Anda di halaman 1dari 20

Sediakan satu set aktiviti untuk P&P karangan Bahasa Melayu Tahun 6 yang mengaplikasikan kemahiran kontekstual bagi

tajuk berkaitan semangat patriotisme.

Kaedah yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menggalakkan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan rangsangan serta penjanaan minda secara aktif. Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna. (pengetahuan sedia ada + pengetahuan baru)

Relating
(Menghubung kait)

Transfering (Memindahkan)

Experiencing (Mengalami)

Kaedah Pembelajaran Kontekstual (REACT)

Cooperating (Bekerjasama)

Applying (Mengaplikasi)

Menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran menghubung kait pengetahuan baharu dengan pengalaman yang telah sedia ada. Contohnya, murid akan mengaitkan perkataan-perkataan klasik yang mereka pelajari seperti tuan hamba, hatta, dan beradu tenaga dengan cerita-cerita zaman dahulu kala seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat serta Si Tanggang yang dipertonton di kaca televisyen kerana mereka tahu bahawa perkataan-perkataan tersebut digunakan pada zaman itu.

Murid dilatih untuk belajar dengan meneroka, mengkaji pengetahuan baharu seterusnya mereka sesuatu benda baharu dan bermakna menggunakan pengetahuan tersebut. Contohnya, guru boleh melakukan aktiviti seperti lakonan di mana murid perlu memainkan peranan melakonkan watakwatak yang terdapat dalam lakonan tersebut. Oleh itu, murid boleh mencari idea-idea melalui pembacaan serta pemerhatian untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai peribadi watak tersebut seterusnya dapat menghayati serta memainkan peranan itu dengan baik.

Dalam kaedah ini, murid dapat menggunakan kemahiran atau pengetahuan yang mereka pelajari dan kuasai dalam pelbagai situasi. Contohnya, sekiranya seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa waktu pembelajaran seperti berpantun, bersajak dan bersyair, mereka boleh mengaplikasikan kemahiran tersebut dengan menyertai pertandingan yang melibatkan kemahiran tersebut.

Kaedah ini merupakan kaedah pembelajaran yang lebih tertumpu kepada aspek kerjasama iaitu antara seseorang individu dengan ahli kumpulannya yang lain. Diterapkan juga pengetahuan untuk berkomunikasi dan memberi maklum balas terhadap setiap perkara yang dibincang dalam kumpulan Contohnya, guru menayangkan video atau memberi soalan kepada setiap kumpulan dan meminta mereka untuk menganalisis bahan tersebut dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan mengaplikasi atau membina daripada apa yang telah diketahui. Murid dapat menjawab soalan karangan yang diberikan oleh guru melalui peta minda yang telah dibina semasa sesi perbincangan bersama kumpulan. Oleh itu, murid telah menggunakan pengetahuan mereka untuk membina satu peta minda ringkas dan menyusun isi-isi penting dan seterusnya memindahkan maklumat tersebut ke dalam bentuk karangan.

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel mudah, menarik dan bermakna.

Aras 1

Aras 2

i. ii.

Mengenal pasti isi daripada pelbagai sumber berdasarkan tajuk. Membina draf karangan yang lengkap.

Bahan bantu mengajar:

Beberapa Klip video berkisarkan sambutan hari kemerdekaan

di peringkat sekolah serta peringkat kebangsaan. Komputer ( mempunyai kemudahan jalur lebar ) atau Kamus Dewan edisi terkini.

Arahan aktiviti:

BEKERJASAMA ( COOPERATING)

MENGHUBUNG KAIT ( RELATING)

Murid dibahaikan kepada beberapa kumpulan kecil. Guru menayangkan beberapa klip video yang telah

disediakan. Murid perlu mengenal pasti aktiviti-aktiviti (yang terdapat dalam klip video dan laporan sambutan hari kemerdekaan) yang difikirkan menarik. Aktiviti-aktiviti tersebut perlu dicatatkan. Di dalam kumpulan masing-masing, murid dikehendaki berkongsi pengalaman menyambut hari kemerdekaan. Kemudian, murid perlu menambah aktiviti-aktiviti yang difikirkan menarik berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh ahli kumpulan.

Di dalam kumpulan masing-masing, murid dikehendaki

mencari definisi perkataan patriotisme samada menggunakan kemudahan jalur lebar atau Kamus Dewan edisi terkini. Setelah murid menjumpai definisi perkataan patriotisme, guru akan membantu murid memahami maksud perkataan patriotisme. yang dapat membantu menaikkan semagat patriotisme sahaja.

Setelah murid faham, murid diminta untuk memilih aktiviti

Setelah itu, murid dikehendaki menyusun aktiviti-aktiviti

yang telah dicatat untuk membentuk draf karangan yang bertajuk Sambutan Hari Kemerdekaan Idaman.

MENGALAMI ( EXPERIENCING)

MENGAPLIKASI ( APPLYING )

i. ii.

Melakukan transformasi maklumat dalam teks kepada pelbagai genre. Menulis karangan menggunakan bahasa yang kreatif.

Bahan bantu mengajar:


lepas.

Teks laporan sambutan hari kemerdekaan sekolah, yang


MEMINDAHKAN ( TRANSFERING )

Arahan aktiviti:

Murid dikehendaki membaca laporan sambutan hari

kemerdekaan sekolah, yang lepas. Murid dikehendaki meneliti susunan aktiviti yang diadakan berdasarkan laporan. Murid dikehendaki mengubah maklumat dalam laporan kepada bentuk draf karangan. Kemudian, murid dikehendaki menukarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam laporan tersebut, dengan aktivitiaktiviti yang telah mereka senaraikan pada aktiviti sebelum ini.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Berusaha memupuk budaya ilmu

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.

Cintakan negara.

Unsur emosi

Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. http://www.docstoc.com/docs/22707722/MODEL PEMBELAJARAN-LANGSUNG-DENGAN-PENDEKATAN KONTEKSTUAL http://www.docstoc.com/docs/32067970/PERLAKSANAAN PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-KONTEKSTUAL http://www.tutor.com.my/lada/tourism/edu-kontekstual.htm

Anda mungkin juga menyukai