebanyak 17 orang(85%) menyatakan ya dan 3 orang(15%) pula menyatakan tidak. Begitu juga dengan item 11 yang mana sebanyak 17 orang(85%) memilih ya manakala 3 orang(25%) pula menyatakan tidak bagi penyataan sistem pencahayaan di dalam bengkel. Bagi item yang mempunyai nilai kekerapan dan peratusan yang paling rendah ialah item yang berkaitan keadaan lampu di dalam bengkel. Sebanyak 16 orang(80%) memilih untuk menyataka ya manakala 4 orang(20%) pula memilih untuk menyatakan tidak. Oleh yang demikian maka dapat di rumuskan bahawa 89% responden memilih untuk menyatakan ya manakala sebanyak 11% pula memilih untuk menyatakan tidak bagi persoalan berkaitan perancangan persekitaran.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

3.3.3 Kemudahan

Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian ketiga. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan kemudahan yang disediakan di bengkel pemasangan penyaman udara domestik.

Jadual 3.6 : Taburan Purata Kekerapan dan Peratusan Kemudahan Responden Bil Penyataan () 15 Bilangan stesen kerja dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik cukup untuk melakukan aktiviti kerja amali. 16 Pengajar menjalankan kelas teori di bilik berasingan dengan bengkel amali. 17 Bengkel pemasangan Penyaman Udara Domestik dilengkapi dengan stor untuk menyimpan peralatan, bahan serta projek anda. 18 Alatan dan bahan disediakan mencukupi dengan bilangan pelajar 19 Anda selalu menggunakan peralatan secara berkongsi dengan rakan semasa melakukan kerja amali. 20 Terdapat alat pemadam api di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik 21 Terdapat kotak pertolongan cemas di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik. 22 Bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik mempunyai dua pintu untuk laluan pelajar. 23 Papan tanda keselamatan ditampal di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik di tempat yang 19 95 1 5 20 100 0 0 4 20 16 80 20 100 0 0 14 70 6 30 6 30 14 70 17 85 3 15 19 95 1 5 17 Ya % 85 Tidak () 3 % 15

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

sesuai. 24 Peraturan keselamatan disediakan dan ditampal di dalam bengkel. 25 26 Pihak pengurusan menyediakan sudut pertolongan cemas. Laluan dari kawasan bahaya ke pintu keluar adalah dekat dengan pintu keluar dan tidak terhalang. Jumlah Kekerapan Dan Peratusan Purata Kekerapan Dan Peratusan (%) 177 15 885 74 66 11 315 26 4 18 20 90 16 2 80 10 19 95 1 5

Berdasarkan jadual 3.6, di atas menunjukkan 12 item soalan yang dibentuk untuk dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada persoalan berkaitan dengan kemudahan yang terdapat di bengkel penyaman udara Bagi item 20 dan 22 sebanyak 20 orang (100%) responden memilih ya tentang terdapatnya alat pemadam api dan mempunyai dua pintu untuk laluan pelajar. Diikuti dengan item 16, 23 dan 24 sebanyak 19 orang (95%) iaitu pernyataan pengajar menjalankan kelas teori di bilik berasingan dengan bengkel amali, papan tanda keselamatan ditampal di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik di tempat yang sesuai dan peraturan keselamatan disediakan dan ditampal di dalam bengkel. Manakala untuk item 21 dan 25, sebanyak 16 orang (95%) responden tidak bersetuju setiap satunya. Ia melibatkan penyataan Terdapat kotak pertolongan cemas di dalam bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik dan pihak pengurusan menyediakan sudut pertolongan cemas. Selain itu, item 18 dan 19 iaitu alatan dan bahan disediakan mencukupi dengan bilangan pelajar dan anda selalu menggunakan peralatan secara berkongsi dengan rakan semasa melakukan kerja amali.dengan 14 orang (70%). Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa sebanyak 74% responden telah memilih untuk menyatakan ya manakala 26% telah memilih untuk menyatakan tidak bagi persoalan berkaitan kemudahan di bengkel penyaman udara. Ini kerana sesebuah bengkel haruslah mempunyai kemudahan yang lengkap untuk kemudahan pelajar membuat kerja.

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

3.3.4 Pengelolaan bengkel

Berikut adalah item-item yang telah dibina untuk memberi jawapan kepada soalan kajian keempat. Item-item yang dibina adalah berkaitan dengan pengelolaan bengkel pemasangan penyaman udara domestik.

Jadual 3.7: Purata Kekerapan dan Peratusan Pengelolaan Bengkel Responden Bil Penyataan () 27. Bahan dan alatan disimpan di dalam stor dengan tersusun. 28. Pelajar mengamalkan konsep 5S di bengkel. 29. Pengajar menggantikan peralatan yang rosak supaya tidak digunakan oleh pelajar. 30. Peralatan di dalam stor bengkel Pemasangan Penyaman Udara Domestik disusun pada panel alatan. 31 Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan setiap kali kerja amali dijalankan. 32 Alatan yang terdapat di dalam stor senang diambil apabila diperlukan. 33 Susun atur peralatan di dalam stor menghalang pemandangan. Jumlah Kekerapan Dan Peratusan Purata Kekerapan Dan Peratusan (%) 111 16 550 79 29 4 145 21 15 75 5 25 7 35 13 65 11 55 9 45 20 100 0 0 20 19 100 95 0 1 0 5 19 Ya % 95 () 1 Tidak % 5

Merujuk kepada jadual 3.7, diatas menunjukkan tujuh item soalan yang dibentuk untuk dijawab oleh responden. Item yang dibentuk ini adalah berdasarkan kepada persoalan berkaitan dengan pengelolaan di bengkel penyaman udara

SPL 4052 ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL

Bagi item 28 dan 30 sebanyak 20 orang (100%) responden menyatakan ya dengan pengelolaan bengkel yang melibatkan pelajar mengamalkan konsep 5S di bengkel dan menyusun peralatan pada penal alatan. Diikuti dengan item 27 dan 29 iaitu sebanyak 19 orang (95%) responden menyatakan ya dengan penyataan bahan dan alatan disimpan di dalam stor dengan tersusun dan pengajar menggantikan peralatan yang rosak supaya tidak digunakan oleh pelajar. Bagi item 32 dan 33 sebanyak 13 orang (65%) dan 15 orang (75%) yang tidak sependapat dengan pernyataan tersebut iaitu alatan yang terdapat di dalam stor senang diambil apabila diperlukan dan susun atur peralatan di dalam stor menghalang pemandangan. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa sebanyak 79% responden menyatakan ya dengan soalan kajian dan 21% adalah sebaliknya. Ini kerana pengelolaan yang baik memudahkan kerja.